Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, December 31, 2015

Syair sebelum semalam

Patah tumbuh
hilang berganti
sakitkan sembuh
yang hilang belum tentu mati

311215


Wednesday, December 30, 2015

HAPPY BIRTHDAY

Ameer Adam Hayzen

20jam ... 11tahun yang lalu.

Episod 1

29 Dis 2004 @ 3am
Puchong
Selangor

Kami dikejutkan dengan 'tumpah air'. Bergegas kami ke SJMC - Subang Jaya, tika 3 pagi. Jalanraya lenggang selenggangnya. Tiada kenderaan mahupun para malaikat yang lalu lintas akan tetapi Imam membawa kereta seperti F1 di Sepang. Mungkin Imam bimbang dan kemungkinan juga Imam juga sudah panik.

29 Dis 2004 @ hampir 4am
Tingkat 3
Hospital SJMC

15 minit kemudian, kami tiba di pintu utama SJMC dengan selamatnya. Kereta yang dipandu oleh Imam berhenti betul-betul di pintu bangunan yang buka dan tutup dengan sendirinya. Sebaik saja brek tangan di tarik, pengawal yang berjaga malam dengan lekas menghampiri dan membukakan pintu kereta. Dengan pantas mereka menyediakan kerusi roda untuk saya. Dengan langkah yang berhati-hati salah seorang pengawal malam itu menolak saya ke tingkat tiga. Manakala Imam diarahkan untuk meletakan kereta di kawasan parkir. Sayangnya ...syif malam tiada perkidmatan 'valet'.

Malam yang sunyi dan semakin dingin terasa ke tulang- tulang. Belum pernah merasa suasana hospital sesunyi sebegini. Sebaik saja ditolak keluar dari lif, barulah kelihatan suasana yang ada sibuk sedikit. Di kaunter jururawat, ada jururawat yang sedang menunggu dan terus memberikan arahan agar saya ditempatkan di 'labour room' yang sudah tersedia.

Alhamdulillah, sudah selamat sampai di hospital. Mana Imamku?

Tak sempat duduk nak check it out sekeliling bilik ini, Imam tiba. Wajah Imam pucat belum hilang. Agaknya Imam sangka saya mungkin sudah separuh jalan dalam proses melahirkan anakandanya. Siapa sangka bukan masa yang terdekat untuk saya melahirkan anak kedua kami tetapi sudah ditentukan oleh Allah SWT adalah 20 jam kemudian. Satu masa yang sangat panjang dan amat meyakitkan.

Doktor sakit puan hadir bagai dipetik jari jemari, Dr Delaila hadir dengan senyuman. Saya senyum kembali. Dengan ringkas selepas diperiksa keseluruhan, kemungkinan besar bukan malam ni, bilang Dr Delaila sebab pembukaan belum memadai. Rehatlah ... pesan doktor. Sudah semesatinya tenaga dan semangat amat diperlukan apabila tiba masanya nanti.

Maka rehatkan kami. Tidurlah kami. Berguraulah kami di bilik Labour itu. Masih belum ada tanda-tanda kesakitan. Namun tidak disarankan untuk bangkit mahupun untuk meninggalkan perkarangan hospital. Apabila terdengar jeritan dari bilik sebelah kerana didalam proses melahirkan zuriat, saya mampu untuk bergurau. Jururawat yang kerap memeriksa saya mengingatkan, hati-hati Puan, mungkin giliran puan kejap lagi. Lalu saya menjawab dengan suara yang sikit, InsyaAllah, saya akan tanggung segala kesakitan dan simpan segala jeritan. Bukan saya berlagak macho tetapi pengalaman di hopsital kerajaan telah banyak mengajar insiden pahit-pahit belaka.

29 Dis 2004 @ 8 am
Tingkat 3
Hospital SJMC

Masih dibilik yang sama. Masih terbaring seperti awal pagi tadi dan masih belum terasa sakit yang kerap. Contraction sangat minor.

Masuk jururawat yang sangat prihatin lalu bertanya, apakah saya tidak lapar? Sudah tentu jawapannya saya, kalau dikutkan hati nak sangat makan roti canai 4 keping & Nasi lemak lauk ayam berempah. Tetapi saya menolak idea untuk makan pada hari ini sebab  pengalaman berada di hospital kerajaan telah banyak meninggalkan parut yang memilukan. Akan tetapi hajatnya tidak berpanjangan, apabila jururawat tadi menjelaskan, bagaimana mungkin Puan dapat menolak bayi dalam kandungan andai Puan tidak makan terlebih dahulu?  

Jadi makan sebelum melahirkan anak bukanlah satu mitos sebenarnya, baru kini saya ketahui. Ia adalah satu kenyataan yang sungguh elok sekali. Jadi, tunggu apa lagi, saya sungguh berselera untuk bersarapan pada pagi ini. Siapa tidak?? Manakala makanan untuk Imam tidak disediakan, kesian Imam membeli makanannya di kafetia ditingkat bawah... Alhamdulillah, Allah SWT itu Maha Kaya.

29 Dis 2004 @ 10am
Tingkat 3
Hospital SJMC

Kebosanan dalam penantian kini berakhir sudah. Sesungguhnya Allah SWT sudah sediakan nikmat sakit yang tiada kata-kata dapat mengambarkan. Sakit yang tiada kesudahannya. Sakit yang datang dan seperti tidak mahu pergi.

Contraction kini kerap dan semakin lama.  Imam setia disisi. Diserahkan tangannya untuk dijadikan penyampaian sakit, namun sayang sekali tidak sama rasanya.

Tika inilah, saat-saat pernafasan lamez amat membantu. Jururawat tadi yang memberi ingatan kini sangat kagum sebab saya memilik untuk melakukan pernafasan lamez. Namun kesakitan itu adalah ketentuan kesemuanya. Allahuakbar !!! Mungkin para Malaikat dapat merasakan kesakitan yang tiada tertanggung.

29 Dis 2004 3 petang
Tingkat 3
Hospital SJMC

Tiada ubat penahan sakit diberikan sebab saya tidak mahu. Bukan sebab berlagak sombong sebab sayan bimbang kesan-kesan yang bakal saya tanggung kelak. Lalu diberikan laughing gas untuk saya. Itulah antara yang dapat membantu namun sayang sekali, kesannya tidak dapat menghilangkan apatah lagi megurangkan sakit pemberian Allah SWT ini. Saya mencari kekuatan dan ketabahan dengan keyakinan hanya pada Allah SWT. 

