Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Friday, February 24, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Tiada Madah, tiada pujangga

Oleh : Ngajad

Mati semut kerana gula
Mati Tuan tinggalkan nama

Sayu ... bisikkan malaikat senja di hujung kaki pelangi. Warna embun pagi tidak berseri lagi. Titisan saki baki hujan semalam, kian menghilang akan kelembapannya dalam kesamaran masa yang pudar dalam genggaman.

Luluh ... itu yang menggamati ruang liang-liang harapan di jiwa raga. Di bakar tidak rentung, di tenggelam dasar laut, tidak lemas.

Rapuh ... pada langkah-langkah esok. Siang yang panjang, berdiri tanpa bebayang. Malam yang sepi, tidur tanpa helaan nafas bintang-bintang.

Sunyi ... Di saat-saat masa itu berangkat pergi. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa waktu, bagai duduk di bangku kayu.

Malaikat senja tiada daya lagi. Pada esok yang masih belum menepati. Kekosongan janji kian meraih isian hati. Seloka bertukar ganti pada hajat kedamaian saji. Keriuhan berlaga rasa di saat di minta satu.
Tiada madah, tiada pujangga. Sesungguhnya inilah kebenaran. Pada realiti yang sejati. Tidak memerlukan bukti. Berjalan pada sedetik lama. Berdiri pada sedetik lebih. Kejauhan menjadi belati antara garisan rindu. Merobek-robek kesetiaan nan manja. Pecah kaca hati, berderai sekali lagi. Kutiplah, satu demi satu. Lalu di satukan kembali pada kemahuan yang amat mungkin lagi terbaik. Biar ada cacat akan celanya namun yang pernah pecah itu adalah hati yang sejati, suatu masa dulu. Damailah hati, pada esok dalam ketentuan NYA.

Biarlah pergi  mu, berkembali.
Biarlah hilang mu, seketika ini
Biarlah senda mu, mengisi sekeping hati
Biarlah rindu mu, menjadi idaman dikala sepi
Biarlah kenangan mu, milik ku nan abadi

Mama mau pergi lagi ... aku reda !

No comments:

Post a Comment