Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, April 28, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Jangan marah pada ku

Oleh : Ngajad



menyinsing fajar sidiq di garisan rindu
bahangnya ku amati seperti selalu
menyimbahi seluruh tudung hijab biru
membayangkan seraut kisah pilu
kenangan antara dikau dan aku
sepasang mataku menjadi silau dan sayu

dari kejauhan ini
yang tiada itu amat ku kesali
bangkit pagi ku, tiada bertemankan senyuman mu
betapa ku meraih akan kehadiran syair mu
malam ku berjelaga resah selalu

destinasi terletak di peta dunia
hanya Tuhan saja yang tahu seadanya
bahu kanan dan kiri berat sekali
kudrat ku, hampir menyembah ke lantai bumi
takdir ku, berpijar dan semakin tidak terdaya untuk berdiri lagi

namun
yang sudah bermula
harus ku akhiri
dalam sedikit masa lagi
fajar sidiq bertamu dalam memberi erti
ada bebayang di garisan rindu sedang menanti
tidak terkilan rasanya untuk ku meminta
tidak banyak cuma secebis saja
doa mu dalam lipatan perjuangan ku
Ya Allah.. lindungilah ini hamba mu

mahu ku kembali
selagi nyawa dipinjam hari
walau rapuh jari-jemari
walau hanya tinggal separuh jasad diri
mahu ku kesini sekali lagi
mengutip kesemua syair-syair yang tetinggal disini
walaupun
lewat bakal pulang ku
pasti akan pulang, semahu mu
oleh itu
jangan marah pada ku.



shashangajad28042011/TLC2011/PutraWorldTradeCentre-PestaBukuAantabangsaKualaLumpur(Malaysia) ...

Tuesday, April 26, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Coklat !

Oleh : Ngajad

Coklat !
suka sangat
sebabnya ia sedap
walau dimakan malam mahupun siang
rasanya tetap sama
dalam beku atau sudah cair
coklat tetap pilihan ku

Coklat !
dulu jarang ketemu
dan mahal gitu
dulu ku tak mampu
menikmati coklat semahu ku

tetapi kini
kapan-kapan saja boleh ku nikmati
ku jamah, ikut selera ku
coklat tetap pilihan ku
selagi diberi nikmat rasa oleh Nya

Coklat !
bukan untuk pinjaman, tetapi dimiliki
menikmati akan kelazatannya, kita mentak terlupa
coklat ada yang pahit juga
bakal tertinggal kesan nya di hujung deria rasa
mana hilang yang nikmat nya
sebaik saja, pahit ditinggalkan menjadi realitinya
fikirkanlah.. apa erti nikmat coklat !

Monday, April 25, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Kiriman Kekasih

Oleh : Ngajad

"Jangan lupa kirimkan khabar mu.." itulah pesanannya yang terakhir, sebelum kapalnya belayar meninggalkan jeti di kaki senja. Berlabuh fajar sidiq menyentuh permukaan lautan dan hilang dalam kelip mata yang kelima jadinya.

Kelembapan bibir rekahanya kala ditoleh dibahu kanannya. Sebak kini menyelebungi sanubari. Esakan dilepaskan pergi bersama lembayu yang singgah lalu, mengusap lembut di pipi gebunya. Deraian airmata kasih memenuhi kelopak mata kuyunya. Mentak berkali, dia sendiri tahu.. mana mungkin yang telah berlaku bisa diundur dalam kenangan silam. Dalam genggaman jemarinya, telapak tangan dirasa akan bahangnya. Debaran jantung berdenyut akan kesedihan ini. Apakah masih ada waktu untuk bertemu, dia mempersoalkan itu, sedangkan dia sendiri sudah  redha dengan ketentuann Nya.

"Selamat tinggal, ku doakan kau selalu bahagia.." liri matanya tidak terdaya menahan kepiluan itu. Riak wajah kekasihnya jelas dalam imbasan kalbu. Wajahnya yang berwajah tidak. Dilindungi dengan sehelai kepercayaan Nya. Sangat kuat akan pegangannya pada Pencipta Nya. Keutuhan itu amat jelas, laksana bersimpul mati. Keimanannya bergegar tidak. Hatinya bertalam duka dalam bersulam rindu pada langit yang membiru.

"Selamat tinggal kasih, selamat jalan sayang .." antara barisan kata-kata yang begitu payah untuk dilepaskan ke dada lautan namun itu sudah juga ditentukan. Kepayahan yang bertamu di tepi bumi, bersauh, berpijar ke langit sepi. Tiada daya bumi, menahan kesalan ini... sesungguhnya tagisan dari seorang kekasih, juga jeritan batin nadinya.

Harus jua dijalani yang sukar ini, mana berpindah bahagia andai tiada yang mahu pergi. Bakal tiba satu hari itu dalam berpesan .. semoga tiada jelaga di langit senja. Percayalah... walau kesamaan kita hanya seketika namun kau tetap bagian dari jiwa ku.. semoga kelak kita dapat bersatu lagi.

