Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Wednesday, November 30, 2011

Zikir Munajat

Ngajad's Tiga Seringgit

Ngajad kanlah ...
disebalik gulungan ombak siang
ada natijah menyambut musibah
deruan badai serasi
sedakap sepi
tergapai - gapai bayu senja
dikendong bersama raga semalaman
hampir bertaburan di pelukan pantai hati
ada jeritan laungan batin
ada titisan renyai pelangi
tebarlah warna jiwa- jiwa
retakan takdir, hanyut ... tidak kesampaian didambarkan
nyilu panggilannya
nyaring akan kebisuannya
jangan merengget di sini
ini bukan satu destinasi
ini adalah janji Illahi ... Ngajad kanlah pada esok dalam pulangan .

Cerpen - Yassin Bunga Cinta

Oleh : Ngajad


Kehalusan butiran pasir di pantai se olah kini menggigit hujung ibu jari kaki. Hembusan bayu menumpang lalu, sambil menyentuh bahunya. Lemparan ke lautan luas yang membiru itu sengaja di renung sedalam-dalamnya, mungkin dalam lagi sehingga ke dasarnya. Semakin jauh palingannya sehingga ke hujung air laut yang tertumpah ke hujung dunia. Mana hujung dunia ...

“Noh...?” lembut suara yang datang dari belakang tubuhnya. Dengan desiran senja begini, suara itu masih jelas didengari.

Noh tidak menoleh dengan serta-merta kerana dia belum selesai dengan mengadu nasib ke dada laut. Hembusan nafasnya yang berat di lepaskan dengan perlahan-lahan. Berat yang dilepaskan, berat lagi yang harus di pikul sekarang. Kedua-dua bahunya merasa beban itu dalam sekelip mata, itu sudah menjadi takdir buat dirinya.

“Yuk... Noh?” dia belum putus asa. Janji harus ditepati, mereka tidak boleh lewat. Lengan Noh di cintuh dengan belaian kasihnya disertakan bersama. Noh rasa itu. Dia tahu itu limpahan kasih abangnya.

Noh mencari jawapan di dalam renungan mata abangnya. Tetapi hampa, tiada penjelasan di situ. Bukan di situ takdir Noh sedang menanti.

“Aku tak sedap hati lah... Zal,” tubuh Noh berdepan dengan abangnya namun, jelas di wajahnya dia sudah jauh hilang ke tengah-tengah lautan yang semakin hari semakin mengganas atas kehendak bumi.

Senja semakin suram. Kencang angin masih berlari-lari bermain kejar-kejar dengan waktu. Susuk tubuh Noh dipeluk rapi, dia sudah mengalah dengan kehebatan angin di senja begini.

Zal, tidak mahu mengikut kehendak hati adiknya. Kalau ikut kata hati, nanti mati... itu yang sedang bermain di mindanya. Dan dia tidak mahu nasib adiknya di sia-sia kan dengan begitu mudah sekali. Lirik senyuman Zal semakin menipis setelah itu yang luahkan oleh Noh padanya. Mereka kesuntukan masa dan emosi Noh kini mengambil tempat untuk mendapatkan perhatian. Pada waktu dan tempat yang sama sekali tidak sesuai, itu akan menjadi jawapan Zal pada Noh, jika itu yang ditanyakan.

Sepasang selipar kepunyaan Noh diangkat dan di sangkut di hujung jarinya. Hampir terjatuh kopiahnya ke bumi apabila angin senja mahu bermanja. Di tahan dengan tangannya yang lagi satu, langsung kopiah itu masih terletak di pangkal sujudnya dengan rapi sekali.

“Zal...?” Noh menahan pergerakan Zal seterusnya. Tersentak Zal dengan sergah dari adiknya.

“Yang sudah tu sudah lah Noh. Apa lagi mahu mu?” Zal tidak terlintas itu akan menjadi ayat dan dilepaskan pada Noh. Berubah wajah Noh, tidak sampai hati Zal...

