Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Friday, April 20, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Doa buat Aliz

Oleh : Ngajad

Saat yang dinanti-nantikan kini bakal menjelma diri
dalam sekelip mata bakal di dakap indahnya jiwa
teruja kesuma dendangan manja
pilihan hati, sentuhan cinta

Duhai Aliz
tabahlah
hari ini akan berubah tiada sama esok jadinya
biar mungkin berjauhan kita
namun tadahan doa, ter AMIN sentiasa

Duhai Aliz
usah jemu melafazkan zikir mu
takala mata mu semua menjadi layu
kuatkan semangat
lancarkan naluri mu
kami disini turut terasa getaran debaran jantung kedua mu

Yakinlah duhai Aliz
sebutlah Ya Rabbi, Ya Rabbi
pada setiap detik-detik yang diberi
agar dengupan dia juga turut mengikuti
Ya Rabbi, Ya Rabbi ... tika disambut senja nanti

Wahai Labbaika,
untuk Muslimah secantik ini
KAU mudahkanlah yang sukar
KAU cukupkanlah yang kurang
KAU kayakanlah yang miskin
KAU berikanlah nikmat pada pengorbananya selama ini
agar dia yakin
CINTA MU itu benar.
***
P/S : Wish we could be there with you ... We love you Mummy !
We love you Auntie Aliz !
(photo by Asha) 

Ngajad's Tiga Seringgit - Berkatilah ...

Oleh : Ngajad

Alhamdullilah
berkat pagi Jumaat, KAU berkatilah
kenikmatan pagi Jumaat, KAU berikanlah
keindahan sebelum Subuh, KAU jadikanlah
harapan dan doa, KAU sampaikanlah

Alhamdullilah
berkat pagi Jumaat,, KAU telah mudahkan
kenikmatan pagi Jumaat, KAU letakkan
keindahan sebelum Subuh, KAU satukan
harapan dan doa, KAU pinjamkan

Alhamdullilah
Alhamdullilah
Alhamdullilah
hati ku, bukan milik ku lagi
***

Wednesday, April 18, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Sampai kapan lagi ?

Oleh : Ngajad

Bisa aku menunggu
dibawah bayangan langit biru
melentuk seluruh dagu ku
menampung raga terharu
Bisa aku menunggu
disebalik cendana baldu
sehingga sakit ke pangkal duduk ku
disaat masa sudi singgah dan lalu
Bisa aku menunggu
pada kekacauan diranggit sayu
kala lelahnya selelah aku
namun
sampai kapan lagi
aku harus terus menunggu ?
***

(Di Universal Studio,Singapura)
Foto oleh Asha

Wednesday, April 11, 2012

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !

Pertabalan Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Seluruh rakyat jelata bangkit pagi-pagi kerana mempunyai niat tinggi. Mahu menjadi saksi pada sejarah hari ini. Serba kekuning-kuningan menyelebungi hamparan. Berseri-seri wajah-wajah yang hadir dalam berpasangan.Penuh adat istiadat dimampat. Dipanjangkan rasa hormat yang bertempat. Berlagu dalam irama menyambut yang terhormat.

Tuanku hadir bersama permaisuri. Tuanku hadir bersama keindahan hati.

Wahai Tuanku, Pemimpin kami
pertabalan mu, moga di rahmati
yang terbaik Allah SWT selalu beri
buat Tuanku dan permaisuri

Wahai Tuanku, Ketua agama kami
bimbingan mu, selalu kami hargai
tunjuk kanlah, didik lah kami ini
pada kekurangan yang serba serbi

Wahai Tuanku, Perlaksanaan undang-undang kami
adili lah yang adil seadil-adilnya
keadilan mu, kami yakini
sesungguhnya Tuanku, insan yang bijaksana
pilihan terbaik dari Allah SWT seadanya

Daulat Tuanku !
Mohon puisi patik harapkan diampun.

Monday, April 9, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Bisakah dikau ?

Oleh :  Ngajad

Apabila dipajaknya nilai cinta
apakah tergadai maruahnya?
setinggi mana tangganya tahta
apabila diabdikan
sedarjah senyawa

Bisakah dikau untuk menyampaikannya?
mampukanh dikau membuka sayap mu
lalu menebas seluruh peraduan
terbang di langit hati
membawa bersama kesan luka dan duka
pada calar-calar yang disakiti

Jadilah merpati
yang bisa terbang di langit tinggi
yang bisa menari sehingga ke hujung pelangi sepi
yang bisa mencecah ke penutup bumi

Jadilah merpati
yang mampu memahami
pada bicara bulan dalam dakapan bintang
pada laungan malam disisinya siang
pada petiran malang sejauh gelombang

Terbang tinggi
terbanglah
malam ini
mimpikanlah
agar esok
bisa terbang lagi
terbang ke langit hati ...
***

(Foto oleh Asha)

Thursday, April 5, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - D.E.H !

Oleh : Ngajad

Pejam celik, pejam celik
semalam malam kini pagi
semalam dalam pelukan kini sudah pandai berdiri sendiri
Pejam celik, pejam celik
semalam di dodoi di buai siang
tetapi kini minta di dodoi jangan
Pejam celik, pejam celik
lisan petah, sepatah apakah entah
berpesan, meyampuk dia  bijak dah
Pejam celik, pejam celik
hati terpaut manja bagai nak rak
jiwa tersangkut, dia kini menjawab "jab"
Pejam celik, pejam celik
senyuman menawan pandai merajuk
ligat berlari, tersasar mau duduk
Pejam celik, pejam celik
idaman belahan jiwa dan raga
semoga Illahi menganugerahkan bahagia dalam kurnia
***
(Tuan Imam Muda Dazzle Emil Haziq Tazwid)