Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Monday, February 7, 2011

Kempunan Seorang Aku...

Sia-sia sudah aku memperjuangkan kebenaran ku
Bukan lagi ranjau belantara ku harungi
Malah duri dan kaca telah ku telan berkali-kali
Menghiris layu jentayu rindu
Patah sayap malam rembulan kiambang mu
Dalam kesunyian petang
Aku , kau tinggalkan

Lihatlah aku kini
Sudah jatuh ditimpa tangga
Bukan sekali dua malah sudah sekian lama
Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat
Patah hati ku, meninggalkan retak seribu
Dan kini menunggu waktu

Lihatlah aku kini
Hidup tidak kerana dosa, mati tidak kerana sumpah
Tiada lagi yang aku harapkan
Tiada lagi yang ku mahukan
Aku bisa sendiri tanpa diri mu, tanpa cinta mu
Malah kenangan ku bersama mu juga tidak aku harapkan
Segala-galanya mahu aku tinggalkan

Kempunan seorang aku
Bagai rambut dibelah tujuh
Menampung kasih, tidak kesampaian
Mengharap masih, dikau pulang dalam lambaian

Kempunan seorang aku
Menagih rindu di tepi pintu
Mengemis cinta, cinta siapa?
Siapalah aku, tika dan waktu itu?
Bukan penyeri malah bukan lambang cinta suci

Kempunan seorang aku
Biarkan saja takdir ini, ku lalui
Dalam pelukan si air mata
Ini salah ku, kerana mengaku aku seorang aku
Tudung labuh ku jadikan tempat menadah rindu
Rindu pada satu waktu itu
Biarlah kempunan, biarlah terkilan
Ujian ini untuk aku, aku masih sendirian

Kempunan seorang aku
Kerana masih mengharapkan akan belas kasihan MU

Feb 7, 2011

No comments:

Post a Comment