Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Friday, February 10, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Ada hikmah disebaliknya ...

Oleh : Ngajad

Sudah jatuh ditimpa tangga ...

Kata-kata pujangga yang dengan sendirinya memberi makna begitu mendalam sekali. Terutama sekali buat yang pernah melaluinya. Sebak lagi luluh jeritan batin itu di saat yang sakit itu  kian sebati di dalam naluri. Tiada guna akan titisan air mata itu, manakan mungkin mampu untuk menjadi penawar pada luka yang terlalu mendalam.Hirisan demi hirisan yang mengikis dinding hati, di robek-robek keluhan jantung nadi. Terang siang mungkin kerana mentari, terang malam mana mungkin kerana mentari tadi. Lalu apakah bulan hanya sekadar mampu hadir di saat malam memanggil ?

Mereka yang bijak-bijak suka berpesan, bagaimana lagi mampu untuk kita menafikannya, sesungguhnya segala sesuatu itu telah pun di rancangkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Sebaik mungkin terimalah seadanya dalam keadaan yang penuh keredahaan. Bagai mudah melepaskan barisan kata-kata itu di penghujung lidah namun begitulah akan hakikatnya pada putaran kehidupan ini. Itu baru cuma jatuh di timpa tangga, ada yang mengalami lebih dahysat dari itu, setelah jatuh, setelah di timpa tangga, malah di tambah pula dengan tergelincir lalu tersungkur dan terhantuk di hujung kaki tangga. Pada kesakitan yang berpanjangan bagai tiada peghabisannya.

Kesedihan itu merupakan satu anugerah yang Allah SWT berikan secara percuma. Buat kita merasakan kesusahan dan kesenangan tika berada di atas pentas dunia. Tidak mengapa seandainya kita di rangkumi rasa kesedihan tetapi pastikan tidak berlanjutan. Cukup sekadar melepaskan batuk di tangga akan rasa kesediahn itu. Perkara yang tidak mungkin membantu membangkitkan semangat seharusnya tidak di perbesar-besarkan. Kerana bimbang akan memudaratkan kudrat. Lantas, ambil masa itu dan di lepaskan rasa sedih itu di laut timur selatan. Dan kemudian kembalilah ke asal usul kerana disitu ada yang jauh lebih baik sedang menunggu mu ...

Biar lah kita di susah-susahkan di dunia, janganlah kita di susah-susahkan di akhirat kelak. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri di sebaliknya. Bersangka baik pada Tuhan mu, sebagaimana DIA selalu bersangka baik terhadap kamu. Biarpun tangga itu dijadikan alasan untuk kejatuhan itu namun jauh di lubuk hati ku, mana mungkin akan jatuh keimanan dan kepercayaan kepada DIA (Allah SWT) itu. Ar-Rahman , Ar-Rahim, Ar-Rafi, Al-Wahid,  hanya satu di hati ku.

Thank you Allah !

No comments:

Post a Comment