Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, February 3, 2011

Laksana Jentayu Menantikan Hujan

Oleh: Ngajad


“Kalau kita cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakit, betul ke kak?” Berkedut dahi Zaheerah sambil mengecilkan sedikit matanya apabila persoalannya mahukan penjelasan. Duduk bersimpuh beralas tilam empuk berlapikkan untuk rangka kerusi yang di perbuat daripada kayu jati sambil memandang terus ke kolam ikan yang terletak di dalam kawasan rumah kembar dua setengah tingkat. Kawasan sekitarnya yang dulunya di penuhi dengan rumput kehijauan, pendek-pendek dan tebal tetapi kini telah diubah akan seleranya dan dijadikan kolam ikan Koi semata-mata mahu memberikan kedamaian hati pada setiap mata yang memandang.

“Betul lah tu…tak kan salah kut?” Zanariah menjeling manja ke arah adiknya yang suka bertanya walaupun sudah ada jawapan di depan mata. Lipatan tudung Zaheerah di betulkan sedikit dengan hujung jari manisnya. Sungguh ayu Zaheerah bertudung semenjak kebelakangan ini. Lipatan tudung yang melilit kepala Zaheerah menampakkan lagi kedewasaan Zaheerah di air mukanya. Sudah dewasa dan matang Zaheerah kini akan tetapi dia masih lagi terlalu manja dan suka di manjakan. Mereka membisu di senja begini bukan kerana mahu menjadi sebahagian daripada bayu yang berlalu tetapi kerana menatap rindu yang selalu datang bertalu-talu. Terjuntai kaki Zanariah di hayunkan sedikit hampir-hampir mencecah ke tembok kolam ikan Koi. Kerusi untuk tujuan bersantai sangat sesuai diletakkan berhampiran dengan kolam ikan ini. Kayu jati yang tiada was-was lagi boleh menampung berat kedua adik-beradik ini sekaligus. Kekuatannya tidak pernah di persoalkan. Selama ingatan Zanariah, sudah banyak sejarah yang tercipta dengan sendiri apabila duduk bersahaja di kerusi yang masih kelihatan cantik. Kerap kali kemesraan tercipta antara Zanariah dengan adiknya apabila mereka duduk di atas kerusi yang menyimpan banyak kenangan buat mereka berdua. Saat-saat yang mana mungkin dapat ditukar ganti dengan setahun mimpi. Saat-saat yang paling berharga buat Zanariah dan adiknya.

“Mak jemput siapa lagi?” Setelah Zanariah puas memerhatikan para tetamu yang kini mengisi ruang di tengah-tengah rumah mereka – di tingkat paling bawah. Di tingkat dua, bilik untuk seisi keluarga di tempatkan saling bersebelahan antara satu sama yang lain. Manakala di tingkat yang paling atas telah dijadikan bilik bacaan dan pada masa yang sama bilik itu juga di jadikan sudut untuk mencari ilham. Bersendirian di dalam bilik yang paling teratas di dalam rumah kembar dua setengah tingkat ini telah berjaya membuat sesiapa saja memiliki ketenangan jiwa hanya dengan duduk dan terus menatap naluri yang telah jauh menghilang. Meunaikan solat juga boleh memperolah kekhusyukannya di situ. Dengan sekali imbas akan rangka teratak ini, Zanariah sudah hafal dengan terperinci akan setiap sudut yang ada di dalam rumah yang serba mewah ini. Renungan tajam Zanariah telah membuat simpulnya tersenyum lagi. Zanariah masih meneliti mereka yang sibuk sesama sendiri, satu per satu wajah mereka mengambil tempat di sudut memorinya. Sekali pandang, sanak saudara yang hadir pada petang ini, seperti sudah di kenali siapa mereka semenjak zaman azali lagi. Terlalu banyak kenangan yang sempat diselitkan dan pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan kehidupannya, itu dulu. Raut wajah mereka juga menunjukkan rasa simpati mereka pada petang ini. Zanariah tahu, terlalu banyak yang tersembunyi di sebalik garisan di air muka mereka yang hadir pada petang ini. Barangkali mereka juga menyimpan rasa yang sama atau berkemungkinan mereka sudah lebih dari mengerti akan tangisan sekeping hati.

