Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Monday, June 11, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Bertemu Untuk Berpisah

Cerpen oleh : Ngajad

Adalah benar akan pepatah melayu suka mengingatkan kita bertemu adalah untuk kita berpisah. Tanpa disedari, laluan itu yang kita lalui. Juga tanpa di duga, diri sendiri  akan menyahut, 'Ia, Insya Allah kita akan bertemu lagi." sebaik saja satu pertemuan itu tiba di penghujung waktu.

Ini kisah yang meyayat hati. Ini kisah benar ... telitilah bersama saya.

Pada suatu petang hari yang baru saja selesai dengan limpahan hujan lebat dari waktu Zuhur sehingga ke Asar. Kini semakin hampir ke waktu Maghrib, alam menjadi sangatlah redup. Tanah mentah lembab berubah baunya. Namun segala sesuatu dalam rancangan NYA tiada siapa yang lebih mengetahui. Sedang saya memandu di kawasan perumahan dalam berhati-hati bukan kerana laluan sesak dengan pelajar-pelajar sekolah yang baru tamat waktu persekolahan sesi petang tetapi kerana  basah jalan tar tidak mahu saya basahkan mereka dengan kelajuan dan ketidak perimanusiaannya saya.

Dalam menyusuri laluan yang sempit dengan kenderaan yang datang entah daripada mana dalam memiliki matlamat yang sama - mahu membawa pulang anak masing-masing, saya lebih berhati-hati. Tanpa disedari, terlintas anak mata saya kepada dia yang berdiri di kaki lima tempat pernantian bas sekolah, berdepan dengan pintu pagar utama sekolah ini. Tiada daya, tanpa menerima sebarang arahan dari mana-mana, dengan tiba-tiba, saya memberhentikan kereta saya betul-betul di depan, di mana dia sedang berdiri.Lalu saya turunkan tingkap kereta dan bertanya ...

"Cikgu nak tumpang  balik, saya tumpang kan. Jom ?"

Dan dia menjawab dalam wajahnya menunjukkan keadaan yang serba salah ...
"Eh, tak apa lah. kejap lagi sampailah kereta saya tu."

"Tak apalah cikgu, biar saya hantarkan. Lagipun saya akan lalu ke sana, boleh saya singgah rumah cikgu. Jomlah cikgu. kesian cikgu tunggu lama tu !" Saya yang tetap mahu menghantar dia pulang.

Dalam kurang dua minit kemudian, dia setuju dengan cadangan saya. Dan dia ikut undangan saya untuk saya menghantar dia pulan.

Semasa di dalam kereta ...

"Susah-susah saja puan nak menghantar saya pulang." Dia mulakan terlebih dahulu.

"Tak ada apa cikgu. Perkara remeh saja ni." Saya membalas.

"Puan selalu ikut jalan sini?" Dia bertanya, sambil membetulkan tongkat di sebelah kaki kirinya. Mungkin agak sempit kerusi kereta saya sebab itu, dia berkali-kali mencuba untuk menyesuaikan akan kedudukannya dari tadi lagi. Dia menjadi kekok, saya merasa serba salah.

"Selalu jugak. Cikgu sihat? " Saya mencuba mencari satu perbualan sehingga tiba ke destinasi.

"Alhamdullilah, tapi tu lah .. kaki ni. Masih sakit lagi, semenjak saya jatuh hari tu." Dia membetulkan kain baju kurungnya dalam cuba menutupi kakinya. Mata saya menjeling ke arahnya tanpa saya sedari.

"Kemalangan datang tidak berbau cikgu. Banyakanlah bersabar cikgu. Insya Allah tak esok, lusa, baiklah cikgu nanti." Saya memberi nasihat secara spontan dalam masa yang sama cuba meneka di  manakah rumah cikgu ini.

"Puan belok kiri, depan tu rumah saya. Terima kasih banyak-banyak lah ya sebab susah-susah hantar saya balik." Dia dengan segera memberikan arahan dalam nada suara yang lembut. Saya ikut dengan arahannya. Dalam kurang 10 minit kami tiba betul-betul depan rumah dia.

"Tak ada apalah cikgu, sikit aje ni.Cikgu baik-baik ya. Banyakkanlah bersabar, Tuhan sengaja menguji kita. Saya yakin cikgu akan sembuh tak lama lagi, Insya Allah." Selepas saya memberhentikan kereta dan kini memberikan sepenuhnya perhatian kepada cikgu tersebut.

"Puan tolong doakan untuk saya ya." Matanya kuyu dalam meminta.

"Insya Allah, saya akan doakan ." Kami pun bersalam-salaman.

Dia tinggalkan kereta saya  dengan tongkatnya disebelah tangan kirinya dan tangan kanannya dengan beg nya bersertakan salamnya. Saya sambut salamnya dengan senyuman.

Dia, saya tinggalkan dalam senja berwajah duka...

Itu hampir 5 tahun yang lalu. Kisah yang sehingga ke hari ini, masih dalam ingatan saya segar, tersemat di sanubari. Jika anda ingin tahu, itulah pertama kali kami bertemu. Kami saling tidak mengenali antara satu sama lain sehinggalah saya menjemput untuk menghantar dia pulang. Dia menerima jemputan saya adalah kerana saya juga seorang Muslimah sendirian ketika itu. Saya mahu menghantar dia pulang sebab saya melihat dia dengan tongkatnya. Saya merasakan simpati. Itu pertemuan yang pertama dan pertemuan yang terakhir. Dua bulan selepas pertemuan itu, cikgu tersebut telah kembali ke rahmaltullah. Berita tersebut hanya sampai kepada saya seminggu selepas itu. Saya tidak berpelung untuk menziarah arwah buat kali terakhir.

Dan kini, pesanan terakhirnya untuk saya adalah : "Doakanlah untuk saya." Itulah wasiatnya untuk saya. Insya Allah masih lagi saya tunaikan selagi termampu dan terdaya. Sedekah surrah Yassin dan doa-doa selalu dalam tadahan.

Itulah hakikatnya sebuah pertemuan dalam rancangan NYA. Kita bertemu untuk berpisah. Takdir Illahi, yang telah mengerakkan hati saya untuk mengikuti laluan itu pada hari itu, sedangkan saya tidak pernah melalui jalan tersebut sebelum ini. Allahuakhbar.!

(AL-FATIHAH buat Cikgu Selina Murad Shah )






No comments:

Post a Comment