Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Tuesday, May 15, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Senyumlah Dengan Ujian Yang Ini

Oleh : Ngajad

Tiada hari-hari yang dilalui tanpa di uji
tika di saat ini
ujian itu kembali
malah sudah bertahan selama 30 hari nan lalu
namun ia tetap menghentak - hentak dinding akal dan fikiran
semakin kuat naluri menyebut nama Allah
semakin kuat bunyi yang melantung ... tiada henti

Selama 6 minggu lingkungan masa
di uji sewaktu dengan nya
dan kini yang dulu pernah kesini kini sudah kembali

Sedari siang yang menjerit sehinggalah pada senja yang manja
diganggu tanpa belas kasihan
apakah ini semua untuk kami ?
bagaimana lagi harus bertahan untuk 30 hari lagi ?

Pada solat-solat siang ku, kini diringi dengan 'dentam'!dan 'dentum' !
pada doa-doa panjang ku, kini dihabis pada penghujung 'tok', 'tok' ! dan 'tok' lagi !

Aduhai jiran, aduhai insan hidup setaman
tidak kah dikau kasihan akan takdir yang melanda pada siang ku
ilham ku kini pergi dan dalam berjanji sudah tidak sudi untuk kembali
puisi - puisi ku sudah serik kini
duduk sebangku bagai duduk dinyata duri

Aduhai jiran, aduhai insan hidup setaman
kasihanilah jiran kamu yang ini
seharian kehidupannya tidak kemana-mana
disini lah ruang kerjanya
disini lah nafkah pencariannya
disini lah ilham kasihnya
ini lah teratak, inilah lambang syurga dunia
segeralah selesaikanlah yang belum siap
hilangkanlah segala bunyi-bunyian
hilangkanlah segala hentakan

Tidak sekali suara marah dipagar memisah dilepasi
itu tidak bererti nasib kami dan pengorbanan kami tidak dihargai

Dengan senyuman ujian ini di lalui
sesungguhnya ... banyak sudah pahala yang KAMI miliki atas susah payah hidup berjiran
yang terbaik akan dijadikan ...
kerana kesukaran itu tidak akan berpanjangan. ( Insya Allah )

Ngajad's Tiga Seringgit - Kekasih Ku Di Langit Cinta

Oleh ; Ngajad

Telah ku sediakan seraga kasih untuk dikau bekalkan pada hari-hari tanpa ku nanti
agar kasih itu dikau terima lalu sematkan di sanubari
menjadikan penawar dikala sepi

Telah ku sediakan segenggam cinta untuk dikau bawa bersama pada hari-hari tanpa ku nanti
agar cinta itu dikau pupuk dan ia kian mekar di lubuk hati
mengisi ruang yang sunyi

Telah ku sediakan sepeluk rindu untuk dikau dakap bersama pada hari-hari tanpa ku nanti
agar rindu itu mampu mendakap dan memujuk rindu mu berkali-kali
menghiasi kerinduan didalam mimpi

Telah ku sediakan barisan-barisan doa untuk dikau tadah bersama pada hari-hari tanpa ku nanti
agar doa itu tertunai lalu menjadi realiti
mengaminkan setiap lafazan doa sepanjang kehidupan  mu disini

Telah ku terdaya
Telah ku mampu
dalam menyediakan kebahagiaan buat mu di dunia NYA dan diakhirat juga

Terima lah Kasih ku
Genggamlah Cinta ku
Dakaplah Rindu ku
Sesungguhnya doa-doa yang terindah hanyalah untuk mu
Kerana kau ... Kekasih Ku Di Langit Cinta, selalu !


