Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, September 27, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ...It was a minute too long

By : Ngajad


The clouds stood still
it was late at night
in was soft broken will
shattered at broad daylight
shadows came, in the darkest blue
over the sky set so high
between heaven and earth, I saw you
smiling at me, I wonder why

The time keeper said, you're a minute too late
off you go, stay away !
this place is not a place, as he said
I didn't know, I confronted if only I may
left alone, sitting at the coldest corner
shivering my hearts as I fell asleep
like a stone felt empty loner
having my needs lost in the deep

Care me now, for I could not care for more
cuts in the throats, bled as I may seems
no heaven, no earth I am longing for
too much hurts, for a minute I have redeem

It was a minute too long
took the time to sit and think
It was a minute lost and now it is gone
When I took the longest a minute to 'blink'

***


Tuesday, September 25, 2012

Ngajad's Tiga Seringit ... Renungkanlah

Oleh : Ngajad

Setiap kesukaran pasti ada kemudahan

Sesungguhnya kesusahan merupakan salah satu datangnya kemudahan. Kerana itu dalam setiap kesukaran diperlukan kesabaran, agar mendapat keuntungan dan kemenangan, semua ini merupakan anugerah dan rahmat Allah bagi para hamba NYA. Kerana sudah menjadi sunnah NYA bahawa kesukaran itu selalu diringi kemudahan, Allah SWT berfirman :

" Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan"
(Asy - Syarh : 5)

Allah SWT juga tidak mensyariatkan sesuautu kecuali di dalamnya terdapat kemudahan :

"Allah menghendaki kemudahan bagi mu dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu ."
(Al-Baqarah : 185)

Sabda baginda Rasulullah SAW, menegaskan bahawa kesukaran tidaklah dirasakan manusia terus-menerus selagi ia reda dengan ketentuan Allah, iltizam dengan segala perintah dan larangan NYA, selalu berlindung kepada NYA, dan yakin sepenuhnya bahawa ia akan mengubah kesukaran dengan kemudahan.

Maka dengan itu yakinlah, berusahalah, redhalah dan tawakallah dengan Allah SWT. Betapa ruginya kita, dijadikan menjadi hamba-hamba NYA andai tiada yakin dengan sang pencipta. Siapa lagi yang mampu mengubah sesuatu daripada tiada kepada ada. Apa daya kita sebagai insan ini, untuk sekali walaupun untuk mengaku bahawa hidup ini cukup sempurna.

***

Ngajad's Tiga Seringgit ... Ada hikmah disebalik semuanya itu

Oleh : Ngajad

Apabila bulan suka bertanya kenapa dan mengapa
para bintang menjadi serba tidak kena
serba salah pun ada
sudah terlalu banyak yang diceritakan
kisah semalam, kisah andaian malam
kisah esok yang sedang menanti elok
namun si bulan tetap mahu bertanya
mungkin bulan masih tidak mengerti
pada hakikat yang hakiki
segala sesuatu itu sudah lama ditentukan sejak azali lagi
atau mungkin bulan sudah lama mengetahui
tetapi tetap mahu bertanya lagi

Kesian kepada bulan kerana selalu berada di dalam kegelapan
manakala para bintang mempunyai cahaya selalu ada
begitulah adatnya alam
apabila insan itu berada di dalam kegelapan
sampai kapan pun akan berterusan bertanya
adakalanya yang remeh menjadi persoalan
kerana keyakinan diri sudah tiada memberi ertinya lagi
kerana kegelapan malam
penglihatan menjadi kabur, menjadi  malap
sekaligus yang dulu ada kini  sudah tiada
itu adalah hati

Hati insan mudah berubah-ubah
tanpa menggira siang mahupun malam
sekali di jentik akan sakit rasanya
sekali di cuit akan lelah lenggoknya
sekali di pujuk akan beralun gayanya
hati mana yang tidak pernah merasa sedih, suka dan duka
hati mana yang belum pernah menjamah bahagia dan derita
setiap hati insaniah pernah merasai semuanya
jika tidak seketika mungkin setahun dua

Dirawat  hati itu
dengan kalimah-kalimah cinta
apabila ia luka di balut dengan kain-kain harapan
meletakkan ubat-ubat yang diperbuat daripada kasih dan sayang
sentuhan prihatin adalah penawar buat hati para hamba

