Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Monday, January 16, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Bila Allah SWT menduga kita ...

Oleh : Ngajad

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakkan mereka itu tidak mengetahui"
(Az-Zumar : 49)
***

Terdapat satu kisah pendek yang boleh menjelaskan ayat di atas. Seorang pekerja bangunan sedang sibuk dengan kerjanya. Dia melakukan tugasnya di bahagian bawah bangunan, sementara rakan sekerjanya berkerja beberapa meter diatasnya. Kemudian pekerja yang di atas ingin meminta sesuatu pada pekerja yang berada di bawah. Dia memanggil, tapi tidak didengari kerana bunyi dari mesin-mesin terlalu bising. Maka dia mengeluarkan sekeping duit syiling dan melemparkannya ke bawah. Pekerja di bawah tidak mendongak ke atas. Ketika dia melihat ada syiling di atas tanah, dia mengambilnya begitu saja dan memasukkannya ke dalam sakunya. Pekerja yang di atas merasa kesal. Dia sekali lagi mengeluarkan sekeping syiling, kali ini yang lebih besar dan melemparkannya ke bawah. Pekerja di bawah sekali lagi tidak mendongak keatas. Dia melihat syiling yang ada berdekatan dengannya lalu mengambilnya. Pekerja yang di atas kemudian mengambil seketul batu lalu melemparkannya ke bawah. Batu itu mengena topi keselamatan pekerja yang di bawah. Setelah kejadian itu barulah pekerja di bawah mendongak ke atas. Kisah di atas hanya sebagai contoh untuk kita. Kisah ini sekadar menunjukkan betapa manusia sering terlupa dan tidak ambil peduli ketika berurusan dengan kesenangan tapi segera mendongak ke atas ketika mendapat musibah atau sesuatu yang tidak menyenangkan. Untuk itu kita perlu ingat bahawa kedua hal di atas, kesusahan dan kesenangan merupakan ujian dan persoalan hidup yang selalu kita hadapi dan rasakan dalam hidup ini.
***
petikan dari buku : Bila Allah Menduga Kita
penulis : Syed Alwi Alatas

No comments:

Post a Comment