Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Monday, February 7, 2011

Tasbih Bertali Putus

Oleh ; Ngajad


Linangan air matanya pada senja suram ini adalah linangan yang terakhir. Dia sudah nekad untuk tidak menangis lantas tidak akan menitiskan walaupun setitis lagi akan air mata kasihnya. Sudahkan lagi berat buat bahunya untuk memikul ini kan lagi hati kecilnya yang semakin hari semakin luluh demi kerelaan ini. Dari jauh sudut yang terpinggir, dia tahu ini harus terjadi. Jikalau bukan hari ini, esok pasti akan menjadi sebuah janji. Sebak di dada yang sedang menanggung debaran kini bertukar menjadi satu cabaran. Mengenggam nyawa sekerdil ini umpama berada di atas bara api. Membakar segala kepercayaan yang kini dijadikan satu azimat buat yang sedang menanti.

Kasih, menjeling keluar jendela kamar sepinya tika hujan renyai terhenti buat seketika. Kelembapan dunia sangat ketara di depan mata. Basahnya bumi kerana hujan, menangisnya Kasih kerana ditinggalkan. Sungguh jauh pemandangan Kasih, tetapi jauh lagi harapan yang disandarkan bersama impian. Tudung tebal yang menutupi mahkotanya di perbetulkan lagi. Masih ada lagi sendu sedihnya yang tertinggal diantara lapisan naluri yang tercalar. Buat kali terakhir juga inilah, basah air mata di pipi di lepaskan pergi. Aku tidak boleh menangis lagi, untuk mengadu tempat itu tiada lagi. Merajuk hatinya di biarkan begitu saja. Tak esok, mungkin lusa, pujuk hati ku, tahulah aku.

Mereka yang sudah lama menunggu di ruang tamu masih terus menunggu. Kegelisahan saling dikongsi antara yang kini sudah mengerti. Mana mungkin hanya setakat rasa simpati bakal diijadikan sebagai ganti. Dalam kegelisahan itulah mereka melihat Kasih mahu menjelma lagi. Kehadiran Kasih bakal mengubah setiap satu itu. Dan Kasih tahu itu akan berlaku.

Langkah yang disusun langkah gemalai. Meninggalkan kenangan pada setiap tapak yang tertinggal. Hujung kaki jubah putihnya dibiarkan berlari serentak dengan kaki kanan dan kaki kiri. Menyapu muka lantai sudah menjadi satu perkara biasa. Menghampiri mereka dengan senyuman seindah batinya. Bercahaya Kasih di wajah manjanya. Yang hadir berada dekat kini diberikan salam, lantas salam mereka bakal Kasih sampaikan.

“Kasih, dah tiba masa. Jangan kita berlengah lagi” yang paling sukar harus dilakukan kerana masa selalu cemburu dengan kita sesama manusia. Dia yang Kasih, sayangkan umpama rela ini untuk terjadi. Matanya tidak mahu melihat Kasih kerana tidak sanggup lagi mencuri hati dan digelar pencuri.

Aku tahu, jangan lah kau memaksa aku. Selinggan bisikan membuah di fikiran Kasih. Bicara kesat itu tidak dilepaskan. Setajam lidah selalu angkara sebuah binasa.

Mereka, satu per satu melangkah keluar meninggalkan mahligai Kasih kerana ada destinasi yang sedang menanti. Yang sedia membantu terus membantu yang sudah lama tercegat disitu kini sudah berlalu. Kasih memerhatikan mereka membelakangkan Kasih, apakah begini nanti rupa mu apabila kembalinya aku? Tersentak untuk bertanya kerana dengan tiba - tiba Kasih terasa. Yang pernah dulu aku ada, dan kini sudah tiada.

“Ka... Kasih...” halus suaranya. Mereka bertembung di laman rumah, Kasih mahu menyatakan sesuatu tetapi tidak kesampaian. Apabila melihat sayangnya, bengkak matanya, kemerah-merahan menanggung derita mereka berdua. Kasih kesihankan dia.

