Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Friday, May 16, 2014

Laksana Jentayu Menantikan Hujan

Tiba-tiba terasa kerinduan yang teramat sangat. Rasa sebak dan sayu menyelebungi seluruh jiwa dan juga raga. Bagaimana mungkin dapat bertemu dengan penawarnya. Ramai sungguh antara yang dikenali sudah selamat pergi dan selamat kembali. Masing-masing dengan senyuman dan cerita yang serba baru. Keseronokan hanya dengan mendengar telah menggocakkan lagi segenap sanubari. Dengan sepantas itu, kenangan demi kenangan datang secara bertubi-tubi. Masih segar, masih jelas, seperti baru semalam ia berlalu.

Ya Rabb,
Gambaran gah Kaabah MU, sungguh sukar untuk aku lupakan. Keharuman diwaktu malam sehingga sebelum Subuh masih melekat di rona deria ku. Gendang halwa deria masih dapat mainkan laungan Muazzin pada setiap waktu yang masuk. Tegak bulu-bulu roma, melihat Kebesaran MU. Kehijauan Masjid Nabawi masih mengimbas dihujung bulu mata ku. Lambaian terakhir yang ku lambaikan adalah lambaian yang paling sukar. Tika itu air mata lebih laju mencurahkan kepayahan kepada kerinduan yang bakal ku tanggung sendiri.

Ya Labbaika,
Sudilah kiranya KAU menjemput aku kembali. Sungguh tiada daya aku untuk terus menanggung kerinduan ini. Kesukaran ini amat payah untuk aku tanggung sendiri.

Sesungguhnya aku sedari, ada mungkin persediaan ku masih belum mencukupi. Aku tidak berkecil hati dengan MU, Ya Rabb. Bukankah benar akan kata-kata mereka yang bijak-bijak, seharusnya kita kena bersabar dengan MU, Ya Allah SWT. Betapa indah dan beruntung kepada sesiapa saja yang diuji oleh MU. Sesungguhnya ujian MU itu adalah satu bukti kesetiaan terhadap MU, Ya Labbaika, kesetiaan ku hanya pada MU.

***






No comments:

Post a Comment