Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Friday, December 30, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Tujuh tahun sudah berlalu !

Oleh : Ngajad



Begitu lekas masa itu berlari
melepasi onak dan duri
merentasi rintangan
berpada-pada pada hadirnya siang
bersinggah pada jauhnya malam
Dihitung lapisan yang tertinggal kini
jarak waktu, semakin mengejar ku

Siapa yang menyangka
kini sudah tujuh tahun lamanya
dalam dakapan
dalam imbasan
hadir mu, melepasi segala kesukaran
menandingi segala permintaan
dikaulah purnama tika malam hilang serinya
memberi erti
dalam kepayahan

Apakah mungkin ada tujuh tahun lagi
buat ku menjadi saksi
dari kepala mata ku sendiri
melihat diri mu, tika itu melihat akan daku
bakal memiliki harta cinta NYA
merasai belas kasih NYA

Lunak suara mu, selalu menawan kalbu
bakal mengisi suram senja dengan panggilan Muazin mu
gelak ketawa mu, pengubat rindu
bakal menjadi Imam di Syurga yang satu
biar ini dijadikan doa
biar para pembaca meng Aminkan semua
harapan seorang ibu terhadap 'Amir' nya
semoga cahaya Illahi, menerangi segala yang indah lagi bahagia

Dalam senda gurau, lisan mu mudah mengukir janji
ingin memenuhi kemahuan diri mu sendiri
untuk di kasihi lagi di sayangi
berilmu lagi yang Soleh, terpilih antara wali-wali
Alhamdullilah, andai itu jadinya realiti
betapa tenang penantian ku di alam kubur nanti

Wahai anakanda, kesayangan bonda
semoga bahagia dan selalu sejahtera
limpahan kasih NYA, selalu ada
jadilah kekasih Allah SWT yang setia
jadilah penghuni Syurga diantara mereka

Ya Rabbi
Lindungilah nyawa ku yang ini
sebagaimana Engkau melindungi kekasih-kekasih mu sebelum dia
amanah MU, ku jaga
sehingga ke hujung nyawa
anugerah MU, ku terima
lebih berharga dari nikmat dunia
***
Untuk Ameer Adam Hayzen Azizan Hassan
(301204/TOB 03:30am@SJMC/DrDelaila/after 20hrs labour)
***

Thursday, December 29, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Langit Biru

Oleh : Ngajad



Riak gerhana diam membisu
bergarisan rindu
melintasi peraduan gahayu
cetusan kencana menembusi lirik teduh mu
Mentak bertanya, kemana pula
sedangkan bayu tersipu - sipu
menadah luahan bertalam raga
duhai bintang, dimana kamu
wajah bulan hilang tanpa penghulu
Kamek nyali, bersimpul mati
cintuh hati berkidung dagu
langit biru, malam melihat mu
berirama senandung, laksana Jentayu
Angan melati, tiang berdiri
ada hati, bertongkat sepi
dalam mimpi berdakap belati
ratapan langit membiru sendiri ...

Wednesday, December 28, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Aku tak layak ...

Oleh : Ngajad

Wahai Labaikka
sungguh aku tak layak ke Syurga MU
bagaimana kah nanti di hujung perjalanan ini ?
terlalu banyak akan dosa - dosa ku
jauh lebih berat dari kebaikan yang selama ini ku lakukan
mana mungkin akan terhapus dosa - dosa ku
jika tiada belas kasihan dari MU ... Ya Robbi
kasihanilah aku, wahai Illahi !
Ampunkanlah aku, hamba MU ini
***
 http://www.youtube.com/watch?v=Hxh0Mvlt5DQ&feature=related
***

Monday, December 19, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Hampir ... semakin hampir !

Oleh : Ngajad

Teramat jauh sudah perjalanan ini
semakin meninggalkan kesan yang mendalam
pada setiap langkah yang kulai kian, terhalang
lorong - lorong kehidupan jelas kelihatan
yang jauh itu semakin hampir
yang panjang itu semakin pendek
saat itu pasti akan tiba
dalam sekelip mata
tidak seminit lewat
tidak seminit awal
TEPAT !
telah ku jelajahi liku - liku itu
bersama onak - onak dan duri mimpi
mengheret suka dan duka
di kendong seluruh bahagia dan kecewa
di papah harapan dan janji bernama
takala kesetiaan itu, ku junjung dalam ratapan para - para hamba
mana mungkin esok masih lagi ada untuk aku
sedangkan semalam sudah tertunai
dalam tadahan berdagu
yang tinggal hanya ilusi
bergaris di peraduan sepi
siang akan tersenyum kembali
malam akan hadir menemani
kerana kini saat itu hampir, semakin hampir !
Ya Ar- Rahman
Ya Ar-Rahim
kasihanilah aku ...
***
http://www.youtube.com/watch?v=M-8QC__UVWo

Thursday, December 15, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Ada Malam ...

Oleh : Ngajad

Ada malam terang bulan
ada malam di temani bintang
ada malam lena dalam dakapan
ada malam ditinggal sendirian

Ada malam menanti siang
ada malam mencari erti dalam kehilangan
ada malam segan untuk berteman
ada malam kini kempunan

Ada malam dalam seruan
ada malam menyahut panggilan
ada malam kembali dalam pulangan
ada malam siang tidak kunjung datang

Ada malam tangisan dalam tadahan
ada malam merintih dalam kesalan
ada malam di timpa malang
ada malam menjerit dalam kesakitan

Ada malam bersinggah sang hujan
ada malam puisi teriak dalam kepiluan
ada malam bertanyakan persoalan
ada malam menjadi malam nan panjang

Ada malam mungkin semalam
ada malam mungkin setiap malam
ada malam mungkin bermalam - malam
ada malam kian kelam

Ada malam
ada siang
ada bintang
ada sang bulan
ada mentari
ada pelangi
ada senja
ada langit kini sepi
ada guruh
ada petir
apa yang di suruh
jangan lah berlaku degil
apakah mungkin ini malam terakhir ?
andai malam ini, ku di jemput dalam kembali ... ketentuan takdir.
***
http://www.youtube.com/watch?v=GFY2P4LMn7k&feature=related

Wednesday, December 14, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Di Mana Hijab Mu ?

Oleh : Ngajad

Si Dia ...
Duduk manis sebangku raga
elok tertib indah akan bahasanya
senyuman menggegarkan seluruh jiwa
jelingan mata selalu manja
kulit mu halus terlalu mulus
puith melepak terlalu khursus
Si Dia ...
yang paling cantik di tunjukan selalu
buat tatapan ajnabi keseluruhannya setiap waktu
sayang sekali, yang indah itu adalah aurat mu
di tayang diberi para syaitan menjilat dengan rela mu
Si Dia ...
bukan serba tak tahu
sengaja tidak mahu ambil tahu
buat  - buat tidak tahu
kerana dah tahu, dia buat selalu
Si Dia ...
sayangkan dunia
tak percaya pada akhirat
Si Dia ...
sayangkan nyawa
sebentar lagi datang para malaikat
bersiaplah, para malaikat akan bertanya
sudah jawapannya ... tersedia ?
Si Dia ...
mengaku sudah pakai tudung
lipatan cantik, tapi sayang sekali.. kain tudung terlalu pendek
tudung hanya tutup kepala, bahagian dada mu, bagai mana ?
benar sangat comel melilit kepala
bersama gincu merah menyala
lengan baju sehingga paras siku
tangan mu, bukan kah aurat juga, tidak kah dikau tahu ?
Si Dia ...
cuba 'memeluk' Islam
bijak sekadar ikut - ikutan
apabila di tanya mengapa tinggal solat fardhu ?
dia membisu, dia keliru .. lalu bertanya, apakah solat itu fardhu ?
Si Dia ...
tinggalkan solat secara sengaja
berpuasa di bulan Ramadhan kerana orang lain puasa juga
datang uzur, cutilah puasa
habis Ramadhan, puasa tidak berganti, rasa bersalah ... mungkin tak ada
Si Dia ...
sangka hidup di dunia adalah selama - lamanya
sangka tak singgah api Neraka, sesaat celup ke api itu ... rentung tubuh mu, tinggal apa ?
sangka Neraka dan Syurga hanya dongeng semata  - mata
siapa yang mencipta langit dan bumi, mereka lupa nak tanya
Si Dia ...
sudah lupa Kebesaran Allah SWT
bukan lagi pengikut Rasulullah SAW
bagaimana di akhirat kelak, amalan tiada apalagi sebutan pahala
apakah mungkin bakal mendapat syafaat nya
sedangkan di dunia, Si Dia hidup tidak ubah seperti sampah merata
Wahai Si Dia ...
sungguh daku sangat sedih dengan diri mu
terlalu kesian akan takdir mu
akan merasa sakit, tanpa rela mu
menderita tanpa belas kasihan NYA, sehingga bila, tiada nyawa yang tahu
Wahai Si Dia ...
oleh kerana itu
fahamilah akan kehadiran ku
tika saat dikau mengecapi nikmat dunia
daku hadir di sisi mu
mungkin akan sekadar berdiri
namun daku akan cuba, mendakap hati mu
akan ku bisikan pada dikau miliki naluri , bukan menagih simpati
cuba lah dikau mendengar untuk sekali ini
kenikmatan dunia ini hanya tempahan untuk azab selama - lamanya
sayangilah diri mu
sebagaimana daku terlalu sayang pada mu
TAUBAT lah ...!
mari lah ikut daku
akan ku tunjukkan pada mu, indahnya CINTA NYA
yang kekal lagi hakiki
yang benar lagi menepati janji
DIA adalah ALLAH SWT
pencipta kita
bumi ini milik NYA
dan seluruh alam semesta
dengan satu 'sebutan' oleh DIA
yang ada boleh menjadi tiada, yang tiada boleh ada dengan tiba - tiba
Wahai Si Dia ...
jadilah Muslimah yang Solehah
miliki hati secantik warna keindahan pelangi
idaman setiap para wali
sifat penyayang, di sayangi oleh illahi
bakal menjadi kekasih NYA, sehingga habis nyawa
percayalah ... di saat itu, tempat mu  - adalah Syurga !


Tuesday, December 13, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Tunjuk Langit Cinta

Oleh : Ngajad aka Shahrizad Shafian

Sekali air bah sekali pantai berubah

Bagai kelip-kelip terbang malam
Sekali ku serah, sekali ku pasrah
Bagai terhimpit-himpit nyawa dalam kekelaman
Kala guruh berlaga kasih, langit berlari mencari pelangi
Kala tersentuh iman yang masih, sakit di hati
mencari erti...
(petikan dari bab 62)
***

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya
kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai-berai.” (3:103)
(petikan dari bab 63)
***

Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.

Guruh tak berbunyi, malang tak berbau
Ayam di tambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang
Gara-gara satu tragedi, siapa yang tahu
Nasib diri menjadi malang, hati dan perasan kian menghilang
(Petikan dari bab 64)
***


Ngajad's Tiga Seringgit - Mercy Me..

By : Ngajad

May the night last
Till the last star shine
May the night past
Till the morning time
Take it two
Make it three
Dear Allah SWT, knows who
Please have mercy on me !

Friday, December 9, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Adoilah ... !!

Oleh : Ngajad



Sakit yang KAU berikan ku terima seadanya
menanggung kesakitan bukan semalam dua
dari siang sehingga lewat malam
sakit bertambah sakit
ubat - ubatan kian bertimbun - timbun
dalam daku mencari penawar dalam kesakitan ini
telah ku terima musibah ini
dalam keredhaan ku
apakah akan terhapus dosa - dosa kecil ku ?
setelah hilang semua selera makan ku
tiada nyenyak tidur malam ku
tidak terurus seharian ku
segala kerja ku tertunggak kerana melayan sakit ini
adoilah ...
sesungguhnya ...
KAU beri ku sakit kerana KAU masih mengingati akan diri ku
sakit ini hanya sedikit ... belum aku mengeluh dalam berdepan dengan yang ini
biarlah semalam dua ku tanggung sakit ini
dan mungkin akan ada lagi
agar sujud ku menjadi lebih bererti
biarlah  hilang semua selera makan ku
agar kelaparan itu dapat mengajar ku erti kehilangan
biarlah tiada tidur malam ku
agar berjaga malam dapat memberi erti dalam tahjud ku
Alhamdullilah ... dengan sakit yang ini
lisan ku menjadi sedikit
berfikir dengan lebih banyak
berzikir dengan lebih tekun
dosa - dosa semalam, ku memohon
KAU ampunilah diri ku
yang selalu terlupa ... itu diri ku
tidak malam ini, mungkin esok aku mati
tinggalah nyawa, tinggalah sendiri
adoilah ...
sesungguhnya ...
biar ku tanggung sakit di atas dunia
andai kelak, KAU mengingati aku
sebagaimana ku menanggung sakit demi kebenaran cinta MU !