Tunggu daku - dilangit biru ku !

Ngajad's Tiga Seringgit ... Apa lagi?

Oleh : Ngajad


dipijat, di maki

anak jalanan nama ku diberi
dihumban, dibuang
tiada yang simpati
onak mana, duri mana
yang belum ku jalani
lautan api, tilam tidur ku
dalam pelukan kemelut berdagu
lintah jadinya
sampah apakah ia
pusar lagi gusar
hamba lahir tiada berwali
tidak layak ke muka bumi
disiang saja jantung ini
biar mati meyembah ke bumi

Ngajad's Tiga Seringgit ... Teriak padi

Oleh : Ngajad

kencang kekalapan ku

riuh pohon serak ku
angin menderu
takdir ku baru menyinggah lalu ...
"Jangan tinggalkan daku !" teriak padi yang belum dituai lagi.

Friday, April 22, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit.. Garisan Rindu

Oleh : Ngajad


berdiri di garisan rindu
yang memisahkan antara kau dan aku
ruang dan waktu
adalah penentu
pada garisan itu
samada ia terus bergaris
atau terputus habis

berdiri di garisan rindu
sesungguhnya
ia bergaris dihati ku...

(maafkan daku kerana tidak termampu menanggung rindu ...salahkah daku merindui mu ..?)

Thursday, April 21, 2011

Cerpen - Senja di Hati

Senja di hati (Menantikan Firdaus Mar’ie)

Oleh Ngajad


“Janji...?”
“Janji...!”

Tangan kanan masing-masing masih lagi di udara dekat dengan dada mereka sendiri. Jari - jari yang duduk rapat - rapat masih lagi kelihatan kemas menegak sekali gus mata mereka yang terus bertentangan. Se olah mencari kebenaran di sebalik pengertian perjanjian ini.

Dia tersenyum melihat si cerdik ini begitu bersemangat dengan janji-janjinya. Janji yang mahu disimpan dan dijaga sehingga mereka bertemu lagi. Dia kembali rapat antara jarak mereka yang sebangku jauh duduknya sejak dari tadi lagi. Lalu dia menggenggam erat kesemua lima jarinya yang masih lagi terapung di sisinya. Diramas dengan penuh kasih sayang. Tapak tangan sekecil ini, masih lagi halus dan belum mempunyai kesan kasar dari perjalanan liku - liku kehidupan yang penuh dengan noda dan dusta. Haba tangan mereka kini mengalir antara naluri sedaging sehubungan mereka. Mereka bagai beliung dengan asahan selama ini tetapi kini semua itu akan berubah demi masa yang kini sudah menentukannya.

“Betulkan Papa janji kan?” bermuncung-muncung bibir si comel bertanya kerana mahukan kepastian. Berlapis nipis kedutan dahi putihnya. Bulat cantik mata masa depannya. Bersinar dengan serinya raut wajah rezekinya. Anak tunggalnya ditatapnya lagi. Inilah anugerah dari Tuhan yang amat indah.

Mana mungkin ada ganti pada pemberian secantik ini. Ini lah yang berharga dari nyawa aku sendiri.

“Betul Papa janji” diulangi akan kebenarannya. Papa bukannya bertaup kan bibir diatas kawah melainkan ada yang dianjak layu, di anggur mati. Selama ini Papa berpegang pada janji. Belum pernah sekali Papa memungkiri janji. Selagi hayat ini ada, selagi itulah akan Papa terus berjanji. Melainkan Tuhan itu lebih mengetahui dari mana yang baik dan buruknya akan kebenaran pada janji kita. Dijadikan ketentuan antara salah satu daripada kehendak Nya. Antara bisikan yang bertukar tempat dengan rintihan. Papa tidak sanggup berkongsi kepayahan ini dengan si manja ini. Bagaimana mungkin anak semuda ini dapat melihat dari kaca mata Papa dan bakal mengerti pengertian sebuah janji itu. Berkorban demi sebuah janji juga ada pertaruhan yang sehebat dengannya.

Yang duduk manja di pangkuan Papa, dibelai helaian akan anak - anak rambut yang semakin panjang dan hampir menutupi keningnya. Pipi gebunya disentuh mesra. Senyumannya kini semakin jelas kerana kini dia sudah bijak untuk berkongsi akan senyumannya. Malah ketawanya juga kini sudah berlagu apabila setiap kali dia bijak berjenaka. Semakin hari semakin cerdik bercerita akan kisah - kisah sehariannya. Dengan gerak tubuhnya, lambaian tangannya dan riak air mukanya, dia memang pandai bercerita. Hati yang gusar akan terubat dengan serta - merta apabila melihat si comel ini memenuhi ruang sepi sebuah hati.

“Kenapa Papa senyap aje?” dia yang dari tadi tidak melepaskan peluang membaca apa yang tertulis di wajah Papanya. Hendak disorok akan kegelisahan itu tetapi ada kalanya dia lebih jauh memahami akan yang terkandung diisi hati Papa kesayangannya.

