Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Friday, February 4, 2011

Nantikan Firdaus Mar'ie

Oleh Ngajad


“Janji...?”
“Janji...!”

Tangan kanan masing-masing masih lagi di udara dekat dengan dada mereka sendiri. Jari - jari yang duduk rapat - rapat masih lagi kelihatan kemas menegak sekali gus mata mereka yang terus bertentangan. Se olah mencari kebenaran di sebalik pengertian perjanjian ini.

Dia tersenyum melihat si cerdik ini begitu bersemangat dengan janji-janjinya. Janji yang mahu disimpan dan dijaga sehingga mereka bertemu lagi. Dia kembali rapat antara jarak mereka yang sebangku jauh duduknya sejak dari tadi lagi. Lalu dia menggenggam erat kesemua lima jarinya yang masih lagi terapung di sisinya. Diramas dengan penuh kasih sayang. Tapak tangan sekecil ini, masih lagi halus dan belum mempunyai kesan kasar dari perjalanan liku - liku kehidupan yang penuh dengan noda dan dusta. Haba tangan mereka kini mengalir antara naluri sedaging sehubungan mereka. Mereka bagai beliung dengan asahan selama ini tetapi kini semua itu akan berubah demi masa yang kini sudah menentukannya.

“Betulkan Papa janji kan?” bermuncung-muncung bibir si comel bertanya kerana mahukan kepastian. Berlapis nipis kedutan dahi putihnya. Bulat cantik mata masa depannya. Bersinar dengan serinya raut wajah rezekinya. Anak tunggalnya ditatapnya lagi. Inilah anugerah dari Tuhan yang amat indah.

Mana mungkin ada ganti pada pemberian secantik ini. Ini lah yang berharga dari nyawa aku sendiri.

“Betul Papa janji” diulangi akan kebenarannya. Papa bukannya menaup kan bibir diatas kawah melainkan ada yang dianjak layu, di anggur mati. Selama ini Papa berpegang pada janji. Belum pernah sekali Papa memungkiri janji. Selagi hayat ini ada, selagi itulah akan Papa terus berjanji. Melainkan Tuhan itu lebih mengetahui dari mana yang baik dan buruknya akan kebenaran pada janji kita. Dijadikan ketentuan antara salah satu daripada kehendak Nya. Antara bisikan yang bertukar tempat dengan rintihan. Papa tidak sanggup berkongsi kepayahan ini dengan si manja ini. Bagaimana mungkin anak semuda ini dapat melihat dari kaca mata Papa dan bakal mengerti pengertian sebuah janji itu. Berkorban demi sebuah janji juga ada pertaruhan yang sehebat dengannya.

Yang duduk manja di pangkuan Papa, dibelai helaian akan anak - anak rambut yang semakin panjang dan hampir menutupi keningnya. Pipi gebunya disentuh mesra. Senyumannya kini semakin jelas kerana kini dia sudah bijak untuk berkongsi akan senyumannya. Malah ketawanya juga kini sudah berlagu apabila setiap kali dia bijak berjenaka. Semakin hari semakin cerdik bercerita akan kisah - kisah sehariannya. Dengan gerak tubuhnya, lambaian tangannya dan riak air mukanya, dia memang pandai bercerita. Hati yang gusar akan terubat dengan serta - merta apabila melihat si comel ini memenuhi ruang sepi sebuah hati.

“Kenapa Papa senyap aje?” dia yang dari tadi tidak melepaskan peluang membaca apa yang tertulis di wajah Papanya. Hendak disorok akan kegelisahan itu tetapi ada kalanya dia lebih jauh memahami akan yang terkandung diisi hati Papa kesayangannya. Digiling sekali dua kelapa beratnya tetapi jawapan seumpama itu sudah tidak laku lagi.

“Cakaplah Papa, kenapa ni?” jari halusnya kini menjadi tongkat pada dagu nasib Papa. Yang tadinya hilang kini kembali, senyuman di bibir Papa.