Tuesday, December 6, 2011

Cerpen - Jangan Jual Cinta Ku

Oleh : Ngajad

Leka malam ini tika mimpi di dalam belaian. Syahdunya lambaian bayu yang menyapa pergi. Pergi bersama se peluk harapan dan segunung impian. Yang leka itu, aku. Belum jauh pergi nya, namun dapat aku rasakan kasih mu semakin selangkah membelakangi pada bayangan malam ku. Ke mana mahu pergi diri mu, wahai sayang ku? Tidak kah kau masih mengasihi aku pada tika dan saat ini? Tika saat aku mengharapkan kehadiran mu untuk terus duduk seketika menemani ku pada malam yang kemungkinan yang terakhir buat takdir ini.

Terkumat-kamit bibir kering mu, tika berdepan dengan jasad ku. Adakah itu nama ku duduk di hujung hayat mu, dikau menyebutnya berselang seli dengan cebisan doa bersebelahan dengan sekudus harapan.

Linangan kasih mu membasahi luluhnya cita-cita mu, tidak dapat aku menampungnya lagi. Dalam tangisan, nama ku kau ungkapkan berkali-kali. Adakah itu ertinya dikau masih mencari-cari kan diri ini? Sedang kan aku masih ada di sini, terus setia berada di sisi kesepian mu. Dalam terang begini, kau masih mencari aku. Bagaimana nanti tika gelap pada suasana cinta kita, adakah kau akan terus mengharapkan sepenuhnya daripada aku nanti?

Titisan deraian kasih mu, kini membasahi tilam sakit ku. Kelopak mata mu semakin berat untuk melihat dunia. Hujung lengan baju jubah mu, kau jadikan sebagai ganti kain perca kesedihan mu. Tersendu-senda kau dengan nasib yang kini semakin membukti kan diri. Sebak dada mu, aku terasa.

Dalam genggaman tangan mu, kau simpan ikatan erti kasih mu yang sejati. Manik-manik tasbih kau jadikan tempat untuk melepaskan rindu. Selepas satu demi satu kau menyebut nama Nya untuk mencari ketenangan buat diri ku. Semalaman aku, kau teman kan bersama ayat-ayat dari surah Yassin yang silih berganti dengan zikir kalimah cinta mu. Betapa teguhnya kepercayaan mu terhadap ketentuan takdir, aku kagum. Sebutan naluri mu, aku sanggup renungi. Keindahan itu, akan aku letakkan di sudut hati ku dan akan aku bawa bersama-sama sehingga ke hujung dunia kita berdua.

Semalaman juga tiada henti dikau dari mencurahkan isi hati mu. Sayang seribu kali sayang, luahan hati mu tidak bisa untuk aku menyambut dalam pelukan hiba. Sesak jiwa ku melihat dikau dalam kedukaan sebegitu. Namun, seharusnya kau sudah lebih dari mengetahui yang aku sudah lama mengasihi mu lebih dari nyawa aku sendiri. Tiada waktu di dunia ini yang dapat di tukar ganti dengan apa yang pernah aku miliki. Sesungguhnya dikau lah kekasih sejati buat aku yang selalu mengharapkan kebahagiaan dari mu menjadi realiti, di dunia dan di akhirat nanti. Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup.

Jikalau malam mu dingin, akan aku berikan kehangatan cinta ku pada mu. Jikalau siang mu kering dan kontang akan aku hujankan dikau dengan ombak kasih ku. Percayalah sayang!

Pada hujung malam yang semakin nipis, dikau terlena di sisi ku. Redup mata mu, ku tatap berkali-kali. Dalam tidur mu, kau masih menangis dalam sendu. Kenangan antara kita kini datang berlari-lari bermain dalam imbasan. Dalam kedukaan aku bisa tersenyum demi kasih kita, aku yakin hanyalah dikau satu-satunya kasih ku yang abadi.

Sebelum Subuh bangkit memanggil, dikau lebih dahulu terjaga. Tika cahaya serba sedikit, dikau sampaikan senyuman pagi mu pada wajah tenat ku, kau tatap seketika itu. Senyuman mu adalah penawar pada racun ku. Ada banyak yang tersembunyi di sebalik senyuman secantik nama mu. Senyum lah lagi, wahai sayang ku... agar di mudahkan yang sukar ini, buat kita semua.

Mereka yang memahami, tidak berjemput ada yang datang dan ada yang sudah pergi. Bagai selimut malam, datangnya mereka dan seperti serpihan kaca berkecai di permukaan bumi akan perginya mereka. Ada yang kaya di hati lalu di sedekahkannya untuk di jadikan bekalan. Ada yang miskin serba serbi, datang dan pergi tidak memberi sebarang erti. Aku tidak mengerti, tidak kah mereka juga akan merasa mati?

Utusan dari takdir ini semakin hampir, berat pernafasan ku, tidak dapat ku bertahan lagi. Tetapi berat lagi diri ini untuk meninggalkan dikau di situ. Di dalam keadaan yang pilu dan sayu. Bagai di hiris hati mu dengan sembilu di hujung waktu. Linangan ku, kau sambut dengan hujung jari mu, itu aku rasa. Betapa mesra dan tenangnya jiwa mu.

Sentuhan tangan mu, aku tahu kau tidak disengajakan untuk melambatkan pemergian ku. Jari-jari ku, kau bilang satu per satu. Se olah mencari maksud dalam melurut yang ada ini di depan mata. Kau yang rindukan sentuhan ku. Kau rindukan dodoi malam mu.

Sebakul kasih kelopak melor itu nanti, jadikan lah hiasan buat taman sewangi kasturi. Menemani ku tika tiba masanya untuk dikau pulang ke rumah nanti. Sebikar air mawar itu nanti, jadikanlah penyeri di sudut sanubari. Tanamkanlah sepohon dedaun, agar aku diberikan peluang untuk bertasbih tika malam ku tiada penghujungnya.

Dalam rentak yang lemah gemalai, kau bisikan nama Nya. Bibir ku tidak mampu untuk melakukan itu namun, jiwa ku sudah menyebutkan satu demi satu semenjak kau hadir untuk duduk bersama ku. Dalam ketenangan aku terasa kedamaian. Dalam kehilangan aku dapat merasakan, aku akur untuk merelakan.

Lihatlah sayang, masa itu sudah tiba. Janganlah menangis lagi pada ketentuan Allah yang ini. Pergi nya aku tidak akan kembali, itu hakiki. Mungkin berganti, mungkin akan tumbuh lagi, kasih seperti ini. Kasih ini akan terus kekal di dalam doa dan memori. Walaupun berat, walaupun payah, ini harus terjadi. Demi cinta kita, demi Allah.... kau lepaskanlah aku pergi.

Masa akan merawat luka di hati mu. Masa bakal mengubah segala sesuatu. Dalam perjalanan mu yang bakal dikau lalui untuk seribu malam yang seindah sebelum ini.

Akan disebut sebentar lagi, nama ku akan di jadikan renungan buat semua yang ada. Kesedihan di wajah mereka akan aku lihat kesemuanya. Yang sukar ini, kau mudahkan. Yang berat ini, kau ringankan. Antara doa-doa yang masih mampu aku pinta tika nyawa ku kini tersangkut-sangkut antara jarak dan waktu. Ini saja aku ada untuk aku tinggalkan untuk dikau jadikan pengubat rekahan raga mu.

Titisan air mata kasih, kau hentikan. Tudung kepala mu, kau betulkan. Jubah labuh mu, kau cantikkan. Kedudukan di tepi katil ku, kau kemaskan. Dengan satu nafas cinta mu, kau sematkan kasih mu di dahi tua ku. Lembut sentuhan bibir mu. Manja suara muda mu. Kerana cinta pada yang SATU, aku kau lepaskan.

Terima kasih sayang. Kesucian pada kebenaran cinta mu telah menyempurnakan perjalanan hidup ku, selama ini. Sampai di sini saja jodoh antara kita. Janganlah di tangisi lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha mengerti. Jadilah hamba Allah yang di kasihi. Jadilah Muslimah solehah yang di sayangi. Lihatlah... Kasih mu kini sudah ku bawa sampai mati!

Mama sayangkan kamu juga! Mama pergi, tika senyuman kasih ini mama tinggalkan hanya untuk mu.

***
Buat Seri
Dia hadir dalam mimpi ku, di saat nyawanya menantikan waktu itu. Lalu ini yang dia bisikkan pada ku ...

“Jangan jual cinta ku... sesungguhnya aku sangat mengasihi mu” ... pada hari yang sama, dia kembali ke Rahmahtullah.

(Mei 30, 2010)
***

Hasil karya asli ini adalah milik sepenuh Shahrizad Shafian tiada sebarang cetakan / penyiaran sebahagian / penuh dibenarkan tanpa kebenaran dari pemilik.

Ngajad's Tiga Seringgit - Angankan Bermalam ...

Oleh  : Ngajad

Letakkan saja disitu
kenangan siang mu
kala bayu menyapa lalu, mengusap lantai pintu kalbu
mendakap kelam, rintihan syahdu
berbekal dian membakar raga ku
Tinggalkan saja disitu
episod pilu mu
bersama selimut duka menutupi luka - luka
pada wajah malam menggerang hampa berjela
menjemput kebisuan, memecah kesunyian
Biarkan saja disitu
kepedihan jeritan batin ku
menangis tanpa lagu
menggapai kenangan lalu
laksana jentayu menantikan hujan
laksana malam menantikan bintang
hujan bakal bah kembali
kemarau bakal kontang sendiri
angans akan bermalam
pada bintang siang
angans akan bertandang
pada doa, DIA kabulkan ...
***
 http://www.youtube.com/watch?v=YfPWKuVwiRQ&feature=share

Monday, December 5, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Tak Cukup Sempurna

Oleh : Ngajad

Ada hati berulam jantung
kini berlubang
Ada dagu berwajah duka
kini menyanyi sumbang
Ada langit biru berjiwa - jiwa
kini rangkul dalam dambar Kebesaran NYA

Ada laut berwajah rahsia
ada bukit - bukit menyimpan nyawa
ada rendang pohon memohon sejahtera
ada hamparan nestapa pinta dihapuskan dosa

Selewat seribu tahun, detik bertahan
sehebat bayu berlaga, dalam genggaman NYA
masih tak cukup sempurna
nilai kasih ku untuk MU
durjana seorang aku
mengkhianti cinta MU
buka lah pintu neraka, kerana aku takut akan kepanasan nya
tutuplah pintu syurga, kerana aku tidak setia di atas dunia

Akan setimpal balasan ku terima
akan setimpal kiriman kurnia
Ya Rasulullah SAW, ku selawat ke atas nama mu, sebagaimana Allah SWT juga selawat ke atas mu
kasihanilah aku
sebagaiamana DIA,
Ar - Rahim,
Ar- Ghaffar,
Ar - Ghafur,
Al - Wadud,
Al - Wahid
pada hamba - hamba NYA
...
Dear Allah SWT
please have mercy on me ...
***
http://www.youtube.com/watch?v=TXYOEvR_zk0&feature=related
***
(jika tidak mahu merasa kesunyian / sendirian tika berada di dalam kubur, mahu berteman ... bacalah Al - Quran setiap malam mu tika masih bernyawa di atas dunia. Akan hadir 'dia' teman yang paling cantik menemani sehingga di bangkitkan semula. Jika tidak mahu anggota tubuh mu di seksa tika berada di dalam kubur, bacalah surah Al - Mulk setiap malam mu tika masih bernyawa di atas dunia. Insya Allah, penantian tika berada di alam 'penantian' menjadi mudah. Minta dari Allah SWT, sesungguhnya DIA Maha Memberi )

Saturday, December 3, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Saat Terhenti

Oleh ; Ngajad

Di dakap himpunan mimpi yang beralaskan juta sepi
seraut detik berdebu di hati
menyingkap keluhan - keluhan pasrah
saat terhenti ... aku mati !
Letakkanlah bingkai silam di dinding naluri
biar merak turun dari kayangan untuk semalam dua
meratap beban di bahu kanan dan bahu kiri
saat terhenti ... aku mati !
Lelah batin, apabila tiba di hujung masa
berkias di jendela RahmatNYA
jelaskanlah pada sekudus doa
sebelum
saat terhenti .. aku mati !
**
http://www.youtube.com/watch?v=izfjT6_sPF4&NR=1

Friday, December 2, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Kerana KAU

Oleh : Ngajad

Kerana KAU


Bertateh di garisan melintang takdir biru
Bersayap gadah merentasi permukaan haru
Bintang kejora menjadi lentera malam ku
Kiambang berpesak antara tetesan madu

KAU ... Al – Khabir
Yang Maha Mengetahui,
Pinjamkan aku akan ilmu MU
Agar mudah aku, berkemudi di pentas duniawi
Menadah deraian kesalan, menyimpang keluhan mimpi

KAU ... Al – Jalil
Yang Maha Sempurna,
Kitab Kalamullah, hadiahkan lah
Agar dapat ku jadikan teman, di saat dihujani musibah
Ku pohon, berkatilah

KAU ... Al – Hafiz
Yang Maha Pemelihara,
Hati dan jiwa ku, ku serahkan pada MU
Dalam sampaian suka mahupun duka
Peliharalah selagi ku mampu terjaga

Kerana KAU
Aku masih di sini
Menghitung hari, membilang mimpi
Terlalu indah hadir bintang hati
Menyinari dalam memenuhi permintaan Illahi

Thursday, December 1, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Tunggu Aku Disini ...

