Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Wednesday, December 12, 2012

Ngajad tiga seringgit ... Di bawah langit MU

Oleh : Ngajad

Di robek-robek saki baki keutuhan ini
menzalimi keperibadian diri
mencerminkan si pendusta dan pengikutnya
ke tengah lautan merah
segenap jaksa tiada lagi peduli
yang meratap
yang menagih simpati
adalah yang di tinggalkan disini

Bertahun-tahun nadi menyimpan di liang jiwa
bertarung nyawa untuk hidup sehari dua
dunia tua seperti tidak lagi endah kan kita
yang buruk tetap buruk
yang elok di puja elok
menegak bukan keadilan
membujur bukan kesaksamaan
mati jasad sebelum ajal memanggil
pusara menangkup mengumpul dosa
manusia durjana
kepada Tuhan mereka

Musibah hadir di siang hari, musibah pergi meninggalkan luka di hati
penyesalan berangkat membangkitkan kekurangan
insan hidup menumpang bumi
bumi tidak pernah minta sewa bulanan mahupun wang pinjaman
bumi berdiam diri kerana menyedari ini semua sementara
sementara akhir waktu tiba
sementara mausia dengan pilihan dosa-dosanya

Lambat laung akan tiba saat kematian
perpisahan antara kita para sahabat di dunia NYA
tiada air mata mampu mengubah cerita kita
tiada pengorbanan mampu mengisi balasan dunia
dunia tidak pernah menzalimi kita, hamba NYA
kita manusia suka lupa kepada DIA
Azza wa Jalla teramat menyayangi kita, hamba-hamba NYA
tiada sesaat DIA jauh pergi
malah sekali di sebut nama NYA, sehela nafas dekat hadir dijiwa ini

Kita manusia sengaja mahu dipandang hina
serba serbi bukan salah kita
sengaja mencacat celakan hadiah NYA
memperbodohkan diri sendiri
apabila kita mampu menjadi pandai kerana hati ini di miliki

Ya Rabb
aku mudah terlupa dengan Kebesaran MU
aku leka dengan Kekayaan MU
aku suka lalai dengan Kebijaksaan MU
bekalan aku tiada
harapan aku sedikit hanya
andai ajal aku malam nanti tiba
terimalah taubat ku yang ini
andai aku masih hidup esok hari
aku akan memohon kemaafan dari MU sekali lagi
akan aku lakukan sehingga waktu itu, menjemput ku untuk mati

Ya Labbaika
KAU lah segala-galanya bagi ku
KAU memberi aku hidup
KAU berikan kebahagiaan
KAU menyayangi ku

KAU kasihanilah aku
sesungguhnya aku amat takut dengan azab kubur MU
dan aku amat takut dengan seksaan neraka MU
ringankanlah untuk ku, Ya Allah
yang berat ini tidak mampu aku hadapi sendiri ...





No comments:

Post a Comment