Digiling sekali dua kelapa beratnya tetapi jawapan seumpama itu sudah tidak laku lagi.

“Cakaplah Papa, kenapa ni?” jari halusnya kini menjadi tongkat pada dagu nasib Papa. Yang tadinya hilang kini kembali, senyuman di bibir Papa.

“Tak ada apalah. Papa baik - baik saja” yang meronta-ronta itu aku. Yang menangis di dalam kegelisahan jingga itu juga aku. Hendak dikatakan satu per satu. Hendak diceritakan dari mula sehingga ke penghabisannya. Tetapi bagaimana mungkin dia akan memahami rintihan sedih seorang Papa. Ini kisah Papa, biar Papa saja yang tanggung. Yang indah itu, bakal menjadi milik mu. Dalam kedukaan parut yang terluka, doa untuk nyawanya dipohon bersama harapan setulus jiwanya.

“Papa sedih sebab kita nak tinggalkan Papa ke?” begitu lancar pertuturannya se olah sudah diimbas akan seluruh minda Papa. Tidak sanggup di angguk kepalanya tetapi di kelip sekali kelopak mata kasihnya. Yang tidak diduga kini mengalir membasahi pipi kasarnya.

“Apalah Papa ni. Kan tadi Papa dah janji?” tapak tangan lembutnya kini menjadi ganti kain mengeringkan kelembapan kasihnya di pipi Papa.

“Kan kita dah janji akan jumpa lagi? Papa janganlah sedih macam ni. Tak lawa lah. Nanti muka Papa cepat kedut macam muka atok. Papa nak macam tu?” serentak mereka tercetus geli hati mereka. Memang wajah atok penuh dengan kedut, sekedut usia tuanya.

Memang betul, baru seminit tadi mereka sudah berjanji se ia sepakat. Akan terus berkomunikasi melalui telefon dan akan bertemu lagi pada hari dan tarikh yang telah disebutkan. Walaupun jarak masa itu bukan seribu tahun tetapi beginilah rasanya apabila berpisah, seminit itu seperti setahun lamanya. Perit untuk berjauhan tetapi mana mungkin satu ikatan itu akan terputus kerana masa menjadi sebab dajal pemisahan. Yang lahir dari dalam hati akan terus berkekalan buat selama - lamanya, kasih mereka dua beranak. Antara doa yang mahu dijadikan satu realiti sehingga masa itu singkat sendiri. Putusnya tali boleh disambung, patah arang sekali. Papa belum cukup bersedia untuk berdepan dengan keadaan umpama itu. Berikanlah aku kekuatan apabila tiba dan masanya nanti. Diminta lagi selagi nadi itu terus berdenyut di hujung jari.

Pembesar suara yang datangnya dari hujung bangunan kini sangat jelas mengumumkan apa yang bakal berlaku dalam seminit dua lagi. Nasib bakal berubah dan yang dari tadi duduk bersama kini sudah tiba masanya untuk berangkat pergi. Tepat pada masa, janji - janji lain juga harus ditepati.

Berat hati untuk melepaskan intan permata pergi begitu saja. Jikalau boleh biar begini untuk lima minit lagi sehingga berbakul-bakul rindu dapat dibekalkan. Didakap dekat dengan jantungnya sehingga selari akan degupan nadi mereka berdua bersama. Dikucup ber kali - kali sambil dilepaskan berbaris-baris selawat ke atas Nabi biar terus melekat di dahinya. Nyawa ku, Kau lindungilah!

“Papa dah lah tu, malulah kita” walaupun jauh dari sudut hatinya mahu disambut belaian terakhir dari Papanya tetapi pada masa yang sama dia juga bimbang akan hilang segala kematangannya. Pada usia begini, itulah yang paling mahu dijaga, sangat penting.

Tangan Papa di salam dan diberikan kucupan tanda erti hormat. Tidak dapat ditahannya lagi ketika dilepaskan tangan yang pernah menyambut kelahirannya ke dunia ini dengan linangan air mata yang sempat ditadah dengan hujung lengan baju kemejanya. Seperti bergelut di hujung jejari tangan Papa yang harus dilepaskan pergi dan kini sudah tiba masanya untuk bertukar tangan. Tangan yang sudah lama menanti akan kehadirannya. Tangan yang tidak asing lagi buat dirinya yang akan membawa dia pergi untuk hari ini dan hari – hari berikutnya.

Bermuka - muka surat nasihat yang penghabisan diberikan sekali lagi agar dia tidak mudah terlupa lantas yang baik itu dijadikan ikutan. Kerana memahami, di angguk pada setiap satu nasihat itu. Dia sudah cukup mengerti malah dia kini sudah boleh hafal kesemuanya. Jangan nakal-nakal. Jangan buli kawan-kawan. Belajar rajin - rajin. Jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun lantang akan suaranya tetapi dia bergetar - getar kerana menyembunyikan kesedihannya di sebalik perpisahan ini. Papa menahan linangan seterusnya untuk menitis lagi.