Oleh : Ngajad


Di hujung kaki senja, sepasang matanya mula berkaca - kaca. Di ketap bibir nipisnya dalam menahan sebak di dada, luluh ! Itu yang di rasanya, tika di saat ini. Bergetar - getar seluruh tubuh kerdilnya sebaik bayangan matahari mencemburui penderianya.

“Ini harus terjadi dan mana mungkin tidak ...” terputus – putus suara serak lelakinya. Angin petang kian menggigit tubuh sasanya. Tegap kedua bahunya tidak sekuat dengan keputusan yang harus di sampaikan kepada dia.

Dia masih menunggu. Lambaian lembut kain tudung kepalanya tidak seiring dengan keluhan yang bakal di miliki. Mata mereka tidak mencari – cari tetapi sebaliknya, seakan sudah mengerti sudah pada kesudahan ini.

“Ini sudah pun berlaku dan waktu sudah pun berlalu” perlahan suaranya menghalusi suram senja di sini.

“Dikau mengerti bukan ? Ini adalah rancangan DIA. Ketentuan NYA. Ini adalah takdir yang sudah pun diutuhkan. Lalu apabila aku pergi ...?” terhenti di situ akan pertanyaan itu. Berat jiwa dalam berserah. Berat lagi takdir yang menyerah.

Dia menjawab dengan penuh keikhlasan, sesungguhnya ...

“Ku tunggu di sini ...” imbasan layu matanya berguguran air mata rindu.

Tunggu aku di sini ! Itulah ungkapan yang terakhir di jadikan azimat kini. Langit senja menjadi saksi pada bayu yang tidak bisa berpuisi lagi. Di sini bakal menjadi satu penantian – pada waktu yang sudah pun berlalu.

Wednesday, November 30, 2011

Zikir Munajat

Ngajad's Tiga Seringgit

Ngajad kanlah ...
disebalik gulungan ombak siang
ada natijah menyambut musibah
deruan badai serasi
sedakap sepi
tergapai - gapai bayu senja
dikendong bersama raga semalaman
hampir bertaburan di pelukan pantai hati
ada jeritan laungan batin
ada titisan renyai pelangi
tebarlah warna jiwa- jiwa
retakan takdir, hanyut ... tidak kesampaian didambarkan
nyilu panggilannya
nyaring akan kebisuannya
jangan merengget di sini
ini bukan satu destinasi
ini adalah janji Illahi ... Ngajad kanlah pada esok dalam pulangan .

Cerpen - Yassin Bunga Cinta

Oleh : Ngajad


Kehalusan butiran pasir di pantai se olah kini menggigit hujung ibu jari kaki. Hembusan bayu menumpang lalu, sambil menyentuh bahunya. Lemparan ke lautan luas yang membiru itu sengaja di renung sedalam-dalamnya, mungkin dalam lagi sehingga ke dasarnya. Semakin jauh palingannya sehingga ke hujung air laut yang tertumpah ke hujung dunia. Mana hujung dunia ...

“Noh...?” lembut suara yang datang dari belakang tubuhnya. Dengan desiran senja begini, suara itu masih jelas didengari.

Noh tidak menoleh dengan serta-merta kerana dia belum selesai dengan mengadu nasib ke dada laut. Hembusan nafasnya yang berat di lepaskan dengan perlahan-lahan. Berat yang dilepaskan, berat lagi yang harus di pikul sekarang. Kedua-dua bahunya merasa beban itu dalam sekelip mata, itu sudah menjadi takdir buat dirinya.

“Yuk... Noh?” dia belum putus asa. Janji harus ditepati, mereka tidak boleh lewat. Lengan Noh di cintuh dengan belaian kasihnya disertakan bersama. Noh rasa itu. Dia tahu itu limpahan kasih abangnya.

Noh mencari jawapan di dalam renungan mata abangnya. Tetapi hampa, tiada penjelasan di situ. Bukan di situ takdir Noh sedang menanti.

“Aku tak sedap hati lah... Zal,” tubuh Noh berdepan dengan abangnya namun, jelas di wajahnya dia sudah jauh hilang ke tengah-tengah lautan yang semakin hari semakin mengganas atas kehendak bumi.

Senja semakin suram. Kencang angin masih berlari-lari bermain kejar-kejar dengan waktu. Susuk tubuh Noh dipeluk rapi, dia sudah mengalah dengan kehebatan angin di senja begini.

Zal, tidak mahu mengikut kehendak hati adiknya. Kalau ikut kata hati, nanti mati... itu yang sedang bermain di mindanya. Dan dia tidak mahu nasib adiknya di sia-sia kan dengan begitu mudah sekali. Lirik senyuman Zal semakin menipis setelah itu yang luahkan oleh Noh padanya. Mereka kesuntukan masa dan emosi Noh kini mengambil tempat untuk mendapatkan perhatian. Pada waktu dan tempat yang sama sekali tidak sesuai, itu akan menjadi jawapan Zal pada Noh, jika itu yang ditanyakan.

Sepasang selipar kepunyaan Noh diangkat dan di sangkut di hujung jarinya. Hampir terjatuh kopiahnya ke bumi apabila angin senja mahu bermanja. Di tahan dengan tangannya yang lagi satu, langsung kopiah itu masih terletak di pangkal sujudnya dengan rapi sekali.

“Zal...?” Noh menahan pergerakan Zal seterusnya. Tersentak Zal dengan sergah dari adiknya.

“Yang sudah tu sudah lah Noh. Apa lagi mahu mu?” Zal tidak terlintas itu akan menjadi ayat dan dilepaskan pada Noh. Berubah wajah Noh, tidak sampai hati Zal...

“Maafkan kami. Kami telah mencuba sedaya upaya. Dia telah bertarung nyawa sepanjang pembedahan selama sembilan jam tadi. Dia insan yang cukup kuat akan semangatnya dan sangat kental jiwanya. Saya yakin doa-doa yang telah anda semua pohon, kini sudah kesampaian. Sekali lagi ... takziah dan maafkan saya... encik Noh?” dia lengkap masih dengan pakaian seragam hospital. Serba putih dari hujung leher sehinggalah ke paras lutut. Namun di wajah matangnya sangat jelas dia sudah kepenatan. Mungkin sembilan jam satu jangka masa yang sangat lama. Atau sebaliknya...?

Berdesing cuping telinga Noh dengan berita yang baru diterimanya. Musibah itu kerap berulang tanpa henti di dalam ingatannya. Suka atau pun tidak itu saja yang tertinggal untuk dijadikan saksi, tika aral datang melintang. Berita yang telah mengubah hala tuju hidupnya. Mengubah segala rancangan dalam perjalanan bahteranya. Dia kini nakhoda tanpa kapalnya. Berkecai hati Noh dengan tragedi itu. Hancur cintanya.

Kepayahan itu kini membasahi pipi kasarnya. Untuk kali ini dan sebelumnya dia biarkan saja. Mana mungkin dengan deraian itu, bisa mengubah segala-galanya, Noh tahu itu.

Aku hanya manusia biasa. Mana harta ku? Mana rupa ku? Mana ada aku? Yang dulu ada dan kini sudah tidak berpunya. Aku tidak ada cinta. Aku sudah tiada apa-apa lagi. Aku hanya ada aku... gegabah dalam diri, Noh meratap pada satu kehilangan.

Jatuh menyembah ke permukaan dunia, melutut, mencecah pasir pantai tidak menentu hala. Dalam telekap tangan dia melepaskan... nasib diri. Noh jatuh berserah pada DIA. Esakan merintih mencari erti. Noh menangis dalam dakapan sendiri. Jeritan batinnya melantang meraung mahukan jawapan. Hampir kaku satu dunia!

Zal menjadi saksi pada hamba Nya yang sedang di uji. Betapa hebat Kasih Nya Tuhan pada hamba-hamba Nya. Zal tidak sekuat Noh pada tika dan saat ini malah untuk berdepan dengan natijah ini, Zal sanggup menggantikan dirinya untuk dijadikan bukti betapa, sebuah cinta itu amat memerlukan satu pengorbanan. Biar untuk sekali ini , Zal tebarkan kasihnya buat yang tersayang. Rapuh hati Zal tidak serapuh hati Noh. Insan mana yang rela melihat kekasih hati menangis di kaki senja.

Zal turut melutut menghambakan diri di pergigian pantai. Masin air laut kini semakin menebal di bibir. Bermanja dengan angin senja tidak sedikit membantu. Zal harus lakukan itu.

“Noh...” Zal mendapatkan satu-satunya adik kesayangannya. Dengan sekali pelawa, Noh jatuh dalam dakapan abangnya. Luluh bersalut hiba Zal dengan kehadiran itu. Menggigil pada tubuh Noh kini bertukar tempat ke tubuh Zal. Zal rasa itu. Bukan orang lain, adik aku ni! Ubun Noh diusap dengan perlahan bagai di dodoi bayi dalam pelukan. Dalam redup senja mereka meratap pada yang sudah tiada.

“Bila tiba masa air laut datang ia akan datang tepat pada waktu. Bila tiba masa air laut pulang ia akan pulang. Tidak seminit lewat. Angin senja juga akan tiba menemani pantai yang selalu ditinggal-tinggalkan oleh air laut. Kerana angin juga mengerti bisikan sekeping hati. Dan ada kalanya ombak datang menjenguk kerana mahu bertanyakan akan khabar pantai. Lantas dari itu, pantai tidak pernah rasa sunyi kerana selalu ditemani. Sama ada dengan air laut, atau angin mahupun dengan ombak.” Zal bercerita tika Noh masih lagi dalam pelukannya. Tidak mahu rasanya Zal melepaskan dia pergi... tidak lagi. Tangisan Noh beransur reda tetapi sedikit cuma.

Zal melepaskan berat nafasnya dengan perlahan-lahan. Sambil berselawat ke atas nabi. Itu sudah menjadi satu rutin yang akan dilakukan tanpa di sedari.

“Insan juga seperti pantai. Datang air laut seperti rezeki, melimpah-limpah. Ada kalanya kita dikurniakan rezeki dan ada kalanya belum waktunya. Dan angin senja tidak ubah seperti kesukaan yang hadir sekali lalu seperti menyinggahi dan pergi dalam sekelip mata. Ombak itu dugaan, datang tika air luat berjauhan dengan kita. Dugaan tiba kala rezeki belum ada. Mahu berduka sampai bila Noh? Tidak akan datang rezeki, tidak akan bertukar ganti dugaan sekiranya Noh terus menangis begini. Merintih pada takdir Nya? Ini pilihan DIA. Ada apa pada kita yang membolehkan kita untuk berkata sebaliknya...” Zal maklum dengan derita yang diberi pada Noh namun hakikatnya ini ujian juga. Meratap dalam penuh kesalan sudah tiada gunanya lagi.

Yang tadi menangis kini sudah reda. Kemerahan raut wajahnya, tiada riak sebaliknya.

“Aku rindu... Zal.”

“Aku tahu”

“Di mana kan ku ganti serupa dia?”

“Usah di cari, Noh. Tidak mungkin akan berganti. Mana mungkin ada dua yang serupa.”

Noh melepaskan diri dari pelukan abangnya. Bukan kerana rimas tetapi kini ia lebih jelas dan dia lebih mengerti jika di bandingkan dari dua malam yang sudah. Dengan menggunakan hujung lengan jubahnya saja, lembap di pipi kini kering sudah. Ikatan serbanya sudah lama di ikatkan di pinggannya sejak dia berdiri di gigi pantai. Walaupun kedua-dua matanya masih lagi kemerahan namun, ketara dia sudah tidak menangis lagi. Ada perubahan di wajahnya. Dia berkeyakinan.

“Apa lagi mahu mu, Noh?” Zal ingin tahu kerana kini Noh sudah tidak menangis lagi.

“Yang terlupa... aku.” Noh mengaku.

Sesungguhnya Noh tidak lupa tetapi kerana tidak bersiap sedia dengan kedatangan malapetaka, dia hampir-hampir lupa. Kuasa Allah itu hak Nya. Setiap insan yang beriman berusaha untuk reda dengan Ketentuan dari Nya. Dalam kepayahan mana sekali pun, jika di uji itu satu bekalan rahmat buat mereka. Noh bersyukur dengan dugaan ini, kerana Allah masih mengasihi.

Senja kini melewati. Tinggalkan kenangan di pantai cinta sepi. Malam bertandang bersama mimpi untuk mengubat pilu sebuah hati. Jauh perginya air laut, jauh lagi kenangan itu. Dalam ke dasar perut bumi, dalam lagi luka di hati.