(Dearest Asha, from the bottom of my heart ... I thanked YOU ! I will always love you ...
@PBAKL 2012)

Monday, May 14, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Bersandiwara di Pentas Dunia

Oleh : Ngajad

Terbahak-habak ketawa, mungkin ketawa pada kekurangan diri
tetapi segan untuk membuat pengakuan
lalu dengan rela, diri dijadikan bahan lawak jenaka, sebagai hiburan

Tercerita kisah-kisah sensasi
diluar dan dalam diri
kerana terlanjur lidah tidak mampu mengundur lagi
lalu dengan rela mengaku, keaiban itu adalah sejati

Tertelunjuk kesalahan dan dosa sendiri
kisah semalam yang mencuri
kisah semalam yang menipu lagi
kisah semalam yang 'makan' berkali-kali

Setiap pengakuan dijadikan bahan perbualan
mungkin iktibar, mungkin satu pengajaran
mungkin sudah sedar, mungkin tidak pernah belajar
kesalahan dilakukan dalam mengaku " aku hanya manusia"
lantas diberi alasan esok masih boleh di cari jawapannya

Sesungguhnya DIA Maha Pengampun
tetapi tidak bererti ... mengambil kesempatan atas peluang yang diberi.

Bertaubatlah ! Jangan diulangi akan kesilapan itu. Lakukanlah sesuatu yang baik dan yang dibenarkan dalam hukum NYA.

Sesungguhnya mati itu BENAR !  Menerima balasan di akhirat jua BENAR !
Masa semakin suntuk. Adakah anda sudah bersedia ??



Friday, May 11, 2012

Mengingat Mati dan Mempersiapkan Diri Dalam Menghadapi Kematian

Anas r.a menuturkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Perbanyaklah mengingat kematian kerana hal itu dapat membersihkan dosa dan menjadikan zuhud di dunia. Jika kalian mengingatnya ketika kaya, ia akan menjdikan harta itu (di jalan Allah); jika mengingatinya ketika dalam keadaan miskin, ia akan menjadikan kalian redha dengan kehidupan."

'Ata' al-Khurasani menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah berjalan melintasi suatu majlis yang diwarnai dengan gelak tawa yang cukup kuat. Beliau lalu bersabda, "Siramilaj majlis kalian itu dengan perosak kenikmatan!"

"Apa perosak kenikmatan itu ?" tanya mereka.

Beliau menjawab, "Kematian."

Sufyan mengisahkan, "Seorang tua pernah memberitahu kami, bahawa Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada seseorang seraya berkata, "Perbanyakkanlah mengingati kematian, nescaya hal itu akan menghibur mu dari (kedukaan) selain itu."

Zaid as-Silmi menceritakan bahawa Rasulullah SAW, jika menenangkan para sahabatnya yang leka, dengan suara ttinggi baginda berkata, "Telahh datang kepada kalian kematian sebagai sesuatu yang pasti, sama ada itu merupakan kesengsaraan ataupun kehabagiaan."

***
(Hadis riwayat Ibn ad-Dunya dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)
Petikan dari ZIARAH KE ALAM BARZAKH
Oleh : al-Imam Jalaluddin as-Suyuti

Thursday, May 10, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Jangan Kau Paksa Aku !

Oleh : Ngajad

Pada budak yang baru belajar - akan erti kehidupan. Apakah ada sehela nafas mu untuk cuba memahami akan kebenaran ini?

Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus. Umpama itu akan keputusan ku. Jangan dipaksa aku untuk mengubah sesuatu itu. Apa yang telah ku katakan, maka dengan itu, sudah menjadi muktamad akan maksud ku. Biar beribu tahun datang dan pergi namun, aku tetap aku. Mana mungkin akan berubah walau sebesar zarah sekali pun. Bukankah ini semua, engkau yang empunya dajal ?

Kau yang cakap sejengkal dibawa sehasta, pada suatu masa itu. Dan lihatlah kini, antara kita sudah menjadi berkerat rotan berpatah arang. Sehingga kini aku aku tidak ubah seperti burung hantu kesiangan.

Hentikan semua ini ! Cukup sampai disini !

