Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, January 24, 2013

Ngajas'd Tiga Seringgit ... Salam Mahabbah

Oleh : Ngajad

Shollaatullaah Salaamuallah
Alaa Tohaa Rasulillah
Shollaatullaah Salaamuallah
Alaa Yassin Habibillaah

Sesungguhnya alam ini
sangat mengerti
keredupannya saling menutupi
tuap kepanasan pagi
di tempias hati
bayu dari barat daya
dan timur kiri
berkumpul asa
turut melafazkan zikurullah
di angakatan maya
merangkupi kehebatan
ciptaan Ilahi
pada langit ke tujuh
di ukirkan
kisah Mahabbah
yang menjadikan lutisnar
pada para jiwa-jiwa

Dunia yang sudah uzur dan tua
hari ini bangkit kembali
menyambut kelahiran
pada seindah rupa selengkap rasa
kesempurnaan buat panduan hamba-hamba
Cahaya bersit mengisi
pengertian satu kecintaan
kala dititipkan dari kejauhan ini

Salam kerinduan ini ku jaga rapi
melindungi daripada segala
hasad dan murka dengki
pada luka-luka siang ku baluti dengan kesetiaan ku pada mu
pada derita kesengsaraan ini
ku cari penawar atas nama cinta
pada setiap hela nafas
ku menyebut nama mu, tiada daya untuk berdusta

Dalam sujud yang kian rapuh ini
beralaskan airmata duka
dalam kesunyian seperti ini
memohon dalam hampa bersalut kecewa
saat itu akan tiba
mengharapkan lambaian mu
menyebut dan memanggil nama ku
berlapis himpunan dosa
kesalan pada kekurangan
tidak cukup bekalan
menaruh harapan bisa ku mendapat Syafaat mu
Ya Rasulullah
Ya Habiballah
Ya Labbaika, tempatkanlah baginda di Syurga MU yang paling indah ...

(Salam Maulidur Rasulullah SAW - 10 Rabiulawal 1434)
***


Friday, January 11, 2013

Ngajad's Tiga Seringgit ...Assalamualaika Ya Rasulullah

Oleh : Ngajad

Mereka bilang wajah mu umpama bulan yang menyinari malam syahdu
peumpamaan Qamar di tengah lewat malam
cahaya NUR mu bersinar menembusi dusta-dusta cinta
tegap tubuh mu membidang akan dada mu
berdepan dengan apa jua rintangan yang menghalang diri
senyuman mu sedikit namun tetap manis
pada setiap pemandangan yang mencuri ke arah mu
malah seharuman limau kasturi akan penyampaian lisan mu
bersih dan serba licin permukaan wajah mu
memberikan ketenangan yang berlanjutan
rambut mu sekadar, sekadar melepasi separa cuping deria mu

Itu apa yang dibilang oleh mereka, mereka yang bijaksana dan bijaksini
akan tetapi kecantikan di wajah mu itu
tiada bulan secantik pada ketampilan wajah mu
dikau tetap cantik tanpa mengira malam mahupun siang

penderian mu
kesabaran mu
kebijaksaan mu
keadilan mu
kelembutan mu
kepimpinan mu
kehebatan mu
kemesraan mu
kasih sayang mu
sentuhan mu
perwatakan mu
pengorbanan mu

segala dan setiap sesuatu itu yang dikau miliki merupakan kecantikan mu
sedangkan Qamar itu hanya mampu memberi sinar hanya tika sebahagian dunia itu berada di dalam kegelapan. Apabila sebahagian lagi terus setia dalam menanti kehadiran bulan.

Dikaulah satu-satunya ciptaan Tuhan yang paling indah buat kami yang serba serbi tidak mempunyai untuk merasa keutuhan sebuah kasih sayang yang tidak pernah sekali berbelah bagi. Kau adalah permulaan segala-galanya. Dan di akhirnya nanti, dikau akan ada menemani. (buat insan-insan dalam pilihan)

Ya Rasulullah SAW
Tiada yang lebih indah, kala cinta mu dikau sebarkan.
Tiada yang lebih bermakna, di ambang maut, kau mengingati kami.
Tiada yang lebih berharga, apabila kebenaran Islam dikau mahu kami miliki

Ya Labbaika
Selawat dan salam buat junjungan baginda Rasulullah SAW, dan salam kesejahteraan buat ahli keluarganya, jiran tetangganya dan para sahabat baginda.

Kesetiaan ku hanya pada mu, Ya Allah SWT.

