Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, February 9, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Patah tumbuh, hilang berganti ...

Oleh : Ngajad

Patah tumbuh
Hilang berganti ...

Kata-kata puitis yang kerap berjaya memujuk hati yang rapuh sebelum ia retak seribu lalu berderai menutupi permukaan bumi. Harapan tinggal harapan. Apakah doa tidak mencukupi ?

Mereka tiada daya untuk bertanya kerana secara lisan bait kata-kata itu kini hilang, secara tiba-tiba. Hilang segala semangat yang semalam ada tetapi kini sudah hilang entah kemana. Mereka yang lebih dulu memijak kan kaki di pentas dunia ini berani untuk melafazkan itu. Yang patah akan kembali tumbuh dan yang hilang bakal berganti. Apakah mereka merujuk kembali kepada periuk belangga ataupun pinggan mangkuk kaca? Atau wang saku yang dibawa bekal bersama sejak siang tadi ? Dalam bertanya, kita bertanya ...

Apabila di selidik dan di tapis satu per satu, barulah yang kasar itu kian menghalusi jarak dan waktu. Sirnar itu kian menghampiri. Dihidupkan di dunia akan didatangi berbagai pancaroba, onak dan dugaannya. Yang kerdil ini harus melaluinya dalam cara apa seaklipun mahupun hanya itu saja ikhtiar yang kita ada. Selalu ada jalan mudah dan juga jalan yang sukar. Dalam sebaik keputusan yang di utuskan akan membawa segala kemahuan mahu atau pun tidak menyeberangi yang payah itu.

Biar patah berkali-kali sekeping hati itu, namun secara jujur sesungguhnya hati itu diperbuat daripada kaca. Lalu berderailah ia pada sekeping hati yang di landa kecewa. Kekecewaan yang hadir tanpa di undangi.Sebaik saja berpatah hati, dalam masa yang berlalu, tidak esok maka jadilah lusa, hati kembali tumbuh disini.Perit hati itu apabila di lukai. Luka yang mengalir bagai bah yang melanda pada hujan yang tiada henti-henti. Maka begitulah gambaran sekeping hati insaniah yang seringkali di uji. Sesungguhnya ujian itu hadir dalam ketentuan NYA. Tiada ujian yang hadir tanya keizinan dari DIA. Bukan kah sepatutnya kita merasa 'bertuah' kerana dipilih dalam menerima akan ujian sebegini rupa? Ujian yang menguji ketabahan sekeping hati. Tidak semua yang  masih hidup setabah dan sekuat itu untuk menerima ujian sebegini rupa. Lalu, selalu lafazan begini akan di dengari ... Tuhan sengaja menguji kita !
Alhamdullilah ... DIA ingat pada kita.

Biar hilang seribu kali namun yang hilang itu sudah pasti bukan untuk di miliki. Untuk dimiliki akan di beri terus untuk di simpan dengan sebaik mungkin. Jika di simpan di laci, mungkin akan hilang. Jika di simpan di bawah bantal tidur, mungkin akan hilang. Jika di simpan di dalam 'gobok', juga kemungkinan besar akan hilang juga. Lantas, di mana tempat yang paling selamat untuk di simpan agar ia tidak hilang walaupun sekali. Jika di simpan di dalam hati, apakah ia akan hilang ? Perakara ini akan berlaku, andai hati itu menjadi status mudah-alih. Tetapi tidak begitu pada sekeping hati, hati itu akan tetap kekal di dalam jiwa dan melekat di antara dinding jantung. Insya Allah. Kerana, sesungguhnya hati itu juga milik Allah SWT. "HEs watching you all the time."  Ini kerana DIA tidak tidur dan tidak makan. Kerana itu DIA berkemampuan. DIA yang MAHA.

Biar lah ia patah
Biar lah ia hilang
sesungguhnya yang tidak pernah patah dan tidak pernah hilang adalah CINTA kepada DIA. Jadikanlah semakin hari semakin mendalam akan pengertian cinta itu. Biarpun seribu kali, taufan melanda dan berkemungkinan mampu untuk mematah-matahkan segala urat dan sendi namun perasaan kasih dan sayang terhadap Allah SWT akan terus hidup dan bersemangat selagi hayat di kandung badan. Biarpun nanti, tiada mampu lisan itu berkata-kata, namun hati itu masih mampu untuk memuja Asma Al-Husna. Jadikanlah titisan air mata jernih itu sebagai saksi pada kesetiaan seorang hamba pada penciptanya. Betapa kebesaran Tuhan itu adalah kebesaran NYA dan cinta NYA adalah segala-galanya.

Sesungguhnya kita tidak mampu untuk hidup tanpa belas kasihan dari DIA. Malah, kita juga tidak merasai kejayaan itu tanpa belas kasih NYA. Tuhan sengaja menguji kita kerana DIA mahu kita merasa susah di dunia, kerana DIA sudah ada rancangan NYA tersendiri. Yakinlah dan percayalah pada Tuhan mu. Jika tidak kepada Allah SWT untuk kita hidup dan mati, maka untuk siapa lagi ini semua ?? Wallahualam ...

No comments:

Post a Comment