Aku mampu untuk terus hidup tanpa bayang-bayang mu. Apa hubungan yang mampu untuk menegakkan benang yang basah. Bukan kah sudah di katakan "kubur masing-masing." Juga aku yakin selama aku ada disini, tidak mungkin ada doa mu yang melepasi garisan kebenaran itu.

Aku manusia nyata aku ingat itu.Jangan kau paksa aku untuk mengingati akan kewujudan mu di dunia ini. Sudah kau sia-siakan akan kepercayaan ku dan kini aku menanggung rugi. Sakit jiwa, sakit raga. Bagai anjing ditepuk menjongket ekor buat sekian kalinya. Adakah pernah buaya menolak bangkai ? Sama sekali tidak pernah.

Sekali lagi ku ingatkan ... Jangan kau paksa aku ! Mungkin benar minyak tidak mungkin akan bercampur dengan air.

(Karya diatas adalah satu kajian semata-mata. Dalam mencari, mencuba dan menjiwai bahasa melayu, erti kata bidalan dan penggunaannya. Tiada kaitan pada mana - mana pihak samada yang masih bernyawa mahupun sudah tiada. Harap maklum.)


Wednesday, May 9, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - " Kepada Sahabat"

Katakan kepada sahabat ku,
takala mereka melihat ku mati
menangis untuk ku dan berkabung dalam kedukaan
jangan percaya bahawa mayat ini yang engkau lihat
adalah diri ku
dengan nama Allah, aku katakan pada mu, itu bukan aku

aku roh, dan ini hampa, hanya daging
itu rumah dan pakaian ku untuk suatu waktu
aku khazanah, azimat tersembunyi, digayakan oleh debu
aku mutiara, yang telah meninggalkan kulit terbiar
aku burung, dan tubuh ini sangkarnya
dari mana aku terus terbang dan meninggalkannya
sebagai ingatan
puji-pujian kepada Allah yang membebaskan ku
dan menyediakan tempat ku di sana
sehingga kini aku telah mati
walau hidup dalam kabus mu
kini aku hidup dalam kebenaran, dengan kubur- baju dibuang

hari ini aku berbicara dengan para wali
tanpa tabir antaranya, aku lihatlah Mahfuz dan di situ aku baca
apa saja telah dan kini dan semua yang akan terjadi

biarkan rumah ku roboh menjadi runtuhan
letakkan sangkar ku di tanah
buangkan segala, itu hanya ingatan
ketepikan jubah ku, itu hanya pakaian luar ku
letakkan semua ke dalam kubur, lupakan saja
aku telah meninggalkan perjalanan ku dan engkau tinggal di belakang
tempat tinggal mu, bukan untuk rumah ku

jangan fikir kematian itu kematian, bukan, itulah kehidupan
kehidupan melewati semua yang upaya kita impikan
sementara di dunia ini, di sini kita diberi tidur
kematian adalah tidur, tidur yang akan berpanjangan

jangan takut apabila kehadiran malam kematian
tidak lain perjalanan ke rumah yang di rahmati
fikirkan keampunan dan kasih sayang Rabbmu
ucap syukur atas kurnia NYA dan hadirlah tanpa takut

aku kini, engkau juga akan begitu
kerana aku tahu engkau juga akan seperti ku
roh semua manusia datangnya dariapada Allah
semua tubuh dari sumber yang sama
kebaikan dan kejahatan, sama-sama milik kita
dan aku sampaikan khabar gembira :
"Moga menjadi milik mu ketenangan dan kegembiraan daripada Allah."

Dikatakan IMAM AL-GHAZALI (Abu Hamid Al- Ghazali, 1058-1111 M). Seorang tokoh sufi, bangun pada suatu awal pagi, bulan Disember 1111 Masihi. Seperti selalu, beliau mendirikan solat dan selepas itu bertanyakan hari dan tarikh kepada adiknya, Ahmad Ghazali. Beliau kemudian meminta kain kafan, mengucupnya, memakainya dengan kemas, kemudian berkata, " Rabb, aku patuh dengan rela." Lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Puisi  "Kepada Sahabat" merupakan puisi terakhir Al-Ghazali sebelum pulang ke rahmatullah.