Zaheerah lebih selesa memerhatikan lapan ekor ikan Koi yang sibuk berenang di sekitar kolam yang sederhana besarnya. Menyedarikan akan persoalan dari kakaknya, Zaheerah sengaja mempedulikannya kerana soalan yang begitu, sudah jelas terpampang di hadapannya. Zaheerah sempat mencuri jelingan daripada kakaknya semasa Zanariah sibuk berbicara dengan detik-detik sunyinya sebelum Zaheerah mahu berkongsi lagi cerita-cerita semalam yang hanya menunggu masa sehingga ianya di sebarkan buat pengetahuan kakaknya.

“Kak, Mak Ngah dan Pak Ngah dah tak gaduh lagi. Mereka dah buat rancangan nak buat Umrah tak lama lagi… dan… Mak Ngah ada ajak Adik ikut sama tapi… Adik…”

“Eh, pergilah ikut sama. Mesti seronok kan?” Zanariah menyapu manja bahu Zaheerah dengan harapan itu boleh dijadikan sebahagian dari dirinya yang mahu memujuk. Kalau di ikutkan hati, mahu saja Zanariah ikut serta kerana mana mungkin Zaheerah mahu turut serta tanpa Zanariah bersama. Tetapi apa kan daya… Zanariah mengeluh sendiri. Zanariah ikut tertunduk ke permukaan bumi seperti Zaheerah yang sedang melakukannya sejak dari awal lagi. Berat sungguh akan dagu mereka berdua tetapi tidak sama bebannya yang terletak pada bahu masing-masing.

Suasana sibuk datang dari tengah-tengah rumah tidak sedikit pun menggangu Zanariah dengan adiknya. Mereka dibiarkan di situ sehingga petang ini berlalu. Kalau boleh biarlah masa itu tidak terus berlalu dan terhenti di situ sehingga segala-galanya sudah sebati lantas dijadikan sebuah mimpi yang tiada penghujungnya. Ah, memang indah jika rasa itu mahu tinggal selamanya di situ untuk menjadi teman buat mereka berdua.

Susunan perabot di dalam rumah juga telah di susun semula kerana mahu memuatkan lebih kurang lima puluh orang pada malam ini. Kerusi yang ada sudah sama sekali tidak mencukupi, lantas permaidani tebal yang di import dari Iran dibentang untuk menutupi ruang yang kini sudah menjadi serba lapang. Kelihatan luas seakan menjemput para hadirin untuk bersila pada petang ini. Haruman bunga rampai, berjaya menarik perhatian para tetamu sebaik saja mereka melangkah masuk ke ruang tamu utama. Zaheerah empunya cadangan untuk menyediakan bunga rampai untuk malam ini, sudah semestinya itu juga kegemaran Zanariah. Sejak dari awal pagi lagi, Zaheerah bertungkus lumus menyediakan bahan-bahannya, seharusnya campuran beberapa helaian hirisan halus daun pandan dan kelopak bunga mawar putih di gaulkan bersama bunga Jasminum Sambac telah menghasilkan satu haruman yang tiada tandingannya. Hasilnya Zaheerah telah meletakkannya di suatu sudut di ruang tamu seolah begitu akan rasa yang di pendamkan oleh Zaheerah - berjauh hati.

“Bunga rampai kelmarin yang adik bawa bersama itu pun masih wangi lagi…” Zanariah tiba-tiba teringat haruman bunga yang masih segar dalam ingatannya. Zaheerah senyum manja kerana suka mendengar itu dari kakaknya. Jari halus Zaheerah di genggam lembut dan erat, Zaheerah sambut genggaman Zanariah.

