Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Sunday, December 28, 2014

Ngajad's Tiga Seringgit ... Kesian pada mu Malaysia

Oleh Ngajad

Selepas satu demi satu musibah datang melanda negaraku
saling silih berganti, menjadikan haru biru
luka lama belum lagi sembuh
kini dibenbani dengan kelukaan kian bertumbuh
sangat payah, teramat parah
untuk melalui yang belum jelas tidak berarah

Adakah kerana nila setitik
dari hujung utara sehingga ke hujung selatan
harus menerima natijahnya
dalam terpinga-pinga, pada dosa-dosa bukan milik mereka?

Disaat langit kerap menangis
bumi semakin bijak mahu merajuk
bayu dalam diam kian menghilang
mentari dan pelangi semakin jauh membawa diri

Kesian pada mu Malaysia ...
Tabahlah dalam menghadapi saat kesukaran ini
Bersabarlah dengan ujian kiriman NYA
Bersangka baiklah dengan tanda ingatan dari NYA
Kita bersatu kerana mu Malaysia
Kita akan tetap bersama kerana Islam mengajar kita
***

Bisikan hati Ngajad ...

Para jiwa pilihan ILAHI
dalam berbaris menunggu giliran untuk berangkat pergi
yang ditinggalkan hanyalah kenangan pada hebatnya amalan mereka
memberi erti para jiwa yang miliki NUR pinjaman ini

Andai masih diberikan masa ...
mampukah seorang aku mentitipkan impian dan harapan
pada bumi yang semakin tua
kegersangan dan ketandusan hampir-hampir di penghujung garisan
hayat ini kian pudar bayangan pada siang

Sedihnya mengenangkan mereka dan keluarga mereka sedang berdepan dengan musibah banjir
Sungguh terkejut dengan sebuah lagi pesawat yang kehilangan

Sudah hampir ke penghabisan tahun
Allah SWT mengirimkan ujian tanda ingatan
mungkin pesanan dari yang Berkuasa,.. Jangan terlalu gembira pada pemberian dunia kerana belum tentu selamat di akhirat sebagaimana didunia NYA.

Allahu
Ya Rabb
Ya Labbaika
sudilah kiranya KAU kasihanilah kami
***





No comments:

Post a Comment