Jagalah hati mu sebaik mungkin
kerana itu saja milik mu seadanya
jiwa dan perasaan selalu menjadi mainan syaitan
hati mu, tidak mungkin dicemari andai hati mu dikelilingi dengan sentuhan Illahi

Apabila hati mu dilukai
dakaplah ia dengan sebenar-benarnya
belailah ia dengan kebesaran Allah SWT
berdoalah dalam tangisan agar yang sukar itu dengan lekas dipermudahkan
bisikkanlah pada hati mu
sesungguhnya tiada duka yang selamanya
yang payah ini akan pergi
sebaik saja esok datang kembali
yakinlah, hati mu tidak akan lama merintih
kerana Allah SWT itu selalu ada - dekat selalunya
percayalah ... ada hikmah disebalik semuanya itu
ujian NYA, hanya untuk mu !

***


Saturday, September 22, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Yang sukar ini segeralah berlalu !

Oleh : Ngajad

Apa perbezaannya sakit seketika dan sakit yang terlalu lama?
sakit yang mencenggkam naluri jiwa dan sakit berdarah luka
siang dan malam tetap harus dilalui
kepada geloranya raga dan resahnya nestapa
galau ini semakin mendalam
berjelaga memamah menjadi payah
rintihan hati, pekikan insani
apakah esok masih harus sakit lagi ?

Mengusung yang payah ini
di bahu-bahu amat terlalu sukar rasanya
melecet takdir, melecur simpati
malaikat mana yang mungkin mendengar ketika ini ?

Aduhai insan yang ku kasihi
sakit mu, sengaja Tuhan beri
DIA sedang menguji hamba-hamba NYA yang DIA kasihi
Allah SWT itu amat menyayangi akan diri mu
mahu diberi kemewahan, kebahagiaan segala yang terbaik hanya untuk mu
selepas musibah ini selesai berlalu
ini dugaan penghapus dosa-dosa mu
balasan Syurga tersedia di langit biru

Aduhai insan yang ku kasihi
doa kami, kami beri
tika sujud, tika hati berbicara lagi
ingatan kami tertumpu hanya untuk mu
sesungguhnya kami amat menyayangi mu

Usahlah bersedih hati
bukankah esok masih ada dalam menanti
dalam senyuman lambaikanlah salam
kala kami titipkan bidai harapan di hujung alam

Nukilan sajak untuk
Aunti Mummy yang kini terlantar di hospital & Mak Ngah Hussin yang menanggung sakit teramat.

We LOVE you both ! May Allah  SWT blessed you selalu ...
***


Wednesday, September 19, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Biarkan aku dengan hijab ku !

Oleh : Ngajad

They had to LOOK at me twice, I wonder why ? Is it because it has remind them of something or someone when they looked at me? They stared the first time and the second time, they didn't blinked an eye for the longest  20 seconds. Either I had to walk away or moved away, either or it will take them sometimes to finally realized that it is rude to stare ! They didn't have any smile on their faces, just maybe they have left it at home. So, they came to town without a smile to cover their nasty faces. I wonder why ? Or maybe they prefer it to be that way, having & showing off their not so friendly faces to the public and what ? ... and hoping that in return the others will give it back to them ... a smile ?! What philosophy which make them would want to act this way? I wonder why ?

What makes a person smile? They only smile to whom they knew, so to the strangers that they are about to get to know? Why is it that difficult to smile to one another? It probably cost much more than the parking fee at the shopping mall for an hour or so.Really ? It is not that tough to smile to another soul. By giving away a brief smile it makes another happy, and it is FREE!

So, lets not have a brain damages over a matter like this. Why worried? Just maybe the others could be like me ... stop starring and be polite at all time. Time like this, Allah SWT has the best token to give away and HE is giving it away for FREE !! Insya Allah. Nevertheless ...it is equally better, BIARKAN AKU DENGAN HIJAB KU !

***




Tuesday, September 18, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ...Syukur !

Oleh : Ngajad

Perlunya bersyukur.

Kesepurnaan anggota badan, panca indera, tulang belulang dan persendian merupakan nikmat yang sangat besar Allah SWT.