“Yuk...?” untuk kali ke berapa Zal menjemput adiknya dia sudah hilang kiraan. Namun jemputannya tidak pernah tawar. Semanis hatinya mahu melihat yang terbaik untuk Noh, secantik itu juga doa yang dipanjangkan untuk yang tersayang... selalu. Zal bersyukur atas musibah yang melanda mereka berdua. Mereka semakin erat dalam silaturahim adalah hikmah di sebaliknya. Mahu Zal tunaikan sujud syukur sebaik saja mereka tiba di perkarangan kubur nanti.

“Noh, aku tidak sempat untuk sediakan cebisan bunga buat menutupi pusara...” Zal rasa kesal.

“Tak perlu Zal. Cukup dengan surah Yassin... kan ku jadikan bunga buat menghiasi pusaranya untuk ku jadikan bukti cinta ku pada dia.” Noh yakin itu yang tepat sekali. Pusara kekasihnya akan sentiasa kelihatan berseri-seri sehingga tiba waktunya untuk semua bangkit kembali. Harum kasih mereka akan berkekalan kerana mereka telah meletakkan cinta pada Nya di tahap yang paling utama.

“Yassin bunga cinta... baiklah Noh.” Zal menyimpan senyuman Zahidnya.

Melayang-layang kain jubah mereka bermain sembunyi-sembunyi dengan angin senja. Senja akan berlalu berganti malam. Malam akan kesunyian sekiranya bintang tidak kelihatan. Noh mahu pulang dan mahu menjadi seakan bintang dan terus bersinar akan kepercayaannya pada yang benar itu.



***

Friday, June 3, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Is that alright ?

By : Ngajad

Left by the orange horizon
sat next to final destination
you kept wondering
when it will ever happen
Is that alright ?
you asked me ...

Looking into the broken looking glass
you saw me smiling
you saw me looking at you
when the table turn, into two
Is that alright ?
I asked you

Can't stop now
the train has left the blue station
leaving the pieces all over the edge
gathers in between
the empty space that left me
Is that alright ?
neither you nor me knew

Friday, May 27, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...Laut !

Oleh : Ngajad

Meriak lautan itu
melintasi garisan bumi
berlapis tiga segi
jatuh sidiq dibucu raga
tidak bersambut naluri sepi
menjeling dilontar beralun ombak
lautan bergelora, siapa punya angkara ?
berderak-derak dasar lautan dalam rekahan
lantai bumi
bakal patah lagi
mana dunia untuk dipijak
andai landasnya juga
tiada di berikan hak ...

Monday, May 23, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Berkembali selamatkanlah !

Oleh : Ngajad

Diseru pada yang jauh
agar hadirkan jasad berkendong nyawa
berbilas tasbih cinta
untuk tiba berdepan dengan Nya
Ya Allah...
Berkembali selamatkanlah
Mama dalam menunaikan
ketentuan MU
berjihad sepatung doa kudus ku
agar Mama kuat berdepan dengan segala ujian dari MU
lindungilah dia
sebagaimana DIKAU lindungi hamba-hamba MU
yang beriman pada MU
sebelum waktu ku

“Ilahilas tu


Lilfirdaursi ahla

Wala aq wa

Aalannaril jahimi

Allah

Fahabblitau batau

Waghir zunubi

Fainnakaro firul

Zanbi azimi “

Thursday, May 19, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit.. Carikan aku satu bintang !

Oleh : Ngajad

Carikan aku satu bintang
yang pandai menari
di dada langit malam
di tepian hati sunyi

carikan aku satu bintang
yang indah berkerdipan
bagai silau mata hati
tika ia tersenyum kembali

carikan aku satu bintang
bukan kejora asalnya
mahupun kartika bertuan punya
biar ia satu antara seribu jadinya

carikan aku satu bintang
yang hadir tidak sekali
suka duduk menemani
tika renai tempias disini

carikan aku satu bintang
sebelum terpejam kedua mata ini
dalam ku menatap keindahan ciptaan Illahi
sekali lagi ...

Thursday, May 12, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Maafkan lah

Oleh ; Ngajad

Andai bumi tiada berpaksi lagi
menuruti putaran dunia
apakah langit turut merasa hiba
kala bulan mencari cinta

Andai lautan kehabisan  masin nya
ke dasar laut tiada habisnya
apakah pasiran pantai
akan setia pada kepulangan ombak dan badai

Andai diberi waktu dan masa
dalam seminit dua, bukan sehari lamanya
dapatkah dikau
berpeluang menerima
pemohonan kemaafan ku yang tidak bertulang
jonggkang jongkit
tanah pijak ku
terhuyung hayang
bebayang malam ku
berikan lah aku sedikit waktu
dalam dikau memaafkan daku
sebelum hilang segala harapan
sebelum dikau berangkat untuk 'pulang'
sambutlah dan sematkanlah
kesayuan ku itu
buat terkahir kalinya sebelum dikau menuju ke arah kiblat mu

maafkan daku
dari langit biru
maafkan daku
kerana dilahir menjadi zuriat mu
maafkan daku
kerana tidak sempurna, walau dalam sesaat cuma
maafkan daku
kerana aku, adalah aku yang sebenarnya ...

Monday, May 9, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit.. Damai lah

Oleh : Ngajad

Damailah
dimana dia ?
dari tujuh pelusuk dunia
dari tujuh lautan dalam
dari tujuh penjuru usia
dimana kah dia
kedamaian yang pernah dikau sebutkan
tika
pelangi hadir di kaki bumi
tika senja berdiri di muara sepi
tika
ombak semakin menghampiri
dimanakah dia
erti kedamaian
yang pernah disebutkan
suatu masa dulu
aku masih menunggu

Sunday, May 8, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...

Oleh : Ngajad

Lihatlah nestapa
berduka melara
senja jingga
dihamparan berjelaga
berjuta harapan
di idam sang pujangga
kian meresah
di raga
gelisah

Wednesday, May 4, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Amin bersama ku.

Oleh : Ngajad

Kekasih ...

kalau dapat ku berikan
setasik biru
buat kedamaian di jiwa mu
mampukah aku
kalau dapat ku hadiahkan
segulung warna pelangi
buat mewarnai yang sepi itu
terdayakah kudrat ku

kalau dapat ku kirimkan
doa bersertakan amin ya rabbalallamin
buat kesejahteraan mu
di dunia dan di akhirat jua
sudikah dikau untuk meng-amin bersama ku ...?



shashangajad03052011/TunjukLangitCinta/Bruneidarussalam2011

Senja & Senja Jingga

(Gabungan puisi bersama sdr Mati Suri &  Ngajad)

Oleh : Sdr Mati Suri
Senja . . .


lihatlah nisan kian tak bertaji
karna bumi gemuruhkan misteri..
singkap bait bermakna
jasad bias terpendam
bergelayu akar

senja ..
ruhku ingin kembali
gapai mustika,
mentari . .

senja ..
dengar
jerit sang durjana
kini tlah tersebit asa
tuk sisapi
jagat penuh pesona


Oleh : Ngajad
Senja Jingga


yang jingga itu berkaki lima
menjadi tiang pada yang tidak terdaya
kala guruh berlaga kasih
mentak nyilu kian bersatu
dari jauh diminta masih

menangis senja jingga
ditepian anak tangganya
bertongkat dagu
nasib sepilu
namun deraian
air mata
keluhan kasihnya
punggutan raga
menggapai mustika
selebihnya
biarkanlah senja terasa jingga
sesungguhnya
aku pun begitu jua

Ngajad's Tiga Seringgit ... Kerana kami kah ?

Oleh : Ngajad


silaukah mata mu
tika hadirnya kami
berkemelutkah resah mu,
mendesakkah kami selalu
kami anak jalanan tak punya nama
malah harta juga tiada bermakna

wajah kami, tiada jelita
senyuman kami, hambar belaka
tidak terkilan sekiranya
diberi sedikit waktu
untuk kami hadir di pangkuan rindu

siapalah kami
siapa yang setuju
kami hanya anak jalanan
menggemis rindu
salahkan kami

kerana mengikut kata hati
biar berjauhan waktu
batin kami merintih lagi
namun antara kami
berpunya janji
hidup atau mati

kami tetap bersama, hingga nyawa dijemput untuk kembali

Sunday, May 1, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Doa Ku diPohon Mereka

Oleh ; Ngajad




"Mereka" hadir
dalam riak tiada jelita
mereka ada al-kisah yang mahu dikata
bibir kaku
jiwa sebu
bicara kelu
sepasang mata-mata
meminta-minta

- agar yang sukar itu, terus berlalu
- biar impian menjadi kenyataan
- segala cita-cita bukan hanya sekadar angan-angan
- panjangkanlah usia muda seadanya

bertakung air mata kasih, dikelopak derita
sakit "mereka"
ku rasa, satu per satu
natijah "mereka"
ku merasakannya
apakah benar akan firasat ku

Ya Allah ! kasihanilah hamba-hamba MU

dalam terucap selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
ku sambut jabat tangan "mereka"
dalam sekali lafaz
di halwa deria
ku munajatkan
doa pada Nya
dalam sebak didada "mereka"
tuturan tiada bicara
"mereka" mengaminkannya
sesungguhnya
doa ku dipohon - "mereka" !

Thursday, April 28, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Jangan marah pada ku

Oleh : Ngajad



menyinsing fajar sidiq di garisan rindu
bahangnya ku amati seperti selalu
menyimbahi seluruh tudung hijab biru
membayangkan seraut kisah pilu
kenangan antara dikau dan aku
sepasang mataku menjadi silau dan sayu

dari kejauhan ini
yang tiada itu amat ku kesali
bangkit pagi ku, tiada bertemankan senyuman mu
betapa ku meraih akan kehadiran syair mu
malam ku berjelaga resah selalu

destinasi terletak di peta dunia
hanya Tuhan saja yang tahu seadanya
bahu kanan dan kiri berat sekali
kudrat ku, hampir menyembah ke lantai bumi
takdir ku, berpijar dan semakin tidak terdaya untuk berdiri lagi

namun
yang sudah bermula
harus ku akhiri
dalam sedikit masa lagi
fajar sidiq bertamu dalam memberi erti
ada bebayang di garisan rindu sedang menanti
tidak terkilan rasanya untuk ku meminta
tidak banyak cuma secebis saja
doa mu dalam lipatan perjuangan ku
Ya Allah.. lindungilah ini hamba mu

mahu ku kembali
selagi nyawa dipinjam hari
walau rapuh jari-jemari
walau hanya tinggal separuh jasad diri
mahu ku kesini sekali lagi
mengutip kesemua syair-syair yang tetinggal disini
walaupun
lewat bakal pulang ku
pasti akan pulang, semahu mu
oleh itu
jangan marah pada ku.



shashangajad28042011/TLC2011/PutraWorldTradeCentre-PestaBukuAantabangsaKualaLumpur(Malaysia) ...

Tuesday, April 26, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Coklat !

Oleh : Ngajad

Coklat !
suka sangat
sebabnya ia sedap
walau dimakan malam mahupun siang
rasanya tetap sama
dalam beku atau sudah cair
coklat tetap pilihan ku

Coklat !
dulu jarang ketemu
dan mahal gitu
dulu ku tak mampu
menikmati coklat semahu ku

tetapi kini
kapan-kapan saja boleh ku nikmati
ku jamah, ikut selera ku
coklat tetap pilihan ku
selagi diberi nikmat rasa oleh Nya

Coklat !
bukan untuk pinjaman, tetapi dimiliki
menikmati akan kelazatannya, kita mentak terlupa
coklat ada yang pahit juga
bakal tertinggal kesan nya di hujung deria rasa
mana hilang yang nikmat nya
sebaik saja, pahit ditinggalkan menjadi realitinya
fikirkanlah.. apa erti nikmat coklat !

Monday, April 25, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Kiriman Kekasih

Oleh : Ngajad

"Jangan lupa kirimkan khabar mu.." itulah pesanannya yang terakhir, sebelum kapalnya belayar meninggalkan jeti di kaki senja. Berlabuh fajar sidiq menyentuh permukaan lautan dan hilang dalam kelip mata yang kelima jadinya.

Kelembapan bibir rekahanya kala ditoleh dibahu kanannya. Sebak kini menyelebungi sanubari. Esakan dilepaskan pergi bersama lembayu yang singgah lalu, mengusap lembut di pipi gebunya. Deraian airmata kasih memenuhi kelopak mata kuyunya. Mentak berkali, dia sendiri tahu.. mana mungkin yang telah berlaku bisa diundur dalam kenangan silam. Dalam genggaman jemarinya, telapak tangan dirasa akan bahangnya. Debaran jantung berdenyut akan kesedihan ini. Apakah masih ada waktu untuk bertemu, dia mempersoalkan itu, sedangkan dia sendiri sudah  redha dengan ketentuann Nya.