Hanya pada Allah SWT saya serahkan nyawa ini dan hanya kepada NYA saya berharapkan sedikit belas kasihan - peliharalah dan permudahkanlah yang sukar ini.


29 Dis 2004 8 malam
Tingkat 3
Hospital SJMC

Kini sakit sudah sampai ke tahap maximum. Saya didatangi demam panas dengan tiba-tiba. Tekanan darah & tekanan gula jatuh dengan medadak. Saya diberikan ubat demam dengan serta merta. Disaat ini, sudah tidak mampu lagi untuk makan, apatah lagi untuk minum. Namun jiwa dan lidah ini tidak putus-putus mencari ILAHI.

Jam didinding bilik tidak lekang daripada pandangan saya, saya tahu masa berlalu tetapi tidak tahu hari apakah ini dan sudah berapa lama saya sakit. 

30 Dis 2004 12 tengahmalam
Tingkat 3
Hospital SJMC

Sudah kehilangan air dari badan, Sudah tiada lagi energi. Suara saya sudah hilang. Longlai seluruh tubuh. Imam masih setia disisi. Wajah muram & panik Imam  - kesian saya melihatnya. Untuk saya memujuknya sudah tiada daya lagi, sakit ini sudah tiada mampu untuk ditanggung lagi.

Berkali-kali, Imam tanyakan apakah saya mahu, mendengar bacaan surah Yasin di headphone. Saya gilingkan kepala & katakan Its ok, I am fine ... InsyaAllah.

Tanpa jemu saya merayu pada Allah SWT, janganlah diebrikan kesemua sakit ini, simpankanlah sedikit, sesungguhny saya sudah tidak tertanggung lagi.

Dr Delaila kini sudah berdiri pacak didepan saya & berkali-kali mengingatkan saya untuk melakukan pernafasan. Bergilir-gilir jururawat dengan tugas masing-masing berganti syif dan melihat kondisi saya. Mereka sendiri tidak meyangka saya masih dapat bertahan tahan tanpa ubat penahan sakit sehingga ke tahap ini. Jururawat cuba sedaya upaya membantu untuk meringankan kesakitan dengan cara mereka memberikan senyuman, memastikan keselesaan saya & juga cuba menghiburkan hati yang semakin bercelaru. Alhamdulillah, merekalah penawar disaat itu.

30 Dis 2004 2 pagi
Tingkat 3
Hospital SJMC

Melihat kondisi saya yang sudah tiada bermaya. Dr Delaila menyatakan jika boleh mungkin sudah tiba masanya. Jangan ditangguhkan lagi walaupun bayi ini masih belum mahu bertemu ibunya. Dr Delaila sudah standby dengan Plan B, sekiranya bayi  ini degil jugak. 

Dr Delaila, berikan arahan kepada 7 jururawat yang sudah tersedia disekeliling katil saya. Masing-masing dengan tugas tersendiri. Manakala jururawat untuk menguruskan bayi sudah menunggu disudut yang berasingan. Kain bungkusan yang mengrangkumi alat-alat pemedahan hopsital kini sudah terbuka dengan luas. Dr Delaila dengan baju jubah nya. Ikatan rambut saya minta dilepaskan 0 untuk apa, saya sendiri tidak tahu sehingga ke hari ini. Imam diarahkan berdiri setempat disisi bahagian kepala saya & jangan tinggalkan posisi walau apa pun terjadi pada saya mahupun pada bayi, Imam ikut arahan seperti anak usia 4 tahun.

Sakit yang paling kuat yang saya nantikan selepas bertahan selama 20 jam kini akhirnya datang jua. Saya menarik nafas panjang dan dengan nama Allah SWT ...

sambung ke episod 2 ... esok





Monday, December 28, 2015

Laksana Jentayu Menantikan Hujan ...


Jauh aku dtinggalkan
bagai dibelah-belah kedindingan rindu
meratap bukan kerana kasihan 
luluh jeritan laksana Jentayu

Rindu dendamku abadikan
kujadikan selimut malamku
deraian manik bertaburan
kusembunyikan kelukaanku

Laut Merah kujadikan saksi
janji berparut kutinggalkan didalam hati
tibalah masa, ku menunggu hari
pasti kesana untuk ku ziarah kekasih ILAHI

Aduhai junjunganku baginda kekasih ILAHI
selawat dan salam daku kirimkan
kesejahteraan buat ahli keluarga juga para sahabat Nabi
bahagialah dibawah limpahan Rahmat yang dikurnikan
sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla , kasih NYA tidak pernah berbelah bagi.





Lir Llir ...

Lir llir, lir llir
tandune wis sumilir
tak ijo royo-royo, tak sengguh tementen enyar
cah anggon-cah anggon penekno blimbing kuwi
lunyu-lunyu penekno kenggo basuh dodorito
dodorito-dodorito kumitir badhah ing pinggir
domono jlu matono kanggo seba mengko sore
mumpang padhang rembulance
mumpang jembar kalengare
ya surak o
surak horeee ...
***
(Opick / Lir llir)

Thursday, December 24, 2015

Bukan marah tetapi ...

Sakitnya hati melihat sikapmu begitu ... manusia didepan mataku !!!

Rata-rata berani bersuara pada hari yang kononnya amat bersejarah buat mereka. Adakah ini sikap menunjukkan tanda hormat ataupun sekadar melepaskan batok ditangga? 

Pertunjukkan dengan berlisan, seakan lantang niatnya mereka. Adakah mereka sendiri mengetahui apa yang sedang mereka menyuarakan ?

Bukankah sepatutnya diri yang dilahirkan beragama ISLAM mempratikkan cara kehidupan secara Islam samada siang mahupun malam. Beriman kepada Allah Azza Wa Jalla bukan satu pilihan. Mengikuti sunah Baginda Rasulullah SAW bukan lagi satu mainan.

Menjadikan Al Quran sebagai landasan  & petunjuk selama bernyawa diatas dunia NYA.  Amalan seharian merupakan dedikasi & komited kita kepada Sang Pencipta.

Tetapi sayang sekali, hanya setahun sekali, tersebar luas dimuka bumi menyaran agar kita berselawat keatas Nabi SAW. Bukankah seharusnya kita berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW pada setiap hela nafas dan memuja Allah SWT pada setiap detik nadi ???