Allah SWT berfirman :
"Wahai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhan mu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa sahaja yang DIA kehendaki. DIA menyusun tubuhmu"

(surrah Al-Infitar : 6-8)

***
Kita hanya manusia yang biasa-biasa, adakalanya suka terlupa. Terlupa pada nikmat yang telah ada, yang telah Allah SWT berikan, dalam bentuk pinjaman, telah Allah SWT sediakan. Apabila kita dilanda musibah, kita mudah melatah. Mencari dimana silapnya tadi dimana kurangnya, itu dan ini. Segala persoalan, dimahukan jawapan dalam genggaman. Semuanya yang tidak berjalan mengikut racangan kita, kita mahu tahu kenapa tidak menjadi. Kita mulai mencari salah dan kekurangan insan lain. Tidak perlu faktar kukuh, sudah memadai hanya dengan bisikan hati, tuduhan tadi menjadi bukti. Menunding jari dengan semena-mena, cukup sekadar memenuhi gejolak di dada.

Kita lupa bahawasana musibah itu tiada salah siapa-siapa pun. Tiada kurangnya pada persiapan terhadap rancangan tadi cuma, apabila tiba masanya Allah itu hanya sekadar mahu menduga. DIA mahu melihat sejauh mana kesetiaan kita, ketakwaan kita, kejujuran kita dan sedalam mana tawakal kita terhadap Kebesaran NYA. Tiada salahnya jika kita melatah sedikit tetapi dengan secepat mungkin kita kembali ke pangkal jalan.

Alhamdullilah, tika di saat ini, aku diuji. YA Allah , sesungguhnya KAU masih ingat lagi kepada ku.Tanpa ujian dari MU, mana mugkin aku mengatahui bahawasanya KAU masih ingat kepada ku.

Se eloknya begitulah kita. Tetap bersyukur dengan setiap sesuatu.Allah  beri musibah kerana ...
(1) Allah masih sayangkan kita
(2) Allah mahu dengan segera kita kembali ke pangkal jalan yang benar
(3) Allah tidak mahu kita menjadi manusia yang pelupa

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada ketika ini.Walaupun hanya pondok buruk tempat berteduh, segenggam beras untuk kami tiga beranak, sehelai sepinggang - lilitan di tubuh kami. Syukur ! Biar kelihatan tiada di mata manusia namun kelihatan ada di 'mata' DIA. Kami masih sihat, masih waras, masih miliki jiwa dan hati. Masih mampu untuk memiliki.

***

Monday, September 10, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Apabila DIA tidak memerlukan kita

Oleh : Ngajad

Sesungguhnya DIA tidak perlukan kita.

DIA sudah ada lebih dari segala-galanya. Jika mahu bintang, dalam sekelip mata, bintang ada. Jika mahu warna pelangi, dalam helaan nafas, warna-warna indah pelangi, dimiliki. DIA yang mencipta langit dan bumi. DIA tahu pada yang sebelum dan sesudahnya. DIA rancang setiap satu itu dalam rancangan yang terbaikNYA. Tiada kurang akan ciptaan NYA. Selalu tepat dan terlaksana. DIA yang Maha Kaya. DIA tahu dimana kurangnya kita. DIA lebih dulu membaca isi hati sebelum hati ini mulai mengerti.

DIA yang Maha Mengasihi malah Maha Pengampun. DIA selalu ada walaupun ketika itu, kita terlupa.Kita terlupa menyebut namanya ketika sedang enak menikmati hidangan malam. Tetapi dengan lekas terkial-kial menyebut namanya ketika perut kita sakit. Kita kata kita taat kepada DIA, apabila ada majlis ilmu di surau, kita hadirkan diri dengan berbusana lengkap menutupi aurat. Tetapi sebaik saja, kita selesai majlis tadi,  helaian kain yang menutupi aurat tadi kita lemparkan diatas sofa dengan bangga mengaku, "Aku tidak bersikap hiprokrit, aku tetap dengan diri aku yang sebenarnya. Ini lah aku, yang belum bersedia untuk bertudung. Tetapi tadi sebab menghormati majlis agama, aku akur untuk menutupi aurat ku.Dan jika masyarakat sekeliling tidak boleh terima aku, apa boleh aku buat." Majlis agama tadi boleh lah ditipu malah dengan jemaahnya sekali. Tetapi kenapa sanggup menipu Allah SWT? Mengapa menjadi seorang penipu. Hanya kerana menghormati majlis agama, aurat di tutup elok, tetapi tidak menghormati Allah SWT?

Siapa DIA yang sebenarnya dalam hidup mu? Apa erti hidup ini, jikalau DIA tidak dihormati ?

