Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Tuesday, February 14, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Bila Allah SWT Menduga Kita

Oleh : Ngajad

Inikah takdir ku atau ini sudah menjadi suratan ?

Tidakkah anda perhatikan bahawa ada sebahagian orang yang menyalahkan takdir atau konsep keimanan terhadap takdir sebagai salah satu sebab utama kemunduran umat ? Mereka mengatakan bahawa umat sudah tidak mahu berubah dan tidak memiliki kemahuan untuk berusaha kerana keimanan mereka terhadap takdir. Umat jatuh dalam kemiskinan kerana mereka beranggapan bahawa Allah SWT sudah menetapkan mereka menjadi orang miskin. Padahal mereka belum bersungguh-sungguh berusaha dan berjuang untuk memperbaiki keadaan mereka. Jadi mereka beranggapan bahawa semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT dan mereka merasa tidak perlu untuk berusaha lebih jauh.




"Buat apa bekerja keras dan berusaha kalau saya sudah ditakdirkan seperti ini, rasanya nasib saya tidak akan berubah."



Begitulah perkiraan yang mereka katakan, sedangkan keadaan seperti ini memang betul-betul terjadi, malah bukan sedikit kaum Muslimin yang berdalih dengan takdir untuk menutupi kemalasan ddan ketidakupayaan mereka. Lalu di mana letaknya kesalahan dan bagaimankah jalan keluar? Adakah kita akan menyalahkan takdir agar dapat keluar dari persoalan ini ? Rupanya memang ada pendapat seperti ini.

***

Petikan dari : Bila Allah Menduga Kita
Penulis : Syed Alwi Alatas

***

Adakah ini takdir
hidup ku dalam kemiskinan di atas dunia
sampai kapan pun
mana bisa merasa kemewahan
kebarangkalian sehingga ke hujung nyawa juga
tak bisa merasa nikmat dunia

Puisi diatas membahaskan tentang takdir. Betapa ruginya akan dirinya yang tidak akan merasa nikmat dunia. Kerana selama diletakkan di muka dunia ini, kehidupannya selalu di rundung malang yang tiada hentinya. Selepas satu, satu. Yang menimpa akan dirinya. Lalu itu dijadikan nasib diri yang telah di takdirkan. Bukan kah satu takdir itu merupakan satu ujian buat manusia. Ujian yang bakal memberi samada satu kejayaan ataupun sebaliknya. Mengapa apabila di landa musibah dengan serta merta menganggap buruk keatas diri sendiri. Jika dengan menerima musibah itu kita memahami bahawasanya masih banyak yang harus dipelajari dan juga terlalu banyak dosa-dosa yang masih memerlukan pengampunan pada yang berkuasa.

Ada pendapat lain mengatakan bahawa dengan diberi akan musibah itu, manusia itu selalu di ingat oleh Allah SWT. Dengan ada banyaknya ujian itu maka sekerap itulah Allah SWT mengingati akan manusia itu. Bukan kah itu satu petanda yang baik ? Baik untuk hari akhirat kelak. Ketika di atas dunia Allah SWT beri macam-macam ujian (pada masa yang sama ujian tersebut adalah yang mampu di tanggung oleh insan tersebut {tailor made}) dalam erti kata yang lain kita susah di dunia,semoga Allah SWT tidak susahkan kita di akhirat kelak.

Sesungguhnya manusia itu selalu bersangka baik dengan setiap dugaan yang Allah SWT turunkan. Kerana antara cara NYA yang mahu menaik tarafkan kedudukan manusia tersebut. Dalam memberi musibah manusia tersebut di naikkan tanpa di sedari. Bukan kah Allah SWT itu Maha Mengetahui akan setiap satu urusan kita samada di dalam jiwa mahupun di dalam minda.

Jadi, apakah ertinya apabila di lemparkan kenyataan "Ini takdir ku". Dengan berkata begitu apakah mempunyai niat baik ataupun sebaliknya? Jika mahu dijadikan sesuatu perkara yang baik, seharusnya di katakan "Alhamdullilah ini sudah menjadi akan takdir ku. Akan ku laluinya dengan sebaik mungkin dalam memohon yang terbaik Allah SWT berikan. Aku reda dengan Ketentuan NYA".

Bersyukur dengan menerima musibah dan tidak mengeluh apabila menerimanya, kita adalah pilihan NYA. Wallahualam.
***

No comments:

Post a Comment