Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Saturday, February 12, 2011

Janji Sumathi

Oleh Ngajad

Ditanganya digenggam erat batu-batu kecil yang jernih agar yang bertali itu tidak bertukar longgar lantas terlepas jatuh dari ikatannya. Tetapi jikalau terlalu kuat akan peganggannya ianya bakal terputus lalu berderai dan berterabur di merata-rata diatas bumi. Untuk mengutip kembali batu-batu kecil jernih tadi ada kesukarannya. Mahu dilepaskan sekali ini, didalam hati masih menduakan akan keputusannya. Bukan bertujuan untuk memberontak tetapi tidak yakin dengan kepercayaan dirinya sendiri. Hilang tidak berlari, lulus tidak berselami... bukan itu maksudnya. Dia tahu, tasbihnya sangat diperlukan, ketika dan saat ini.

Kelembapan di dahi Sumathi, di tekap dengan hujung lengan baju labuhnya walaupun sudah ditindih dengan lapisan yang nipis. Dengan sekali laku, peluhnya hilang. Akan berpeluh lagi, dia membuat andaiannya sendiri. Sinar matahari pada tengah hari buta kini meneggak di atas wanitanya. Lapikkan dua lapisan mana mungkin mencukupi menahan kepanasan itu tetapi kehangatan bahang ini tidak sehebat yang pernah Sumathi dengari pada satu hari itu. Tiga jenggkal... tiga jenggkal! Yang bijak itu tidak jemu menggingatkan mereka yang tidak penat-penat mendengarnya berkali-kali, termasuk diri Sumathi juga. Biarlah panas sekejap, hati kecilnya pandai memujuk.

Semakin kecil matanya apabila yang tadinya kelihatan sungguh jauh dan kini sudah menghampiri tegak berdiri. Tegap dan gagah perkasa. Sumathi tidak ketinggalan untuk memenuhi permintaan nalurinya. Untuk melihat dari hujung barat sehingga ke hujung timurnya. Dan diulang tayang akan pergerakan matanya sehingga hampir-hampir bertembung matanya sendiri. Bangunan buatan manusia itu di tatapnya lagi sehingga menjadi pedih akan kedua mata coklatnya. Walaupun habuk yang melayang-layang telah mengaburi akan pemandangannya, dia tetap mahu berdiri di situ untuk seminit lagi. Yang laju berlari dan hampir terhenti, di urut dengan perlahan-lahan akan jantungnya. Sumathi dapat rasakan darahnya kini memancut terus ke bahagian otak, degupan jantungnya sudah tidak terkawal lagi kerana kini apa yang idam-idamkan sudah ada di depan mata. Bukan lagi jauh beribu-ribu batu, bukan lagi hanya lihat di dalam buku agama, bukan lagi menerusi video sewanya dan bukan lagi mendengar dari orang yang bijak-bijak. Yang selama ini ditanya bagaimana rupanya, tinggi mana puncaknya, apa warnanya, di mana pintu utamanya dan kini Sumathi tidak perlu bertanya lagi kerana dia sudah temui akan jawapannya , hanya beberapa kaki dari jari telunjuknya.

“Sampai hati Sumathi buat Amma macam ni! Sumathi tak sayang dengan Amma lagi ke? Sumathi tak sayang dengan Papa lagi ke? Kenapa Sumathi? Kenapa?!” dia yang menangis, bertanya kenapa dan mengapa tanpa henti sebaik saja Sumathi berkongsi rancangan masa depannya kepada mereka, kedua ibu bapa Sumathi. Pilu hati seorang anak itu, apabila melihat orang yang disayangi lagi dihormati merayu-rayu minta jangan ditinggalkan. Sepuluh hari, sepuluh malam, mereka sekeluarga bertikam lidah, meraba di dalam kegelapan, bertongkat dagu di dalam mencari di mana salah, di mana silapnya pada diri mereka. Kisah semalam tiba-tiba datang tanpa di undang tika jasad itu kini berada dipangkal hayat.