"Selamat tinggal, ku doakan kau selalu bahagia.." liri matanya tidak terdaya menahan kepiluan itu. Riak wajah kekasihnya jelas dalam imbasan kalbu. Wajahnya yang berwajah tidak. Dilindungi dengan sehelai kepercayaan Nya. Sangat kuat akan pegangannya pada Pencipta Nya. Keutuhan itu amat jelas, laksana bersimpul mati. Keimanannya bergegar tidak. Hatinya bertalam duka dalam bersulam rindu pada langit yang membiru.

"Selamat tinggal kasih, selamat jalan sayang .." antara barisan kata-kata yang begitu payah untuk dilepaskan ke dada lautan namun itu sudah juga ditentukan. Kepayahan yang bertamu di tepi bumi, bersauh, berpijar ke langit sepi. Tiada daya bumi, menahan kesalan ini... sesungguhnya tagisan dari seorang kekasih, juga jeritan batin nadinya.

Harus jua dijalani yang sukar ini, mana berpindah bahagia andai tiada yang mahu pergi. Bakal tiba satu hari itu dalam berpesan .. semoga tiada jelaga di langit senja. Percayalah... walau kesamaan kita hanya seketika namun kau tetap bagian dari jiwa ku.. semoga kelak kita dapat bersatu lagi.

Tunggu daku - dilangit biru ku !

Ngajad's Tiga Seringgit ... Apa lagi?

Oleh : Ngajad


dipijat, di maki

anak jalanan nama ku diberi
dihumban, dibuang
tiada yang simpati
onak mana, duri mana
yang belum ku jalani
lautan api, tilam tidur ku
dalam pelukan kemelut berdagu
lintah jadinya
sampah apakah ia
pusar lagi gusar
hamba lahir tiada berwali
tidak layak ke muka bumi
disiang saja jantung ini
biar mati meyembah ke bumi

Ngajad's Tiga Seringgit ... Teriak padi

Oleh : Ngajad

kencang kekalapan ku

riuh pohon serak ku
angin menderu
takdir ku baru menyinggah lalu ...
"Jangan tinggalkan daku !" teriak padi yang belum dituai lagi.

Friday, April 22, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit.. Garisan Rindu

Oleh : Ngajad


berdiri di garisan rindu
yang memisahkan antara kau dan aku
ruang dan waktu
adalah penentu
pada garisan itu
samada ia terus bergaris
atau terputus habis

berdiri di garisan rindu
sesungguhnya
ia bergaris dihati ku...

(maafkan daku kerana tidak termampu menanggung rindu ...salahkah daku merindui mu ..?)

Thursday, April 21, 2011

Cerpen - Senja di Hati

Senja di hati (Menantikan Firdaus Mar’ie)

Oleh Ngajad


“Janji...?”
“Janji...!”

Tangan kanan masing-masing masih lagi di udara dekat dengan dada mereka sendiri. Jari - jari yang duduk rapat - rapat masih lagi kelihatan kemas menegak sekali gus mata mereka yang terus bertentangan. Se olah mencari kebenaran di sebalik pengertian perjanjian ini.

Dia tersenyum melihat si cerdik ini begitu bersemangat dengan janji-janjinya. Janji yang mahu disimpan dan dijaga sehingga mereka bertemu lagi. Dia kembali rapat antara jarak mereka yang sebangku jauh duduknya sejak dari tadi lagi. Lalu dia menggenggam erat kesemua lima jarinya yang masih lagi terapung di sisinya. Diramas dengan penuh kasih sayang. Tapak tangan sekecil ini, masih lagi halus dan belum mempunyai kesan kasar dari perjalanan liku - liku kehidupan yang penuh dengan noda dan dusta. Haba tangan mereka kini mengalir antara naluri sedaging sehubungan mereka. Mereka bagai beliung dengan asahan selama ini tetapi kini semua itu akan berubah demi masa yang kini sudah menentukannya.

“Betulkan Papa janji kan?” bermuncung-muncung bibir si comel bertanya kerana mahukan kepastian. Berlapis nipis kedutan dahi putihnya. Bulat cantik mata masa depannya. Bersinar dengan serinya raut wajah rezekinya. Anak tunggalnya ditatapnya lagi. Inilah anugerah dari Tuhan yang amat indah.

Mana mungkin ada ganti pada pemberian secantik ini. Ini lah yang berharga dari nyawa aku sendiri.

“Betul Papa janji” diulangi akan kebenarannya. Papa bukannya bertaup kan bibir diatas kawah melainkan ada yang dianjak layu, di anggur mati. Selama ini Papa berpegang pada janji. Belum pernah sekali Papa memungkiri janji. Selagi hayat ini ada, selagi itulah akan Papa terus berjanji. Melainkan Tuhan itu lebih mengetahui dari mana yang baik dan buruknya akan kebenaran pada janji kita. Dijadikan ketentuan antara salah satu daripada kehendak Nya. Antara bisikan yang bertukar tempat dengan rintihan. Papa tidak sanggup berkongsi kepayahan ini dengan si manja ini. Bagaimana mungkin anak semuda ini dapat melihat dari kaca mata Papa dan bakal mengerti pengertian sebuah janji itu. Berkorban demi sebuah janji juga ada pertaruhan yang sehebat dengannya.

Yang duduk manja di pangkuan Papa, dibelai helaian akan anak - anak rambut yang semakin panjang dan hampir menutupi keningnya. Pipi gebunya disentuh mesra. Senyumannya kini semakin jelas kerana kini dia sudah bijak untuk berkongsi akan senyumannya. Malah ketawanya juga kini sudah berlagu apabila setiap kali dia bijak berjenaka. Semakin hari semakin cerdik bercerita akan kisah - kisah sehariannya. Dengan gerak tubuhnya, lambaian tangannya dan riak air mukanya, dia memang pandai bercerita. Hati yang gusar akan terubat dengan serta - merta apabila melihat si comel ini memenuhi ruang sepi sebuah hati.

“Kenapa Papa senyap aje?” dia yang dari tadi tidak melepaskan peluang membaca apa yang tertulis di wajah Papanya. Hendak disorok akan kegelisahan itu tetapi ada kalanya dia lebih jauh memahami akan yang terkandung diisi hati Papa kesayangannya.

Digiling sekali dua kelapa beratnya tetapi jawapan seumpama itu sudah tidak laku lagi.

“Cakaplah Papa, kenapa ni?” jari halusnya kini menjadi tongkat pada dagu nasib Papa. Yang tadinya hilang kini kembali, senyuman di bibir Papa.

“Tak ada apalah. Papa baik - baik saja” yang meronta-ronta itu aku. Yang menangis di dalam kegelisahan jingga itu juga aku. Hendak dikatakan satu per satu. Hendak diceritakan dari mula sehingga ke penghabisannya. Tetapi bagaimana mungkin dia akan memahami rintihan sedih seorang Papa. Ini kisah Papa, biar Papa saja yang tanggung. Yang indah itu, bakal menjadi milik mu. Dalam kedukaan parut yang terluka, doa untuk nyawanya dipohon bersama harapan setulus jiwanya.

“Papa sedih sebab kita nak tinggalkan Papa ke?” begitu lancar pertuturannya se olah sudah diimbas akan seluruh minda Papa. Tidak sanggup di angguk kepalanya tetapi di kelip sekali kelopak mata kasihnya. Yang tidak diduga kini mengalir membasahi pipi kasarnya.

“Apalah Papa ni. Kan tadi Papa dah janji?” tapak tangan lembutnya kini menjadi ganti kain mengeringkan kelembapan kasihnya di pipi Papa.

“Kan kita dah janji akan jumpa lagi? Papa janganlah sedih macam ni. Tak lawa lah. Nanti muka Papa cepat kedut macam muka atok. Papa nak macam tu?” serentak mereka tercetus geli hati mereka. Memang wajah atok penuh dengan kedut, sekedut usia tuanya.

Memang betul, baru seminit tadi mereka sudah berjanji se ia sepakat. Akan terus berkomunikasi melalui telefon dan akan bertemu lagi pada hari dan tarikh yang telah disebutkan. Walaupun jarak masa itu bukan seribu tahun tetapi beginilah rasanya apabila berpisah, seminit itu seperti setahun lamanya. Perit untuk berjauhan tetapi mana mungkin satu ikatan itu akan terputus kerana masa menjadi sebab dajal pemisahan. Yang lahir dari dalam hati akan terus berkekalan buat selama - lamanya, kasih mereka dua beranak. Antara doa yang mahu dijadikan satu realiti sehingga masa itu singkat sendiri. Putusnya tali boleh disambung, patah arang sekali. Papa belum cukup bersedia untuk berdepan dengan keadaan umpama itu. Berikanlah aku kekuatan apabila tiba dan masanya nanti. Diminta lagi selagi nadi itu terus berdenyut di hujung jari.

Pembesar suara yang datangnya dari hujung bangunan kini sangat jelas mengumumkan apa yang bakal berlaku dalam seminit dua lagi. Nasib bakal berubah dan yang dari tadi duduk bersama kini sudah tiba masanya untuk berangkat pergi. Tepat pada masa, janji - janji lain juga harus ditepati.

Berat hati untuk melepaskan intan permata pergi begitu saja. Jikalau boleh biar begini untuk lima minit lagi sehingga berbakul-bakul rindu dapat dibekalkan. Didakap dekat dengan jantungnya sehingga selari akan degupan nadi mereka berdua bersama. Dikucup ber kali - kali sambil dilepaskan berbaris-baris selawat ke atas Nabi biar terus melekat di dahinya. Nyawa ku, Kau lindungilah!

“Papa dah lah tu, malulah kita” walaupun jauh dari sudut hatinya mahu disambut belaian terakhir dari Papanya tetapi pada masa yang sama dia juga bimbang akan hilang segala kematangannya. Pada usia begini, itulah yang paling mahu dijaga, sangat penting.

Tangan Papa di salam dan diberikan kucupan tanda erti hormat. Tidak dapat ditahannya lagi ketika dilepaskan tangan yang pernah menyambut kelahirannya ke dunia ini dengan linangan air mata yang sempat ditadah dengan hujung lengan baju kemejanya. Seperti bergelut di hujung jejari tangan Papa yang harus dilepaskan pergi dan kini sudah tiba masanya untuk bertukar tangan. Tangan yang sudah lama menanti akan kehadirannya. Tangan yang tidak asing lagi buat dirinya yang akan membawa dia pergi untuk hari ini dan hari – hari berikutnya.

Bermuka - muka surat nasihat yang penghabisan diberikan sekali lagi agar dia tidak mudah terlupa lantas yang baik itu dijadikan ikutan. Kerana memahami, di angguk pada setiap satu nasihat itu. Dia sudah cukup mengerti malah dia kini sudah boleh hafal kesemuanya. Jangan nakal-nakal. Jangan buli kawan-kawan. Belajar rajin - rajin. Jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun lantang akan suaranya tetapi dia bergetar - getar kerana menyembunyikan kesedihannya di sebalik perpisahan ini. Papa menahan linangan seterusnya untuk menitis lagi.

Begitu pantas masa itu berlalu ketika yang mahu disimpan seharusnya dilepaskan pergi. Yang digenggam itu harus juga dileraikan. Yang sukar itu, itulah dugaan. Yang payah itu, harus dilalui dengan meredakannya akan kehendak Nya. Pada lambaian yang lambat dan sukar, dia hilang bersama mereka yang sehaluan dengan destinasinya. Ada senyuman pada lambaian terakhirnya malah diterbangkan ciuman kupu - kupunya kepada insan yang ditinggalkan. Yang disampaikan itu disambut lalu disematkan di dadanya dan dijadikan sebahagian daripada janji - janjinya.

Air mata kesalan menitis lagi kini pada kedua - dua belah pipi. Dibiarkan mengalir kerana dari jarak begini dia tidak dapat melihat Papanya menangis seperti anak kecil. Dia menangis kerana tidak sanggup menanggung rindu pada setiap hari yang berlalu dan terlalu pilu pada nasib yang begini jadinya.

“Budak-budak cepat membesar ya?” orang asing yang berdiri sama tinggi dengan Papa sambil tangannya juga melepaskan rezeki melepasi pintu. Dia menjeling ke arah Papa seperti sudah tertulis di air mukanya dia juga mengerti akan perjalanan seumpama ini.

“Dia ikut siapa tu?” dia bertanya kerana dia ingin tahu. Tiada salahnya untuk bertanya.

“Mama dia” seperti embun di hujung rumput.

“Berapa umur dia, tujuh? Lapan?” dia bertanya lagi dengan mata mereka masih meratapi kehilangan di depan mata.

“Bulan tujuh, dia enam tahun” hilang suara Papa bersama keriuhan orang ramai. Papa tinggalkan orang asing tadi dengan dua langkah yang panjang.

Baru enam tahun, sudah sampai di sini hala kehidupannya. Papa tak bermaksud untuk ini semua berlaku. Bukan begini sepatutnya. Maafkan Papa!

