Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, April 7, 2011

Ngajad's Tiga Seringgit ... Tunjuk Langit Cinta!

Mengapa Tunjuk Langit Cinta ...?



Mengapa Tidak ...?

Antara soalan yang sering kali berselisih dalam perjalanan dalam menuju ke suatu destinasi. Tidak serik untuk berdepan dengan kemusykilan namun ketika menjelaskan kenapa dan mengapa bakal bertempur dengan, kenapa tidak begitu. Terkadang merasakan ada kekurangan di dalam diri kala mempersembahkan pada yang sedang menantikan satu keajaiban pada satu jawapan. Barisan pada pertuturan semacam tidak segak untuk di tatap dalam lepasan malam sepi. Yang menanti terus menanti. Ada yang sempat mengeluh di kehijauan syahdu, sesungguhnya masih ada yang belum puas hati. Amat hamba sedari ...

Mengapa Tunjuk Langit ?

Apa hebatnya langit?

Ada apa rupa pada langit?

Langit tetap langit, jadi ...?

Berlaung sombong pada getaran nada dalam pertanyaan. Berbaur sindiran kerana sesungguhnya yang bertanya masih mahu tahu. Seakan sayu tiada berlagu di hati. Mungkin belum tiba masa, mungkin belum seadanya.

Berteduh dari langit ke tujuh, mendongak ke langit yang satu, dalam pemerhatian se kalam ini, hamba tidak mahu berlaku angkuh. Tanpa hujung ibu jari, tiada bermuncung tajam, dengan lapisan hijab hitam kelabu, hanya hati terlukis suri, sejujurnya ... hamba tunjuk langit dengan Nur Kasih Nya.

Mengapa Langit Cinta?

Siapa sebenarnya insan itu tanpa sedikit cintuh cinta. Hadir cinta dalam berbagai-bagai rupa dan rasa. Kala ia cantik dan ada kalanya ia sangat indah. Dalam keindahan dan kesenangan cinta di anggap mudah. Dalam asa kenangan ia tinggalkan, menjadi kesan, menjadi teladan. Cinta akan tiba apabila sudahnya waktu, dan begitu juga ia akan pergi apabila berada di hujung janji. Hadir cinta memberi erti, perginya cinta... sakit tanggung sendiri. Namun hakikatnya, ada cinta yang datang kala bertamu dan sehingga ke kerak bumi ia tidak akan berganjak lari.

Nyata, itu cinta sejati. Sangat dekat ketika tersungkur di dasar lautan api, sangat berbagi ketika tenat dan lelah dengan takdir diri. cinta sebegitu akan hadir, mungkin tidak sekali, mungkin sudah berkali-kali... siapa di antara kalangan insan yang menyedari cinta serupa itu pernah wujud, wujud dalam diri sendiri. Hamba akui, ada cinta seperti itu, semasa bernafas di nyawa bumi ini.

Mengapa Tunjuk Langit Cinta? Mengapa tidak ?

Lahirnya hamba di dunia berwali dan berada. Sentuhan kasih dan sayang tiada pernah kurang. Dalam dodoi malam, bisikan kalimah cinta dijadikan lapisan mimpi. Bersama dibekalkan doa bersahut harapan agar yang indah itu menjadi milik yang kekal abadi. Namun, yang merancang itu hamba cuma, dan menentukan hanyalah DIA. Kekal satu kisah, menjadi satu tragedi. Kenal satu mimpi, mengganggu batil emosi.

Sebelum tiba ke destinasi yang hakiki, ujian itu berkunjung dan duduk sebangku dengan raga. Jiwa suka bertanya, mengapa? Hati tidak muak menjawab, itulah jadinya kita. Merasai suka dan suka, melalui manis dan pahit seadanya. Tanggung jawab yang sama-sama dipikul seharian dan semalam sehingga nyawa yang dipinjam minta dipulangkan. Jiwa suka meronta-ronta dalam gegabah gerhana, dan hati pula suka memujuk dalam kesabaran yang paling indah. Bersabarlah demi DIA, pujuk kecil hati... kerana kesabaran itu ada banyak hikmahnya. Hati pandai memujuk pada jiwa yang berjelaga, sentiasa.

Hamba tidak berpunya dan tiada berharta atas pentas dunia, namun hamba masih insan yang sangat kaya. Kaya dengan memohon belas kasihan Nya. Siang berganti malam, dalam tadahan doa, mengharapkan belas kasihan biar berpanjangan. Berkekalan sehingga ke waris hamba selepas hamba berdepan dengan mati.

Dalam sedar yang tidak sedar, hamba amat menyedari... siapalah hamba ini tanpa Cinta Nya. Yang indah, lebih indah dari hati pelangi, lebih cantik dari sedunia tasik. Lebih selesa dari gunung raksa, lebih nyaman dari lautan damai, lebih gah dari terik mentari yang menyinggah.

Telah banyak untuk dijadikan bukti, namun antara nampak dan tidak nampak akan insan terhadap kebenaran itu. Kehadiran hati nurani harus peka dan ada pada setiap insan itu. Jika ada rasa, dalam setiap detik masa, jika ada terkilan dan kempunan antara dua, jelas masih waras berlaga di jiwa. Lantas, Cinta Nya sangat sesuai bertakhta di mahkota nyali. Dijaga dan dibelai dalam suku rahsia. Diturut sejenak bahagia... nescaya masih ada cinta untuk setiap insan itu.

Kala langit membiru di hati, menaup kedua telapak tangan dalam menerima kesyukuran dari Nya. Keindahan ujian silih berganti tetap indah dihati gundah ini. Redha, pasrah tiada... demi DIA, hanya mahu setia. 

Nah, mengapa harus bertanya lagi...? sangat jelas adanya Tunjuk Langit Cinta, adanya Cinta Nya, adanya cinta insaniah. Hamba ikut serta, kala langit cinta dipersembahkan dalam arena selaksa bergaya. Meneratak mentak ber kail buat selamanya, dalam pengertian dan pencarian yang seutuhnya.

Justeru itu, mengapa tidak...

Cinta Nya, adalah segala-galanya.

***
Shahrizad Shafian – Tunjuk Langit Cinta – 2011

(Buat Papa... di mana jua dikau berada, tika dan saat ini. Anakanda sedekahkan Al-Fatihah sebagai ganti diri - sehingga kita bertakdir untuk bertemu kembali, satu hari nanti... insya Allah! )

1 comment:

  1. Assalamualaikum Kak Sha :)
    apa khabar.. Salam sayang ..dan salam rindu buatmu..
    Kak Sha.. manja nak share ya.. bila membacanya terubat rindu ..emmmm... terima kasih ya..

    Semoga dirimu sihat , ceria, bahagia dan dirahmati Allah selalu.. Amin..

    Manja@Khaty

    ReplyDelete