Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Friday, November 7, 2014

7 Amalan

Sebelum kita mati, andai berpeluang untuk melakukan 7 amalan yang dapat kita nikmati selepas kita mati.

HR :: Anas bin Malik a.r

(1) Berkongsi ilmu kepada seseorang.
Berkongsi ataupun menurunkan ilmu, tidak kiralah walaupun kepada anak sendiri. Walaupun ilmu itu kelihatan remeh namun selagi ilmu itu dipelihara dan disebarkan kemudian kepada insan lain, maka dengan itu kebaikan ilmu tersebut yang diparaktikkan kini diterima segala pahalanya - tika itu ... kita sudah pun mati.

(2) Memperdalamkan aliran sungai supaya ia mudah mengalir untuk yang masih hidup menikmatinya.
Membuat aliran sungai  / mahupun parit jiran sebelah rumah. Dalam mempastikan aliran sungai itu mengalir dengan baik, justeru memberikan manfaat kepada penduduk sekeliling. Mereka hidup senang dengan adanya sungai tersebut - pahala memperdalamkan sungai diterima - tika itu ... kita sudah pun mati.

(3) Mengali telaga. 
Menyediakan bekalan air untuk insan lain. Pada sesetengah kehidupan mereka sangat memerlukan bantuan air yang bersih. Air untuk minum, Air untuk mandi. Kita menghulurkan bantuan samada dengan sama-sama mengali telaga ataupun melakukan derma agar terlaksan sebuah telaga untuk kemudahan mereka yang susah ini. Selagi telaga itu ada air dan selagi air itu dinikmati oleh mereka yang amat memerlukan dan mereka senang dengan kemudahan itu, pahalanya menyediakan telaga diterima - tika itu ... kita sudah pun mati.

(4) Sama-sama membangunkan masjid.
Sifat kita yang tidak lokek tika mendapatkan tahu, ada kawasan perumahan yang memerlukan dana untuk membina sebuah masjid. Tidak kiralah walaupun masjid itu sangat jauh dari kawasan tempat tinggal kita, Kita berikan sedikit wang agar mereka dapat merealisasikan impian mereka untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah di masjid tersebut. Pahala dalam niat mahu membantu dan bersedekah diterima - tika itu ... kita sudah pun mati.
 
(5) Mewakafkan Al Quran.
Kita mendapat tahu ada anak-anak fakir miskin yang tidak berkemampuan untuk memiliki senaskah Al Quran. Sedangkan kita ada 4 ke 5 naskah Al Quran di rumah. Dalam kereta, dalam beg pun ada. Al Quran yang kita beli semasa ke bumi Madinah dan juga ke Mekkah. Malah Al Quran yang dihadiahkan juga masih elok. Lalu kita tidak berkira, kita wakafkan beberapa naskah Al Quran buat yang memerlukan. Selagi Al Quran itu dibaca dan pelihara, selagi itulah pahalanya diterima - tika itu ... kita sudah pun mati.

(6) Meninggalkan anak yang akan selalu mendoakan untuk kita.
Anugerah pemberian Tuhan, anugerah yang paling indah - anak kita sendiri. Berilah didikan, bimbingan serta curahan kasih sayang. Agar satu hari nanti, apabila kita dijemput terlebih dahulu, dia (anak-anak) akan setia mendoakan kebahagiaan untuk kita. Sesungguhnya doa mereka, doa yang cepat tiba.

(7) Tanam pokok Kurma.
Kepada yang berkemampuan. Bukan saja pokok kurma, apa jua jenis pokok yang berbuah. Hasil buah tersebut dimakan dan dijamah oleh insan selagi mereka hidup. Memberikan kemanisan dalam kehidupan mereka, pahala itu kita terima - tika itu ... kita sudah pun mati.

***









No comments:

Post a Comment