Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, December 13, 2012

Ngajad's Tiga Seringgit ... Mencari Sakinah

Oleh : Ngajad

Ketenangan dan ketenteraman pada jiwa-jiwa itulah etinya Sakinah. Ketenangan dan kedamaian daripada Allah SWT yang dikurniakan kepada orang yang beriman pada saat-saat menempuh kesulitan. Betapa besarnya kasih sayang Allah itu apabila di beri ujian dan  tidak mahu melihat hamba-hamba NYA terlantar di dalam kesusahan. Di berikan kemudahan di dalam kesusahan. Diberi keringan ketika berada dalam keberatan. Musibah yang kita hadapi adalah rancangan Allah semata-mata. Untuk apa ?  Untuk apa Allah berikan kesusahan sedangkan kita cukup senang jika tidak diuji.

Untuk melihat sejauh mana kebenaran akan pengakuan cinta kita terhadap Allah. Sekadar di lidah saja akan kebenaran cinta kita, cukupkah sekadar itu saja ? Malah, kita sesama insan selalu minta dibuktikan akan erti kasih sayang itu. Sebaik saja dibelikan kereta mewah lalu dihadiahkan kepada kita, jadi betul lah kekasih kita itu amat mencintaikan kita. Ya ke ?? Diberikan nya rumah semi D 3 tingkat sebagai lambang kasih sayang yang terunggul katakanya, jadi benarlah kekasih kita itu amat mencintai kita ?? Begitulah adatnya manusia, resamnya dunia. Jika benar akan apa yang dikata maka kotakanlah.

Begitu jugalah antara kita dengan Maha Pencipta. Layakkah kita pula menerima cinta NYA? Azza wa Jalla tidak memerlukan kasih sayang kita, tidak memerlukan cinta kita. Kerana sesungguhnya DIA MAHA kepada segala-galanya. Hanya kita yang begitu AMAT memerlukan DIA. Bukan untuk sehari dua tetapi sejak dilahirkan ke bumi sehinggalah ajal menjemput kita kembali.

Allah SWT tidak pernah kedekut dengan limpahan rahmatNYA. Hanya kita yang tidak rajin meminta. Allah SWT tidak pernah terlupa dengan kita, cuma kita seringkali leka dan lupa memuja NYA. Jadi tiada salahnya jika Allah itu mahu menguji kita kerana mahu melihat kebenaran keutuhan kesetiaan kita dan juga kerana Allah itu mahu memberi. Beri nikmat selepas diuji. Dinaikkan darjat daripada paling bawah kepada paling atas. Menjadi pilihan NYA, siapa yang tidak sudi?

Allah SWT mendatangkan ke dalam hati para nabi dan orang yang beriman rasa Sakinah ini agar mereka tidak gentar dan sentiasa tabah dalam menghadapi segala rintangan dan tentangan ketika menjalankan tugas menegakkan kebenaran agama Islam.

(at - Taubah 9:26 & al-Fathu 48:4, 18, 26)

Carilah Sakinah selagi terdaya. Andai kita rajin mencari cintanya Ilahi, Insya Allah, dengan mudah juga kita akan bertemu dengan Sakinah. Ketenangan dan kedamaian tidak akan datang bergolek, sekadar menadah tangan ke langit biru, cinta tidak akan jatuh ke riba, pada hujung minggu. Sayangilah diri sendiri tetapi sayangilah Allah lebih dari itu. Sayangilah kedua ibu bapa tetapi sayangilah Allah lebih dari itu. Sayangilah anak-anak tetapi sayangilah Allah lebih dari itu. Sayangilah harta dunia tetapi sayangilah Allah lebih dari itu. Sebanyak mana kasih sayang kita terhadap Allah SWT tidak bisa menandingi erti sayangnya Allah SWT terhadap kita, hamba-hamba NYA. SubahaAllah.
***
http://www.youtube.com/watch?v=HFhRWUHGM8s


No comments:

Post a Comment