“Adik sedang fikir apa?”

Itulah naluri seorang kakak yang sentiasa dapat merasa apa yang dirasakan oleh darah dagingnya sendiri. Sudah terlalu lama Zaheerah di biarkan sendirian dengan lamunannya. Wajah Zaheerah berkedut lagi, melihat terus ke arah Zanariah yang kelihatan tenang dan lebih tenteram. Mereka mencuri saat itu untuk merenung ke mata masing-masing kerana di situ terletak semua jawapan yang di cari selama ini. Zaheerah tidak sekuat Zanariah, akan imannya. Linangan air mata membasahi pipi Zaheerah. Zanariah perhatikan itu dengan rasa hati yang sayu. Kalau aku mampu menghapuskan segala tangisan mu, dikau tidak akan menangis lagi…wahai adik ku. Bicara hati Zanariah berkata dalam sepinya. Kalau dikau dapat merasakan akan kerinduan ini, dikau tidak akan membiarkan aku terus merindu, Zaheerah tidak terdaya untuk berkata begitu setelah menatap wajah orang yang tersayang ketika berada di depan mata.

Zanariah mengeringkan linangan di pipi Zaheerah. Terasa sejuk di hujung jari Zanariah. Adik aku menangis… Zanariah berdetik lagi, maafkan kakak. Jari sedingin mata air Zanariah menyentuh akan kilaf Zaheerah… Adakah sedingin itu akan dikau,duhai kakak ku? Bisikan Zaheerah jauh di sudut hatinya seolah sudah hilang dahan untuk berpaut.

“Apa yang dulu kita ada kini sudah tiada…” Berlembut Zaheerah dengan matanya yang kini sudah merah akibat menahan tangisannya.

“Tapi kita pernah memilikinya, itu perbezaannya” Zanariah memberikan penjelasan. Hakikatnya mereka seperti lebah yang kasihkan telurnya.

“Ini tidak seharusnya terjadi…” Zaheerah sememangnya tidak memahami kehendak Ilahi.

“Ini sudah mesti seharusnya terjadi”

“Tapi bagaimana dengan rindu?” Zaheerah selalu mahu bertanya.

“Kenapa dengan rindu? Tak salah sekiranya kita ada rasa rindu. Kerana rindulah kita akan terus bertemu. Kerana rindulah kita akan terkenang kisah silam akan ikatan kasih sayang antara kita. Menjejaki segala suka dan duka kerana itu telah menjadikan kita apa ada dalam hati. Mengharungi onak dan duri bukan cabaran lagi tetapi hanya sekadar halangan mimpi-mimpi. Kerana rindulah kita akan sentiasa dekat selalu. Kita sepatutnya merasa rindu kerana itu sememangnya kita, satu rasa jitu yang lahir dari jiwa yang tulen dan di semaikan dengan nilai keutuhan cinta kita. Rindulah semahu mu, sesungguhnya aku jua amat rindu pada mu…” Kedua matanya di pejam erat kerana menahan satu-satunya rindu.

“Mak macam mana, Kak?” Ada kerisauan di suara Zaheerah.

Soalan yang amat sukar untuk di jelaskannya pada tika dan saat ini. Mencari keindahan apabila meneliti keayuan wajah adiknya, Zanariah kembali dakap kesimpulan kasihnya. Menyusun himpunan harapan disebalik sentuhan akhir yang masih terdampar dan terus hambar.

“Kakak laksana jentayu menantikan hujan, Dik…” Itu sudah cukup buat Zaheerah mengerti akan maksud nalurinya. Itu sudah cukup buat Zanariah melafazkan apa kata hatinya. Meronta-ronta jiwa dan raga kerana hajat yang tidak sempat kesampaian dan pada masa yang sama rasa terkilan kerana masa itu tidak mengizinkan.

