Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Wednesday, February 6, 2013

Ngajad's Tiga Seringgit ... Selamat Tinggal

Oleh : Ngajad

Lelah seorang aku
tika mencari barisan madah untuk ku sajikan lalu ku jadikan
kelopak-kelopak puisi rindu
untuk menghiasi taman syurga biru
masa telah meragut separa nyawa
seorang aku kini semakin senja
usia bukan alasannya
rapuh pergerakkan ku
pada bekalan ilmu yang mahu ku bawa
tidak kuat berdiri ku
disaat badai melanda, bah pada takdir sayu

Namun bagaimana lagi aku terdaya
masa itu hampir tiba
disaat harus berpisah jasad dan jiwanya
kerana sebuah perjanjian, cinta di dunia ini harus ku korbankan
sakit dan luka tidak boleh dipersalahkan
sudah jauh kenangan lama ku tinggalkan
dan kini kehidupan lain dalam penantian

SELAMAT TINGGAL usia lama
cukuplah sampai disini saja
SELAMAT TINGGAL derita sengsara
ku bawa parut yang terguris di dada
SELAMAT TINGGAL patah hati
yang terluka ku bawa pergi
SELAMAT TINGGAL air mata jiwa
basah linangan akan selalu ada

Tinggal dunia dengan ratapannya
tak mungkin aku turut mampu untuk besama
sungguh mahu menunggu sehingga di penghujung rindu
akan tetapi sampai disini saja ... di hujung nyawa ku
ku persembahkan puisi di usia baru ku.
(06022013)

***
http://www.youtube.com/watch?v=ZC6XtBe2i6U

"Izinkan aku pergi ...
 Namun bagaimana lagi semuanya harus ku jalani
 Selamat tinggal, ku doakan kau selalu bahagia
 hanya pesan ku
 jangan lupa kirimkan khabar mu ..."
 (Selamat Tinggal - Broery Marantika)
***

Cerpen ini KHAS untuk MANJA (Siti Khadijah Sallehuddin)


PANGGILAN RINDU
Oleh Shahrizad Shafian

 Gerimis senja ber kidung sepi di kaki perigi. Kala kemarau panjang tiada menghilang. Di hentak tangisan nan sepi pada rindu yang tiada bertepi. Sehingga kini belum tiba pada yang dinanti. Suram gelama bermandi paya, pada siang terik mentari. Alangkah indahnya malam, andai selalu bernyawa pada kekasih hati yang kini sunyi tanpa warta diri. Tidak kempunan keinginan raga, andai kekasih pulang seketika cuma. Buat melepaskan rindu sebak di dada, buat menyatakan bahawa cinta itu masih ada.

 “Assamualaikum ! Assamualaikum !” ditinggikan suara garaunya dari luar halaman rumah yang tidak bertar tanahnya. Mungkin sebab hujan tadi siang, keadaan agak becak di persekitaran rumah ini. Semak samun yang tumbuh di sisi rumah kelihatan rimbun, bagai belukar mini akan rupanya. Atap yang terjelir keluar di hadapan rumah  sudah tua mungkin pembinaannya. Namun ini tetap kelihatan seperti sebuah rumah. Sebuah rumah yang memberi melindungi mereka yang serba daif dalam dunia NYA.

“Mungkin tiada sesiapa di rumah agaknya, Cik Seri.” Ibu jarinya menuding ke arah pintu utama tersebut. Yang tadi diberikan tanggung jawab untuk memberikan salam kini membuat ulasan sendiri. Kerana kesunyian tiada yang menyahut menjadikan  rumah itu tiada bertuan.

 “Cuba sekali lagi. Encik Bakar. Mungkin tak dengar tadi.” Cik Seri tiada berputus harapan kerana kunjungan ini harus terjadi. Biar berlama berdiri di luar rumah sudah tentu rumah ini sudah bertuan. Alamatnya betul, malah penunjuk jalannya juga tiada salah. Encik Bakar tidak sempat menghabiskan ucapan salamnya kerana sudah berbalas kini.

 “Waalaikumusalam. Waalaikumusalam. Siapa tu ?” Suaranya bergegas datang dari dalam rumah. Dalam masa yang terpantas dia kini menyelak kunci rumah dan membuka pintu utama, kuat bunyinya.
 “Maafkan kami mengganggu, nak tumpang tanya Puan. Betul ke ini rumahnya Tajul?” Encik Bakar segera mendapatkan kepastian.

