Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Monday, October 8, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Redup Panas ku

Oleh : Ngajad

Selang seli perjalanan ini
membukit bukau menyilau peraduan misteri
danau berduri menusuk liang-liang sanubari
darah mengalir membasahi keyakinan tua ini
langkah lambat akan mengesot lusa pagi
meninggalkan kesan calar didinding nyali
keperitan menahan memekik erti
mengapa kisah semalam berulang kembali ?

Tanaklah sudah kerak-kerak hati
ke dasar payau untuk menutupi
laungan amarah hilang berahi
tidak ubah seperti hutang lama, minta dibayar disini
kautkanlah yang rentung itu
hangit hadirnya mengubah waktu
sisa-sisa bertaburan di setiap bucu
apakah akan tertunggak semangkuk restu ?

Kiasan madah mentak ditampi
gaban siang menjerit pagi
pergilah kau! pergilah usah kembali
esok mati ku, biar aku kebumi sendiri

Dilibas rasa tertumpah raga
jatuh berderai bertitisan agaknya
tersungkur, tersembam mencium hati bumi
kepekatan habuk melekat melekit didepan dahi
tanah yang dipijak kini berada hujung sujud ku
meletakkan kesamaan kedudukan taraf kejadian itu
dulu diludah, dulu di hentak semahu nahu
tetapi di saat ini, tanah merah tidak lagi marah

Lepaskanlah di dalam sangkar
terkurung, lemas teramatlah sukar
dosa apa disimpan lagi
kepada dendam berbicara sendiri
kisah silam hendaknya takdir
dipertikaikan sangkutan akhir
kerana hati masih menangis lagi
kemaafan sesama insan terlupa diberi
sudah bersediakah dengan jawapan
kala bertemu di saat itu
apabila ditanya di hadapan semua
mengapa kita manusia dujana
laknat Tuhan siapa ambil kira
kasihnya DIA terhadap para hamba tetap setia
hati dan perasaan diberi percuma
cuai dibela, leka dan terlupa itulah kita sebenarnya
untuk apa berbaik sesama insan, pekikan si sombong sana
kerana bukan dia yang beri aku kaya
jangan mudah lupa secara sengaja
memutuskan siratulrahim, tidak mencium Syurga
Allah SWT pernah berkata !

Yang bijak berpesan dalam senyuman
kerana melihat insan, terasa kasihan
berlagak berkuasa seperti dunia dia yang punya
sekadar duit di kocek
dia bersikap semakin lokek
mana harta yang menjaminkan bahagia
mana tahta boleh memberi kuasa
mana darjat tidak dipanjat
andai itu semua DIA tidak mengizinkannya

HOI ! manusia !
jangan terlalu lama tertidur di landasan dunia
ambil kira sekadar, sekadar saja
yang selebihnya "aku peduli apa ?"
ada yang sakit, tenat kita pejam sebelah mata
kerana dia adalah dia dan aku adalah aku !

Biar miskin tidak berharta
asalkan kaya dengan ilmu NYA
biar susah hidup sementara
asalkan bahagia di akhirat untuk selama-lamanya
biar dibenci kerana itu hukum Allah
asalkan maksiat tidak disedekah
kita umatnya baginda Rasulullah SAW
kita tidak mati di hujung pedang
kita hidup untuk berjuang

Ya Wahid, Ar Rahman, Ya Labbaika
kasihanilah kami
kami banyak dosa hingga ke saat ini
kami takut dengan janji-janji MU
sesungguhnya KAU tidak pernah memungkiri janji itu
***




No comments:

Post a Comment