“Maafkan kami. Kami telah mencuba sedaya upaya. Dia telah bertarung nyawa sepanjang pembedahan selama sembilan jam tadi. Dia insan yang cukup kuat akan semangatnya dan sangat kental jiwanya. Saya yakin doa-doa yang telah anda semua pohon, kini sudah kesampaian. Sekali lagi ... takziah dan maafkan saya... encik Noh?” dia lengkap masih dengan pakaian seragam hospital. Serba putih dari hujung leher sehinggalah ke paras lutut. Namun di wajah matangnya sangat jelas dia sudah kepenatan. Mungkin sembilan jam satu jangka masa yang sangat lama. Atau sebaliknya...?

Berdesing cuping telinga Noh dengan berita yang baru diterimanya. Musibah itu kerap berulang tanpa henti di dalam ingatannya. Suka atau pun tidak itu saja yang tertinggal untuk dijadikan saksi, tika aral datang melintang. Berita yang telah mengubah hala tuju hidupnya. Mengubah segala rancangan dalam perjalanan bahteranya. Dia kini nakhoda tanpa kapalnya. Berkecai hati Noh dengan tragedi itu. Hancur cintanya.

Kepayahan itu kini membasahi pipi kasarnya. Untuk kali ini dan sebelumnya dia biarkan saja. Mana mungkin dengan deraian itu, bisa mengubah segala-galanya, Noh tahu itu.

Aku hanya manusia biasa. Mana harta ku? Mana rupa ku? Mana ada aku? Yang dulu ada dan kini sudah tidak berpunya. Aku tidak ada cinta. Aku sudah tiada apa-apa lagi. Aku hanya ada aku... gegabah dalam diri, Noh meratap pada satu kehilangan.

Jatuh menyembah ke permukaan dunia, melutut, mencecah pasir pantai tidak menentu hala. Dalam telekap tangan dia melepaskan... nasib diri. Noh jatuh berserah pada DIA. Esakan merintih mencari erti. Noh menangis dalam dakapan sendiri. Jeritan batinnya melantang meraung mahukan jawapan. Hampir kaku satu dunia!

Zal menjadi saksi pada hamba Nya yang sedang di uji. Betapa hebat Kasih Nya Tuhan pada hamba-hamba Nya. Zal tidak sekuat Noh pada tika dan saat ini malah untuk berdepan dengan natijah ini, Zal sanggup menggantikan dirinya untuk dijadikan bukti betapa, sebuah cinta itu amat memerlukan satu pengorbanan. Biar untuk sekali ini , Zal tebarkan kasihnya buat yang tersayang. Rapuh hati Zal tidak serapuh hati Noh. Insan mana yang rela melihat kekasih hati menangis di kaki senja.

Zal turut melutut menghambakan diri di pergigian pantai. Masin air laut kini semakin menebal di bibir. Bermanja dengan angin senja tidak sedikit membantu. Zal harus lakukan itu.

“Noh...” Zal mendapatkan satu-satunya adik kesayangannya. Dengan sekali pelawa, Noh jatuh dalam dakapan abangnya. Luluh bersalut hiba Zal dengan kehadiran itu. Menggigil pada tubuh Noh kini bertukar tempat ke tubuh Zal. Zal rasa itu. Bukan orang lain, adik aku ni! Ubun Noh diusap dengan perlahan bagai di dodoi bayi dalam pelukan. Dalam redup senja mereka meratap pada yang sudah tiada.

“Bila tiba masa air laut datang ia akan datang tepat pada waktu. Bila tiba masa air laut pulang ia akan pulang. Tidak seminit lewat. Angin senja juga akan tiba menemani pantai yang selalu ditinggal-tinggalkan oleh air laut. Kerana angin juga mengerti bisikan sekeping hati. Dan ada kalanya ombak datang menjenguk kerana mahu bertanyakan akan khabar pantai. Lantas dari itu, pantai tidak pernah rasa sunyi kerana selalu ditemani. Sama ada dengan air laut, atau angin mahupun dengan ombak.” Zal bercerita tika Noh masih lagi dalam pelukannya. Tidak mahu rasanya Zal melepaskan dia pergi... tidak lagi. Tangisan Noh beransur reda tetapi sedikit cuma.

Zal melepaskan berat nafasnya dengan perlahan-lahan. Sambil berselawat ke atas nabi. Itu sudah menjadi satu rutin yang akan dilakukan tanpa di sedari.