 “Ha-ah! Ya, ya. Ini rumah  Tajul. Ada apa ? Awak siapa?” lengan baju kurungnya dilepaskan kembali sehingga ke paras siku  dengan cepat. Matanya liar dalam mahu mencuba meneka siapakah tetamu dan apakah mahu. Malah wajah-wajah mereka sama sekali tidak dikenali. Ini lah pertama kali.
 “Saya  Bakar dan ini Cik Seri. Kami  mencari Tajul. Dia ada di rumah, Puan?” Encik Bakar begitu berbudi ketika berdepan dengan wanita yang lebih tua dari dirinya. Tetapi memadai dengan panggilan Puan untuk dia.

 “Oh cari Tajul. Tajul tak ada. Dari pagi tadi dah keluar, sampai sekarang belum balik-balik lagi. Mungkin dia ada di ... Eh ? Ini Seri, Seri yang Seri ke tu?” Ibu Tajul dengan tiba-tiba terbantut apabila meneliti Cik Seri sejak dari tadi. Imbasan wajahnya seperti yang pernah disebut-sebut oleh Tajul. Saling tidak tumpah jauh perginya. Tergamam Cik Seri dengan pertanyaan itu.

 “Puan kenal dengan Cik Seri?” Encik Bakar  mencelah.

 “Rasa macam kenal. Betul ke ini Seri yang selalu disebut oleh Tajul tu?” Ibu Tajul menjadi teruja kerana kini benarlah akan apa yang selalu dikatakan oleh Tajul, suatu hari nanti, buah hatinya akan datang bertandang ke rumah. Tajul akan terus menanti walaupun untuk seribu tahun lagi.

 “Betul lah Puan. Ini lah Cik Seri.” Encik Bakar memberikan kepastian. Wajah ibu Tajul kini sudah berubah, dalam perubahan yang sangat baik. Dan Cik Seri turut menyambut dalam tidak terduga.

 “Maafkan saya Ibu sebab datangnya kami tidak berjemput, hadirnya kami tidak perlulah disambut. Seri harap Ibu dapat terima Seri seadanya.” Cik Seri menyampaikan betapa terharu akan hatinya di saat ini. Kerana disambut dan di terima dalam keadaan yang sungguh syahdu. Sama sekali Cik Seri tidak menyangka Tajul akan menceritakan akan kewujudan dirinya kepada Ibu Tajul. Mengukur baju pada diri sendiri yang tiada berpunya apa-apa, Cik Seri merasa sangat beruntung.

 “Alhamdullilah. Ibu senang Seri datang. Datanglah. Tak apa. Rumah Ibu, rumah Seri juga.” Seakan ada daya tarikan yang menarik mereka dua orang asing. Buat pertama kali bertemu dan kini dalam pelukan seperti sudah bertahun-tahun memendam rindu.

 “Meh, meh, masuk Seri. Meh masuk. Ibu sediakan nasi kuning untuk Seri ya. Tajul pernah kata yang Seri tidak pernah makan nasi kuning. Tu yang Tajul pernah berpesan pada Ibu, apabila Seri datang rumah kita, mesti kita sediakan nasi kuning untuk Seri. Tak boleh, jika tak boleh. Seri tunggu Ibu masak ya!” Ibu Tajul sibuk menunjukkan ruang untuk tetamunya duduk. Mementingkan keselesaan mereka menjadi keutamaan. Dalam fikirannya kini sudah mahu menyediakan nasi kuning untuk tetamu yang sudah lama di nanti-nantikan. Ramuan untuk menyediakan juadah istimewa sudah terlintas di fikirannya satu demi satu. Dalam sekali lalu, dia tahu, segala bahan yang di perlukan kini lebih dari mencukupi. Cik Seri merasa serba salah kerana kini Ibu Tajul bersungguh-sungguh.

 “Eh! Jangan macam tu Seri. Nanti Tajul marahnya Ibu. Tak apa. Tak apa. Seri rehat dulu. Biar Ibu sediakan ya. Lagi pun semua bahan-bahannya sudah ada kat dapur tu. Tinggal nak masak  saja tu. Seri jangan bimbang lah ya.” Ibu Seri benar-benar mahu menunaikan hajat anaknya Tajul.

 “Tajul ke mana Puan ?” Encik Bakar memikirkan alternatif.

“Tadi pagi ada dia cakap nak tangkap ikan di  tepi sungai. Selalunya waktu begini dah balik tapi entah lah kenapa belum lagi baliknya. Takut-takut dia singgah kat mana-mana kut.” Ibu Tajul menjelaskannya dengan lehernya di panjangkan ke luar jendela rumah. Cik Seri dan Encik Bakar bertentangan mata.