Begitu pantas masa itu berlalu ketika yang mahu disimpan seharusnya dilepaskan pergi. Yang digenggam itu harus juga dileraikan. Yang sukar itu, itulah dugaan. Yang payah itu, harus dilalui dengan meredakannya akan kehendak Nya. Pada lambaian yang lambat dan sukar, dia hilang bersama mereka yang sehaluan dengan destinasinya. Ada senyuman pada lambaian terakhirnya malah diterbangkan ciuman kupu - kupunya kepada insan yang ditinggalkan. Yang disampaikan itu disambut lalu disematkan di dadanya dan dijadikan sebahagian daripada janji - janjinya.

Air mata kesalan menitis lagi kini pada kedua - dua belah pipi. Dibiarkan mengalir kerana dari jarak begini dia tidak dapat melihat Papanya menangis seperti anak kecil. Dia menangis kerana tidak sanggup menanggung rindu pada setiap hari yang berlalu dan terlalu pilu pada nasib yang begini jadinya.

“Budak-budak cepat membesar ya?” orang asing yang berdiri sama tinggi dengan Papa sambil tangannya juga melepaskan rezeki melepasi pintu. Dia menjeling ke arah Papa seperti sudah tertulis di air mukanya dia juga mengerti akan perjalanan seumpama ini.

“Dia ikut siapa tu?” dia bertanya kerana dia ingin tahu. Tiada salahnya untuk bertanya.

“Mama dia” seperti embun di hujung rumput.

“Berapa umur dia, tujuh? Lapan?” dia bertanya lagi dengan mata mereka masih meratapi kehilangan di depan mata.

“Bulan tujuh, dia enam tahun” hilang suara Papa bersama keriuhan orang ramai. Papa tinggalkan orang asing tadi dengan dua langkah yang panjang.

Baru enam tahun, sudah sampai di sini hala kehidupannya. Papa tak bermaksud untuk ini semua berlaku. Bukan begini sepatutnya. Maafkan Papa!

Ditinggalkan kepiluannya untuk hari ini. Kerana dia yakin esok ada janji baru yang harus ditepati. Kerana Papanya tidak pernah memungkiri janji. Janji mereka untuk bertemu kembali apabila tiba masanya nanti. Janji tidak akan tinggal janji sebab Papa yang berjanji.

Terkebil - kebil mata berairnya ketika pesawat melepasi garisan pada permukaan bumi Illahi. Diketap bibir nipisnya dan di pejam kedua mata halusnya. Gambaran jelas Papa kini terpapar jelas di hatinya. Dikaulah gebar malam ku tika dingin malam itu. Dikaulah pelita hati ku tika kegelapan malam duduk bersama ku. Dikaulah warna pelangi pagi ku tika hujan renyai bernyanyi di kaki hayat ku. Itulah bisikan rindu.

“Papa sayang Mamat!” itulah yang terakhir antara yang terakhir. Nama manja, nama timang – timangan kini sudah serasi dengannya. Papa menjadikannya paling istimewa. Dan yang selalu dinanti - nantikan. Setiap kali Papa sebut itu, hatinya akan melonjak berisi kegembiraan dan dapat merasakan kasih itu menyelubungi seluruh pelosok raganya. Dia akan tersenyum puas sebaik saja itu dilafazkan. Kata - kata seringkas ayat seperti itu dijadikan azimat buat dirinya.

Kerana, Firdaus juga sayangkan Papa!

***

Tuesday, April 19, 2011

Pantun dari seberang ...

PANTUN MERAMAH KAWAN


Dari : Yandri Yash Yansah



pelangi senja berwarna jingga
langit redup bertilam hitam
silahkan bidadari pantunkan raga
belajar seloka jiwa tersulam

pekat malam sudah bertandang
pendar bulan bintang berkedip
silahkan puan berpamit pulang
terimakasih salam hangatku terselip

terselip bunga si sedap malam
harum mewangi tebarkan pesona
semoga esok bertegur salam
dengan kawan pantunkan warna

warna warni temu kata
judul sajakku yang terdahulu
pantun seloka karmina tercinta
jenakakan jiwa hilangkan kelu

kelu lidah mengucap titah
titah awak padalah taman
mari kita saling meramah
pada saudara dan kawan

kawan melantun langgam melayu
iramanya merdu semakin sahdu
asiklah kita berpantun rayu
hilangkan penat lepaskan rindu

Tgrg,180411

Monday, April 18, 2011

Syair dari seberang ...