Ditinggalkan kepiluannya untuk hari ini. Kerana dia yakin esok ada janji baru yang harus ditepati. Kerana Papanya tidak pernah memungkiri janji. Janji mereka untuk bertemu kembali apabila tiba masanya nanti. Janji tidak akan tinggal janji sebab Papa yang berjanji.

Terkebil - kebil mata berairnya ketika pesawat melepasi garisan pada permukaan bumi Illahi. Diketap bibir nipisnya dan di pejam kedua mata halusnya. Gambaran jelas Papa kini terpapar jelas di hatinya. Dikaulah gebar malam ku tika dingin malam itu. Dikaulah pelita hati ku tika kegelapan malam duduk bersama ku. Dikaulah warna pelangi pagi ku tika hujan renyai bernyanyi di kaki hayat ku. Itulah bisikan rindu.

“Papa sayang Mamat!” itulah yang terakhir antara yang terakhir. Nama manja, nama timang – timangan kini sudah serasi dengannya. Papa menjadikannya paling istimewa. Dan yang selalu dinanti - nantikan. Setiap kali Papa sebut itu, hatinya akan melonjak berisi kegembiraan dan dapat merasakan kasih itu menyelubungi seluruh pelosok raganya. Dia akan tersenyum puas sebaik saja itu dilafazkan. Kata - kata seringkas ayat seperti itu dijadikan azimat buat dirinya.

Kerana, Firdaus juga sayangkan Papa!

***

Tuesday, April 19, 2011

Pantun dari seberang ...

PANTUN MERAMAH KAWAN


Dari : Yandri Yash Yansah



pelangi senja berwarna jingga
langit redup bertilam hitam
silahkan bidadari pantunkan raga
belajar seloka jiwa tersulam

pekat malam sudah bertandang
pendar bulan bintang berkedip
silahkan puan berpamit pulang
terimakasih salam hangatku terselip

terselip bunga si sedap malam
harum mewangi tebarkan pesona
semoga esok bertegur salam
dengan kawan pantunkan warna

warna warni temu kata
judul sajakku yang terdahulu
pantun seloka karmina tercinta
jenakakan jiwa hilangkan kelu

kelu lidah mengucap titah
titah awak padalah taman
mari kita saling meramah
pada saudara dan kawan

kawan melantun langgam melayu
iramanya merdu semakin sahdu
asiklah kita berpantun rayu
hilangkan penat lepaskan rindu

Tgrg,180411

Monday, April 18, 2011

Syair dari seberang ...

• DI KAKI LANGIT SAJAK KU BERSAYAP

Oleh : Ansari Mandam




Menikmati senja yg tenggelam di kaki langit
hingga malam datang berkunjung membawa gelap dan rembulan yg memucat,,,
ku pandangi rona merah yg telah hampir padam disapu malam...
tapi..ku tak di sini,,,
aku tak termenung sayang...
aku terus bergerak mengangkasa dengan sajak-sajak bersayapku...
melayang...meliuk...mengulik,,,
mencari pijakan tanah-tanah ku yg retak bekas rintik hujan semalam...
arahku tersaruk-saruk,,,
suaraku parau bergelombang,,,
melolong,,,memekik..seakan menggedor-gedor pintu bumi...
masuk dari kesenyapanku menuju kaki langit yg jauh...
tempat untk ku melukisi sayap-sayapku kembali,,,
dan perjalananku adalah sebuah pergulatan waktu dengan sunyi...
sebuah tamasya di akhir senjaku untk relung-relung hatiku yg damai...

hmmm.......

Sunday, April 17, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...Dia marah

Oleh : Ngajad

dia berdiri tegak dan segak
mendatar ke bumi
berbau keringat peluh yang hangat
tajam matanya menikam samudera
dari laut merah
dia sedang marah
bermandikan hujan panah yang bernanah
terusuk belati dia terus berdiri
perjuangan ini masih belum selesai lagi
dia mengaku
dia tidak sekuat itu
namun batinnya
menjerit akan nama yang tidak asing baginya
kelu lidah membeku
telapak tangan tidak dirasainya lagi
jantung terhenti
dalam dengupan nadi
tegak berdiri tiada lagi
hujung dunia semakin hampir
dia redha dengan kehendak yang ini
mahupun hutang telah langsai
yang terpacak
tersepit itulah sebenar takdir
huraikan satu per satu
dia mengaku
perjuangan ini masih belum selesai lagi
selagi jasad dipinjam nyawa
selagi mati sebelum dari jemputan Nya

Saturday, April 16, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...Ngajad

Oleh : Ngajad

Ngajad kamek
diringi pelangi hati
bertahta permaisuri ditelaga jiwa biru
persada perdah berdaun linggi
riak madah pujangga disayap jentayu
Zahid menanti mengambang lentera
kiambang bertaut didahan raga
Zuhud mentak dikamir dirgahayu
sujud malam Kalimatullah diseru

direntang kemudik bianglala berjela
Mursyid berjaga malam tiada lena
dalam mencari Zillullah dibayangan Baitullah
mata terbuka dia merana
seperti embun dihujung rumput
dia kesuntukan masa

Ngajad berdiri di kaki pelangi
hujung senja terdiam lagi
pantulan pantai tiada yang sudi
menyambut sepeluk tika ber kembali
bergulung Raudah berdaleh ketepi
jendela gemintang melirik tersenyum
malaikat terhempas berbau dicium
cintuh seraut wajah baiduri
langit biru, sebiru Ngajad ku
mendongak tinggi menadah simpati
terbuka pintu seluas ruang taubat MU
airmata kasih menitis kini bersaksi
esok bukan untuk dimiliki

Ngajad usah berjauh hati
yang benar bakal diberi
yang tiada bukan hak hakiki
yang ada, beri syukur pada Illahi

Friday, April 15, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ..Whatever

Oleh : Ngajad

Whatever
it  was meant to be
it was never to be
it was there
and now its for free

Whatever
it came and now it is gone
for a minute it was held
for a minute too long

Whatever
it was there for awhile
it was just a little lie
for a mistake taken in vine

Whatever
it was whatever it was
it was thenever it was
it was it was
Whatever it was lost

Thursday, April 14, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Tasbih Bertali Putus, puisi

Oleh : Ngajad

diayak kenangan silam

bertapis setanggi rasa
selasih berbasuh, intan widuri
selangit raga memecah kesunyian hati
tasbih abi
terputus lagi
manik-manik bertaburan dilantai bumi
langkahnya mati, hilang deria rasa
salahkan bumi, tidak bertepi
langit ku biru kembali jingga
abi mati diatas tanahnya


shasha14042011 - petikan dari cerpen "Tasbih Bertali Putus @2010"

Tuesday, April 12, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit... Renai malam

Oleh : Ngajad

renai malam bergerimis sukma

jelaga punah asalnya
sengketa berbaur antara pelusuk dunia
meneratak bentak ditikar kaya
marah hadirnya
kamir bertepi, dibucu hati
terselak mata kencana, menjeling sepi

renai malam bergerimis lagi
tiada embun menitis disini sudi
Oleh ; Ngajad

badai memukul jiwa ku

bergegar dinding takdir ku
resah rasa gundah seribu
berjelaga paut ku
natijah diberi pada ku
dan aku ...?

matahari terpacak meninggi, rindu mu ... ku genggam rapi.

jiwa ku silau semenjak dikau pergi
seakan rentung bakal menjadi abu, penantian bagi ku
pulang mu tiada ber kembali
dan aku ...?
 
jiwa ku tersepit lagi berhimpit.
lidah ku kelu , dilarang dan arah untuk terus membisu.
rasa sanggup raga ku,
mengenggam bara api itu sehingga aku ikut rentung dan terus menjadi abu.
biar lemas di lautan api,
daripada berjauhan dengan mu begini... salam mencari rindu itu .
cermin hati ku retak seribu,
dalam duka bertongkat kan dagu. dalam esakan lagi bertahan,
dalam bayangan ilang semua rindu.airmata tidak sanggup bertitis lagi,
kerana raga ku menagih simpati ...

Ngajad's Tiga Seringgit..TLC

Oleh ; Ngajad

riak sukma mu cintuh kelabu

berdamping duka kamir agaknya
segak berada tersentuh daku
berasing raga hampir kemana


jika kau sudi bermanja sama ku
akan ku tuju ke langit kita
jika kau tanyakan pada ku
akan ku Tunjuk Langit Cinta ... hanya pada mu

Sunday, April 10, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Janji Dia

Oleh ; Ngajad

Janji DIA


suram dikaki senja
menjadi saksi tika langit berlari
muram dihatinya
menjadi sakit tika kasihnya pergi
aduhai malam
dimana dikau simpan kerdipan bintang ku
aduhai sayang
dimana dikau sembunyikan harapan jantung ku

langit pagi kembali jingga
hati pelangi lusuh warnanya
dalam permintaan yang ku ada
hati ku ini empunya siapa?
riak ombak melulu ke tepi
tangisan pantai sedih sekali
ya ataupun tidak, tiada yang sudi
merintih sampai, pedih begini

bergulung mentari menari-nari
kala guruh jauh tertangguh
bertuah sungguh iradat yang ini
kala bercintuh kasih bersauh
hamparan gemersik gemalai adanya
dendang merdu berlagu rindu
lambaran merisik malambai tiba
gerangan dia mahu bertemu dengan ku

indah puisi, bersyair saja
indah lagi pemberian hadiahnya
indah terharu tersipu pun ada
indah tuturnya memikat jiwa
peta destinasi kepunyaan Nya
dipinjam kita buat sementara
ku yakin ada jodoh untuk kita
tiba waktu, kita akan bersama



shasha10042011

Friday, April 8, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit... Minta ampun aku

Oleh : Ngajad

Minta ampun aku
hadir tanpa undangan
duduk tidak berbangku
berdiri tiada dibumi
aku tidak bertempat disini

Ah! betapa bodohnya aku
juga hodohnya rupa ku
mana pandai ku berpuisi
bersyair juga tiada yang sudi

Ah! aku mudah terlupa diri
betapa kuy sedar status sehina ini
kenapa aku sangat berani

Ha! ha! ketawa jarang sekali
jadi badut rasanya
dipermainkan jiwa yang ada
hati ku luka
siapa pernah bertanya
lihatlah dunia ... giliran aku yang terkena !

aksi dunia yang selalu dengki
dengan kewujudan ku
tiap kali mahu ku kecapi niktmat bahagia itu.

Ngajad's Tiga Seringgit... Membiru

Oleh : Ngajad

Cinta ku sampai ku menutup mata

Langit membiru
berteduh di bawah ubun wanita ku
hilang warna jingga
sebaik saja pelangi tiba
redup hadir mu
terlena di labuh tudung ku
bingkisan rindu
nyanyian dilirik senyuman mu

Ah, indah pandangan mata ketiga
meneratai lembaran nan abadi
sayu hati
semenjak dikau ku kenali
mentak sejak azali lagi
anduh nian, dalam simpanan

Ha, bertepuk susunan ayat Imam ini
selebar doa di kami berselang-seli
merajut kehambaan diri munajat
sarat memeluk satu hajat
Ha-ah, siang berjaga tiada lena
malam panjang lelah diserah
nyawa bertingkat -tingkat si dulang kaca
mimpi melayang, terbayang
di kaki jubah hamba

Ah-ah, menanti mu tiada berhujan milik hamba
mentari dan renai tiada pernah menjamah aurat walau dalam leka
marah laut merah
tiada beralah, dendam dan parah
antara lambaian
bersulam kepercayaan
kerana sayang
tuan hamba buktikan, hamba ditinggalkan
tergapai dan menggapai
tasbih bertali putus
disandarkan hampa dengan secubit janji, pernah terurus
andai ada jodoh kita nanti
hamba kekal dipaksi bumi
walau jasad tiada lagi

langit membiru, dihujung waktu
tiba kepulangan mu tiada
yang menyambut
maafkan hamba, sekali ini
barangkali dilangit ke tujuh
ditempatkan
satu penantian nan abadi
pulang mu untuk kembali
dalam menepati yang terpatri
tiada jelaga, tiada lara
hamba berani, mengakui
disana nanti
hanya ada suka dan bahagia
kelak kala bertemu kembali
dialam Firdausi

(06042011)

Thursday, April 7, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Tunjuk Langit Cinta!

Mengapa Tunjuk Langit Cinta ...?



Mengapa Tidak ...?

Antara soalan yang sering kali berselisih dalam perjalanan dalam menuju ke suatu destinasi. Tidak serik untuk berdepan dengan kemusykilan namun ketika menjelaskan kenapa dan mengapa bakal bertempur dengan, kenapa tidak begitu. Terkadang merasakan ada kekurangan di dalam diri kala mempersembahkan pada yang sedang menantikan satu keajaiban pada satu jawapan. Barisan pada pertuturan semacam tidak segak untuk di tatap dalam lepasan malam sepi. Yang menanti terus menanti. Ada yang sempat mengeluh di kehijauan syahdu, sesungguhnya masih ada yang belum puas hati. Amat hamba sedari ...