 “Biar kami saja yang pergi panggil Tajul balik. Di mana sungai tu?” Encik Bakar mohon untuk memberi bantuan. Ibu Tajul memberi mental peta pada Encik Bakar arah di mana terletaknya sungai yang selalu di kunjungi oleh Tajul. Dalam masa dua minit terpantas, Encik Bakar sudah pun hafal akan selok-belok ke sungai tersebut. Cik Seri ikut sekali. Tinggalkan Ibu Tajul kembali sendirian untuk menyediakan hidangan yang harus di tunaikan.
***
 Di sungai ini dilepaskan segala asa. Dendam duka dan nestapa seadanya. Dalam penantian gerabak dicari, apakah mungkin ada hari kekasih akan kembali. Tenang sungai berkocak rindu, langit menangis bumi sudah tahu. Pulanglah kekasih, pulanglah sayang. Walaupun pada kepulangan ini, yang terakhir kalinya jadi.
 “Kat situ tak ada ikan abang. Selalunya kat hujung sana. Tapi rasa-rasanya hari ini, ikan macam merajuk lah pulak. Macam tahu-tahu aja, ada orang akan berputus kasih nanti.” Dia menghampiri sebaik saja dia terlihat kelibat insan lain di tempat yang sama. Selalunya tempat sunyi seperti ini, jarang mendapat kunjungan dari orang-orang kampung. Namun itu tidak menghalang sesiapa saja yang mempunyai minat untuk memancing di hujung minggu, seperti dirinya. Semak belukar menutupi hampir separuh dari tubuh insan yang baru di tegur tadi. Redup senja kian bermanja pada angin yang melambainya.

 “Abang bukan nak tangkap ikan kan?” Baru di sedari akan dirinya bahawa, orang itu bukan mempunyai niat yang sama, apabila melihat pakaian yang dikenakan pada tubuhnya. Berkemeja kemas dan berkasut pejabat. Malah rambutnya juga di sisir rapi. Selepas dua kali pandang, kebarangkalian dia bekerja seperti pemandu peribadi. Dalam memberikan tindak balas, di geleng kepala beratnya cuma sekali, itu sudah memadai.

  “Habis tu ada apa abang ke sini?” mengeringkan keringatnya yang kini membasahi dahi dan wajahnya dengan tuala kecil yang baru di ambil keluar dari kocek belakang seluarnya.

 Dengan setapak langkah dia ke kiri, dengan serta-merta kelihatan ada satu lagi insan yang dibelakangi. Segala pergerakan terhenti. Nafasnya tersekat-sekat. Pandangannya kabur. Imbangannya hampir terumbang ambing. Denyutan jantungnya tersangkut-sangkut. Keringat terasa dingin. Dia nampak dia.
“Tajul” suaranya lembut menghalusi ruang udara di antara mereka. Cik Seri mengukirkan senyuman manis di hujung simpulannya. Matanya tiada daya menadah air mata rindu. Kini mengalir di pipi merahnya. Debaran kian terasa. Begini kah rupa kekasih ku? Begini kah rupa paras buah hati ku?

 “Se ... Se ... Seri ?” Tajul terkejut.

 “Seri datang Tajul. Seri datang menepati janji.”

“Ya Allah !” Tajul rebah ke lantai bumi dalam rupa bersujud dilaksanakannya. Biar pun basah dan lembap tanah ini, namun tiada ternilai akan kegembiraannya. Dengan segera Tajul bangkit kembali. Memperbetulkan kesederhanaan pada busananya. Lusuh dan sudah tiada berwarna pada kemeja T nya dan seluarnya sudah tiada lagi segaknya. Namun bagi Cik Seri, itulah pemandangan yang paling indah yang kini mengambil tempat di sudut di hatinya.

 “Kenapa Seri nak datang tak cakap? Sampai ke sini Seri cari Tajul?” terkebil-kebil matanya melihat kecantikan yang ada pada wajah kekasihnya. Tajul merasa kesyukuran yang teramat.