Dimana kejujuran & kesetiaan kita sebagai hamba NYA dan umatnya Baginda Muhammad SAW??

Tidakkah kita merasa MALU  dengan kekurangan yang sungguh ketara? 
Kita para hamba dilahirkan ke dunia dengan tiada punya apa-apa. Amat memerlukan Syafa'at Baginda Rasulullah SAW. 

Jangan berlagak sombong, sedangkan kita akan mati pada bila-bila masa saja lagi.
Tanpa belas kasihan, amalan kebaikan & Syafa'at ... kita hanyalah sampah yang menunggu masa untuk dibakar buat selama-lamanya.
***





Wednesday, December 23, 2015

Ada hujan disini ...

Hujan pagi menitis lagi
tanpa hadirnya guruh
tanpa bermendungkan langit pagi
suram-suram siang berubah wajah
turunnya hujan
bagai ada yang memanggil datang
usai doa sebaris dua
hujan tiba-tiba henti
seperti langit sudah habis urusannya disini
muncul si mentari
seolah baru bangkit dari mimpi
hadir tanpa bertanya
untuk apa ke sini

Hujan pagi
singgah menyapa sang hati
apakah masih ada rindu disebalik nyali
kapan untuk bertemu kembali
hujan pagi
datang untuk pergi
***
Thank you Ya Allah for the Rahmat & YOUR Blessing. Nothing gets better than this, for YOU'LL all I've got.



Friday, December 18, 2015

Kidungku ...

Kidungku gemalai tiada
rentak sumbang
indah entah kemana
lenggok berlari sonsang dimata
kidungku berpuisi hilang suara

Gugusan mentak dicintuh raga
bunga diraja sekadar pameran sahaja
haus kelibat sasa dijiwa
bagaimana kisah kesudahannya?

Berkaca dimata kah?
luka lama berdarah kembali kah?
episod cinta bertalam bertanya
apakah esok ada kesudahannya?
***

181215
Ya Rabb, pinjamkanlah aku ilhamMU
agar apa yang telah ku mulakan dapatku selesaikan
setiap yang bermula temukanlah aku dengan pengakhirannya.



Tuesday, December 15, 2015

Tuhan tak pernah tak dengar doa-doa kita ...

Aduhai Habibi
pujaan hati
diwajahmu sudah kehilangan seri
ku cari, ku tatap setiap inci
namun pertemuanku, hampa sekali

Kepayahan kali ini, sungguh mencengkam jiwa
menguji kami sekeluarga
mana hidangan kami berselera
kami menjamah sekadar kesihatan untuk dijaga

Keperitan ini, kemana mahu dibawa pergi
masih adakah sahabat handai disisi
masih adakah sanak saudara tidak segan dengan kami
semakin hari, semakin tidak bermiliki

Hanya berbisik mampu dilafazkan
bukan ayat-ayat cinta, indahnya bahasa bukan
berselang seli doa dan hafazan
kami merintih, mohon diampunkan

Tiada malam tidur tidak menangis sekali
sehingga dada bantal lencun kami tak peduli
bengkak mata tidak kami kesali
senyuman diwajah sudah hilang kini

Doa demi doa kami suarakan
harapan demi harapan kami luahkan
hanya padaMU Tuhan
kasihanilah kami, jiwa dan raga kami serahkan

Aduhai Habibi
Yakinlah dengan nasihat Nabi
Tuhan tak pernah, tak mendengar doa-doa kami
belum waktu, belum masanya lagi
bukan rezeki kita untuk hari ini

Yakinlah pada Allah
sebagaimana keyakinan ku padamu ... selalu.
***


Saturday, December 12, 2015

Aku dan dia ...

Aku dengan karya-karyaku
terpisah tiada
dalam izin janji akan terlaksana
mohon Allah memberi hidayahNYA

121215

Saturday, December 5, 2015

Dengarkanlah ...

Anakanda hamba ...

Hampir berderai airmatamu
tika ku nyatakan satu per satu
tika pagi menjelang waktu
tika kita duduk semeja dan sebangku

Tidak akan aku berdusta
apatah lagi berselindung disebalik cerita
yang benar harus ku kongsikan bersama
kerana yang benar tidak mungkin akan berdusta
Pertemuan kita didunia adalah sifat sementara
dalam izin NYA kita menjadi sebuah keluarga
tiba esok mungkin lusa
kematian pasti tiba

Berpisahlah kita, tiada lagi bersama, tidak dibumi
namun akan kekal simpan didalam hati
antara kenangan dan kemesraan yang kita pernah lalui
itulah tanda cinta kita sudah bersemi

DIA menjanjikan Syurga pada yang setia
DIA menyediakan Neraka pada yang murka
jangan sesekali melanggar perintah NYA
walaupun tika nyawa berada dihujung pedang musuh derhaka

Anakanda hamba ...

Kasih sayang jalinan antara kita
adalah limpahan Rahmat dari yang Maha Berkuasa
tidak mungkin dapat bertukar ganti
walaupun hidup tidak bertemu mati

Tabahlah semasa bertarung ujian didunia
percayalah ada ganjaran menanti disebalik semuanya
kehidupan selepas mati akan kekal buat selama-lamanya
bukankah lebih baik kita disatukan kembali disana saja?

Anakanda hamba ...

Hapuskanlah air matamu
jangan dibiarkan aku melihat dikau begitu
tidak sehari berlalu tanpa ku berdoa untukmu
ku yakin Allah SWT sangat meyayangimu
akan melindungimu tika daku tiada disitu
dan akan mentempatkan para solihin sertaimu
kerana ku yakin ...
dikaulah anak yang setia sehingga ke hujung nyawaku
***
Dear Hayzen,
Believes in Allah SWT and Allah SWT shall guide to Jannah.
I fell in love with you from the day you were just a thumb size in my womb. And each day, I am grateful to Allah SWT for HIS blessing having you as my son. No other love can replace the way I love you.




Thursday, November 26, 2015

Susah-susah, biarlah kita susah sama-sama ...