“Ada apa Kasih?” masih berlembut dalam bencana, permintaan Kasih selalu menjadi utama. Kasih mengilingkan kepala dan tertunduk ke muka bumi. Perjalanan Kasih seterusnya disekat dengan hujung kehalusannya disambut manja. Kasih menyambut tangannya.

Dia menghampiri Kasih sekali lagi. Setapak jauh memisahkan mereka. Lekok dagu Kasih disentuh. Kasih tahu itu adalah cinta.

“Jikalau Kasih terus begini, bagaimana dengan Abi nanti? Menangisnya Kasih tidak membantu, jangan Kasih buat begitu. Perjalanan buat kita masih jauh, yang sudah berlalu, tinggalkanlah disitu.” linangan airmata Kasih berlinangan ke hujung jarinya yang sedang menjadi tongkat didagu.

“Kasih menangis lagi untuk apa? Kasih tak redha dengan kehendak-Nya?” Kasih membisu seribu bahasa.

“Kasih tak terima hukum Qada’ dan Qadarnya?” itu bukan kali pertama dia suka berkata.

“Jangan begitu isteri ku, jangan Kasih berfikir sebegitu. Kisah kita sampai disini. Janganlah Kasih berhati pilu. Abi juga insan, hati Abi punya rasa. Kalau benar Kasih masih cinta? Kasih akan lepaskan segala - galanya.” barisan ayat disusun dengan niat agar sidia boleh menerima. Perubahan didalam ini riwayat.

Abi keluarkan yang dari tadi berada di dalam kocek bajunya. Dalam kepadatan itu di kumpulkan lalu di letakkan di tapak tangan wanitanya. Sejuk tetapi tidak membeku itu yang dapat dirasai. Digenggam erat tangan si isteri kerana terasa Kasih terlalu jauh sudah pergi. Dengan bersentuhan sekali itu, Kasih sudah tahu apa yang diberi oleh Abi.

“Simpan ini Kasih, simpanlah sayang. Jangan dijadikan satu beban akan ujian ini. Carilah Dia didalam mimpi, jagalah Dia sepenuh hati. Yakinlah semua ini sudah dan boleh terjadi.” sepasang matanya sedang membaca rahsia didada. Mana mungkin ada kesemuanya. Demi cinta, Kasih ditinggalkan.

Dibelek dengan teliti, hujung jarinya meraba bebola satu per satu. Jernih seperti memegang ketulan air batu. Sejelas itulah pendiriannya.

“Abi? Tasbih Kasih terputus...” itu yang lebih jelas buat Kasih.

“Kasih, tasbih Kasih tak putus, yang terputus adalah kepercayaan Kasih pada Illahi.” Abi sedekahkan doanya melalui senyuman yang berlirik elok di bibir lembabnya buat insan yang tercinta. Kasih sambut doa dan cinta itu dengan harapan yang sukar ini dapat dilalui dengan Abi di sisi.
Kesilauan cahaya putih menggaburi pemandangannya. Semakin dia menghampiri semakin dekat dia dengan cahaya yang pelik ini. Untuk terus bertahan, dia memejamkan matanya sekuat mahu kerana silauannya kuat ketara. Dalam sesaat itu, denyutan nadinya kembali rancak jikalau dibandingkan sebelum tadi yang tidak bergerak dan tidak berbunyi. Menggembang kempis dada kecilnya kerana tindakan tubuh yang baru menerima arahan agar nyawa - nyawa ikan ini dihidupkan semula. Dalam sesaat itu jugalah dia terasa kesakitan yang menghempap ke atas tubuhnya. Kesakitan itu diulangi berkali - kali. Setiap kali itulah dia terasa diangkat ke udara dan kemudian dilepaskan kembali ke bumi. Apa yang sedang berlaku? Kenapa ni? Apa semua ni?

