Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, June 14, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Ada sedikit lagi.

Oleh : Ngajad

Biarkan yang sukar itu berlalu
menghiris segenap kalbu mu
membantai tiang agam mu
bukankah yang sukar itu tidak akan lama bertahan
hadirnya seketika cuma
sedetik lebih dari masa

Biarkan yang payah itu duduk semeja
membelah jiwa, terbelah raga
menusuk paru-paru bahagia
menodai pusara cinta
bukankah yang payah itu tidak akan bertahan lama
hadirnya seketika cuma
sekadar menduga

Biarkan yang pahit itu dihujung lidah berada
menghilangkan segala kemanisan rasa
memusnahkan setiap intisarinya
yang pernah dulu ada
yang kini hilang entah kemana
bukankah yang pahit itu penawar nyawa
yang manis itu merancuni pada yang setia
hadirnya seketika cuma
esok , lusa akan pergi jua

Yakinlah masih ada sedikit lagi
apabila disangka  semuanya hilang dalam sekelip mata
yang digenggam punah serta merta
harapan tiada, inikan lagi sebutan harga
masih ada sedikit lagi
sisa-sisa, saki baki kesabaran itu
di dasar hati
kautlah, kauplah
bersabarlah dengan ujian yang ini
DIA memberi kerana DIA mengasihi
DIA Illahi yang menyayangi
pada sikit kesabaran ini
DIA Maha Memahami



Wednesday, June 13, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Itulah yang terakhir kalinya.

Oleh : Ngajad

Sudah terlalu lama kau tinggalkan aku
disini meratap sepi 
di lembah yang tiada erti 
sendiri

Sudah terlalu lama kau pergi 
tahun berganti tahun, seperti tahun ini 
namun tidak sehari dikau pulang menjengguk ku disini
dalam bertanya khabar 
mahupun bercerita tentang kisah hampa

Tiada senyawa yang tahu dimana hilangnya kelibat diri mu 
pergi tanpa meninggalkan pesan
tanpa sebarang wasiat dikau sampaikan
benar sangatlah nyata, aku ... dikau tinggalkan

Tidakkah dikau merasa kasihan 
dengan nasib ini 
keputusan takdir ku jalani 
tanpa dikau mengiringi 
tanpa belas simpati, dikau sandarkan
kasih ku tidak kesampaian
kasih ku tersidai di perhentian

Bertahun lamanya ku nantikan 
andai jasad mu pulang dalam dakapan
izinkanlah sekali yang terakhir ini 
ku kucup tangan mu 
memohon restu
memohon kemaafan dari mu 
sungguh ku mahu 
namun ... mana bisa langit biru turun ke bumi 
mana bisa gelora laut terhenti dari berlari

Tetapi RahmatNYA amatlah ketara
pada alam nyata dikau tiada
dihadirkan dikau dalam mimpi 
tika tidur kita bersua
tika ku lena dikau hampiri

Dalam suasana riuh berada
entah dari mana mahu di mulakan cerita
tetapi yang penting adalah apa rasanya
kehadiran mu, cantik di mata
berisi tubuh mu, sasa belaka
dikau dakap tubuh ku, bukan sekali namun untuk seketika
ku benamkan kepala ku dalam keliru semata-mata
berbisik dikau katakan ...
"Sambutlah pelukan aku ini, pelukan dari seorang papa untuk puterinya..."
ku sambut pelukan mu dalam serta merta

sambil bertanya...
"Lepas ni Papa nak kemana?"

lalu dikau menjawab ...
"Tak kemana"

Aku ajak dalam menjemput ...
"Jom ikut sekali ?"

Dikau menjelaskannya ...
"Tak apalah, nanti papa ikut. Pergilah dulu"

Dikau lepaskan pelukan, dikau lepaskan aku untuk pergi 
aku kaku masih lagi bermimpi 
dalam senyuman dikau berpesan
dalam kesedihan aku, dikau tinggalkan
yang terakhir dikau ingatkan ...
"Jaga diri baik-baik!" 

Itulah yang terakhir, sebelum ku bangkit ke panggilan Subuh tadi. Siapa sangka, dalam diam ku bertanya, dalam kebisuan ku meneka ... Allah SWT menggambarkan seadanya. 

