Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Saturday, August 30, 2014

KEMERDEKAAN - SAM

Erti Kemerdekaan buatku ::

Bangun pagi ada nasi lemak bungkus daun pisang jual di tepi jalan.
Bekalan air sentiasa mencukupi sepanjang tahun.
Hadir musim tengkujuh, bah dan banjir bisa ditangani.
Apam balik sentiasa ada terjual di pasar malam.
Kesesakan lalu lintas tiada lagi.
Masjid sentiasa penuh setiap kali masuk waktu untuk menunaikan solat.
Para Muslimin dan Muslimat semakin bijak menutup aurat ditempat umum.
Remaja-remaji semakin matang memerapkan kesopanan dan kesusilan.
Kemiskinan kian pupus kerana si kaya suka memberi.

Memelihara nama baik dan maruah Negara.
Berjuang atas nama cinta pada Malaysia.
Tidak segan dan kekok untuk mengaku "SAM"
Bangga setiap kali menyebut "SAM" diluar negara.

Bersyukur atas nikmat negara yang damai - tidak berperang dengan senjata dan pertumpahan darah.
Mengambil ikhtibar dengan musibah yang melanda pada negara - paha kiri dicubit, paha kanan yang terasa. Kesusahan insan lain, kita sama turut merasakannya.
Kekurangan apa yang ada, pasti ada kelebihan disebaliknya.

MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA !!
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 57
31082014


*SAM - Saya Anak Malaysia





Friday, August 22, 2014

KEPULANGAN (Untuk MH17)

Pagi Jumaat
terasa sangat mulia, sangat cantik di jiwa-jiwa
hembusan bayu, hadir dalam pelukan mesra
membelai separa raga
yang sedang meratap kehebatan dunia
separa lagi sudah patah dalam kepiluannya

Ada kedengaran tangisan disebalik sembunyi
ada yang belum habis mengucapkan selamat tinggal - cukup sampai disini
dipapah yang lelah
dikendong yang rapuh
ujian ini bukan untuk seinsan
sebaliknya untuk semua yang berjiwa, berhati mulia

Berat naluri melangkah untuk tiba ke destinasi
pandangan mata tajam mahu tiba untuk berada disisi
untuk sampaikan salam
untuk sampaikan rindu - yang teramat mendalam

Airmata lebih lekasnya tiba
lebih pantas menrungkaikannya
yang sakit ini ku bawa mati
yang perit ini akan ku tanggung sendiri
Usah dikau ragu
segala kenangan indah antara kau dan aku
akan ku simpan ku jadikan memori
bakal bersemadi di lubuk hati - sehingga ke separuh nyawa lagi

Datanglah malam, sampaikan bicara
pada kerdipan bintang
di hujung persada sana
langit biru bakal baik-baik saja
dalam merawati syair kerinduan
barisan doa dalam keindahan

Kepulangan ini yang terakhir kalinya
pulang membawa cita-cita
pulang bersama hajat katanya
bukan sekali ini
akan kita sambut syawal bersama
tetapi akan kekal untuk selama-lamanya

***





Its the longest flight ever ... (dedicated to MH17)

Its a very sad sad day, today
I was in tears
in silent I sat and pray
as i watched one by one 'touched down'
safely landed to Malaysian's ground

I saw our flags covering each one of them
making it looked like a warm and secure blanket
being handed over to our waited handsome soldiers
it made me feel connected
looking at their faces
they knew what pain is all about
far from this distance
they knew the most from the crowd

Honestly, I don't know anyone of them
neither by their names
but then again
It hurt me so bad

Welcome home ... now that you're home
it was the longest ride, ever

22082014