“Tak ada apalah. Papa baik - baik saja” yang meronta-ronta itu aku. Yang menangis di dalam kegelisahan jingga itu juga aku. Hendak dikatakan satu per satu. Hendak diceritakan dari mula sehingga ke penghabisannya. Tetapi bagaimana mungkin dia akan memahami rintihan sedih seorang Papa. Ini kisah Papa, biar Papa saja yang tanggung. Yang indah itu, bakal menjadi milik mu. Dalam kedukaan parut yang terluka, doa untuk nyawanya dipohon bersama harapan setulus jiwanya.

“Papa sedih sebab kita nak tinggalkan Papa ke?” begitu lancar pertuturannya se olah sudah diimbas akan seluruh minda Papa. Tidak sanggup di angguk kepalanya tetapi di kelip sekali kelopak mata kasihnya. Yang tidak diduga kini mengalir membasahi pipi kasarnya.

“Apalah Papa ni. Kan tadi Papa dah janji?” tapak tangan lembutnya kini menjadi ganti kain mengeringkan kelembapan kasihnya di pipi Papa.

“Kan kita dah janji akan jumpa lagi? Papa janganlah sedih macam ni. Tak lawa lah. Nanti muka Papa cepat kedut macam muka atok. Papa nak macam tu?” serentak mereka tercetus geli hati mereka. Memang wajah atok penuh dengan kedut, sekedut usia tuanya.

Memang betul, baru seminit tadi mereka sudah berjanji se ia sepakat. Akan terus berkomunikasi melalui telefon dan akan bertemu lagi pada hari dan tarikh yang telah disebutkan. Walaupun jarak masa itu bukan seribu tahun tetapi beginilah rasanya apabila berpisah, seminit itu seperti setahun lamanya. Perit untuk berjauhan tetapi mana mungkin satu ikatan itu akan terputus kerana masa menjadi sebab dajal pemisahan. Yang lahir dari dalam hati akan terus berkekalan buat selama - lamanya, kasih mereka dua beranak. Antara doa yang mahu dijadikan satu realiti sehingga masa itu singkat sendiri. Putusnya tali boleh disambung, patah arang sekali. Papa belum cukup bersedia untuk berdepan dengan keadaan umpama itu. Berikanlah aku kekuatan apabila tiba dan masanya nanti. Diminta lagi selagi nadi itu terus berdenyut di hujung jari.

Pembesar suara yang datangnya dari hujung bangunan kini sangat jelas mengumumkan apa yang bakal berlaku dalam seminit dua lagi. Nasib bakal berubah dan yang dari tadi duduk bersama kini sudah tiba masanya untuk berangkat pergi. Tepat pada masa, janji - janji lain juga harus ditepati.

Berat hati untuk melepaskan intan permata pergi begitu saja. Jikalau boleh biar begini untuk lima minit lagi sehingga berbakul-bakul rindu dapat dibekalkan. Didakap dekat dengan jantungnya sehingga selari akan degupan nadi mereka berdua bersama. Dikucup ber kali - kali sambil dilepaskan berbaris-baris selawat ke atas Nabi biar terus melekat di dahinya. Nyawa ku, Kau lindungilah!

“Papa dah lah tu, malulah kita” walaupun jauh dari sudut hatinya mahu disambut belaian terakhir dari Papanya tetapi pada masa yang sama dia juga bimbang akan hilang segala kematangannya. Pada usia begini, itulah yang paling mahu dijaga, sangat penting.

Tangan Papa di salam dan diberikan kucupan tanda erti hormat. Tidak dapat ditahannya lagi ketika dilepaskan tangan yang pernah menyambut kelahirannya ke dunia ini dengan linangan air mata yang sempat ditadah dengan hujung lengan baju kemejanya. Seperti bergelut di hujung jejari tangan Papa yang harus dilepaskan pergi dan kini sudah tiba masanya untuk bertukar tangan. Tangan yang sudah lama menanti akan kehadirannya. Tangan yang tidak asing lagi buat dirinya yang akan membawa dia pergi untuk hari ini dan hari – hari berikutnya.

