Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Wednesday, February 16, 2011

Izinkan Aku Berbicara... seketika (Pada - Bisa Ucapan Benar. Oleh Pengemis-Cinta di Ufuk-Timut)

Oleh : Ngajad

Kala petang beralih senja, kala ku tatap bicara rasa
Sebak dada, kelu tidak mampu untuk berkata-kata
Begitu sakit, harus kau tanggung sendiri
Aku juga keliru, tidak mengerti
Apa yang dikau ada, aku tidak mungkin ada
Jauh sudah perjalanan yang bakal bertemu mati
Jauh sudah pandangan yang bakal bertemu diri
Mengapa mengeluh, mengapa begini
Tidak cukup kah dengan apa yang telah Tuhan bagi?

Tiada gila kerja menulis
Kerja duduk bersahaja juga satu kerja
Hina apa mereka marahkan
Bukan kah mereka juga ciptaan Tuhan?

Luluh pada perasaan, hiba pada rasa
Jangan mengeluh wahai hamba Nya
Hamba di sini masih lagi menghitung hari
Kapan kehilangan ini akan berganti
Selalu bertanya pada diri sendiri
Semangat mu harus jitu, itu hak mutlak mu
Pegangan hidup menjadi satu
Biar aral melintang datang
Biar dikejar dengan nada benci
Biar di putus tidak bertali
Kepercayaan mu , itu satu realiti
Tuhan tidak pernah membenci apatah lagi
Mahu menyakiti
Ini sekadar mahu diuji
Untuk diletakkan diri mu ke tahap yang tinggi

Percayalah, hamba juga pernah sakit dan disakiti
Pernah dihina dan dicaci, serba tak kena, serba -serbi
Tetapi hamba redha kerana menyedari
Hamba tak punya apa, malah rasa juga sudah tiada
Pada pautan Kasih Nya dan kudup Cinta Nya
Beginilah hamba seadanya

Wahai hamba Nya,
Dalam doa hamba minta Allah kabulkan
Sejahterakanlah dalam penuh keimanan
Agar bertemu dengan jawapan buat kesemua persoalan
Persoalan yang menghantui diri
La Tahzan, usah bersedih lagi... paling dekat di hati mu adalah Illahi

No comments:

Post a Comment