Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Monday, September 10, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Apabila DIA tidak memerlukan kita

Oleh : Ngajad

Sesungguhnya DIA tidak perlukan kita.

DIA sudah ada lebih dari segala-galanya. Jika mahu bintang, dalam sekelip mata, bintang ada. Jika mahu warna pelangi, dalam helaan nafas, warna-warna indah pelangi, dimiliki. DIA yang mencipta langit dan bumi. DIA tahu pada yang sebelum dan sesudahnya. DIA rancang setiap satu itu dalam rancangan yang terbaikNYA. Tiada kurang akan ciptaan NYA. Selalu tepat dan terlaksana. DIA yang Maha Kaya. DIA tahu dimana kurangnya kita. DIA lebih dulu membaca isi hati sebelum hati ini mulai mengerti.

DIA yang Maha Mengasihi malah Maha Pengampun. DIA selalu ada walaupun ketika itu, kita terlupa.Kita terlupa menyebut namanya ketika sedang enak menikmati hidangan malam. Tetapi dengan lekas terkial-kial menyebut namanya ketika perut kita sakit. Kita kata kita taat kepada DIA, apabila ada majlis ilmu di surau, kita hadirkan diri dengan berbusana lengkap menutupi aurat. Tetapi sebaik saja, kita selesai majlis tadi,  helaian kain yang menutupi aurat tadi kita lemparkan diatas sofa dengan bangga mengaku, "Aku tidak bersikap hiprokrit, aku tetap dengan diri aku yang sebenarnya. Ini lah aku, yang belum bersedia untuk bertudung. Tetapi tadi sebab menghormati majlis agama, aku akur untuk menutupi aurat ku.Dan jika masyarakat sekeliling tidak boleh terima aku, apa boleh aku buat." Majlis agama tadi boleh lah ditipu malah dengan jemaahnya sekali. Tetapi kenapa sanggup menipu Allah SWT? Mengapa menjadi seorang penipu. Hanya kerana menghormati majlis agama, aurat di tutup elok, tetapi tidak menghormati Allah SWT?

Siapa DIA yang sebenarnya dalam hidup mu? Apa erti hidup ini, jikalau DIA tidak dihormati ?

Kita menjadi leka dengan kemewahan di dunia. Kerana di dunia semuanya indah dan manis-manis belaka. Dunia menjadi pentas untuk kita, manusia mengsia-siakan masa yang berharga. Persiapan harus dilakukan ketika hidup di dunia kerana sebaik saja berada di akhirat kelak, tiada lagi tolak ansur, tiada lagi tangguh-menangguh. Yang leka akan mendapat balasan setimpal dengannya  dan yang selalu beringat juga akan menerima sama rata. Benar Allah SWT itu tepati janji. DIA berjanji akan memberi ganjaran pada sesiapa saja yang berbuat baik dan DIA berjanji akan memberi balasan seksaan pada sesiapa saja yang lupa pada DIA ketika hidup di dunia.

Sesungguhnya DIA tidak memerlukan kita tetapi kita yang sebenarnya AMAT memerlukan DIA.
Tanpa belas kasihan dari DIA, tanpa limpahan rahmat NYA, tanpa keizinan NYA ... apa jadi pada diri kita.

Baginda Rasulullah SAW berdoa ...
"Ya Allah, perbaikilah semua urusan aku dan janganlah Engkau serahkan urusan itu kepada diri ku sendiri, walaupun hanya sekelip mata."

Ya Labbaika,
Sesungguhnya kami amat memerlukan kasih dan sayang MU. Kami amat memerlukan limpahan rahmat MU. Kami amat memerlukan belas kasihan MU. Kami takut dengan janji-janji MU. Kami takut dengan Kebesaran MU. Kami takut dengan apa jua yang ada pada MU. Kami hamba yang miskin, miskin dengan amalan. Kami hamba yang bodoh, bodoh dengan agama. Kami hamba yang jahil, jahil dengan ilmu. Maka dengan itu Ya Allah, kasihanilah kami, ketika sebelum kami mati, ketika kami mati dan selepas kami mati. Kasihanilah kami di hari akhirat kelak, kerana tanpa belas kasihan dari MU, untuk apa-apa pun kami tidak mampu.

***


No comments:

Post a Comment