“Tajul selalu ke sini seperti yang selalu Tajul ceritakan. Apakah berada di sini dapat memberi ketenangan pada Tajul?” Cik Seri teringat pada perbualan mereka suatu ketika dahulu. Tajul akan berlari ke sungai untuk mencari pada yang tiada kerana tiada daya menampung ujian di dunia NYA.
 “Hanya di sini lah tempat Tajul. Mahu ke mana lagi Tajul ini.”
***
 Di teratak kasih berseri kini. Tiada cahaya , hamparan lama. Kerana dia cinta abadi, hadirnya pembawa bahagia. Riak pagi mencari erti pada malam bermimpi ngeri. Tiada indah kunjungan yang ini kerana hadirnya membawa erti tersendiri. Nasi kuning air tangan Ibu Tajul di jamah sudah. Ibu tidak kempunan, Tajul tidak terkilan. Mana cinta yang dulu pernah menghiasi. Memberi cahaya di malam hari. Memujuk hati dalam rintihan, membelai jiwa dalam kedukaan. Hilang lah sudah, ketawa ria, kini berganti duka nestapa. Hilanglah sudah intan permata, kini diberi derita selamanya. Pergi mu sayang, pergi berteman. Kerana kasih dikau turutkan. Pergi mu sayang, tinggal Ibu sendirian, kerana kasih Ibu relakan.

“Tajul suka sangat ke sungai. Tak kira waktu hujan ke. Dah suka memancing orangnya, dari dia di bangku sekolah lagi. Kalau tak ke sungai nak ke mana lagi si Tajul tu. Tapi yang saya pelik kan Kak, polis dan pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari selama tiga hari,tiga malam, tak jumpa-jumpa.  Macam mana kekasihnya Tajul boleh tahu di mana mayatnya Tajul, sedangkan dia masih berada di luar negara, kan?.” Jiran tetangga yang prihatin dengan tragedi, kini hadir menemani.

 “Seri sendiri yang mencari arwah.” Ibu Tajul menjelaskan pada jiran yang sudi ke mari.
“Seri balik ke sini ke Kak? Mana mungkin kak. Kan jauh tu!”

 “Tak, dia tak balik. Dia tak sempat nak balik.” Ibu Tajul  kini sudah memahami tafsiran erti mimpi di siang hari.
Untuk saat seperti ini kebisuan itu lebih bermakna.

Kerana mereka pernah berjanji untuk bertemu di hujung rindu. Tajul dan kekasihnya kini bukan saja berkongsi cinta yang nyata malah mereka kini memiliki tarikh kematian yang sama.

~ Panggilan rindu mu telah memanggil aku untuk kembali ke pangkuan mu.~
***

6 comments:

  1. Assalamualaikum..
    terima kasih ya Kak Sha ... sayang dia..
    manja dah membacanya...menarik..
    terima kasih ya..

    SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU ..SAHABATKU...
    RINDUNYA MANJA PADAMU K.SHA :)

    dari Manja :)

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam Manja,

    Alhamdulillah Manja senang dengan karya ini semoga ia menjadi penawar kerinduan buat Manja.

    Syukran Jazilan atas doa-doa dan harapan semoga yang terbaik dikembalikan kepada Manja seadanya.

    Baik-baiklah di dalam meniti kehidupan ini, Jagalah hati Manja selalu sesungguhnya Allah SWT itu selalu ada buat insan yang mengharapakan keutuhan cinta NYA.

    Salam Mahabbah dari Langit biru
    SHA
    (06022013)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam... Amin..
    terima kasih banyak-banyak ya K.Sha.... :)

    Langit Biru selalu saja indah dihatiku sahabatku...

    Semoga dirimu sihat, ceria, bahagia dan dirahmati Allah selalu..
    Amin..

    Manja :)

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan Kak Sha..
    salam yang manis dari manja buatmu..
    salam langit biru... :)

    Semoga sihat ,ceria, bahagia dan dirahmati Allah selalu..Amin...

    manja :)

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Al Mubarak Aduhai Manja,
    Semoga yang terindah selalu berada di sisi rindu mu. Doa dan harapan dijadikan sandaran dalam mengenangkan akan diri mu. Memohon agar Allah SWT itu sentiasa mengasihi diri mu, selalu.

    Jagalah hati mu selalu.

    Nota :: Nanti tonton tayangan telemovie pertama sha sempena Syawal di TV3, minggu pertama raya dengan tajuk LEBARAN KASIH.

    Salam dari langit biru hanya untuk mu.
    SHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri manisku Kak Sha...
      Apa khabar..
      Alhamdulilah..

      Amin.. Ya Allah..
      terima kasih selalu mendoakan manja ya.. sungguh hatiku terharu..

      manja dah lihat cerita tu..
      best sangat ... tersentuh hati...


      manja selalu saja share karya2 darimu sahabatku.. Kak Sha..
      bila rindu... selalunya manja akan ke sini.. In Shaa Allah ..manja akan selalu menjaga hati... walau kadang2 ianya amat susah.. dan berat sekali...
      YA Allah...
      peliharalah sahabatku ini..semoga dirinya dikasihi dan disayangi oleh Allah selalu..Amin..

      Delete