Duhai nyawa pujaan kalbu,

Ada yang mahu ku sampaikan namun tiada ku mampu
lantas disini saja ku luahkan
agar dapat dikau meneliti dan memahami
apa yang tersirat didalam hati ini

Perit tiada tertanggung tika melihat dikau yang sedang melihat daku
seribu kedut bergaris didahi mu
menggarisi kekusutan takdir yang belum mahu berlalu
berat di kedua bahu-bahumu
dapat kurasakan segenap jiwaku
malah sebak jantungku melihat dikau berjelaga selalu
namun apa dayaku
kudratku, terbatas ... aku tidak mampu
semahu nahu
aku memikul bersama kesukaran itu
susah-susah, biarlah kita susah sama-sama seperti dulu

Aduhai idaman jiwa,

Sudah adanya kita
sudah melebihi mencukupi rasanya
nilai budi dan harga cinta
adalah harta akhirat jua
usahlah gusar pada ketentuan NYA
yang sukar ini pasti berlalu pada akhirnya
bertahanlah untuk sehari dua
InshaAllah DIA tidak akam membiarkan kita sekeluarga menderita

Aduhai kekasih hati,

Ada kedamaian disebalik semua ini
cuma kita belum bisa mengerti
dalam sedikit masa akan bertemu pasti
yakinlah dengan ujian yang ini 
sudah jelas Allah SWT sedang mengawasi kita disini

Usahlah dikau tidur bersama duka
esok pasti akan tiba bahagia
pandanglah padaku dengan wajah ada suka
sudah pasti aku akan terikut senyum jua ...
***

Tuesday, November 24, 2015

When I gone ...


so little to remember
so much to forget
coz' I think you're gonna miss me when I am gone ...

(Randy Newman)
***


Friday, November 13, 2015

Sujud paling lama ...

Jentayu menebarkan sayap tika melintasi persada saujana
penerbangan yang sekaligus mengutip sisa-sisa yang tertinggal dikaki-kaki langit senja
perlahan bayu sedondon melambai mesra
menghampiri Jentayu merah menyala
Jentayu sudah arif akan erti kehadirannya
seakan esok tiada pada berganti lusa

Kekauatan daya hilang tanpa dirasa
sarat menanggung beban semalam, berkais ehsan disangka
puas meminta, puas bertanya
namun kesungguhan kejauhan ini, sudah nyata
bertali gunung, bertembok hasrat
rentap amarah, jasa disimpan semua
harapan dimamah dengki, dikendong apa gunanya

Riuh bahtera, nakhota tiada
laut damai berganti gelora
gejala akan tiba pada bila-bila masa
hanya layak berdiri kukuh saksama
riak dihati, menjerit sendiri
semakin benci, semakin membenci

Pupus masa antara kita
berganti nyawa, mungkin tidak serasinya
ada sudut ditepi dunia
meletakkan si pengemis bersama-sama pendusta cinta
carilah kelibatku disana
setelah apa yang pernah dulu dikau ada kini sudah tiada
akulah penganti saki baki cinta
buat tidak pernah menghargai pengorbanan cinta selama ini
biar mati ditelan mimpi
daripada mati tanpa disedari.
***
Aku hanya hamba NYA
aku tak punya apa-apa.


Thursday, November 12, 2015

Dusta dan Buta ... mereka

Kelibat hilang sudah
bertahun-tahun ku nantikan
namun kunjungnya tiba tiada
sesalan bukan aku sendiri yang punya
malah pendosa bukan aku seorang sahaja

Kerana taraf dan pangkat
darjat dan kedudukan didunia
aku dilabelkan kerdil lagi tidak saksama

Apa jua permulaannya
pasti kesudahannya, akulah empunya angkara

Mana keadilan, sedangkan maruah aku sanggup dipergadaikan ??

Canda jenis apakah ini?

Tiada lagi enak dipasang mata
semakin nyilu dihalwa deria
derita ini aku semakin sengsara

Dia yang bersikap sombong, bongkak dan lupa diri
meletakkan para insan lain tidak pernah betul
sedangkan dia tidak pernah salah
dia mengaku antara dia dengan Tuhan, hubungan mereka sejati
tulus dan suci
dimana kebenaran, sedangkan hati insan sekeliling dilukai berkali-kali

Si pendusta yang buta
zalim pada darah daging
bagaikan selumbar, diselit tidak kelihatan akan tetapi semakin menusuk memamah berahi

Bagaimana kebarangkalian ajal tiba
antara kita belum habis natijahnya
apakah hidupku selama ini menjadi sia-sia
atau kau akan berketawa sambil menjadi saksi tika tanah merah menimbus jasadku
lalu berkata dihatimu
"kau yang rugi kerana berlagak sebagai menteri sedangkan kau tidak tahu kesudahan mu nanti."

Si pendusta yang buta
aku tidak rugi
kerana semasa hidupku, aku telah menerima segala kesudahan diri
lantas aku juga telah redhai kekuranganmu
apa jua yang telah kau lakukan padaku
secara zahirnya aku tidak peduli
aku terima kekalutan mu sebagai ujian daripada DIA

Kini, tinggallah kau sebagai di pendusta lagi buta
menghabiskan sisa-sisa nyawa
tika membenam ke bumi.
***

Monday, November 2, 2015

Bertemu diHujung Rindu

Pendekkan cerita
sampaikan rasa
yang remuk itu hati ku hancur
yang padah itu jiwa ku akur
***

Senja memerah dikaki-kaki langit. Menggamit lelayang yang berterbangan didalam kumpulannya. Kesenangan kicauan merdu tiada yang sumbang. Sayu terasa usikan bayu menyinggah lalu, bagai cuba meyampaikan. Ada sendu, tiada senda bakal berlaku disini.

Keemasan lantai langit tika meyembah bumi nan kontang, terasa sesak kini menyelubungi. Dilihat semesta terbentang sendiri, sudah ketara ... perpisahan akan berlaku pada malam ini.

Kidung membisu lalu meyembunyi disebalik tiang-tiang harapan. Ada apa pada impian jikalau diidamkan tetapi terlaksana mungkin tidak bisa. Sekadar bertanya, tiada niat untuk menderhaka, Laila menghampiri Dhuka yang dari tadi duduk tidak tenang, bersilang kaki tidak membilang. Kegelisahan diwajah Dhuka disimpan tiada malah dipamerkan seperti siang sudah terbentang.

"Kalau sudah begitu jadinya, maka sebegitulah Laila akan jadinya ..." getaran suara halus lagi manja berpecah-pecah setelah melepasi bibir nipisnya. Bersimpuh disisi Dhuka seperti biasa perilakuannya. Terasa berat mahkota wanita Laila malah lagi berat beban yang akan dipikul oleh bahu-bahu Laila.