Mengapa Tunjuk Langit ?

Apa hebatnya langit?

Ada apa rupa pada langit?

Langit tetap langit, jadi ...?

Berlaung sombong pada getaran nada dalam pertanyaan. Berbaur sindiran kerana sesungguhnya yang bertanya masih mahu tahu. Seakan sayu tiada berlagu di hati. Mungkin belum tiba masa, mungkin belum seadanya.

Berteduh dari langit ke tujuh, mendongak ke langit yang satu, dalam pemerhatian se kalam ini, hamba tidak mahu berlaku angkuh. Tanpa hujung ibu jari, tiada bermuncung tajam, dengan lapisan hijab hitam kelabu, hanya hati terlukis suri, sejujurnya ... hamba tunjuk langit dengan Nur Kasih Nya.

Mengapa Langit Cinta?

Siapa sebenarnya insan itu tanpa sedikit cintuh cinta. Hadir cinta dalam berbagai-bagai rupa dan rasa. Kala ia cantik dan ada kalanya ia sangat indah. Dalam keindahan dan kesenangan cinta di anggap mudah. Dalam asa kenangan ia tinggalkan, menjadi kesan, menjadi teladan. Cinta akan tiba apabila sudahnya waktu, dan begitu juga ia akan pergi apabila berada di hujung janji. Hadir cinta memberi erti, perginya cinta... sakit tanggung sendiri. Namun hakikatnya, ada cinta yang datang kala bertamu dan sehingga ke kerak bumi ia tidak akan berganjak lari.

Nyata, itu cinta sejati. Sangat dekat ketika tersungkur di dasar lautan api, sangat berbagi ketika tenat dan lelah dengan takdir diri. cinta sebegitu akan hadir, mungkin tidak sekali, mungkin sudah berkali-kali... siapa di antara kalangan insan yang menyedari cinta serupa itu pernah wujud, wujud dalam diri sendiri. Hamba akui, ada cinta seperti itu, semasa bernafas di nyawa bumi ini.

Mengapa Tunjuk Langit Cinta? Mengapa tidak ?

Lahirnya hamba di dunia berwali dan berada. Sentuhan kasih dan sayang tiada pernah kurang. Dalam dodoi malam, bisikan kalimah cinta dijadikan lapisan mimpi. Bersama dibekalkan doa bersahut harapan agar yang indah itu menjadi milik yang kekal abadi. Namun, yang merancang itu hamba cuma, dan menentukan hanyalah DIA. Kekal satu kisah, menjadi satu tragedi. Kenal satu mimpi, mengganggu batil emosi.

Sebelum tiba ke destinasi yang hakiki, ujian itu berkunjung dan duduk sebangku dengan raga. Jiwa suka bertanya, mengapa? Hati tidak muak menjawab, itulah jadinya kita. Merasai suka dan suka, melalui manis dan pahit seadanya. Tanggung jawab yang sama-sama dipikul seharian dan semalam sehingga nyawa yang dipinjam minta dipulangkan. Jiwa suka meronta-ronta dalam gegabah gerhana, dan hati pula suka memujuk dalam kesabaran yang paling indah. Bersabarlah demi DIA, pujuk kecil hati... kerana kesabaran itu ada banyak hikmahnya. Hati pandai memujuk pada jiwa yang berjelaga, sentiasa.

Hamba tidak berpunya dan tiada berharta atas pentas dunia, namun hamba masih insan yang sangat kaya. Kaya dengan memohon belas kasihan Nya. Siang berganti malam, dalam tadahan doa, mengharapkan belas kasihan biar berpanjangan. Berkekalan sehingga ke waris hamba selepas hamba berdepan dengan mati.

Dalam sedar yang tidak sedar, hamba amat menyedari... siapalah hamba ini tanpa Cinta Nya. Yang indah, lebih indah dari hati pelangi, lebih cantik dari sedunia tasik. Lebih selesa dari gunung raksa, lebih nyaman dari lautan damai, lebih gah dari terik mentari yang menyinggah.

Telah banyak untuk dijadikan bukti, namun antara nampak dan tidak nampak akan insan terhadap kebenaran itu. Kehadiran hati nurani harus peka dan ada pada setiap insan itu. Jika ada rasa, dalam setiap detik masa, jika ada terkilan dan kempunan antara dua, jelas masih waras berlaga di jiwa. Lantas, Cinta Nya sangat sesuai bertakhta di mahkota nyali. Dijaga dan dibelai dalam suku rahsia. Diturut sejenak bahagia... nescaya masih ada cinta untuk setiap insan itu.

Kala langit membiru di hati, menaup kedua telapak tangan dalam menerima kesyukuran dari Nya. Keindahan ujian silih berganti tetap indah dihati gundah ini. Redha, pasrah tiada... demi DIA, hanya mahu setia. 

Nah, mengapa harus bertanya lagi...? sangat jelas adanya Tunjuk Langit Cinta, adanya Cinta Nya, adanya cinta insaniah. Hamba ikut serta, kala langit cinta dipersembahkan dalam arena selaksa bergaya. Meneratak mentak ber kail buat selamanya, dalam pengertian dan pencarian yang seutuhnya.

Justeru itu, mengapa tidak...

Cinta Nya, adalah segala-galanya.

***
Shahrizad Shafian – Tunjuk Langit Cinta – 2011

(Buat Papa... di mana jua dikau berada, tika dan saat ini. Anakanda sedekahkan Al-Fatihah sebagai ganti diri - sehingga kita bertakdir untuk bertemu kembali, satu hari nanti... insya Allah! )

Alhamdullilah ..

... Alhamdullilah ! Allahuakbar !
dalam linangan yang terharu daku kembali bersujud syukur pada MU !
Subhana Allah !

... tiada lagi yang ku harapkan dalam kepasrahan, ku serahkan. Keabadian cinta yang unggul bakal terserlah kini. Aku redha dalam ketentuan MU.
Telah ku serahkan segala-galanya pada MU.
Demi cinta suci .

Ngajad's Tiga Seringgit ... Mine not Mind.

By : Ngajad

share is not mine to be


share is not mind to free

once a broken heart is mine

forever a broken heart is blind

theres a question lays in all heart of men

seeking hope and asking for a plan

theres a question may havent been mend

looking for hope in justice within...

Wednesday, April 6, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Dia kata !

Oleh : Ngajad

Dia kata ...
Sekuntum mawar merah, sebuah puisi untuk gadis pilihan, di bulan Februari
Ku terima kuntuman itu, dalam senyuman yang berseri

Dia kata ...
Mulanya cinta bersemi dalam kehadiran ribuan mimpi
Ku terima kehadiran dalam jemputan jutaan mimpi

Dia kata ...
Terkenang kembali kisah mawar berduri
Ku tertusuk dihati, mengapa cinta hanya sementara. cinta yang menyala padam secara tiba-tiba.

Ku tanya ...
Apakah salah ku, apakah dosa ku

Dia kata ...
Ia menusuk di hati, haruskah ku ulangi ...?

Tuesday, April 5, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Jingga Langit

Oleh ; Ngajad

Jingga langit membelakangi ku
ku tinggalkan terpaku disitu
dalam lipatan kenangan
meragut belas kasihan
nyali lentera hati
berkias berkasihi
merunggut menjauhi
sebuah kisah
yang sudah terpatri
terbuku sebuah janji
Jingga  langit
hilang
disaat puisi ku
tiba diakhir
barisan ini

(02042011)

Monday, April 4, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...Wali

Oleh : Ngajad

Datang. Wali. Balik
Wali. Datang, serah... marah !

Ngajad's Tiga Seringgit... Tangisan "sweet child"

Oleh : Ngajad

"Walid tiada lagi murka, pulanglah anakanda..."

"Maafkan hamba ummi, lahirnya hamba ke dunia tiada berwali"

"Anakanda masih berjauh hati ...?"

"Hamba diberi nyawa tidak bermilik hati "

"Kasihanilah Walid, Junjungan ku, Abi ku... wahai anakanda"

"Kasihanilah hamba, wahai ummi. Tidak diminta lahir ke bumi, sehingga bertemu mati tiada cinta yang sudi. Hamba ini sebenarnya milik siapa ? Apabila dihantar untuk berkembali...?"

(rintihan : "sweet child " )

Ngajad's Tiga Seringgit... Ngajad

Oleh : Ngajad

lantai bumi ku retak seribu

hilang sudah tempat untuk mengadu
Ngajad pilu
bertongkat dagu ku...

Friday, April 1, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Langit Menangis

Oleh : Ngajad

tika dan saat ini


guruh berlaga kasih

langit meratap sedih

bumi mengemis

angin barat daya marah pada ku

laut juga sudah bosan pada ku

seperti pantai tiada indah tiada berlagu

guruh berlaga kasih

tika ketandusan alam

begitu amat memahami

Ngajad's Tiga Seringgit... "Ah !"

Oleh ; Ngajad

"Ah !" angkuhnya diri mu
bagai menumpang lalu
merobek hakikat ku
tersungkur keyakinan ku

"Ah !" berlaku riak, akan kedatangan mu
disepak dan diterajang
pada hajat ku
makan hati berulam jantung
kini daku

"Ah !" sombong dalam jelak sikap mu
berapi menjilat kemarahan mu

dalam  bertunduk, tersipu, berselindung disebalik tudung unggu ...
"Ah !" aku peduli apa
dengan Ah! mu itu ...

Thursday, March 31, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Kerana Dia seorang kekasih

Oleh : Ngajad

Kerana Dia seorang kekasih ...




jauh malam lena beradu

atas sejadah cinta

dia bersujud, dia bertahjud

memohon pada bahagia



tasbih dihujung jemari

laju menari

membilang

agar hilang

agar terhapus segala dosa-dosa



laungan muazzinnya

lunak dan lantang

mengharap belas kasihan dari Nya



kumat - kamit bibir

budimannya

melafazkan kesyukuran

pada illahi buat kami



kerana Dia seorang kekasih

memohon bahagia

terhapus segala dosa

buat dipersembahkan

untuk kekasihnya...

Nama mu dalam samar ku

Syair indah hadiah dari saudara Karang Lautan


~~*Nama-mU Dalam Samar-kU*~~



S ajak ini tergores diujung tangkai salvinia

H ening sahdu kelopaknya melumuri rasa dahaga

A ntarakan jiwa mengembara negeri Selangor Titiwangsa

H ati terpetak samar selauti tudung cinta tanah selat Darul Ehsan

R indu tengada malam dalam doa pucuk jemari insan bernama kekasih

I nsya Allah... langit bintang bulan, matahari menyala pelita terang

Z aid Akhtar berkonsi manja asmara "Cinta Kala Gegar Jakarta"

A kuLah Karang cadas renungi Lautan "Jejak Sang Pemanah"

D alam Limpahan kasih keadilan Ilahi "Tunjuk Langit Cinta"



S ama sama merajut pena bertembung kata

H asrat pelangi mereguk indah rinai pagi

A lam-kU hijau sebelum biru melegam



A aahhh...

Z aaa...

I ndah-mU...

Z amrud katulistiwa...

A kan kU-baca menopang cermin

N yaLa senyum bibir lelaki kala rindu mengurungnya

.

...MeLunasi Janji......

31032011@PJ

Wednesday, March 30, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit... Doa buat kekasih

oleh : Ngajad

doa buat seorang kekasih ...

kala bintang meledak
langit terbelah di tengah
qamar (bulan) tiada kelihatan
asy-syam (matahari) ia menghilang
yakinlah masih ada siraaj (petila yang terang)
buat mu ...
doa dari seorang insan yang bernama kekasih ... insya Allah

Tuesday, March 29, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit.. Jendela Tasbih

Oleh ; Ngajad

Ku intai masa di jendela terbuka
Raut langit ku renungi
Tasbih kasih ku cintuh padanya
Kala bumi tidak lagi sudi
Redup malam, hiba bermimpi
Ratapan pangkuan di istana menanti
Siang ku malang, malam ku panjang
Bertongkat dagu pada kehilangan
Bertaburan tasbih tika dalam jemari
Ku kutip dan ku sambungkan ia kembali
Berlinangan air mata tidak ku sedari
Rupanya begini akan takdir ku nanti
Meraung dalam jeritan batin terseksa
Tangisan dalam kehibaan apa rasanya
Terjerat dalam batasan, siapa membatasnya
Serahkan saja diri mu pada DIA
Ngilu dan perit membisu hati mu
Merintih meluluh, itu daku tahu
Dalam tadahan doa, ku lafazkan selalu
Ya Allah... Ya Tuhan ku
Mudahkanlah yang sukar itu

Monday, March 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah ...

Hayzen,

Alhamdullilah ...
Hari ini, hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke 18. Cukup 20 tahun kita bersama dalam suka dan duka. Tiada sajak yang dapat menggambarkan pengembaraan kita. Tiada puisi yang dapat menyajikan, kepiluan di hati kita, sepanjang episod ini. Tiada madah yang dapat mengisi ruang yang telah kita penuhi. Semoga dikurniakan lagi 18 tahun lagi, untuk kita bakal ditempuhi.

