Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Thursday, February 10, 2011

Maghrib Yang Tertinggal

Oleh : Ngajad


Pacuan empat roda yang kemerahan warnanya meradang memakan pembahagi jalan. Hampir-hampir melepasi jalan tar dan menyerong ke bahu jalan. Berderau darah mudanya apabila dalam sekelip mata dia hilang kawalan pada stereng keretanya.

“Hati-hati Abang Ngah!” Menjerit halus dalam kesesakan pernafasannya. Dia juga tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kerana sibuk dengan panggilan dan pesanan ringkas yang tidak putus-putus diterima sejak dua jam yang lalu. Kedua-dua telefon bimbitnya dan telefon bimbit Abang Ngah masih melekat di kedua-dua tapak tangannya. Jarang sekali matanya menjeling ke arah hadapan. Bengkak di kelopak matanya tidak langsung dihiraukannya.

“Tok Su kata lepas Maghrib. Dah tak boleh tunggu lagi. Macam mana ni Abang Ngah?” Dalam keadaan yang masih kelam-kabut dan serba-salah membuat pilihan, dia harus bertanya pada persoalan yang mana mungkin mereka bertemu akan jawapannya.

“Insya Allah sempat!” Kuyu mata Abang Ngah menahan kepenatan keputusan untuk tidak meninggalkan pandangan jalan raya menghala ke utara tanpa kelalaiannya lagi. Banyaknya kereta di jalan raya memang tidak dapat dielak. Kematangannya ketika memandu harus di praktik kan. Adik bongsu yang dibawa bersama pada petang ini adalah tanggung jawabnya, sama penting seperti nyawanya juga.

“Kalau Abang Ngah tak larat, biar kita saja yang pandu.”

Pelawaan adik kandungnya di tolak lembut. Bukan kerana berlagak sombong walau pada hakikatnya dia sungguh penat tetapi mereka berada di dalam situasi yang mencemaskan, risiko itu amat tinggi sekali.

Senja kian berlabuh pada hari yang sudah matang. Suram rasanya suasana di dalam kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki. Penghawa dingin masih lagi baik berfungsi namun kehangatan tidak bertempat bercampur dengan kecelaruan itu masih menguasai minda dan yang paling ketara adalah rasa kecewa yang kini sudah tidak terhingga lagi. Dalam kesunyian tidak berjemput, terdengar suara manja adik bongsunya membaca surah Yassin. Dengan buku kecil yang berkulit hitam, dia menggenggam erat dekat dengan hatinya. Sekali-sekala, esakannya terdengar juga walaupun dia berusaha menyembunyikan di sebalik tudung tebalnya yang panjang berjela. Abang Ngah menjeling dengan hujung anak matanya, menjadi saksi pada tangisan adik yang di dalam kepiluan. Tanpa disedari, dia juga berlinangan air mata.

Deringan dari kedua-dua telefon bimbit saling berbalas. Yang tadi sibuk mengaji terpaksa berhenti untuk melihat siapa pula yang mencari dan apa pula berita terkini. Terputus-putus dia menjawab, antara menahan kesenduan tangisannya dan juga tidak mengerti pada yang sedang berlaku.

“Abang Ngah...” Seperti ada sesuatu yang harus disampaikannya. Abang Ngah menanti dalam debaran namun kedua tangannya masih kental mengawal stereng keretanya yang bakal membawa mereka ke destinasi yang dituju. Destinasi yang sangat penting untuk mereka dua beradik sebelum malam ini berakhir, sebelum jalan raya ini berakhir di penghujungnya.

“Kita saja yang belum sampai. Kita saja yang tinggal Abang Ngah.” Tidak mampu lagi untuk dia meneruskan apa yang harus disampaikan, yang lain tersekat di antara pegangan kepercayaannya.

“Sabarlah Nur, kejap lagi kita sampai...” Itu saja yang mampu di luahkan dari naluri hatinya yang kini sudah hancur berderai. Perjalanan yang masih terlalu jauh untuk berlawan bersama masa sesingkat ini.

Waktu Asar sudah lama berlalu pergi dan pada bila-bila masa saja, Maghrib itu akan datang bertandang. Zikrullah dari bibir Nur belum mahu berhenti, tasbihnya juga laju berlari bersama belaian jiwanya yang berendam dendam.

“Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Berkumandang azan Maghrib di stesen radio dari keretanya.

“Abang Ngah, dah masuk Maghrib!” Nur berderai dalam tangisan. Apa yang di pendam sejak tadi kini dilepaskan juga. Menatap kedua telapak tangannya sambil mencari erti iktibar ini.