Dhuka terus membisu. Merapatkan bibir, merenung tajam dimana jasad Laila masih menunggu. Degupan nadi Dhuka perlahan tiada, kelajuan bagai melihat aral melintang datang.

"Laila ..." itu saja yang terdaya dibicara. Luahan hati, bisikkan naluri, hanya Laila sehingga mati. Mana mungkin akan hidup bahagia andai Laila tiada disisi. Mana mungkin akan hidup, andai Laila tiada didepan mata.

Dipaksa berat dagunya untuk mendonggak pada dia yang baru saja meyebut namanya. Ini bukan kali pertama namanya disebut begitu saja. Sudah serasi darah dan daging mendengar namanya dipanggil begitu saja. Helaan pernafasan semakin tersekat-sekat. Namun masih mampu Laila mengukirkan senyuman dihujung lirikannya.

Dhuka mencuba sekali lagi ...

"Kalau ..."

"Tak perlu disebut pada yang sukar untuk disebut." Laila lebih dahulu menghabiskan kata-kata yang tidak mungkin melepasi garisan bibir. 

Remuk hati Laila apabila melihat kedalam mata Dhuka. Sungguh kesayuan itu mendakap segenap rasa Laila. Biar tidak dinyatakan pada yang sudah sangat nyata.

Linangan air mata Laila dengan sendiri mengalir dipipinya. Untuk dihapuskan bagaimana mungkin sedangkan ketika ini, yang terluka amat terasa. Adakah penawar pada kesakitan sebegini rupa? Laila sungguh ingin tahu, bagai ditusuk dari belakang tembus ke dada.

"Laila sudah terima seadanya. Biarkanlah yang sukar ini segera berlalu. Janganlah menanggung beban derita terlalu lama nanti bakal memudaratkan kudrat. Usahlah dikenangkan lagi. Sampai disini saja ... sudah cukup bagi Laila." Sendu sendan datang mengiring pada setiap patah ayat-ayatnya. 

Dhuka terus tergamam. Derita Laila dirasa jua. Dhuka menderita sama.

"Jangan begini Laila ... kita ..."

"Jangan begini Dhuka." Laila semahu nahu tidak mahu mendengar Dhuka menceritakan bagaimana akhirnya nanti. Bukankah sakit itu lebih awal tiba?

Laila bangkit sambil dikeringkan deraiaan airmata dengan hujung lengan baju kurungnya yang lusuh. Bangkitnya lewat dan perlahan. Seoalah mengharapkan Dhuka akan mencapai dan buat kali terakhir akan mendakap Laila dan apakah sukar untuk menyatakan ... ini semua tak perlu untuk berlaku.

Sayang sekali, tiada apa yang Dhuka lakukan. Membiarkan Laila bangkit lalu meninggalkan Dhuka sendiri.

Remuk redah hatiku hancur ... Laila kini menatang patah hatinya.

Selepas lima langkah berjauhan dari Dhuka, Laila menoleh buat kali terakhir ... 

"Dhuka, bukan disini untuk kita. Apakah pasti kita bakal bertemu dihujung rindu?"

Dhuka menjawab tiada. Sebaliknya membisu sahaja.

Redup mata Dhuka menahan airmata daripada membasahi wajahnya. Kelibat Laila dilihat sepenuhnya. Dalam diam Dhuka berharap Laila akan berlari kembali ke pangkuannya dan sama-sama berharap agar ini semua tak perlu berlaku. Sayang sekali, Laila berdiri saja, wajahnya sudah tidak bermaya. Harapanya sudah tiada.

Dhuka tertunduk seketika, disaat dia membilang waktu. 

Amat sukar bagiku, sudah tentu amat sukar bagimu. Kembalilah padaku Laila, itu mahu ku... Dhuka meyusun doa-doa rindu.

Diangkat berat dukanya dan kini mereka bertentang mata ... Laila masih menunggu Dhuka mengiyakannya.

Dengan perlahan Dhuka katakan ...

"Ya Laila bukan disini untuk kita. Dihujung rindu kita akan bertemu." Dhuka lafazkan kata akhir darinya buat Laila yang sudah lama menunggu.
***





Monday, October 26, 2015

Tercium derita cinta

Mentak dicintuh raga membeluh
seakan kaki-kaki langit hampir runtuh
merekah lantai hati
membelah serpihan sisa-sisa
deraian tiada
linangan sengsara
penginsafan ini, terlewat tiba
berhari-hari
sang penanti - sudah lama mati

Diasah deruan guruh
belikat malam, hilang membilang
untaian bertanya
siapa celaka
pada esok
entahkan ada
entahkan tiada

Rapatkanlah doa-doa rindu
usai di susun ditepian jiwa-jiwa
berkatilah yang tertinggal ini
takala meratap diusung sakit memanggil

Sungguh tercium derita cinta
disaat yang sukar itu menjadi nyata
keperitan terkubur lama
mungkin disitu lebih bermakna
puas bertanya, bosan merasa
intai pasrah
hayat diserah
dalam waktu
membelai rindu
***









Thursday, October 22, 2015

Aku bukan Tuhan

Lumrahnya insan
mencari alasan pada jawapan yang sudah terang lagi bersuluh
seperti si buta berjalan siang
pada perbezaan sangat ketara, tiada bezanya

Sudah sebati sikap insan dengan situasi didunia
memudahkan yang sukar
menyulitkan yang sangat enteng
melihat keadaan dipentas ini seperti esok masih ada lagi

Saling sakit meyakiti
ikut kehendak naluri
sedangkan kaedah menangani alam ini
sudah disediakan panduan didalam kitabNYA
siapa yang merujuk
siapa yang suka ajuk

Mengambil kesempatan pada kedudukan posisi
menjadikan diri megah setinggi tinggi
kesombongan mengajar diri untuk membongkak lebih lagi
keegoaan kuasa disalah guna
dihina, dimaki, sengaja dilupakan darah daging sendiri
pura-pura setahun kemudian untuk "kembali"
sedangkan selama ini kemana pergi?