• DI KAKI LANGIT SAJAK KU BERSAYAP

Oleh : Ansari Mandam




Menikmati senja yg tenggelam di kaki langit
hingga malam datang berkunjung membawa gelap dan rembulan yg memucat,,,
ku pandangi rona merah yg telah hampir padam disapu malam...
tapi..ku tak di sini,,,
aku tak termenung sayang...
aku terus bergerak mengangkasa dengan sajak-sajak bersayapku...
melayang...meliuk...mengulik,,,
mencari pijakan tanah-tanah ku yg retak bekas rintik hujan semalam...
arahku tersaruk-saruk,,,
suaraku parau bergelombang,,,
melolong,,,memekik..seakan menggedor-gedor pintu bumi...
masuk dari kesenyapanku menuju kaki langit yg jauh...
tempat untk ku melukisi sayap-sayapku kembali,,,
dan perjalananku adalah sebuah pergulatan waktu dengan sunyi...
sebuah tamasya di akhir senjaku untk relung-relung hatiku yg damai...

hmmm.......

Sunday, April 17, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...Dia marah

Oleh : Ngajad

dia berdiri tegak dan segak
mendatar ke bumi
berbau keringat peluh yang hangat
tajam matanya menikam samudera
dari laut merah
dia sedang marah
bermandikan hujan panah yang bernanah
terusuk belati dia terus berdiri
perjuangan ini masih belum selesai lagi
dia mengaku
dia tidak sekuat itu
namun batinnya
menjerit akan nama yang tidak asing baginya
kelu lidah membeku
telapak tangan tidak dirasainya lagi
jantung terhenti
dalam dengupan nadi
tegak berdiri tiada lagi
hujung dunia semakin hampir
dia redha dengan kehendak yang ini
mahupun hutang telah langsai
yang terpacak
tersepit itulah sebenar takdir
huraikan satu per satu
dia mengaku
perjuangan ini masih belum selesai lagi
selagi jasad dipinjam nyawa
selagi mati sebelum dari jemputan Nya

Saturday, April 16, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...Ngajad

Oleh : Ngajad

Ngajad kamek
diringi pelangi hati
bertahta permaisuri ditelaga jiwa biru
persada perdah berdaun linggi
riak madah pujangga disayap jentayu
Zahid menanti mengambang lentera
kiambang bertaut didahan raga
Zuhud mentak dikamir dirgahayu
sujud malam Kalimatullah diseru

direntang kemudik bianglala berjela
Mursyid berjaga malam tiada lena
dalam mencari Zillullah dibayangan Baitullah
mata terbuka dia merana
seperti embun dihujung rumput
dia kesuntukan masa

Ngajad berdiri di kaki pelangi
hujung senja terdiam lagi
pantulan pantai tiada yang sudi
menyambut sepeluk tika ber kembali
bergulung Raudah berdaleh ketepi
jendela gemintang melirik tersenyum
malaikat terhempas berbau dicium
cintuh seraut wajah baiduri
langit biru, sebiru Ngajad ku
mendongak tinggi menadah simpati
terbuka pintu seluas ruang taubat MU
airmata kasih menitis kini bersaksi
esok bukan untuk dimiliki

Ngajad usah berjauh hati
yang benar bakal diberi
yang tiada bukan hak hakiki
yang ada, beri syukur pada Illahi

Friday, April 15, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ..Whatever

Oleh : Ngajad

Whatever
it  was meant to be
it was never to be
it was there
and now its for free

Whatever
it came and now it is gone
for a minute it was held
for a minute too long

Whatever
it was there for awhile
it was just a little lie
for a mistake taken in vine

Whatever
it was whatever it was
it was thenever it was
it was it was
Whatever it was lost

Thursday, April 14, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit - Tasbih Bertali Putus, puisi

Oleh : Ngajad

diayak kenangan silam

bertapis setanggi rasa
selasih berbasuh, intan widuri
selangit raga memecah kesunyian hati
tasbih abi
terputus lagi
manik-manik bertaburan dilantai bumi
langkahnya mati, hilang deria rasa
salahkan bumi, tidak bertepi
langit ku biru kembali jingga
abi mati diatas tanahnya


shasha14042011 - petikan dari cerpen "Tasbih Bertali Putus @2010"

Tuesday, April 12, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit... Renai malam

Oleh : Ngajad

renai malam bergerimis sukma

jelaga punah asalnya
sengketa berbaur antara pelusuk dunia
meneratak bentak ditikar kaya
marah hadirnya
kamir bertepi, dibucu hati
terselak mata kencana, menjeling sepi

renai malam bergerimis lagi
tiada embun menitis disini sudi
Oleh ; Ngajad

badai memukul jiwa ku

bergegar dinding takdir ku
resah rasa gundah seribu
berjelaga paut ku
natijah diberi pada ku
dan aku ...?

matahari terpacak meninggi, rindu mu ... ku genggam rapi.

jiwa ku silau semenjak dikau pergi
seakan rentung bakal menjadi abu, penantian bagi ku
pulang mu tiada ber kembali
dan aku ...?
 
jiwa ku tersepit lagi berhimpit.
lidah ku kelu , dilarang dan arah untuk terus membisu.
rasa sanggup raga ku,
mengenggam bara api itu sehingga aku ikut rentung dan terus menjadi abu.
biar lemas di lautan api,
daripada berjauhan dengan mu begini... salam mencari rindu itu .
cermin hati ku retak seribu,
dalam duka bertongkat kan dagu. dalam esakan lagi bertahan,
dalam bayangan ilang semua rindu.airmata tidak sanggup bertitis lagi,
kerana raga ku menagih simpati ...