“Apa salah Amma, Sumathi?” ketika titisan yang terakhir tidak mampu lagi mengalir dan bertanya di mana letaknya harga maruah diri. Anak kesayangan sudah cukup matang dan kini lebih bijak membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Mereka bukan mahu berpeluk tubuh tetapi kata-kata mereka kini sudah tidak cukup hebat lagi.

Wajah tua mereka kini semakin kuat terpampang di depan hatinya. Melalui hati, Sumathi melihat mereka. Senyuman dan deraian tawa mereka kini hampir lenyap sedikit demi sedikit ketika mereka sedang meratap kehilangan anak mereka, di kaki tangga pelangi, Sumathi pergi. Dalam sesaat itu, terasa sebak menyelubungi firasatnya. Yang begitu cepat mengalir adalah titisan kasih sayangnya pada mereka berdua, duka segala penghibur lara. Longgar kedua lutut Sumathi, mahu mencecah ke lantai licin dengan serta merta. Lemah satu tubuhnya kerana kesejukan yang tiba-tiba menusuk ke tulang empat keratnya. Semakin sesak pernafasannya seakan degil untuk terus bernafas lagi.

“Sumathi? Sumathi?” yang menyedari perubahan secara mendadak pada diri Sumathi, Laila kawan sejati - berdiri di sisinya sejak mereka tiba dari tadi. Laila menampung siku dan kemudian diikuti dengan lengan dan sebelah tubuh Sumathi agar dia tidak terus rebah ke batu-batu permaidani.

“Banyakkan bersabar Sumathi, kita dah sampai ni” berbisik lembut pada telinga insan yang diharap-harapkan agar jangan berpatah arah dan menjadi kempunan pada hajat sebelum dapat. Berat badan Sumathi kini ditatang dengan penuh harapan bersama doa dan zikir yang silih berganti.

“Tak apa Laila. Aku boleh” nafas yang tertinggal dilepaskan dengan keyakinan yang tiba-tiba melonjak-lonjak apabila melihat wajah kawan yang begitu kuat berpegang dengan kepercayaan Nya.

Dipapah tubuh separuh lemah Sumathi ke tepi kesibukan laluan manusia yang mempunyai tujuan dan niat yang sama setiap hari. Di wajah mereka sungguh jelas menyatakan akan itu. Ada senyuman yang penuh bermakna terselit di hujung bibir mereka. Jelingan mata mereka juga memperkatakan perkara yang sama.

Memang sudah jauh akan perjalanan aku ini dan kini semakin dekat untuk bertemu dengan penghujungnya. Untuk berada di sini aku hampir-hampir mati. Tidak mungkin aku akan biarkan aral datang melintang, menghalangi aku. Aku tidak sekuat Mu, malah tidak seperti Laila, kawan ku. Tetapi aku tahu aku mampu untuk terus berada di sini. Dan di sini lah aku akan terus berada. Yang pernah dilafazkan suatu masa dulu kini sungguh jelas di mindanya. Akan bertambah berat bahunya menanggung masa depan yang bakal dilalui tetapi apa ertinya kehidupan ini jika tidak di uji berkali-kali. Ada nikmatnya di sebalik setiap ujian itu, janganlah dipersoalkan. Yang bijak-bijak itu selalu berkata begitu. Yakin, bersabar dan percaya itulah kunci kejayaan kita, insya-Allah! Itulah yang selalu diakhiri pada setiap malam perjumpaannya.
“Kau menangis Sumathi?” Laila semakin rapat akan tubuhnya. Lembap di hujung mata Sumathi dapat dilihat pada titisan yang entah ke berapa. Sumathi menggiling kepalanya lembut dan cuba menidakkannya. Tetapi mana mungkin kawan sehebat Laila tidak nampak itu semua. Kain yang menutupi separuh dari wajahnya dijadikan kain perca buat menyapu si air mata. Tangan yang menggigil kini sudah tidak lagi. Tubuhnya sudah pandai mencari kekuatan dari dalam diri – naluri hati.