Bermuka - muka surat nasihat yang penghabisan diberikan sekali lagi agar dia tidak mudah terlupa lantas yang baik itu dijadikan ikutan. Kerana memahami, di angguk pada setiap satu nasihat itu. Dia sudah cukup mengerti malah dia kini sudah boleh hafal kesemuanya. Jangan nakal-nakal. Jangan buli kawan-kawan. Belajar rajin - rajin. Jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun lantang akan suaranya tetapi dia bergetar - getar kerana menyembunyikan kesedihannya di sebalik perpisahan ini. Papa menahan linangan seterusnya untuk menitis lagi.

Begitu pantas masa itu berlalu ketika yang mahu disimpan seharusnya dilepaskan pergi. Yang digenggam itu harus juga dileraikan. Yang sukar itu, itulah dugaan. Yang payah itu, harus dilalui dengan meredakannya akan kehendak Nya. Pada lambaian yang lambat dan sukar, dia hilang bersama mereka yang sehaluan dengan destinasinya. Ada senyuman pada lambaian terakhirnya malah diterbangkan ciuman kupu - kupunya kepada insan yang ditinggalkan. Yang disampaikan itu disambut lalu disematkan di dadanya dan dijadikan sebahagian daripada janji - janjinya.

Air mata kesalan menitis lagi kini pada kedua - dua belah pipi. Dibiarkan mengalir kerana dari jarak begini dia tidak dapat melihat Papanya menangis seperti anak kecil. Dia menangis kerana tidak sanggup menanggung rindu pada setiap hari yang berlalu dan terlalu pilu pada nasib yang begini jadinya.

“Budak-budak cepat membesar ya?” orang asing yang berdiri sama tinggi dengan Papa sambil tangannya juga melepaskan rezeki melepasi pintu. Dia menjeling ke arah Papa seperti sudah tertulis di air mukanya dia juga mengerti akan perjalanan seumpama ini.

“Dia ikut siapa tu?” dia bertanya kerana dia ingin tahu. Tiada salahnya untuk bertanya.

“Mama dia” seperti embun di hujung rumput.

“Berapa umur dia, tujuh? Lapan?” dia bertanya lagi dengan mata mereka masih meratapi kehilangan di depan mata.

“Bulan tujuh, dia enam tahun” hilang suara Papa bersama keriuhan orang ramai. Papa tinggalkan orang asing tadi dengan dua langkah yang panjang.

Baru enam tahun, sudah sampai di sini hala kehidupannya. Papa tak bermaksud untuk ini semua berlaku. Bukan begini sepatutnya. Maafkan Papa!

Ditinggalkan kepiluannya untuk hari ini. Kerana dia yakin esok ada janji baru yang harus ditepati. Kerana Papanya tidak pernah memungkiri janji. Janji mereka untuk bertemu kembali apabila tiba masanya nanti. Janji tidak akan tinggal janji sebab Papa yang berjanji.

Terkebil - kebil mata berairnya ketika pesawat melepasi garisan pada permukaan bumi Illahi. Diketap bibir nipisnya dan di pejam kedua mata halusnya. Gambaran jelas Papa kini terpapar jelas di hatinya. Dikaulah gebar malam ku tika dingin malam itu. Dikaulah pelita hati ku tika kegelapan malam duduk bersama ku. Dikaulah warna pelangi pagi ku tika hujan renyai bernyanyi di kaki hayat ku. Itulah bisikan rindu.

“Papa sayang Mamat!” itulah yang terakhir antara yang terakhir. Nama manja, nama timang – timangan yang kini sudah serasi dengannya. Papa menjadikannya paling istimewa. Dan yang selalu dinanti - nantikan. Setiap kali Papa sebut itu, hatinya akan melonjak berisi kegembiraan dan dapat merasakan kasih itu menyelubungi seluruh pelosok raganya. Dia akan tersenyum puas sebaik saja itu dilafazkan. Kata - kata seringkas ayat seperti itu dijadikan azimat buat dirinya.

Kerana, Firdaus juga sayangkan Papa!
***

Hasil karya asli ini adalah milik sepenuh Shahrizad Shafian tiada sebarang cetakan / penyiaran sebahagian / penuh dibenarkan tanpa kebenaran dari pemilik.

No comments:

Post a Comment