Ngajad's Tiga Seringgit..TLC

Oleh ; Ngajad

riak sukma mu cintuh kelabu

berdamping duka kamir agaknya
segak berada tersentuh daku
berasing raga hampir kemana


jika kau sudi bermanja sama ku
akan ku tuju ke langit kita
jika kau tanyakan pada ku
akan ku Tunjuk Langit Cinta ... hanya pada mu

Sunday, April 10, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Janji Dia

Oleh ; Ngajad

Janji DIA


suram dikaki senja
menjadi saksi tika langit berlari
muram dihatinya
menjadi sakit tika kasihnya pergi
aduhai malam
dimana dikau simpan kerdipan bintang ku
aduhai sayang
dimana dikau sembunyikan harapan jantung ku

langit pagi kembali jingga
hati pelangi lusuh warnanya
dalam permintaan yang ku ada
hati ku ini empunya siapa?
riak ombak melulu ke tepi
tangisan pantai sedih sekali
ya ataupun tidak, tiada yang sudi
merintih sampai, pedih begini

bergulung mentari menari-nari
kala guruh jauh tertangguh
bertuah sungguh iradat yang ini
kala bercintuh kasih bersauh
hamparan gemersik gemalai adanya
dendang merdu berlagu rindu
lambaran merisik malambai tiba
gerangan dia mahu bertemu dengan ku

indah puisi, bersyair saja
indah lagi pemberian hadiahnya
indah terharu tersipu pun ada
indah tuturnya memikat jiwa
peta destinasi kepunyaan Nya
dipinjam kita buat sementara
ku yakin ada jodoh untuk kita
tiba waktu, kita akan bersama



shasha10042011

Friday, April 8, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit... Minta ampun aku

Oleh : Ngajad

Minta ampun aku
hadir tanpa undangan
duduk tidak berbangku
berdiri tiada dibumi
aku tidak bertempat disini

Ah! betapa bodohnya aku
juga hodohnya rupa ku
mana pandai ku berpuisi
bersyair juga tiada yang sudi

Ah! aku mudah terlupa diri
betapa kuy sedar status sehina ini
kenapa aku sangat berani

Ha! ha! ketawa jarang sekali
jadi badut rasanya
dipermainkan jiwa yang ada
hati ku luka
siapa pernah bertanya
lihatlah dunia ... giliran aku yang terkena !

aksi dunia yang selalu dengki
dengan kewujudan ku
tiap kali mahu ku kecapi niktmat bahagia itu.

Ngajad's Tiga Seringgit... Membiru

Oleh : Ngajad

Cinta ku sampai ku menutup mata

Langit membiru
berteduh di bawah ubun wanita ku
hilang warna jingga
sebaik saja pelangi tiba
redup hadir mu
terlena di labuh tudung ku
bingkisan rindu
nyanyian dilirik senyuman mu

Ah, indah pandangan mata ketiga
meneratai lembaran nan abadi
sayu hati
semenjak dikau ku kenali
mentak sejak azali lagi
anduh nian, dalam simpanan

Ha, bertepuk susunan ayat Imam ini
selebar doa di kami berselang-seli
merajut kehambaan diri munajat
sarat memeluk satu hajat
Ha-ah, siang berjaga tiada lena
malam panjang lelah diserah
nyawa bertingkat -tingkat si dulang kaca
mimpi melayang, terbayang
di kaki jubah hamba

Ah-ah, menanti mu tiada berhujan milik hamba
mentari dan renai tiada pernah menjamah aurat walau dalam leka
marah laut merah
tiada beralah, dendam dan parah
antara lambaian
bersulam kepercayaan
kerana sayang
tuan hamba buktikan, hamba ditinggalkan
tergapai dan menggapai
tasbih bertali putus
disandarkan hampa dengan secubit janji, pernah terurus
andai ada jodoh kita nanti
hamba kekal dipaksi bumi
walau jasad tiada lagi

langit membiru, dihujung waktu
tiba kepulangan mu tiada
yang menyambut
maafkan hamba, sekali ini
barangkali dilangit ke tujuh
ditempatkan
satu penantian nan abadi
pulang mu untuk kembali
dalam menepati yang terpatri
tiada jelaga, tiada lara
hamba berani, mengakui
disana nanti
hanya ada suka dan bahagia
kelak kala bertemu kembali
dialam Firdausi

(06042011)

Thursday, April 7, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Tunjuk Langit Cinta!

Mengapa Tunjuk Langit Cinta ...?



Mengapa Tidak ...?