***

Thursday, January 10, 2013

Ngajad's Tiga Seringgit ... Cerpen

Oleh : Ngajad


Makan petang bersama Maksu

Petang ini kelihatan langit cerah sekali. Tiada awan demawan yang duduk berkumpul mahupun kumpulan langit gelap menutupi permukaan bumi yang indah ini. Malah lebih berseri lagi apabila petang ini, kami sekeluarga tidak sabar-sabar dalam menantikan kehadiran seseorang yang sangat istimewa buat kami. Petang ini Maksu akan datang berziarah kami. Lirikan senyuman di bibir kami tidak putus-putus sejak menerima berita baik ini.

Petang itu ...

Satu persatu nama kami di panggil. Dalam nada suara yang meninggi namun tiada pernah sekali kami beranggapan suara itu mempunyai niat yang tidak baik. Duduk di hujung meja utama, matanya kelip-kelip mencari sesiapa lagi yang tersorok di cerok dapur.

Maksu bertanya, gerangan siapakah yang menyediakan lauk assam pedas ini. Lalu dengan segera Che Nah menjawab ... saya. Maksu sambut dengan senyuman dan tanpa berlengah Maksu sampaikan sampul duit kepada Che Nah. Che Nak terima dan mengucapkan terima kasih. Kemudian Maksu bertanya lagi, siapa pula yang masak sayur masak lemak ini. Tanpa sesaat lewat, Gi pula menyahut dan menyatakan bahawa itulah hasil air tangannya. Dan Maksu pun menyerahkan sampul duit kepada nya. Dengan berbalas senyuman Gi terima dengan gembira. Jemari Maksu kini merasa kehalusan nasi putih gebu yang disenduk elok kini berada di dalam pinggangnya lalu bertanya, siapa pula yang masak nasi ini. Dengan suara yang lembut isteri Didi mengaku bahawa itulah kerjanya tadi – membantu di dapur pada masa yang sama sibuk menguruskan anak kecilnya. Maksu melambaikan tangannya dalam memberi isyarat agar isteri Didi menghampirinya dan terus di sampaikan sampul duit kepada nya. Isteri Didi tersenyum manis sebaik saja dia menerima sampul tersebut. Dan sebelum Maksu mulakan membaca doa makan, tangannya pergi ke arah di mana gelas di sisi kirinya yang di penuhi dengan air sirap dan Maksu pun bertanya, siapa pula yang telah menyediakan air sirap ni. Dengan tersipu malu, Kak Na mengaku bahawa itulah yang termampu dia lakukan ketika membantu di dapur tadi. Dengan senyuman penuh rasa hormat Maksu panjangkan tangan untuk disampaikan sampul duit itu kepada Kak Na dan mengucapkan terima kasih atas perkongsian kasih sayangnya selama ini. Kak Na terima dengan senang sekali.

Kami tidak pernah meminta apa-apa daripada Maksu, lebih-lebih lagi duit. Namun Maksu sikapnya yang selalu begitu. Suka memberi dan sukar untuk menerima. Namun Maksu selalu memberi pujian kepada sesiapa saja yang suka menghulurkan tenaga dalam memberi usaha sama lebih-lebih lagi adab kita sekeluarga.
Sekali lagi Maksu berjaya meletakkan senyuman di bibir kami dan menyedarkan kami bahawasanya walaupun lauk itu hanya sekadar, sekadar saja. Namun itu sudah cukup memadai untuk kita sekeluarga. Asalkan kita duduk semaja dan menghargai setiap kasih sayang yang diberikan dalam apa jua bentuk pun.
Kini sudah setahun berlalu, kali terakhir Maksu duduk semeja dan makan petang bersama sudah lama tiada. Apakah Maksu akan datang berkunjung lagi, kami tidak pasti. Namun setiap kali petang itu tiba kami selalu berharap Maksu akan singgah seketika sebaik saja langit itu kembali cerah dan awan demawan itu duduk bersama.

Dan hari ini, apabila kami sediakan hidangan assam pedas, sayur masak lemak, nasi putih dan sirap manis, rasanya kini sudah berbeza. Tidak sama ketika ada Maksu yang duduk di hujung meja.

Andai mampu waktu itu meluangkan sedikit masa, andai kebarangkalian Maksu tiba pada petang ini, kami setia menyambut Maksu ... kemungkinan tidak tersedia lauk pauk akan tetapi kami akan sambut Maksu dengan penuh kerinduan yang menusuk kalbu.

***