“Insan juga seperti pantai. Datang air laut seperti rezeki, melimpah-limpah. Ada kalanya kita dikurniakan rezeki dan ada kalanya belum waktunya. Dan angin senja tidak ubah seperti kesukaan yang hadir sekali lalu seperti menyinggahi dan pergi dalam sekelip mata. Ombak itu dugaan, datang tika air luat berjauhan dengan kita. Dugaan tiba kala rezeki belum ada. Mahu berduka sampai bila Noh? Tidak akan datang rezeki, tidak akan bertukar ganti dugaan sekiranya Noh terus menangis begini. Merintih pada takdir Nya? Ini pilihan DIA. Ada apa pada kita yang membolehkan kita untuk berkata sebaliknya...” Zal maklum dengan derita yang diberi pada Noh namun hakikatnya ini ujian juga. Meratap dalam penuh kesalan sudah tiada gunanya lagi.

Yang tadi menangis kini sudah reda. Kemerahan raut wajahnya, tiada riak sebaliknya.

“Aku rindu... Zal.”

“Aku tahu”

“Di mana kan ku ganti serupa dia?”

“Usah di cari, Noh. Tidak mungkin akan berganti. Mana mungkin ada dua yang serupa.”

Noh melepaskan diri dari pelukan abangnya. Bukan kerana rimas tetapi kini ia lebih jelas dan dia lebih mengerti jika di bandingkan dari dua malam yang sudah. Dengan menggunakan hujung lengan jubahnya saja, lembap di pipi kini kering sudah. Ikatan serbanya sudah lama di ikatkan di pinggannya sejak dia berdiri di gigi pantai. Walaupun kedua-dua matanya masih lagi kemerahan namun, ketara dia sudah tidak menangis lagi. Ada perubahan di wajahnya. Dia berkeyakinan.

“Apa lagi mahu mu, Noh?” Zal ingin tahu kerana kini Noh sudah tidak menangis lagi.

“Yang terlupa... aku.” Noh mengaku.

Sesungguhnya Noh tidak lupa tetapi kerana tidak bersiap sedia dengan kedatangan malapetaka, dia hampir-hampir lupa. Kuasa Allah itu hak Nya. Setiap insan yang beriman berusaha untuk reda dengan Ketentuan dari Nya. Dalam kepayahan mana sekali pun, jika di uji itu satu bekalan rahmat buat mereka. Noh bersyukur dengan dugaan ini, kerana Allah masih mengasihi.

Senja kini melewati. Tinggalkan kenangan di pantai cinta sepi. Malam bertandang bersama mimpi untuk mengubat pilu sebuah hati. Jauh perginya air laut, jauh lagi kenangan itu. Dalam ke dasar perut bumi, dalam lagi luka di hati.

“Yuk...?” untuk kali ke berapa Zal menjemput adiknya dia sudah hilang kiraan. Namun jemputannya tidak pernah tawar. Semanis hatinya mahu melihat yang terbaik untuk Noh, secantik itu juga doa yang dipanjangkan untuk yang tersayang... selalu. Zal bersyukur atas musibah yang melanda mereka berdua. Mereka semakin erat dalam silaturahim adalah hikmah di sebaliknya. Mahu Zal tunaikan sujud syukur sebaik saja mereka tiba di perkarangan kubur nanti.

“Noh, aku tidak sempat untuk sediakan cebisan bunga buat menutupi pusara...” Zal rasa kesal.

“Tak perlu Zal. Cukup dengan surah Yassin... kan ku jadikan bunga buat menghiasi pusaranya untuk ku jadikan bukti cinta ku pada dia.” Noh yakin itu yang tepat sekali. Pusara kekasihnya akan sentiasa kelihatan berseri-seri sehingga tiba waktunya untuk semua bangkit kembali. Harum kasih mereka akan berkekalan kerana mereka telah meletakkan cinta pada Nya di tahap yang paling utama.

“Yassin bunga cinta... baiklah Noh.” Zal menyimpan senyuman Zahidnya.

Melayang-layang kain jubah mereka bermain sembunyi-sembunyi dengan angin senja. Senja akan berlalu berganti malam. Malam akan kesunyian sekiranya bintang tidak kelihatan. Noh mahu pulang dan mahu menjadi seakan bintang dan terus bersinar akan kepercayaannya pada yang benar itu.



***