Antara soalan yang sering kali berselisih dalam perjalanan dalam menuju ke suatu destinasi. Tidak serik untuk berdepan dengan kemusykilan namun ketika menjelaskan kenapa dan mengapa bakal bertempur dengan, kenapa tidak begitu. Terkadang merasakan ada kekurangan di dalam diri kala mempersembahkan pada yang sedang menantikan satu keajaiban pada satu jawapan. Barisan pada pertuturan semacam tidak segak untuk di tatap dalam lepasan malam sepi. Yang menanti terus menanti. Ada yang sempat mengeluh di kehijauan syahdu, sesungguhnya masih ada yang belum puas hati. Amat hamba sedari ...

Mengapa Tunjuk Langit ?

Apa hebatnya langit?

Ada apa rupa pada langit?

Langit tetap langit, jadi ...?

Berlaung sombong pada getaran nada dalam pertanyaan. Berbaur sindiran kerana sesungguhnya yang bertanya masih mahu tahu. Seakan sayu tiada berlagu di hati. Mungkin belum tiba masa, mungkin belum seadanya.

Berteduh dari langit ke tujuh, mendongak ke langit yang satu, dalam pemerhatian se kalam ini, hamba tidak mahu berlaku angkuh. Tanpa hujung ibu jari, tiada bermuncung tajam, dengan lapisan hijab hitam kelabu, hanya hati terlukis suri, sejujurnya ... hamba tunjuk langit dengan Nur Kasih Nya.

Mengapa Langit Cinta?

Siapa sebenarnya insan itu tanpa sedikit cintuh cinta. Hadir cinta dalam berbagai-bagai rupa dan rasa. Kala ia cantik dan ada kalanya ia sangat indah. Dalam keindahan dan kesenangan cinta di anggap mudah. Dalam asa kenangan ia tinggalkan, menjadi kesan, menjadi teladan. Cinta akan tiba apabila sudahnya waktu, dan begitu juga ia akan pergi apabila berada di hujung janji. Hadir cinta memberi erti, perginya cinta... sakit tanggung sendiri. Namun hakikatnya, ada cinta yang datang kala bertamu dan sehingga ke kerak bumi ia tidak akan berganjak lari.

Nyata, itu cinta sejati. Sangat dekat ketika tersungkur di dasar lautan api, sangat berbagi ketika tenat dan lelah dengan takdir diri. cinta sebegitu akan hadir, mungkin tidak sekali, mungkin sudah berkali-kali... siapa di antara kalangan insan yang menyedari cinta serupa itu pernah wujud, wujud dalam diri sendiri. Hamba akui, ada cinta seperti itu, semasa bernafas di nyawa bumi ini.

Mengapa Tunjuk Langit Cinta? Mengapa tidak ?

Lahirnya hamba di dunia berwali dan berada. Sentuhan kasih dan sayang tiada pernah kurang. Dalam dodoi malam, bisikan kalimah cinta dijadikan lapisan mimpi. Bersama dibekalkan doa bersahut harapan agar yang indah itu menjadi milik yang kekal abadi. Namun, yang merancang itu hamba cuma, dan menentukan hanyalah DIA. Kekal satu kisah, menjadi satu tragedi. Kenal satu mimpi, mengganggu batil emosi.

Sebelum tiba ke destinasi yang hakiki, ujian itu berkunjung dan duduk sebangku dengan raga. Jiwa suka bertanya, mengapa? Hati tidak muak menjawab, itulah jadinya kita. Merasai suka dan suka, melalui manis dan pahit seadanya. Tanggung jawab yang sama-sama dipikul seharian dan semalam sehingga nyawa yang dipinjam minta dipulangkan. Jiwa suka meronta-ronta dalam gegabah gerhana, dan hati pula suka memujuk dalam kesabaran yang paling indah. Bersabarlah demi DIA, pujuk kecil hati... kerana kesabaran itu ada banyak hikmahnya. Hati pandai memujuk pada jiwa yang berjelaga, sentiasa.

Hamba tidak berpunya dan tiada berharta atas pentas dunia, namun hamba masih insan yang sangat kaya. Kaya dengan memohon belas kasihan Nya. Siang berganti malam, dalam tadahan doa, mengharapkan belas kasihan biar berpanjangan. Berkekalan sehingga ke waris hamba selepas hamba berdepan dengan mati.

Dalam sedar yang tidak sedar, hamba amat menyedari... siapalah hamba ini tanpa Cinta Nya. Yang indah, lebih indah dari hati pelangi, lebih cantik dari sedunia tasik. Lebih selesa dari gunung raksa, lebih nyaman dari lautan damai, lebih gah dari terik mentari yang menyinggah.

Telah banyak untuk dijadikan bukti, namun antara nampak dan tidak nampak akan insan terhadap kebenaran itu. Kehadiran hati nurani harus peka dan ada pada setiap insan itu. Jika ada rasa, dalam setiap detik masa, jika ada terkilan dan kempunan antara dua, jelas masih waras berlaga di jiwa. Lantas, Cinta Nya sangat sesuai bertakhta di mahkota nyali. Dijaga dan dibelai dalam suku rahsia. Diturut sejenak bahagia... nescaya masih ada cinta untuk setiap insan itu.