Zaheerah menggangukkan kepalanya lembut dan mengeringkan air matanya dengan hujung lengan baju kurungnya. Pesanan kakaknya kini mendapat tempat di sudut hatinya. Wajah kakaknya di tatap lagi, kelihatan sangat cantik dan berseri dengan memakai tudung serba putih. Seolah bercahaya air muka Zanariah. Melihat Zanariah seperti melihat diri Zaheerah di dalam cermin, tiada beza antara rupa mereka berdua. Mereka seiras dan lekuk di hujung dagu juga ada di tempat yang sama. Senyuman mereka selalu serentak malah suara mereka juga sama lunak. Sehingga ada antara mereka yang masih tidak dapat membezakan antara mana satu Zanariah dan Zaheerah.

“Adik…! Adik…!” Laungan namanya di panggil dari dalam rumah. Sangat lantang dan jelas itu suara mak yang mencari adik yang sudah lama menghilangkan diri. Menjadi cemas Zaheerah seketika kerana tidak menyedari betapa pantas masa itu telah berlalu. Zanariah memberikan isyarat dengan muncungnya agar Zaheerah segera masuk ke dalam rumah.

“Jadi lepas ni, lagi empat puluh hari lagi ke?” Seperti biasa Zaheerah selalu ada soalan demi soalan. Zanariah angguk sekali, justeru senyumannya disedekahkan dan sambut pelukan Zaheerah yang melepaskan tubuhnya dengan sengaja ke arah kakaknya. Berat badan dan haba dari tubuh Zaheerah membuat Zanariah mahu terus menyambut pelukan mesra dari adik kesayangannya. Wangian bunga rampai yang masih melekat di tubuh Zanariah kini menusuk ke pancaindera Zaheerah.

“Jaga Mak ya?” Zanariah melepaskan doa dan harapannya di telinga Zaheerah. Pelukan yang tiada kesudahannya di lepaskan juga kerana ini sudah menjadi sebahagian daripada kehendakNya. Sesungguhnya pilihan dari Allah adalah ketentuanNya dan itulah yang terbaik dari sebaik-baiknya. Zanariah akur ianya bagai dianjak layu, dianggur mati dan sekali ini Zanariah redha kerana mengharapkan sekiranya tidak terkilan rasanya, doanya menjadi satu harapan lalu berubah menjadi satu kenyataan.

Sebaik saja Zaheerah melangkah masuk ke dalam rumah, membelakangkan kolam ikan Koi, mak sudah ada berdiri bersebelahan dengannya. Dengan satu nafas, mak memberikan arahan satu per satu agar Zaheerah mengikutinya kerana kini Maghrib bakal tiba. Para tetamu sudah mula mengisi ruang yang tadinya hampar lagi kosong dan kini sudah ada antara mereka yang duduk elok menanti masuk tepatnya waktu.

“Mak?” Arahan dari mak seperti tiada akhirnya, Zaheerah meyampuk di iringi dengan setulus kasihnya. Mak terhenti dan merenung ke arah Zaheerah yang sudah bersedia dari tadi lagi.

“Mak, kakak pun rindu pada mak…” Zaheerah meletakkan kepalanya di bahu mak yang berdiri tidak bergerak. Bukan mudah buat Zaheerah untuk berkata begitu namun, hajatnya harus di sampaikan. Hampir menitis air mata rindu di bahunya akan tetapi Zaheerah mampu untuk bertahan lagi. Biarlah kelopak matanya saja yang menakung segala kerinduan ini. Bahu mak tidak perlu dijadikan sandaran kepiluannya – bukan untuk malam ini.

“Eh, jangan merepak adik. Apa adik cakap ni?” Hampir tersasul mak dibuatnya. Kalau mak orang yang mudah melatah, sudah pasti mak akan melatah dengan sendirinya kerana bingung antara mahu percaya ataupun tidak. Mata Zaheerah di renung sedalam-dalamnya.