“Aahhh!” Dengan sekali hembus dia melepaskan nafas komanya, dia kembali sedar.
Bising di sana dan disini. Terlalu banyak suara - suara yang bercakap. Dengan siapa mereka berkata – kata? Dan siapa pula yang mendengar akan arahan mereka. Bunyi berdenyut yang berulangkali semakin kuat datangnya dari telinga kirinya. Berat kelopak matanya dipaksa buka untuk melihat dunia. Cahaya putih kembali menembusi kedalam anak matanya. Berkelip - kelip dia menerima cahaya itu. Tercunggap - cunggap dia menggampai udara untuk kembali hidup semula. Menggeletar tubuhnya kerana kedingingan menusuk ke tulung sum - sumnya. Dalam ketika itu, dia terasa udara memenuhi paru-parunya. Terbatut - batut bukan tersedak.

“Puan Kasih! Puan Kasih... boleh dengar tak? Puan Kasih...” dia memanggil aku. Siapa dia?
“Puan boleh dengar saya?” yang cantik itu mendekati. Senyuman manis melepasi keraguannya. Aku dengar, tetapi aku tidak mampu untuk bersuara.

“Alhamdullilah...” apabila isyarat kelipan kelopak mata itu pandai menjawab untuk bahagian suaranya.

“Puan, Puan sekarang berada di hospital ya. Sudah tiga hari Puan berada di dalam keadaan koma. Saya akan pastikan Puan dijaga dengan sebaik mungkin. Dan sekarang Puan kena banyakkan berehat. Saya akan sentiasa berada dekat dengan Puan, jika Puan perlukan apa-apa, ya. Puan Kasih?” Serba putih akan kehadirannya. Melentik manja pada setiap jelingannya melihat pesakit yang baru diberikan peluang buat kali kedua. Peluang yang jarang sekali diberikan pada hamba – hamba-Nya. Tetapi insan ini, antara ciptaan Tuhan, insan yang teristimewa lantas peluang itu diberikan. Sentuhannya telah banyak membantu. Mata Kasih mengucapkan terima kasihanya pada insan yang berhati mulia, siapa dia? Aku tak kenal. Namun dia tetap tersenyum pada Kasih yang masih lagi berada di awangan khayalan.

Terasa lenguh pada keseluruhan tubuhnya. Tulang belakang meminta di patah - patahkan. Pergelangan kaki mahu rasanya mencecah ke bumi. Bahu didatangi angin dari semua sudut. Tengkuk sudah lama mengaku kalah. Sakitnya tubuh aku ni. Kasih mencari alasan untuk dibangkitkan. Yang menggalah adalah tubuh aku. Dalam mencari alasan, baru Kasih menyedari yang dia kini sudah ditinggalkan. Di dalam bilik yang serba putih akan dindingnya. Berbau kuat seribu satu jenis ubat kini menusuk hidung Kasih. Menjadikan Kasih kurang selesa dengan itu. Tiada siapa lagi disini. Hanya satu katil, dan katil itu, Kasih yang punya. Mana yang cantik tadi? Yang pandai bercakap. Dan pandai memujuk. Dia kata dia akan menemankan Kasih disini tetapi kini dia sudah pergi.

Mencari pada yang tiada, Kasih menyangkakan yang dirinya sudah peroleh kekuatan untuk duduk jikalau tidak berdiri, sekurang-kurangnya. Tetapi sangkanya Kasih masih belum tepat. Dia belum kuat. Yang mencuba separuh bangun, kini kembali jatuh ke katilnya. Kasih mencari untuk berpaut, namun kekuatan untuk menggengam juga tidak berhasil. Ah, aku belum kuat lagi. Kalau ada Abi, boleh Abi tolong Kasih. Tapi Abi tak ada.

Yang sibuk berfikir dengan tidak sengaja mencari pada yang tiada di depan mata. Tersentak Kasih. Terhenti pernafasannya yang baru bermula untuk menerima udara bersih. Terjatuh kembali keatas katil, tetapi kini dengan satu persoalan. Mana Abi?

Dia kembali seperti angin yang sedang bergelora di tengah-tengah lautan air masin. Dia menghampiri Kasih yang menghadapi kesukaran untuk bernafas. Tangan Kasih di pegang bagi mencari nadi lemahnya yang suka menghilang. Kasih sudah tidak terdaya untuk bertanya apakah yang sedang berlaku sesungguhnya Kasih percaya yang si cantik ini bakal memudahkan yang sukar itu. Kelemahan itu semakin menjadi - jadi menguasai tubuhnya. Untuk menghirup udara segar seperti sebentar tadi sudah menjadi satu cabaran yang sukar buat Kasih. Kenapa dengan aku ni? Kenapa dengan tiba-tiba aku tidak boleh bernafas lagi? Jantung hatinya sudah mula mahu mengalah pada hukum alam.