Salah insan sekeliling ditanamkan dilubuk hati
kononnya merajuk membawa diri
kononnya yang lebih muda harus beralah dan memujuk buat sejuta kali

Mana pergi maruah diri
mana pergi, "aku jadi contoh, harus kau contohi"
maka alasan, "aku yang lebih tua, harus kau hormati"

Peperangan maruah dan harga kehormatan
kini dimedan peperangan
dibiarkan bercerai berai kekeluargaan ini
kerana hatinya terluka lagi?
bagaimana dengan hati insan sekeliling?
tidakkah turut merasa kesengsaraan selama menanggung dan menampung keaibannya

Aku bukan Tuhan
untuk dikau jadikan tempat bertanya
mengapa, kenapa dan bagaimana

Aku bukan Tuhan
untuk kau mengadu dengan suara mu yang menengking-menengking , menjerit-jerit dan menghentak-hentak

Aku bukan Tuhan
untuk menyediakan kelengkapan serba serbi

Aku bukan Tuhan
untuk siap siaga sepanjang waktu hanya untuk mu
lalu mempedulikan hati dan perasaan ku

Aku bukan Tuhan
untuk menelan segala kesilapan dunia
untuk mengakui kekuranganku pada perkara yang tidak mengikut kehendakmu

Aku bukan Tuhan
untuk melaksanakan permintaanmu didalam satu petikan jari

Aku bukan Tuhan
untuk menukarkan malam kepada siang didalam satu tiupan pernafasan

Aku bukan Tuhan
untuk dikau jadikan tempat melepaskan kemarahanmu
untuk dikau meletakkan segala dosa-dosa mu
untuk aku menanggung kesilapan masa silammu

Aku bukan Tuhan ... dan itulah sebenarnya

Apa jua yang kemahuan mu
carilah sang pencipta yang telah menciptamu
andai kau marah dan menyesal pada kejadianmu
maka dikau tidak redha dengan sang penciptamu dan dikau tidak beriman kepada NYA

Selama mana dikau melaksanakan tanggungjawab sebagai pengikut agama ISLAM, seandainya hatimu tidak ikhlas dan tidak sudi menerima Qada' & Qadar, tidak ubah seperti dirimu tidak beriman dengan Allah Azza Wa Jalla. Segala kebaikan dan amalam bagaikan sia-sia belaka.

Seseorang yang pandai agama Islam tidak menjamin bahawa dia seseorang yang berjaya didalam agamanya sehinggalah dia menyebarkan kepandaiannya kepada insan yang lain. Kejayaan seseorang muslimin terletak kepada perkongsiannya, contohi teladannya, penyampaiaan dan keikhlasannya. Tidak tiada alasan mengapa Allah SWT berikan ilmu kepada individual melainkan mahu melihat individual tersebut menyebarkan agama NYA - sepanjang hayatnya didunia.

Aku bukan Tuhan. Aku jua insan seperti mu mencari keredhaan Allah SWT. Hindarilah aku seandainya aku penyebab dikau menjauhkan diri dengan sang pencipta MU. Pinggirkan aku sekiranya aku membuat dikau saling melupkai kewujudanmu.

Tidak pernah sekali ... aku mendoakan yang tidak baik buat mu. Mungkin, doa ku belum dimakbulkan namun aku yakin dan percaya pada DIA, Allah SWT bakal membimbing mu dan membawa mu lantas tempatkan dikau di Jannah NYA tanpa hisab. Belum tertunai doa-doa ku untuk mu tidak bererti aku tidak mendoakan untuk mu. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang selalu tersirat didalam hati, walaupun tika hati ku dilukai oleh mu.

Aku bukan Tuhan ... aku hanya insan.
Aku hamba kepada sang pencipta.

9 & 10 Muharram 1437@ puasa Tasu'a / sunnah
***




Thursday, October 15, 2015

The Myth

Show me the same different
when I am blind

Tell me the truth
when I am lying

Hate me
when I am in love with you

Ask me again
when i have forgotten your nick name

As it unfold
I began to see, feel and understand
where it all shall ended
***

Monday, October 5, 2015

Aku tiada bezanya

Aku dan langit tiada bezanya
dimana hujan tika awan mendung
kemurungan ini melarat jauh
semakin menggigit
keyakinan diri

Aku dan mentari tiada bezanya
membakar tiada berapi
kebahangan hanyalah ilusi
berpenjara keutuhan nyali

Aku dan bintang tiada bezanya
pada sinaran ertinya tiada
kepudaran gerhana lenyap semua
apa yang tinggal, sisa-sisa hidup meminta
***

Friday, October 2, 2015

Hanya tinggal 24 jam, sebelum aku mati.

Cuma pejamkan mata dan bayangkan untuk seketika ...

Bayangkan andai tinggal saki baki kehidupan ini
hanyalah 24 jam cuma
bagaimana agaknya reaksi kita?

Adakah kita akan dengan segera dalam keadaan yang kelam kabut bertaubat ataupun dengan lintang pukang mencari tukang pandai untuk memanjangkan usia kita atau kita akan berdiam diri saja?

24 jam satu masa yang sangat singkat hanya pada sesetengah pihak manakala untuk para insan yang lain pula beranggapan masa itu terlalu lama untuk ditunggu menjadikan mereka insan yang kesian dungu.

Saya pernah berada disituasi yang hampir-hampir sedemikian rupa.

Ia berlaku pada bulan yang mulia - bulan Ramadhan.  Saya yang berjaga semalaman dan berterusan selepas sahur sehinggalah selepas Subuh terasa letih kerana berkarya yang tiada hentinya. Saya membuat keputusan untuk rehatkan mata hanya untuk sekejap saja. 

Saya dikejutkan dengan mimpi yang sungguh luar biasa. Bangkit saya dengan perasaan cemas dan pernafasan yang tercunggap-cunggap. Serta merta, debaran jantung saya terlalu laju sehingga ia diluar kawalan. Saya kejutkan Imam lalu saya katakan ini ..

"Tadi saya mimpi ngeri. Kalau jadi apa-apa pada saya, Imam maafkan saya. Dan Imam harus biarkan saya pergi"

Saya menangis sekuat-kuatnya dalam dakapan Imam saya.

Sepanjang pagi saya tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup. Saya sudah dapat rasakan bahawa ajal saya akan tiba pada bila-bila masa saja lagi. Saya duduk mendiamkan diri dalam keadaan takut dan menggeletar. Paling sedih saya tidak tahu apa yang seharusnya saya lakukan sebelum ajal menjemput saya.