Seruan Maghrib pada kali ini telah meninggalkan kesan yang terlalu mencalar kepingan hati mereka dua beradik. Pada Maghrib yang tertinggal, sesungguhnya... tiada rezeki buat mereka dua beradik.

Mereka mencari tempat letak kereta pada ruang yang terhad. Sudah banyak kereta lain memenuhi perkarangan masjid ini. Ada di antaranya memang sangat dikenali mereka. Tanpa berlengah lagi mereka meninggalkan kereta yang dinaiki dan berjalan laju ke arah satu-satunya lampu yang menerangi kawasan yang gelap dan malap.

Nur terus mencapai tangan Abang Ngah lalu mereka sama-sama menyusuri laluan yang sempit ini. Dengan langkah yang penuh hati-hati dan beriringan, serentak mereka berbisik kalimah-kalimah suci Allah.

Dari jarak yang tidak berapa jauh, sudah ramai nampaknya yang menanti, sudah lama agaknya mereka sampai. Langkah yang tadi teratur kini berubah menjadi kelam-kabut. Mereka berlari-lari anak apabila kedengaran nama mereka disebut-sebut oleh mereka yang setia menanti dalam jangka masa yang sungguh terhad itu. Tangan mereka juga mula melambai mengarahkan agar mereka terus menuju ke suatu sudut. Dalam kegelapan yang tidak mengizinkan, Nur dan abangnya menguatkan semangat dan meneruskan pergerakan mereka.

“Ngah! Ngah! Nur! Sini! Sini!” Suara Tok Su lebih nyaring dari selalu. Dalam kegelapan begini, suara Tok Su banyak membantu.

“Tunggu! Ni adik-adik dia baru sampai!” Ada suara-suara lain turut memahami pada situasi seperti ini.

Ruang yang ada amat sempit namun mereka yang hadir memberi laluan. Persekitaran yang gelap diterangi oleh sinaran lampu limpah kecil. Langkah mereka cermat namun hilang kiraan. Serentak, mereka dua beradik terhenti pada titik yang sudah ditentukan. Betul-betul berdepan dengan kasih dan takdir Nya. Terhenti pernafasannya, tercekik pada kata-katanya. Kaku pergerakannya, beku kaki dan tangannya.

“Allah! Allah! Allah! Allah! ” Nur merintih tanpa suara. Nama pencipta yang Maha Agung disebut berulang kali kerana dia sudah tidak terdaya lagi. Menggapai pada hujung baju Abang Ngah, tercerut antara jari jemarinya. Nur hampir rebah ke muka bumi. Abang Ngah, memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang dengan harapan yang serba lemah ini tidak terkulai layu bersama semangatnya.

“Sabar Nur... Sabar... Itu kan kak Long kita... Kak Long dah tak ada, Nur!” Abang Ngah meratap nasib yang baru melanda mereka sekeluarga.

Kak Long dah tinggalkan kita... Abang Ngah berbisik dalam kesunyian.

Mereka yang menjadi saksi hanya mampu untuk berdiri bersama waktu. Tangisan Nur sayu kedengaran. Tidak mahu menangis kerana sudah dipesan. Tidak mahu meraung kerana itu bukanlah ikutan. Berlapik dadanya dengan lapisan kenangan, dulunya ada tetapi kini sudah hilang di depan mata. Dia mencari kepastian itu, mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan.

“Dah ya?” Yang memahami harus meneruskan tugasnya yang belum selesai. Kain kapan yang tadi di singkap sedikit ke tepi kerana memberi peluang yang terakhir buat mereka dua beradik menatap wajah Kak Long sebelum upacara pengebumian di teruskan kini ditutupkan kembali kerana itu adalah sebahagian daripada kewajipannya.

Cantik dan bercahaya wajahnya pada tatapan kali yang terakhir itu. Ketenangan itu kian terasa. Sejuk damai menyelubungi naluri sekeping hati.

Dikeringkan air mata kasih pada penghujung bacaan Talkin. Taburan bunga kemboja menghiasi pasir pantai yang lembap. Aroma air mawar yang disiram memenuhi ruang tanah perkuburan. Di sini segalanya bermula, di sini segala-galanya di tinggalkan.

Insya Allah kita sempat... Abang Ngah ingat akan harapan yang di pohon dalam mengadu nasib sekudus impian, tika dalam perjalanan mereka tadi. Nyata sekali, rezeki mereka dua beradik memang sampai di sini saja. Dalam keredhaan yang bertempat, mereka bersyukur akan ketentuan dari Illahi... sekali lagi.
***

No comments:

Post a Comment