Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Sunday, May 25, 2014

Cahaya Hati

Yang bercahaya menyinari persada itu adalah cahaya hati
menerangi segenap kegelapan seluas nusantara
tiada lagi yang membendung dengan kerinduan
menutupi kerisauan
mahupun merasakan tersisih dibawah payung kedaulatan

Yang menyuluh tanpa mengenal erti jemu
kerapkali membakarkan diri tanpa memberitahu
tujuan untuk mendapat restu
semoga yang dapat melihat, sudi juga menunggu

Kesanggupan dalam mengorbankan
bukanlah satu gurauan
tiada yang merasakan bahagia jika tidak merasa bahangnya neraka terlebih dahulu

Mentak mencari pada yang hilang jauh dihati
cintuh diraga angans dirasa dekat dijiwa
kibarlah helaian derita di tugu nyawa
melaungkan sakit ini adalah untuk sementara
sementara yang sukar ini berlalu sebelum senja
laksana Jentayu pulang kepangkuan tuannya
kontang airmata belum mahu tiba
pada segenggam janji, jagalah cinta - selalu jawapannya
***


Friday, May 16, 2014

Laksana Jentayu Menantikan Hujan

Tiba-tiba terasa kerinduan yang teramat sangat. Rasa sebak dan sayu menyelebungi seluruh jiwa dan juga raga. Bagaimana mungkin dapat bertemu dengan penawarnya. Ramai sungguh antara yang dikenali sudah selamat pergi dan selamat kembali. Masing-masing dengan senyuman dan cerita yang serba baru. Keseronokan hanya dengan mendengar telah menggocakkan lagi segenap sanubari. Dengan sepantas itu, kenangan demi kenangan datang secara bertubi-tubi. Masih segar, masih jelas, seperti baru semalam ia berlalu.

Ya Rabb,
Gambaran gah Kaabah MU, sungguh sukar untuk aku lupakan. Keharuman diwaktu malam sehingga sebelum Subuh masih melekat di rona deria ku. Gendang halwa deria masih dapat mainkan laungan Muazzin pada setiap waktu yang masuk. Tegak bulu-bulu roma, melihat Kebesaran MU. Kehijauan Masjid Nabawi masih mengimbas dihujung bulu mata ku. Lambaian terakhir yang ku lambaikan adalah lambaian yang paling sukar. Tika itu air mata lebih laju mencurahkan kepayahan kepada kerinduan yang bakal ku tanggung sendiri.

Ya Labbaika,
Sudilah kiranya KAU menjemput aku kembali. Sungguh tiada daya aku untuk terus menanggung kerinduan ini. Kesukaran ini amat payah untuk aku tanggung sendiri.

Sesungguhnya aku sedari, ada mungkin persediaan ku masih belum mencukupi. Aku tidak berkecil hati dengan MU, Ya Rabb. Bukankah benar akan kata-kata mereka yang bijak-bijak, seharusnya kita kena bersabar dengan MU, Ya Allah SWT. Betapa indah dan beruntung kepada sesiapa saja yang diuji oleh MU. Sesungguhnya ujian MU itu adalah satu bukti kesetiaan terhadap MU, Ya Labbaika, kesetiaan ku hanya pada MU.

***






Wednesday, May 14, 2014

SALAM DARI LANGIT BIRU

Dia Khalifah Hidupku
Junjungan Kasihku Di Langit Cinta

Segak langit mendakap mimpi
Pada siang yang suka berlari
Ada kalanya bayu suka bertanya
Mengapa pelangi kerap berdiam saja
Kesepian kidung tiada berpuisi
Syair manikam semakin basi
Mentak hendaknya cintuh di raga
Kabir senja menggapai bingkai kepunyaannya

Langit biru keliru di hamparan rindu
Rasian hadir tidak sekali, tidak menentu
Nyali menghentak di tepian telaga
Berqasidah  entah di barisan mana
Riak memori serangkai nyawa
Apa yang tinggal mungkin bangkai nya saja
Kebutuhan apa lagi yang masih belum cukup-cukup sehingga kini
Kerdipan kunang-kunang hilang mewarnai

 Susuri saja perjalanan ini
Wadah ada dalam menanti
Biar Jentayu hujan di tunggu
Apa pun di waktu itu
Para jiwa-jiwa kesuntukan masa
Illahi tidak sengaja melengahkan mereka
  
Langit biru menghampari  kasih Zuhud dalam diberi
Biar titisan hujan melimpahi hati bumi
Meresapi sehingga ke liang-liang pusara insani
Semoga tiada kontang, kebaikan  diberkati
Kelibat cinta kiblat arahnya
Sujud berdendam, rintihan khalifah jaksa
Luka derita mainan dunia
Kejayaan bahagia janji di sana
Mendongak bumi langit dicari
Tika gerhana melepasi peraduan
Mengharap kasih MU, tiada henti
Tika dosa-dosa ini dalam persiapan

Langit biru titipkan salam
Ya Allah, KAU sampaikanlah
Aku kedekut, aku pengecut
Tidak memiliki, tidak mempunyai
Jolong berharap pinjam sendiri
Hidup ini, hanya sekadar menunggu untuk mati
Bertahan erti pada satu cinta
Cinta yang kekal untuk selama-lamanya
Menahan bermimpi tidak berupaya
Cinta ku satu, tidak mungkin dua

Angan hadir usahlah pergi
Permaidani merah menebar ke bumi
Tujuh takhta rahmat segak berdiri
Hantaran jabar kaisar diberi
Bianglala jiwa merekah di ambi
Sadarulkalam bermula di sini
Zikrullah tiada pernah sunyi
Angan sifat'ullah bintang hati
Kerabat khalifah dalam menanti
Di langit biru ... janji ILAHI



Laut Merah, Jeddah
2011

***