Ku pohon, kekurangan, kelemahan... dalam diri ini, dimaafkan. Halalkan makan dan minum ku , dunia & akhirat jua.

Dengan sekali lafaz,
Aku isteri
Dikau suami
Aku terima nikahnya
Dikau persembahkan sehingga ke hujung nyawa

Mohon izin dari Nya, Mohon belas kasihan dari Nya, diberkati cinta kami, seadanya.

Sha Sha
March 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah ...

Hayzen, Alhamdullilah ... Hari ini, hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 18. Cukup 20 tahun kita bersama dalam suka dan duka. Tiada sajak yang dapat menggambarkan penggembaraan kita. Tiada puisi yang dapat menyajikan kepiluan di hati kita, sepanjang episod ini. Tiada madah yang dapat mengisi ruang yang telah kita penuhi. Semoga dikurnikan lagi 18 tahun lagi untuk kita, bakal ditempohi. Ku pohon, kekurangan, kelemahan ... dalam diri ini, dimaafkan, halalkan makan - minum ku, dunia & akhirat jua. Dengan sekali lafaz ... Aku, isteri Dikau, suami Aku terima nikahnya Dikau persembahkan sehingga ke hujung nyawa. Mohon izin dari Nya, mohon pada belas kasihan Nya, diberkati cinta kami. Sha Sha March 28, 2011

Saturday, March 26, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Jawab Bulan

Oleh : Ngajad

Jawab Bulan (pada Mayang Sari )

Oh mayang
Insan kekasih Nya
Setia pada janji Nya
Menerima saja seadanya
Suka mahupun duka
Dikau redha dalam ertinya
Apabila malam tiba
Dikau mencari erti dalam mimpi
Dan kala siang berganti
Dikau dakap dalam sepi
Dari kejauhan ini , yang selalu dekat dengan mu
Tidak sehari berlalu tanpa ku rasa sentuhan kalbu, mu itu
Oh Mayang
Insan kepunyaan DIA
Tidak kah dikau tahu, aku juga mahu memiliki cinta mu itu
Mahu ku nikmati pengertian sejati
Mahu ku laungkan ke persada bumi
Namun apa daya ku
Hanya bulan dijadikan aku
Tertinggal di sini
Di dada langit
Kala malam bertemankan bintang
Mereka bahagia bersama
Teman setia kata mereka
Siapalah aku
Hanya bulan
Yang tidak mampu ber kidung dan berlagu
Setiap kali dikau memanggil nama ku
Hanya bulan
Itu aku ...

Wednesday, March 23, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Destinasi Ke-2

Oleh : Ngajad

Lautan api terbentang pagi
Merentasi alam dagu ke dagu
Tersirat di sebalik hati
Kisah kelam lembaran syahdu

Jatuh kiambang bertongkat sedih
Pelangi pagi tiada menghargai
Setia kata semakin sedih
Harapan di sini ada apa memadai

Duka dan suka pilihan ku
Luka di hati hak ku jua
Onak dan duri, itu kisah ku
Dalam menuju ke destinasi ke dua

Tuesday, March 22, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Rintihan Bintang

Oleh : Ngajad

Direntas yang sepi ini
Pada siang yang panjang
Kelibat kian menghilang
Dalam dendam dalam diri
Kabir cintuh berlutut
Dalam sujud tiada bertali
Kamir bakal berpaut
Dalam erti hiasan sendiri

Bertanya malam pada tuan nya
Mengapa bintang selalu ada?
Menjawab tuan dalam meneka
Bintang juga tidak suka
Malam tidak mahu berkongsi langit
Malam tidak suka duduk bersama
Bintang bukan sengaja
Sesungguhnya kehadirannya
Sudah di tentukan
Oleh DIA

Sedih bintang tidak terkata
Kerana malam dia menjadi hamba
Berbagi rasa, berbagi cinta
Sedangkan hadirnya tiada yang suka
Kerdipan bintang di langit malam
Hadirnya hanya sekadar menumpang
Di tepi langit tidak berkawan
Di sisi langit tidak tertawan

Sinar bintang itu bukan lagi rahsia
Dalam gelap penuh bercahaya
Namun hakikatnya
Begitulah rupanya
Bintang dibuang, tidak disayang
Bintang dipinggir, lagi tersingkir

Hadir bintang membelai mimpi
Dalam dekapan kasih suci
Hayat bintang hanya sekali
Kasihilah daku, seperti ku menyinari
Malam mu nan sepi

Saturday, March 19, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...Melihat Aku

Oleh : Ngajad

bukan niat ku
untuk melemaskan mu
dengan kehadiran ku
namun
sunyi itu
menggigit dinding emosi ku
kaku dan terkedu
tika daku melihat dikau melihat daku

Ngajad's Tiga Seringgit... Berbayar.

Oleh : Ngajad

Robak di dinding hati
Beraut pada luluh tabuh
Pada pinggiran tiada bernama
Bagai dilepaskan pergi
Meraut jantung bernyawa
Kelis di penjara ketujuh
Masih dalam perhitungan
Tidak terbayar sudahnya

Friday, March 18, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Keliru

Oleh : Ngajad

aku keliru
serba salah dalam langkah ku
hilang pada bayang ku
bertongkatkan pilu di dagu ku
mata ku berendam si air mata
aku keliru
dalam jawapan yang tiada pada ku

Ngajad's Tiga Seringgit - TLC

Oleh : Ngajad

Tunjukkan pada ku bagaimana rupa rindu mu pada ku
Tunjukkan pada ku bagaimana indah kasih mu pada ku
Tunjukkan pada ku bagaimana setia mu pada ku
Tunjukkan pada ku bagaimana untuk ku mencintai mu
Dan aku akan ...
Tunjuk Langit Cinta
Hanya untuk mu ...

Ngajad's Tiga Seringgit - Kasih hati, kasih jiwa...

Oleh : Ngajad

kasih hati "kau kembali? kemana menghilang selama ini?"
kasih jiwa "tiada ku hilang, cuma malaikat jemput ku datang"
kasih hati "aku menanggung rindu, terlalu ngilu pada mu"
kasih jiwa "ku tahu itu, lantas maafkan daku"
kasih hati "dan kini dikau pulang, untuk kembali?"...
kasih jiwa "daku pulang, tidak ber kembali, sayang..."
kasih hati "aku keliru?"
kasih jiwa "kembali ku, untuk dijemput pulang..."
kasih hati "bagaimana dengan diri ku?"
kasih jiwa "usah kau ragu, dikau akan bersama ku"
kasih hati "bagaimana dengan diri mu?"
kasih jiwa "aku akan selalu bersama mu"
kasih hati "aku keliru..."
kasih jiwa "hati dan jiwa, kau dan aku akan terus bersatu"
kasih hati "dan kini ..."
kasih jiwa "biarkan daku dulu pergi"
kasih hati "sehingga?"
kasih jiwa "sehingga kita disatukan kembali"
kasih hati "dan kini malaikat ku datang menjemput ku pulang"
kasih jiwa "pulanglah, sebentar lagi ku datang..."
kasih hati "aku keliru ?"
kasih jiwa "aku kembali, kerana dijemput malaikat untuk menjemput dikau, sayang"

Wednesday, March 16, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit... Dia

oleh : Ngajad

Bersauh rindu pada hujung bahtera
Belayar ke muara, ke tepi dunia
Berbekalkan seraga iman dalam rasa
Dia tahu, dia tidak terdaya
Kempuna pada cinta DIA
Terkilan pada kasih Nya
Dia meratap, ada hiba dalam duka

Riak tidak berlagu
Sentuhan sejuk, se sejuk salju
Rekahan bumi, sangat pilu
Retak lantai hatinya, retak seribu
Berdinding kaca, siapa yang tahu

Pada keindahan pelangi, tidak berseri
Mentari tidak sudi untuk menari lagi
Genggaman kadi, berselimut mimpi
Tiada erti dalam mencari

Dia terima Kasih dari Illahi
Dalam bentuk ujian disampaikan
Dalam tadahan tangan sembilu
Dia merayu dalam tangisan sendu
Reda dalam menerima, benar dalam mempercayainya
dia, hamba yang setia pada penciptanya.

Tuesday, March 15, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Jantung Gunung

Oleh : Ngajad

Jantung gunung bergegar lagi
Merah hatinya tidak berlagu madu
Sialang menjerit pada sendi-sendi
Marah pada bumi, katanya
Dengki pada jentayu, teriaknya
Merentasi lautan api ke persada yang semakin kehilangan
Tika kaki bumi tiada lagi kelihatan
Kaget aku, tika harus berlari ke langit untuk mencari mu
Bentak aku, kerana bermandikan hujan selalu
Ada apa pada penantian
Sedangkan waktu itu tidak bisa, tidak mampu
Untuk duduk sebangku dengan ku
Berpuisi, bermanja rindu
Secara jujurnya ... aku semakin keliru.

Monday, March 14, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit... Dalam

Oleh : Ngajad

Dalam duka ada suka.
Dalam sendu ada ketawa.
Dalam marah ada manja.
Dalam bahagia ada kecewa.
Dalam hati ada cinta.
Dalam cinta ada rahsia.
Dalam dunia ada kita.
Dalam kita ada DIA.

Sunday, March 13, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit... Langit Menangis!

Oleh ; Ngajad

Langit menangis
Sebaik saja Maghrib menjerit
Laungan Muazzin
Yang pada cintanya tidak pernah berbelah bagi
Memecah suram pada senja sedang ketawa, sesama dia

Retakan garisan yang memisahkan
Antara bumi dan langit
Kini semakin merekah berjauhan

Pada samar bayangan tiada
Dia Rijablalughaib kini menjelma
Berkiblatkan Kaabatullah
Bertaut harapan pada Zillulah
Dalam berZuhud pada Nya

Berqasidah dalam manja
Siang ia tiada, malam hilang entah ke mana

Hangus tiada berapi
Karam tiada berair
Tidak ubah seperti itu akan erti hidup dia

Sadarulkalam... beginilah kisah dia.

Saturday, March 12, 2011

Ingin Lari Ke Hutan...

Oleh : Ngajad

Ingin berlari ke hutan
Tika renai yang berpanjangan membasahi lantai bumi ini
Yang merekah tiada lagi
Tetapi ketandusan kasihnya masih di sangsi
Pujuk si pantai kerana merindui
Menjemput pulang, untuk kembali agar tiada lagi sepi
Ingin berlari ke hutan
Tika warna pelangi, kelusuhan di tepi senja
Kerana pilu kan hilang pada dakapan manja
Suara hatinya, dipendam dalam diam kerana kesian pada dia
Pulanglah... memujuk sayu
Pulanglah pada ku, dia merayu
Ingin berlari ke hutan
Meratap bukan pada kehilangan tetapi satu kematian
Ingin berlari ke hutan
Untuk mencari kedamaian, tetapi kini yang jelas sangat ketara
Tidak ku lari lagi, kerana hutan ku adalah dia

Friday, March 11, 2011

Izinkan Daku

Oleh : Ngajad

Terhenti lamunan ku
Di pukul badai yang terasing
Pada kegersangan hati ini, aku menjadi asing
Bukan sengaja berselindung, malah sekadar bermanja
Tetapi kini manis kidung ku, dikatakan tidak lagi bermakna
Tiada apa pada aku, kerana aku hanya insan biasa
Masih mencari erti kenapa jiwa ini sering kali disakiti
Pada hujung senja, hampir ke seluruh tangga pelangi
Diherdik dan dibenci, dahagakan kasih, lalu aku ditinggalkan
Yang kembali tidak dipulangkan
Cermin pada iman, dalam kekaburan, sedih
Cermin pada takdir, ini ujian, aku terpilih
Segala keupayaan ku terbatas, segala mimpi menjadi api
Sakit menikam ke sanubari
Minta ampun aku, pada kekurangan ku, mana pernah daku ada lebih
Salah aku kerana membuat dikau merasa sedih
Palingan hati, aku masih menunggu mati
Palingan cinta, apa erti semuanya ini ...?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Akulah Ngajad

shasha azizan@11032011/Tunjuk Langit Cinta@2011

Thursday, March 10, 2011

Dalam Pelukan

Oleh : Ngajad

dalam pelukan
tika imbasan kenangan berlaga hati
tika kasihnya semakin jauh pergi
rentung dasar pada apa lagi
asak pada janjinya, mati dalam cintanya
dalam pencarian Zahid, dikembalikan
tika aku mati dalam pelukan

Wednesday, March 9, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit...

Oleh ; Ngajad

Kau lafazkan cinta dikala ombak di laut sedang bergelora.
Kau pupukkan kasih dikala ribut mencabut akar-akar nyawa.
Kau bisikkan rindu diwaktu bumi terbelah sehingga ke penjurunya.
Duhai kasih...
Apakah ertinya ini semua?