Melihat keadaan saya, Imam menjadi keruan. Dengan segera Imam hubungi para sahabat. Mereka pula menasihatkan agar saya ditemukan dengan segera dengan mereka yang bijak ilmu agama.

Saya setuju dengan cadangan itu dan mahu bertemu dengan para Ustaz mahupun Ustazah secepat mungkin. Sebab saya dapat rasakan, tak esok, mungkin lusa saya akan mati.

Untuk berjumpa, saya tiada daya untuk bangkit lagi. Seluruh anggota tubuh menjadi lumpuh sejak saya dikejutkan dengan mimpi tadi. Alternatif lain, melalui telefon. Saya dapat menghubungi seorang ustazah, lalu saya menceritakan pada kisah mimpi yang baru saja saya alami.

Dengan tenang Ustazah menasihatkan saya seletah saya usai dengan kisah saya.

"Tak apa lah. Kalau dah ajal kita, maka mati lah kita. Dah mungkin masanya dah tiba untuk awak."

Apabila kata-kata Ustazah melepasi bibirnya, saya semakin sesak. Betapa saya lupa bahawa setiap yang hidup akan merasa mati. Lantas saya bertanya lagi ...

"Jadi Ustazah, apa yang harus saya lalukan sebelum saya mati?"

Ustazah pun menjawab seperti sudah biasa diajukan persoalan sedemikian.

"Dengan segera lakukanlah solat taubat, sebanyak yang mungkin sehingga terasa berat di bahu menjadi ringan. Sehingga dosa-dosa besar hampir luput dari ingatan. Dengan segera pergi memohon maaf dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Andai ada kesalahan dimasa lampau yang kita tidak sengaja terlupakan. Tidak perlu disebut apakah kesalahan itu, bimbang akan timbul perkara yang lebih buruk dari itu.  Dan yang terakhir sekali, baca surrah Al Mulk, setiap malam, selagi mampu, mudah-mudahan kebaikan surrah itu dapat melindungi kita semasa di alam Barzakh."

Saya tidak tunggu untuk Zuhur masuk, dengan segera yang lalukan. 
Ketika menunaikan solat Taubat, saya menangis teresak-esak dalam bacaan. Hampir terputus-putus ayat-ayat suci al Quran saya tidak sengaja lakukan. Sebak hati saya menggenangkan dosa-dosa yang tertangguh minta di ampun dan kesalahan-kesalahan yang saling bertindih sehingga ke hari ini.

Dengan segera juga, saya telefon sahabat handai lalu saya memohon maaf. Mereka menjadi hairan namun saya kiaskan bahawa saya rindu pada mereka lalu sekaligus bermaafan. Mereka terima seadanya dan memaafkan saya.

Dan lewat petang itu, saya mulai belajar untuk membaca surah Al Mulk. 

Allahukabar !

Apa yang berlaku pada saya adalah kehendak Allah SWT semata-mata. Apakah tujuan DIA untuk lakukan itu Wallah'alam ... cuma yang dapat saya rasakan adalah Allah SWT mahu saya membetulkan diri saya dengan cara yang betul dan dengan panduan yang betul.

Mimpi itu datang lagi 3 hari kemudian dan saya rujuk kembali dengan Ustazah, ternyata DIA mahukan yang terbaik untuk para hamba NYA.

Mengenali surah Al Mulk dengan cara begitu, tidak ubah seperti dilanggar dengan keretapi expres. Namun ia satu kejadian yang sungguh berkesan yang kini melekat didalam hati.

Hari ini, saya sedari kematian itu pasti. 
Akan menjadi rugi kalau membuat persiapan disaat-saat akhir. Kalau betullah saya mati dalam masa 24 jam, dengan amalan, solat taubat dan bacaan Al Mulk sungguh TIDAK memeadai untuk menampung dan membantu saya semasa berada didalam alam Barzakh. 

Saya membuat keputusan untuk membuat persiapan awal, persiapan awal untuk hari-hari selepas dibangkitkan semula selepas mati. 

Bila hari kematian kita? Wallahu'alam ... itu rahsia Allah Azza Wa Jalla yang tidak seharusnya kita masuk campur.

Mudah-mudahan Allah SWT kesiankan kita sebelum kita mati dan selepas kita mati. Aamiin YRA.
***



Sunday, September 20, 2015

Ada Aku

Antara dua
ada satu
Antara tiga
ada dua
Antara satu
ada aku
***


Friday, September 18, 2015

Jangan sekali KAU melupai aku, sepanjang aku melupaiMU

Apabila tangisanku tiada yang mendengar
tika alam sunyi sepi
langit menunduk sunyi
bumi belum mahu lena lagi
aku menadah tangan
menampung deraian si airmata
aku menangis sendiri, pada malam yang tidak kemana

Laungan sakit ini ku teriak didalam jiwa
menbentak-bentak, seakan sudah hilang nyawa
payah dimata
seribu kali payah bersalut sengsara
hidup ini kemanakah hala tujunya

Puas ku pujuk agar si air mata mengalir berhenti kini
namun semakin ku pujuk
semakin deras ia membasahi
remuk rendah hatiku
melihat nasibku begitu

Halaman kisah mana yang belum ku takluki
yang pahit kini bagai tiada silih berganti
daya menipis
hayatku tiada lagi berlapis
hujung kalimah suci
ku mengemis pada cinta ILAHI
berilah aku peluang SATU lagi
mungkin bukan ini dalam permintaanku
namun mungkin ini adalah ketentuanMU

Matikanlah aku ...
tika aku sudah beriman padaMU
tika aku sedang sujud memuja AsmaMU
setelah aku tinggalkan wasiat lengkap buat para kekasihku
sebaik aku akui dosa-dosaku
apabila aku sanggup berjanji, berlutut dan menyembah padaMU

Kesetiaanku hanya padaMU Ya Rabb
KAU yang Maha Pemurah - berilah aku waktu sebelum tiba waktu
KAU yang Maha Kaya - berilah aku ilmu sesudah aku berilmu
KAU yang Maha Pengampun - ampunilah aku selepas KAU ampuni aku

Kepayahan, kesengsaraan, kesulitan, kedukaan, keresahan didunia ini ku terima seadanya, Dengan harapan KAU tidak sekali melupai aku, sepanjang aku telah melupaiMU.
***




Tuesday, September 15, 2015

Bintang diLangit Syurga

Sayu hatiku
melihat dikau begitu
retak jantungku
kedukaanmu kau mamah satu per satu
terjentik imanku
mendengar esakan tangisanmu
***