Thank You Allah ! Ya Allah SWT, kasihanilah papa ku... dalam apa jua keadaannya ketika ini. Sesungguhnya KAU yang Maha Mengetahui dari diri ku. Hamba MU ini redha dengan ujian yang  ini. Jika tidak keberantan pada langit biru, titipkanlah kembali akan salam ku !
***

Buat Papa ...







Monday, June 11, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Bertemu Untuk Berpisah

Cerpen oleh : Ngajad

Adalah benar akan pepatah melayu suka mengingatkan kita bertemu adalah untuk kita berpisah. Tanpa disedari, laluan itu yang kita lalui. Juga tanpa di duga, diri sendiri  akan menyahut, 'Ia, Insya Allah kita akan bertemu lagi." sebaik saja satu pertemuan itu tiba di penghujung waktu.

Ini kisah yang meyayat hati. Ini kisah benar ... telitilah bersama saya.

Pada suatu petang hari yang baru saja selesai dengan limpahan hujan lebat dari waktu Zuhur sehingga ke Asar. Kini semakin hampir ke waktu Maghrib, alam menjadi sangatlah redup. Tanah mentah lembab berubah baunya. Namun segala sesuatu dalam rancangan NYA tiada siapa yang lebih mengetahui. Sedang saya memandu di kawasan perumahan dalam berhati-hati bukan kerana laluan sesak dengan pelajar-pelajar sekolah yang baru tamat waktu persekolahan sesi petang tetapi kerana  basah jalan tar tidak mahu saya basahkan mereka dengan kelajuan dan ketidak perimanusiaannya saya.

Dalam menyusuri laluan yang sempit dengan kenderaan yang datang entah daripada mana dalam memiliki matlamat yang sama - mahu membawa pulang anak masing-masing, saya lebih berhati-hati. Tanpa disedari, terlintas anak mata saya kepada dia yang berdiri di kaki lima tempat pernantian bas sekolah, berdepan dengan pintu pagar utama sekolah ini. Tiada daya, tanpa menerima sebarang arahan dari mana-mana, dengan tiba-tiba, saya memberhentikan kereta saya betul-betul di depan, di mana dia sedang berdiri.Lalu saya turunkan tingkap kereta dan bertanya ...

"Cikgu nak tumpang  balik, saya tumpang kan. Jom ?"

Dan dia menjawab dalam wajahnya menunjukkan keadaan yang serba salah ...
"Eh, tak apa lah. kejap lagi sampailah kereta saya tu."

"Tak apalah cikgu, biar saya hantarkan. Lagipun saya akan lalu ke sana, boleh saya singgah rumah cikgu. Jomlah cikgu. kesian cikgu tunggu lama tu !" Saya yang tetap mahu menghantar dia pulang.

Dalam kurang dua minit kemudian, dia setuju dengan cadangan saya. Dan dia ikut undangan saya untuk saya menghantar dia pulan.

Semasa di dalam kereta ...

"Susah-susah saja puan nak menghantar saya pulang." Dia mulakan terlebih dahulu.

"Tak ada apa cikgu. Perkara remeh saja ni." Saya membalas.

"Puan selalu ikut jalan sini?" Dia bertanya, sambil membetulkan tongkat di sebelah kaki kirinya. Mungkin agak sempit kerusi kereta saya sebab itu, dia berkali-kali mencuba untuk menyesuaikan akan kedudukannya dari tadi lagi. Dia menjadi kekok, saya merasa serba salah.

"Selalu jugak. Cikgu sihat? " Saya mencuba mencari satu perbualan sehingga tiba ke destinasi.

"Alhamdullilah, tapi tu lah .. kaki ni. Masih sakit lagi, semenjak saya jatuh hari tu." Dia membetulkan kain baju kurungnya dalam cuba menutupi kakinya. Mata saya menjeling ke arahnya tanpa saya sedari.

"Kemalangan datang tidak berbau cikgu. Banyakanlah bersabar cikgu. Insya Allah tak esok, lusa, baiklah cikgu nanti." Saya memberi nasihat secara spontan dalam masa yang sama cuba meneka di  manakah rumah cikgu ini.

"Puan belok kiri, depan tu rumah saya. Terima kasih banyak-banyak lah ya sebab susah-susah hantar saya balik." Dia dengan segera memberikan arahan dalam nada suara yang lembut. Saya ikut dengan arahannya. Dalam kurang 10 minit kami tiba betul-betul depan rumah dia.