Kita menjadi leka dengan kemewahan di dunia. Kerana di dunia semuanya indah dan manis-manis belaka. Dunia menjadi pentas untuk kita, manusia mengsia-siakan masa yang berharga. Persiapan harus dilakukan ketika hidup di dunia kerana sebaik saja berada di akhirat kelak, tiada lagi tolak ansur, tiada lagi tangguh-menangguh. Yang leka akan mendapat balasan setimpal dengannya  dan yang selalu beringat juga akan menerima sama rata. Benar Allah SWT itu tepati janji. DIA berjanji akan memberi ganjaran pada sesiapa saja yang berbuat baik dan DIA berjanji akan memberi balasan seksaan pada sesiapa saja yang lupa pada DIA ketika hidup di dunia.

Sesungguhnya DIA tidak memerlukan kita tetapi kita yang sebenarnya AMAT memerlukan DIA.
Tanpa belas kasihan dari DIA, tanpa limpahan rahmat NYA, tanpa keizinan NYA ... apa jadi pada diri kita.

Baginda Rasulullah SAW berdoa ...
"Ya Allah, perbaikilah semua urusan aku dan janganlah Engkau serahkan urusan itu kepada diri ku sendiri, walaupun hanya sekelip mata."

Ya Labbaika,
Sesungguhnya kami amat memerlukan kasih dan sayang MU. Kami amat memerlukan limpahan rahmat MU. Kami amat memerlukan belas kasihan MU. Kami takut dengan janji-janji MU. Kami takut dengan Kebesaran MU. Kami takut dengan apa jua yang ada pada MU. Kami hamba yang miskin, miskin dengan amalan. Kami hamba yang bodoh, bodoh dengan agama. Kami hamba yang jahil, jahil dengan ilmu. Maka dengan itu Ya Allah, kasihanilah kami, ketika sebelum kami mati, ketika kami mati dan selepas kami mati. Kasihanilah kami di hari akhirat kelak, kerana tanpa belas kasihan dari MU, untuk apa-apa pun kami tidak mampu.

***


Ngajad's Tiga Seringgit ... Selawat Nariyyah

Oleh : Ngajad

"Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan dan akhir hayat yang baik dan dicurahkan rahmat yang baik, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna, Engkau anugerahkan juga Ya Allah, keatas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi MU."

***

Selawat ke atas Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW, ahli keluarga serta seuruh para sahabat dan pewaris Baginda sepanjang zaman. Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafriyyah", yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Mengamalkan selawat ini dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi insan yang inginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, bebas daripada gangguan dan persaingan, sebaiknya beliau menghafal selawat  Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang mampu. Semuanya dalam ketentuan NYA. Ikhtiarlah, redhailah dan bersabarlah ... Insya Allah.

***


Monday, September 3, 2012

Lima minit sebelum waktunya ...

Manusia adalah khalifah Allah di bumi.

Allah menciptakan manusia dan memberinya nikmat yang sangat banyak dan tidak berhitung. Lalu di antara manusia itu Allah memilih para Rasul, yang mendapat wahyu dari langit untuk menjelaskan kepada manusia tentang jalan menuju kebaikan dan kebagaiaan, memerintahkan mereka agar menyembah Allah semata-mata dan tidak menyekutukan NYA dengan sesuatu pun. Juga memerintahkan mereka agar merealisasikan apa yang diperintahkan dan menjauhi semua yang dilarang, bersegera melakukan perbagai kebaikan, menahan diri dari seluruh perbuatan mungkar, berusaha mewujudkan kebahagiaan bagi manusia, bergaul diantara sesama dengan penuh kasih sayang, saling menghulurkan tangan untuk membantu saudaranya yang lain, menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji sehingga jiwanya baik dan lembut, bahkan ucapannya pun penuh kearifan dan kelembutan.

***

Takwa adalah jalan keselamatan.

Taujih (bimbingan ) yang paling besar bagi kita dalam hadis dari semua "Takwa kepada Allah". Takwa merupakan kumpulan dari semua kebaikan dan pencegah segala kejahatan. Dengan ketakwaan, seorang mukmin akan mendapat dukungan dan pertolongan dari Allah. Allah SWT berfirman :

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan (muhsinun)"

(Surrah An-Nahl :128)

Petikan daripada : 40 Syarah Hadis Imam Nawawi

***