Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Tuesday, September 25, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Ada hikmah disebalik semuanya itu

Oleh : Ngajad

Apabila bulan suka bertanya kenapa dan mengapa
para bintang menjadi serba tidak kena
serba salah pun ada
sudah terlalu banyak yang diceritakan
kisah semalam, kisah andaian malam
kisah esok yang sedang menanti elok
namun si bulan tetap mahu bertanya
mungkin bulan masih tidak mengerti
pada hakikat yang hakiki
segala sesuatu itu sudah lama ditentukan sejak azali lagi
atau mungkin bulan sudah lama mengetahui
tetapi tetap mahu bertanya lagi

Kesian kepada bulan kerana selalu berada di dalam kegelapan
manakala para bintang mempunyai cahaya selalu ada
begitulah adatnya alam
apabila insan itu berada di dalam kegelapan
sampai kapan pun akan berterusan bertanya
adakalanya yang remeh menjadi persoalan
kerana keyakinan diri sudah tiada memberi ertinya lagi
kerana kegelapan malam
penglihatan menjadi kabur, menjadi  malap
sekaligus yang dulu ada kini  sudah tiada
itu adalah hati

Hati insan mudah berubah-ubah
tanpa menggira siang mahupun malam
sekali di jentik akan sakit rasanya
sekali di cuit akan lelah lenggoknya
sekali di pujuk akan beralun gayanya
hati mana yang tidak pernah merasa sedih, suka dan duka
hati mana yang belum pernah menjamah bahagia dan derita
setiap hati insaniah pernah merasai semuanya
jika tidak seketika mungkin setahun dua

Dirawat  hati itu
dengan kalimah-kalimah cinta
apabila ia luka di balut dengan kain-kain harapan
meletakkan ubat-ubat yang diperbuat daripada kasih dan sayang
sentuhan prihatin adalah penawar buat hati para hamba

Jagalah hati mu sebaik mungkin
kerana itu saja milik mu seadanya
jiwa dan perasaan selalu menjadi mainan syaitan
hati mu, tidak mungkin dicemari andai hati mu dikelilingi dengan sentuhan Illahi

Apabila hati mu dilukai
dakaplah ia dengan sebenar-benarnya
belailah ia dengan kebesaran Allah SWT
berdoalah dalam tangisan agar yang sukar itu dengan lekas dipermudahkan
bisikkanlah pada hati mu
sesungguhnya tiada duka yang selamanya
yang payah ini akan pergi
sebaik saja esok datang kembali
yakinlah, hati mu tidak akan lama merintih
kerana Allah SWT itu selalu ada - dekat selalunya
percayalah ... ada hikmah disebalik semuanya itu
ujian NYA, hanya untuk mu !

***


No comments:

Post a Comment