Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Monday, March 11, 2013

Ngajad's Tiga Seringgit - Grobak - si penjaja di kaki lima

Oleh : Ngajad

Grobak mengikis sisa senja
debu-debuan jalanan
menjadi pakaian siangnya
terik mentari merah
tiada belas kasihan
kepada murah nasibnya
si grobak tua
terus menghitung balang-balang dosa
pada taburan pahala
menghilang di kaca usia
akhir senja
bermuntah jelaga
kerana tidur
pada malam jemu tiada selera

Cihampelas, Bandung
210213
***


Thursday, March 7, 2013

Ngajad's Tiga Seringgit ... Itulah yang terakhir

Oleh : Ngajad

Debaran jiwa melonjak-lonjak
semenjak siang ditinggalkan tenang
perjalanan yang jauh semakin dekat
kepada pertemuan dalam penantian
jingga senja di hujung masa
redup hari seperti mengerti
membiarkan mereka bertiga duduk sendiri
tika lisan membisu yang tinggal hanya bicara dari hati ke hati
letih kejauhan di simpan sunyi
kerana rindu membara untuk kemari
sesungguhnya inilah rancangan ILAHI
untuk bertemu buat terakhir kalinya sebelum mati

"Ma, jomlah balik ...." merenggek si manja di dalam kereta, lelahnya dia tidak terkira. Kerana perjalanan dari selatan ke utara, cukup rasanya untuk pulang sahaja.

"Sekejaplah sayang. Biarkan Abah dengan abang-abangnya, mungkin mereka sedang melepaskan rindu, agaknya ..." cuba memujuk mudah-mudahn si manja menjadi selesa, sesungguhnya di wajah mereka laksana jentayu menantikan hujan,  tidak ubah seperti melepaskan rindu sehingga kesampaian.



Petang ini seperti sengaja tangguh-tangguhkan. Singgahnya bayu seperti ada yang mahu dinyatakan. Damainya raga seperti di letakkan. Inilah tiga beradik bertemu di hujung rindu.

Sebelum pulang daripada senja tadi, dia berhajat lalu berpesan ...
"Esok malam, makan sini ya? Kita buat bakar-bakar ..." (bakar-bakar orang utara sebut sebagai BBQ)

Sekali angguk, semua setuju. Kami tidak kekok, terujanya kami ... sesungguhnya kami mahu.
***

Janji semalam ditepati malam ini. Hadirnya kami memeriahkan lagi. Berasap sudah perkarangan juadah, menantikan kami datang untuk bersinggah. Sebelum santapan bermula, ada hajat, ada suara ...

"Hari ini kita baca doa kesyukuran, esok kita baca doa tahlil pulak ..." Pakcik Azni, terbantut seleranya ... cubitan hidangan tadi kini di letakkan semula. Dengan wajahnya separa terasa, kami memahami, kami turut ketawa dengannya. Ada Imam dikalangan kita, mengetuai doa dalam satu sebutan. Semua serentak meng AMIN kannya. Semoga hidangan ini mendapat berkat dari NYA.

Kami di layan mewah sekali. Dalam memastikan semua dapat juadah sendiri. Di hiburkan kami dengan gurauan senda, kami leka dalam nikmat dipinjamkannya.

"Adik suka makan keli ya?" Dia bertanya kepada diri ku apabila melihat diri ini makan sehingga menjilat jari. Dia tidak makan walau sesuap pun, cukup baginya erti kekeyangan itu apabila melihat adik-adiknya makan disitu.


(Dia yang duduk di paling kiri, berbaju kuning)

Penghujung malam berakhir dengan penuh bahagia, bagai sudah habis segala rindu disampaikan. Inilah rancangan ILAHI, ini lah malam terakhir dia bersama kami.

Jam 2 pagi, kami dikejutkan dengan deringan telefon tanpa henti. Rupa-rupanya itulah panggilan telefon yang mengejutkan kami. Dia sudah tiada lagi. Meninggal dunia sejam yang lalu - dia sudah tinggalkan kami.

Saya tidak sempat untuk bersalaman dengan dia kerana tika itu sedang tidurkan di manja di dalam kereta. Sebaik saja yang lain berangkat pulang, saya ikut pulang tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Al-Fatihah
Kekanda Hussain Hassan kembali ke rahmatullah pada Feb 12, 2013.
Semoga Allah SWT ditempatkan alahyarham di kalangan insan-insan yang beriman yang lebih dulu dari nya. AMIN YRA.

Notakaki ::
Sesungguhnya ALLAH itu Maha Kaya, diberikan kami peluang untuk bertemu buat sekian kalinya. Perjalanan kami dari rumah ke Penang dipermudahkan. Selamat tiba dan terus mencarinya. Menumpang menginap dirumah adik beradik, juga ALLAH mudahkan - mudahkan untuk kami bergerak secara berkumpulan tika proses memberitahu adik-beradik dan saudara mara yang lain - menguruskan jenazah - menuju ke tanah perkuburan - dan perkebumian. Terlalu banyak yang telah ALLAH berikan tika musibah diberikan. Saya bersyukur dengan nikmat yang ini walau pada masa yang sama, kami kini sudah kehilangan. ALLAH itu Maha Adil kerana sesungguhnya DIA Maha Mengerti pada permintaan sekeping hati insani.