Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Tuesday, February 15, 2011

Pantun Kisah Kasih Sayang

Kisah Kasih Sayang - Seloka Ala Belasah Tahap Melampau Dan Kisah Kasih Sayang Part II - Shahrizad Sha Azizan
by Azrina Nur on Monday, 14 February 2011 at 09:24

Azrina Nur Rusly

Hari ini empat belas Februari
Kononnya sambut Valentine punya hari
Mawar merah dan coklat habis dibeli
Tokey-tokey semua senyum nampak gigi
Sebab hari ini pendapatan masyuk sekali

Si makwe sudah sengih sampai telinga
Si pakwe pula sudah mula garu kepala
Dalam kepala sudah berlegar satu perkara
Sekejap lagi pasti dia jadi mangsa
Keluar duit belikan makwe sekuntum bunga

Hari istimewa bunga tentu naik harga
Lalu depan kedai jeling-jeling tanda harga
Bila sudah nampak terus terbeliak biji mata
Buat-buat seluk poket padahal jari tengah mengira
Duit dalam poket entah berapa ringgit sahaja yang ada
Cukupkah tidak untuk beli tanda cinta

Empat belas Februari katanya hari berkasih-sayang
Ramai orang Islam ikut sambut walaupun sudah dilarang
Marah berapi-api bila orang kata dia bangang
Entah berapa kali pula mahu diulang
Bukankah hari-hari kita cinta dan sayang
Buat macam biasa tidak perlu berlambang-lambang

Mawar merah tanda cintaku setia katanya
Hati si makwe sudah mula berbunga-bunga
Pakwe dalam kepala sudah rangka satu agenda
Aku keluar duit beli bunga, sekejap lagi tubuh engkau aku punya
Si makwe dalam hati langsung tiada syak wasangka
Terus ikut saja walau dibawa ke mana
Demi cinta adik sanggup serah segala

Itulah dari dulu orang sudah bilang
Sambut Valentine bukan budaya Islam
Bila maruah sudah hilang
Masa depan siapa yang kelam
Haaaa... Menangis tidak berlagu siang malam

(C) Azrina Nur Rusly, 14 Februari 2011



Shahrizad Sha Azizan (Ngajad)

Kisah Kasih Sayang... (part II) Dengan bekas kekasihku...

Tunggang langgang sekalian insan yang ada
Serba tidak kena hendak buat persiapanlah kononnya
Hari ini buat sejarah lagi
Seperti tahun lepas di bulan Februari

Demi cinta dipaksa buktikan
Bukan dengan kata-kata atau luahan
Setakat bunga, dia sudah tidak hairan
Apa lagi yang belum ditunjukkan

Jelingan dia sungguh mengghairahkan
Hampir terhempas sebakul iman
Begini sayang, mari kuterangkan
Hari berkasih sayang bukan untuk Islam seinsan

Kini jelingan berubah marah
Dia tahu, dia faham sudah
Namun hatinya tidak mahu menyerah
Mahu hari ini, menjadi lagi satu sejarah

Sayang sungguh rasa hatiku
Selama setahun dialah idaman kalbu
Tapi bila dia mahu, yang aku tidak mahu
Dia tidak mahu, apa yang kumahu

Ajaran Islam sudah banyak kali kupraktikkan
Hatinya keras, hatinya buta
Katanya, aku ini Islam kolot dan menyusahkan
Semua tidak boleh, semuanya dosa

Halal dan Haram, kuterangkan
Pahala dan Dosa, kujelaskan
Syurga dan Neraka, kukatakan
Dia tetap tidak mahu hidup denganku
Kerana aku membebel selalu
Dan kini setahun sudah berlalu
Antara dia dan aku, tiada lagi ikatan
Semalam kulihat dia melihat ke arahku
Allahuakbar! Aku tidak sanggup hendak sambung... untuk menceritakan.

sha sha azizan

No comments:

Post a Comment