"Tak ada apalah cikgu, sikit aje ni.Cikgu baik-baik ya. Banyakkanlah bersabar, Tuhan sengaja menguji kita. Saya yakin cikgu akan sembuh tak lama lagi, Insya Allah." Selepas saya memberhentikan kereta dan kini memberikan sepenuhnya perhatian kepada cikgu tersebut.

"Puan tolong doakan untuk saya ya." Matanya kuyu dalam meminta.

"Insya Allah, saya akan doakan ." Kami pun bersalam-salaman.

Dia tinggalkan kereta saya  dengan tongkatnya disebelah tangan kirinya dan tangan kanannya dengan beg nya bersertakan salamnya. Saya sambut salamnya dengan senyuman.

Dia, saya tinggalkan dalam senja berwajah duka...

Itu hampir 5 tahun yang lalu. Kisah yang sehingga ke hari ini, masih dalam ingatan saya segar, tersemat di sanubari. Jika anda ingin tahu, itulah pertama kali kami bertemu. Kami saling tidak mengenali antara satu sama lain sehinggalah saya menjemput untuk menghantar dia pulang. Dia menerima jemputan saya adalah kerana saya juga seorang Muslimah sendirian ketika itu. Saya mahu menghantar dia pulang sebab saya melihat dia dengan tongkatnya. Saya merasakan simpati. Itu pertemuan yang pertama dan pertemuan yang terakhir. Dua bulan selepas pertemuan itu, cikgu tersebut telah kembali ke rahmaltullah. Berita tersebut hanya sampai kepada saya seminggu selepas itu. Saya tidak berpelung untuk menziarah arwah buat kali terakhir.

Dan kini, pesanan terakhirnya untuk saya adalah : "Doakanlah untuk saya." Itulah wasiatnya untuk saya. Insya Allah masih lagi saya tunaikan selagi termampu dan terdaya. Sedekah surrah Yassin dan doa-doa selalu dalam tadahan.

Itulah hakikatnya sebuah pertemuan dalam rancangan NYA. Kita bertemu untuk berpisah. Takdir Illahi, yang telah mengerakkan hati saya untuk mengikuti laluan itu pada hari itu, sedangkan saya tidak pernah melalui jalan tersebut sebelum ini. Allahuakhbar.!

(AL-FATIHAH buat Cikgu Selina Murad Shah )






Sunday, June 10, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Rejab Kita

Oleh : Ngajad

Sejarah bakal berulang
sekelip mata esok akan datang
dibawa bersama kisah-kisah yang sudah matang
untuk dijadikan pedoman
untuk dijadikan sandaran
untuk dijadikan peringatan

Setahun demi setahun
kisah yang sama di ulangi
bersilih lagi berganti
berlainan tempat, berlainan waktu
namun dalam ertinya tetap sama sebelum ini

Ingat tak ingat, sedar tak sedar
sudah Rejab kita
hampir ke penghujung waktu
Syaaban dan Ramadhan semakin hampir dalam sedikit masa
namun apabila di lihat kembali ke raga jiwa
di teliti raga hati
di timbang amalan diri
terasa ringan, teramat ringan
seakan kosong tiada muatan
Allahuakhbar !
bagaimana kiranya nanti
apakah boleh dibawa runding seperti atas dunia ini
apakah boleh dibayar secara ansuran pada kekurangan ini
muatan raga ku, bagai kosong belaka
amalan dan ibadah ku bagai tiada isinya
Ya Allah !
Ingat tak ingat, aku selalu lupa
sedar tak sedar, aku jarang sedar diri
andai esok ajal ku tiba
andai esok aku mati
bagaimana kah akan nasib diri ku ini

Sudah Rejab kita
entah Rejab akan datang aku masih ada
entah mungkin sudah tiada
Ya Labbaika,
jadikanlah yang saki baki ini
paling baik untuk ku hadapi
datanglah ujian, datanglah dugaan
dengan Nama MU akan ku hadapi
andai itu adalah yang terbaik untuk diri ini
sesungguhnya aku tak layak ke negeri Syurga MU
dan aku amat takut untuk ke Neraka MU
Ya Allah !
kasihanilah aku ...