Mata mereka sungguh bijak bertanyakan pada soalan seterusnya. Mata Sumathi kini menunggu akan jawapan dari Laila kerana Laila lebih mengetahui selok-belok keadaan di sini.

“Pintu lapan puluh lapan. Tu! Jom?” cantik mata Laila menunjukkan pada Sumathi kerana hanya matanya saja yang tidak berlapik dengan kain hitam yang berjela-jela panjangnya. Tidak hilang pandangan Sumathi kerana mereka kini sudah pun menghadap jalan yang dicari sejak dari tadi. Jari halus mereka kini rapat bersatu mahu meneruskan apa yang di hajat selama ini. Cita-cita ini pasti menjadi realiti, sebentar saja lagi.

“Amma tak buat salah dengan Sumathi. Papa pun. Sumathi sayang Amma dan Papa, sampai mati Sumathi akan sayang Amma dan Papa, percayalah! Apa akan jadi pada Sumathi, tidak ubah sedikit pun kasih Sumathi. Amma lah jantung yang berdenyut di dalam hati ini, Papa lah nyawa yang hidup dalam sanubari ini. Sumathi akan mati jika tiada cinta Amma dan Papa” Tangan yang pernah bersusah payah, bertungkus-lumus, menjaga siang dan malam di kucup dan di belai ketika mengucapkan yang terakhir di muka pintu. Sumathi minta yang dikasihi dijaga buat selama-lamanya.

“Jom Amma... Jom Papa. Kita dan sampai. Di sebalik pintu itu ada limpahan rahmat, mudah-mudahan membawa berkat. Kaabah yang menunjukkan pintu ke syurga sedang menanti akan kehadiran kita ini.” Menjemput dalam simpulan manisnya. Jantung dan nyawa pasti tidak akan ketinggalan dengan jemputan seumpama itu. Dan akan ikut ke mana saja perginya tuan punya badan sendiri, itu Sumathi pasti. Diurut dadanya dalam mencari ketenangan itu, yang lemah itu – aku. Pinjamkanlah kepada ku kekuatan Mu buat diri ini untuk meneruskan selangkah lagi. Dalam bisikan ada azimat yang membisikkan cinta itu indah.

Aku percaya pada kematian, aku tahu kebenaran pahala pada syurga dan kebenaran dosa pada neraka, aku akui akan kewujudan Mu, aku yakin Kau akan tepati janji-janji Mu, aku juga akan berpegang pada janji sehingga ke akhir hayat ku.

Berbayang kelibat mereka kini semakin menghampiri Sumathi dan Laila. Tidak jauh mereka ditinggal cuma langkah mereka lambat tiga atau mungkin lima tapak sahaja. Barangkali usia yang mencecah masa yang melambatkan langkah satu per satu. Air muka mereka kelihatan tenang se olah berada dalam kedamaian yang dicari selama ini. Dan kini, mereka sambut tangan Sumathi sebaik saja mereka berdiri sama tinggi di sisi Sumathi. Melihat kebesaran Nya disaksikan oleh indera mata mereka.

Laila sudah lama menunggu bersebelahan dengan pintu lapan puluh lapan, bimbang mereka tiga beranak tersalah jalannya. Tiada kiasan yang dapat dicoret akan rupa dengan senyuman indah yang baru lahir dari dalam hati yang kini mengenali erti suci. Air wuduknya tidak batal, dia tahu. Lalu di kanannya digenggam, erat nyawanya dan di tangan kirinya ada jantungnya yang tidak pernah berbelah bagi. Mereka sama-sama menyusuri perjalanan baru yang penuh dengan janji Sumathi pada Illahi. Tasbih yang berada di pergelangan tangannya kini akan terus terikat selagi Sumathi berpegang pada janji, janji Sumathi.

No comments:

Post a Comment