Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Wednesday, November 21, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit - Cahaya Hati

Oleh : Ngajad

Lelah aku di saat tiba di garisan hati
garisan yang tetas merentansi segenap peraduan sepi
seperti ada tangkai yang kelayuan lalu tiada subur di sudutnya lagi
bukan sekadar menunggu untuk mati
tetapi kini sudah siap di kebumi
tersungkur seraga semangat padu
bertaburan seperti bebuli bola meninggalkan saku
apakah mampu aku mengutipnya kembali
dan cuba menghitung sekali lagi?

Khabarnya parah teriak jentayu di langit biru
kala kemarau kian jinak hadir selalu
sering kontang amalan ku
bakal bertemu dengan MU aku jadi pemalu
siapalah bayangan yang ikut selalu
membantu pun tidak
mengingatkan pun tidak
sebaliknya disakiti dan semakin melupai
yang mana benar dan yang mana palsu
bodohnya seorang aku!

Dan kini kala keinsafan menggamit sekeping hati
bimbang tiada jaminan esok masih hidup lagi
andai masa aku tiba lima minit  lagi
apakah aku sudah siap, siap segala rohani dan jasmani
siap untuk aku menjawab kesemua persoalan
siap dengan helaian amalan untuk ku persembahkan
atau aku masih jahil sejak dari dulu lagi dan sehingga kini
sanggupkah aku menahan seksaan-seksaan kecil
tanpa henti
ketika menunggu giliran tiba nanti?

Ya Labbaika
kini terwujudlah kesedaran di dalam kesalan
betapa takutnya seorang aku
kerana aku bukan laksana jentayu
mahupun aku malaikat biru
tetapi aku hanyalah insan - hamba MU
aku gentar
aku pengecut
kesukaran di dunia tidak aku sedari
nikmat dunia yang aku cari

Ya Wahid
kesihanilah aku
kerana amalan ku baru sebaris dagu
kesedaran terlewat hadirnya
bukan salah mereka tetapi salah ku sesungguhnya
aku tidak bijak mencari cinta MU
aku tidak rajin berusaha untuk bertakwa kepada MU
aku mudah lupa menyebut asma husna MU
aku leka untuk mensyukuri pemberian MU
aku lalai untuk mentaati MU

Ya Rahman
hanya sedikit masa saja lagi
yang tinggal di muka bumi ini
janji tetap janji
yang hidup akan merasa mati
ku memohon limpahan rahmat MU
kasihanilah aku !
***