Sepantas itu jugalah, bilik yang tadi sunyi dan tidak berpenghuni tetapi kini sudah dipenuhi oleh mereka yang sedang cuba mahu membantu. Kembali bising seperti tadi dan bertambah riuh.

“Puan bersabar ya. Banyakkan bersabar.” yang cantik mahu terus memujuk mungkin kerana hatinya secantik dia.

Saya tak boleh bernafas lagi, kenapa? Naluri bercakap sesama sendiri.

“Kasih ingatlah pada Allah. Sebutlah nama Allah, sayang... ikut Abi” dia yang tiba - tiba muncul diantara mereka. Kelihatan begitu tenang menghampiri Kasih. Bertambah cantik Abi kali ini. Seperti pada pertama kali Kasih bertemu dengan Abi. Dia turut menghadiahkan senyumannya pada Kasih yang ketika itu sedang mempertarungkan saki - baki nyawanya.

“Abi?!” Kasih mencari. Suara imamnya dapat didengar dengan jelas. Sudah semestinya itu yang selalu dijadikan ikutan. Dialah segala petunjuk buat Kasih. Dia jugalah yang telah membentuk akan Kasih. Amat mudah buat Kasih untuk melafazkan syahadahnya setelah kini ada Abi di sisi. Tenang dan yang lahir dari dalam iman dan amalannya, Tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

“Yakinlah Kasih, ada jodoh kita nanti” di kucup dahi permaisurinya buat kali terakhir, demi cinta... Kasih, aku kau tinggalkan.

“Ini tasbih Kasih, sudah tidak bertali putus lagi...” diserahkan kembali kepunyaan isterinya dan Kasih menyambut akan takdir dari Illahi.

‘Ttiiiiiiit!...”
“Sebutkan!”

“Waktu kematian... enam lapan belas minit petang. Enam hari bulan sebelas, dua ribu sembilan.” sudah menjadi tugasnya untuk mencatatkan kenyataan ini. Diatas kertas putih takdir buat si mati bermula disini.

Yang terapung di awangan membayangi mu, dari dihujani oleh kepayahan dan kesukaran itulah pengertian cinta ku. Yang melindungi petiran lelangit dari meyambar jasad mu, itulah kebenaran cinta ku. Yang menampung ketulan – ketulan batu api dalam pelukan, itulah kesetiaan cinta ku.

Bertasbih dalam bisikan rindu. Peralatan hospital dikemaskan kembali. Hanya yang tinggal dua ke tiga jururawat yang di tugaskan untuk menggaturkan kembali keadaan seperti sediakala. Yang tadi bising dengan bermacam - macam bunyian tetapi kini kembali senyap dan sayu.

“Pesakit kau?”
“Ha-ah” begitu payah buat si cantik untuk mengaku, pada yang baru saja berlaku.
“Kenapa dia?” yang bertanya juga mengerti, mengapa ada rasa sedih begini.
“Kemalangan jalan raya, dia berdua dengan suaminya. ”
“Suami dia mana?”
“Ada kat ICU”
“Peluang?”
Mata mereka berselisih tika saat itu kaku untuk kasih mereka menumpang lalu.
“Allah saja yang tahu” yang cantik hampir terkedu harus ditelan pahitnya hempedu. Mencari kekuatan didalam diri dia kini lebih dari mengerti... hanya dengan perintah-Nya ‘jadilah!’ maka jadilah ia.

AL – FATIHAH
‘Kasih’
Dalam Kenangan, 1971 - 2009

***
(diterbitkan di Mingguan Wanita, Mei 28, 2010)

Hasil karya asli ini adalah milik sepenuh Shahrizad Shafian tiada sebarang cetakan / penyiaran sebahagian / penuh dibenarkan tanpa kebenaran dari pemilik.

No comments:

Post a Comment