“Tak merepek lah mak… mak, Kakak nampak mak menangis malam semalam sebelum mak masuk tidur sambil mak peluk baju sejuk kegemaran kakak, yang merah tu…lepas tu, kakak terdengar mak sebut nama kakak banyak kali dalam tangisan mak…” Zaheerah harus sampaikan rindu Zanariah. Memang baju sejuk kegemarannya kini menjadi penawar rindu apabila di dakap hampir setiap malam, tika malam itu menjadi sunyi dan sepi. Hanya itu saja yang tertinggal untuk di tinggalkan. Selain daripada kenangan yang berbuku-buku yang sudah lusuh dan buruk kerana terlalu jauh tertinggal di dalam hamparan itu. Meratap kesedihan bukan satu alasan tetapi kerana tidak larat lagi menanggung apa yang ada di dalam hati, di kala itu seperti penggemis yang menagih simpati pada setiap kali kelukaan itu berdarah kembali.

“Bila…bila adik akan jumpa dengan kakak lagi…?” Bergetar-getar suara mak, menjadi sejuk seluruh badan secara tiba-tiba kerana menyedari yang rindunya di sambut juga bersama cahaya malam. Seri bulan rupa-rupanya tidak lena sama tika mak tidak sudi untuk bermimpi lagi. Kepayahan datang, masih belum pergi. Rasa pilu masih ada di situ. Kekuatan dan ketabahan harus di pamerkan dengan menyimpan semua kelukaan buat satu-satunya yang masih setia dan mahu terus mengharungi cerita selanjutnya, dunia. Menyembunyikan jeritan batin, memendam rindu dendam, titisan air mata menjadi saksi, sekali lagi.

Zaheerah menyedari bakal apa yang mahu tahu oleh mak nanti. Jelas di wajah mak dia juga memiliki rasa yang sama. Mungkin mak juga mahu melepaskan rindunya sekiranya masa itu tiba tepat pada waktunya. Berkemungkinan mak dapat rasakan bagaimana rasanya ketika kerinduan itu dilepaskan lalu sidaikan pada bahu kenangan dan harapan. Sesungguhnya ada betulnya di dalam maksud saudara kembar Zaheerah, antara mereka bagaikan kelip-kelip yang terbang malam - memang indahnya apabila kita saling rindu menrindui. Satu perasaan yang tidak boleh di nafikan. Seumpama satu rahsia di dalam satu cerita. Kerinduan itu telah banyak mengajar Zaheerah sehingga ke hari ini. Kerana rindulah, Zaheerah kini mengerti kenapa dan mengapa segalanya mesti harus terjadi.

Membelek wajah yang satu-satunya penyeri hidupnya dari dulu sehingga kini dan buat selamanya, Zaheerah berikan kucupan manjanya di pipi mak sambil menggendong sebakul rotan penuh dengan bunga-bunga Yasin di siku kanannya dengan lemah lembutnya diselitkan dengan senyuman manis madunya lantas berkata…

“... bila Mak buat kenduri Tahlil lagi lah…”

******
PUISI

Aku Rindu…
Aku Rindu…
Menjeling ke sudut ceria mu
Menatap raut seni seri wajah mu
Memeluk erat ikatan janji manis mu
Membelai manja kata bicara luahan hati mu

Aku rindu…
Duduk sepetang bersama mu
Bermain hujan tanpa jemu
Menggira bilangan warna pelangi
Di hujung telujuk jari jemari

Aku rindu…
Mencari kerdipan anak-anak bintang
Tika malam sudah jauh lena beradu
Menanti rindu mu untuk bertandang
Menemankan sepi malam ku

Aku rindu…
Serindu hembusan angin lalu
Semarak cinta antara kau dan aku

Aku rindu…
Untuk merindui mu
Akulah Laksana Jentanyu Menantikan Hujan
Di kala rindu itu menjadi milik ku.

******

Hasil karya asli ini adalah milik penuh Shahrizad Shafian, tiada sebarang cetakan / penyiaran sebahagian / penuh dibenarkan tanpa kebenaran dari pemilik.

No comments:

Post a Comment