Kala langit membiru di hati, menaup kedua telapak tangan dalam menerima kesyukuran dari Nya. Keindahan ujian silih berganti tetap indah dihati gundah ini. Redha, pasrah tiada... demi DIA, hanya mahu setia. 

Nah, mengapa harus bertanya lagi...? sangat jelas adanya Tunjuk Langit Cinta, adanya Cinta Nya, adanya cinta insaniah. Hamba ikut serta, kala langit cinta dipersembahkan dalam arena selaksa bergaya. Meneratak mentak ber kail buat selamanya, dalam pengertian dan pencarian yang seutuhnya.

Justeru itu, mengapa tidak...

Cinta Nya, adalah segala-galanya.

***
Shahrizad Shafian – Tunjuk Langit Cinta – 2011

(Buat Papa... di mana jua dikau berada, tika dan saat ini. Anakanda sedekahkan Al-Fatihah sebagai ganti diri - sehingga kita bertakdir untuk bertemu kembali, satu hari nanti... insya Allah! )

Alhamdullilah ..

... Alhamdullilah ! Allahuakbar !
dalam linangan yang terharu daku kembali bersujud syukur pada MU !
Subhana Allah !

... tiada lagi yang ku harapkan dalam kepasrahan, ku serahkan. Keabadian cinta yang unggul bakal terserlah kini. Aku redha dalam ketentuan MU.
Telah ku serahkan segala-galanya pada MU.
Demi cinta suci .

Ngajad's Tiga Seringgit ... Mine not Mind.

By : Ngajad

share is not mine to be


share is not mind to free

once a broken heart is mine

forever a broken heart is blind

theres a question lays in all heart of men

seeking hope and asking for a plan

theres a question may havent been mend

looking for hope in justice within...

Wednesday, April 6, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Dia kata !

Oleh : Ngajad

Dia kata ...
Sekuntum mawar merah, sebuah puisi untuk gadis pilihan, di bulan Februari
Ku terima kuntuman itu, dalam senyuman yang berseri

Dia kata ...
Mulanya cinta bersemi dalam kehadiran ribuan mimpi
Ku terima kehadiran dalam jemputan jutaan mimpi

Dia kata ...
Terkenang kembali kisah mawar berduri
Ku tertusuk dihati, mengapa cinta hanya sementara. cinta yang menyala padam secara tiba-tiba.

Ku tanya ...
Apakah salah ku, apakah dosa ku

Dia kata ...
Ia menusuk di hati, haruskah ku ulangi ...?

Tuesday, April 5, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Jingga Langit

Oleh ; Ngajad

Jingga langit membelakangi ku
ku tinggalkan terpaku disitu
dalam lipatan kenangan
meragut belas kasihan
nyali lentera hati
berkias berkasihi
merunggut menjauhi
sebuah kisah
yang sudah terpatri
terbuku sebuah janji
Jingga  langit
hilang
disaat puisi ku
tiba diakhir
barisan ini

(02042011)

Monday, April 4, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ...Wali

Oleh : Ngajad

Datang. Wali. Balik
Wali. Datang, serah... marah !

Ngajad's Tiga Seringgit... Tangisan "sweet child"

Oleh : Ngajad

"Walid tiada lagi murka, pulanglah anakanda..."

"Maafkan hamba ummi, lahirnya hamba ke dunia tiada berwali"

"Anakanda masih berjauh hati ...?"

"Hamba diberi nyawa tidak bermilik hati "

"Kasihanilah Walid, Junjungan ku, Abi ku... wahai anakanda"

"Kasihanilah hamba, wahai ummi. Tidak diminta lahir ke bumi, sehingga bertemu mati tiada cinta yang sudi. Hamba ini sebenarnya milik siapa ? Apabila dihantar untuk berkembali...?"

(rintihan : "sweet child " )

Ngajad's Tiga Seringgit... Ngajad

Oleh : Ngajad

lantai bumi ku retak seribu

hilang sudah tempat untuk mengadu
Ngajad pilu
bertongkat dagu ku...

Friday, April 1, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Langit Menangis

Oleh : Ngajad

tika dan saat ini


guruh berlaga kasih

langit meratap sedih

bumi mengemis

angin barat daya marah pada ku

laut juga sudah bosan pada ku

seperti pantai tiada indah tiada berlagu

guruh berlaga kasih

tika ketandusan alam

begitu amat memahami

Ngajad's Tiga Seringgit... "Ah !"

Oleh ; Ngajad

"Ah !" angkuhnya diri mu
bagai menumpang lalu
merobek hakikat ku
tersungkur keyakinan ku

"Ah !" berlaku riak, akan kedatangan mu
disepak dan diterajang
pada hajat ku
makan hati berulam jantung
kini daku

"Ah !" sombong dalam jelak sikap mu
berapi menjilat kemarahan mu

dalam  bertunduk, tersipu, berselindung disebalik tudung unggu ...
"Ah !" aku peduli apa
dengan Ah! mu itu ...