Ngajad's Tiga Seringgit - Ertikanlah ...

Oleh : Ngajad

Bayangan pagi - pagi kini mengutip kembali sisa-sisa semalam. Pada renjisan kian menghalusi kesan-kesan yang tertinggal di alur sepahit ini. Rentak menari tanpa iringan lagu kemarau nan panjang. Pada keluasan lautan biru, masih ada luka di dasar hamparan kasihnya. Dalam gulungan yang paling kejam di mata dunia.

Mana getaran petir yang tiada malu - malu menyambar pada peraduan yang kian haru biru ini. Sambungan kilat hanya sekadar menjerit dari kejauhan. Sebaik saja rintik-rintik hujan hadir, pasti yang tadi lantang kini - menjadi senyap membisu. Alam juga mampu untuk bersuara pada lisan yang tiada daya di bawa bersama. Kapan hilang  berselindung disebalik retakan jiwa penuh dengan noda. Sebanyak mungkin dosa itu di himpun masa, sebanyak itu mungkin kini dijadikan lara.

Tiada erti dalam dicari kerana yang sakit itu sudah pun di miliki - bakal menjadi abadi. Carikkan dan robeklah pada kepayahan yang sudah sebati, apa mungkin luka lama berdarah kembali.

Biar patah hati, patah berkali- kali. Tiada pembalut bisa merawati luka itu. Kerana yang benar itu benar ! Yang pergi mana bisa untuk berkembali ... hingga ke akhir waktu !


 

Tuesday, May 8, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Salam Mahabbah

Oleh : Ngajad


(Buat Kak Ina)
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

(Buat Cik Syuhada)
Andai ada jarum yang patah
janganlah disimpan didalam peti
andai ada silap dan salah
janganlah disimpan di dalam hati


(Buat Tuan Syahlan)
Pisang emas di bawa belayar
masak sebiji diatas peti
hutang emas boleh ku bayar
hutang budi ku bawa mati

(Buat Tuan Hafiz)
Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
Hamba budak masih belajar
andai salah, tolong tunjukkan




Saturday, May 5, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Sayang di Sayang

Oleh : Ngajad


Dari mana datangnya manis, jikalau tidak asalnya madu.
Dari mana datangnya suka, jikalau tidak asalnya daripada hati adanya cinta.
Dari mana datangnya senyuman bahagia, jikalau tidak asalnya dipupuk mesra.
Dari  mana datangnya seribu satu rasa, jikalau tidak asalnya seribu satu rahsia.

Senyuman mu, semanis madu. Bagai suka menyimpan seribu satu rahsia didalam raga kewanitaannya. Berbahagialah kekasih-kekasih Allah SWT, di dalam limpahan kasihNYA.


(Bersama Kak Ina & Shuhada di booth PELIMA MEDIA, di PBAKL@PWTC - Mei 5, 2012) 

Tuesday, May 1, 2012

Ngajad's Tiga seringgit ... Dengarkanlah ...

Oleh : Ngajad


Ya Ghaffar
Ampunilah  segala dosa-dosa ku, tiada daya ku tanpa KAU Maha Pengampun

Ar Razzaq
Murahkanlah rezeki ku, tiada daya ku tanpa KAU Maha Pemberi Rezeki

Al Hafiz
Peliharalah akan diri ku, tiada daya ku tanpa KAU Maha Pemelihara

Al Wadud
Kasihanilah akan diri ku, tiada daya ku tanpa KAU Maha Mengasihani

Ya Labbaika ...
KAU berikanlah aku kesabaran dalam aku menghadapi ujian dari MU. KAU ringankanlah ujian ku dalam menguji kesabaran ku.