Si kecil sedang meratap kehilangan
baru semalam ditatap dan didakap insan tersayang
belum sempat malam berwajah siang
insan tersayang kini hilang
hilang tidak berkembali
sesungguh dia sudah kembali kehadrat ILAHI

Bagaimana mungkin si kecil dapat memahami
selepas hidup harus mati
selepas mati akan bangkit kembali

Bagaimana si kecil dapat merasai
sedangkan haruman ciuman semalam masih melekat dihati
suara meninggalkan wasiat masih nyaring
masih bersaing

Menangis si kecil, meronta-ronta meminta yang pergi agar lekas kembali
segala alasan adalah dusta belaka
mana mungkin semalam ada dan hari ini sudah tiada
tangisannya henti buat sementara
hilang lelah, dia akan kembali mencari pada yang sudah tiada didepan mata

Aduhai hati, usah merajuk lagi
tiada yang mampu memujuk
maka damailah hati untuk sementara
sementara menanti hari  - disaat bertemu lagi ...

#haji1436H
#masjidilharam
#mekkah

***

Sebaik-baik tanda ingatan buat yang sudah tiada adalah dengan bersedekahkan surah AL FATIHAH dan memohonlah dengan ALLAH SWT agar rohnya dipelihara dan ditempatkan bersama para Solihin. Aamiin YRA.







Friday, September 11, 2015

Nine Eleven, 2001

I cant stand to fly
I am not that naive
I am just out to fine
the better part of me

Wish that I could cry
fall upon my knees
find a way to lie
about a home I'll never see

Its not easy to be ME ...
***

Difficult moments come and go. Left the heartache stain within need. Hopelessly awaits for some answers for unquestionable doubts. I have no regrets.

It was meant to be, apart of it all it was IT. Watched as the world tumbling down to the ground. pieces of me, shuttered in broken tears. Gasping for the balance of life in the thin air, I couldn't see. Helplessly, I was lost inside.

Nine Eleven, hurt many. One of them is me.
***

 

Thursday, September 3, 2015

Episod akan datang ...

Imbasan limpahan kasihmu tempias di ruang sepiku
aku keliru
membasahi apa yang suatu dulu milikku
kepunyaanku

Kekontangan naluri bicara tiada
malah lisannya tawar belaka
jasad longlai tersungkur dicelah-celah batu perigi
seakan sudah ada niat mahu mati
tiada daya untuk bersendiri

Kekalutan kemelut galau menyinggah
paras tercemar menusuk tak sudah
panggilan apa yang masih ditunggu lagi?
sedangkan semalam, meyahut tiada, berbalas terasa hina
pada yang ditinggalkan, masih ketinggalan disini

Lihatlah episod akan datang
saling tak ubah, saling tak indah
rupanya sama
sengketanya juga ada
batin terseksa, siapa peduli agaknya?

Jauh peduli
dendam menikam jiwa
yang ditelan itu bara
yang disimpan itu tanda tanya
pasrah berjangkit - sesama kita
kerana tertipu pada esok 
mungkin sudah tiada
***

Tuesday, September 1, 2015

Bukan salah dia ...

Mentak dicintuh raga terseksa
nyilu menarik kian terasa
raut bayu menipis dijiwa
ditinggal sengsara, duka menyapa
kelibat angan disebalik mimpi
terselak sepi, terjumpa sunyi
laungan azan membisu diri
qiam semalam, menjemput pagi
onak dimana, duri merata
dihempas ke bumi, semakin ketara
hamparan rindu menebar derita
pada esok tiada pegangan janjinya

Gugusan usia terjuntai masa
penantian hampir selesai semuanya
perantau berbahasa, lisan sementara
guruh amarah, melontarkan tanda tanya

Bukan salah dia
jangan dituduh, jangan diguna kasar bahasa
terkatup bibir bukan pilihannya
berdiam saja mungkin itu saja mampu dia ada

Hantar kembali, yang sukar ini
mungkin esok, tiada lagi
minta saja didalam hati
moga bahagia, pada esok selepas mati
***



Monday, August 31, 2015

MERDEKA

Negaraku Merdeka
rakyat jelata masih sengsara

Negaraku Malaysia
dituduh 'bangsat' semuanya

Negaraku Merdeka
Bagai dimamah darah daging sesaudara

Negaraku Malaysia
Didepan mata - talam dua muka

Negaraku Merdeka
Ujian besar buat yang sudah tidak setia

Negaraku Malaysia
Bertaubatlah sebelum ALLAH 'turunkan' amaran sebagai tanda DIA murka.
***

Selamat meyambut hari kemerdekaan yang 58 aduhai Negaraku Malaysia ... semoga Allah SWT akan sentiasa sudi melindungi - KAMI !!!



Tuesday, August 4, 2015

4894

Today, mere nam betty 21st b'day. May Allah SWT guide her to Jannah. We love you dearly.
***

Tuesday, July 28, 2015

Sanah Helwa Ya Habibi Imam Syed Azizan Hassan

Ya Habibi Imam,

Jika 22 tahun yang lalu
apabila menjelang saja hari kelahiran mu
kita akan sambut bersama-sama
meraikan hari yang penuh bermakna ni
dengan sahabat handai
dengan juadah makanan
dengan hadiah sebagai kejutan
sehingga kita jemu
tentang dunia dan apa yang belenggu

tetapi
hari ni ... Ya Habibi
aku tidak mampu
menyediakan juadah yang enak-enak
hadiah yang mahal-mahal
mahupun menjemput sahabat handai untuk sama-sama meyambut
hari yang indah ini
kerana aku sudah tidak berkemampuan

habis segala harta ku
habis segala milik ku
Allah tarik sedikit demi sedikit
meninggalkan aku
hanya dengan doa dan harapan
dan pada sujud malam ku, yang sayang untuk aku tinggalkan

saban hari
mahupun menjelang malam
doa - doa ku hanyalah untukmu
memohon agar Allah berikan yang terbaik tanpa jemu
meminta-minta agar Allah memelihara mu, sehingga ke penghujung waktu
berharap Allah menjaga hati mu
sebagaimana dikau menjaga hati ku

Ya Habibi Imamku,
ku kira
walaupun doa tidak terlihat seindah, semegah hadiah
selazat jamuan juadah
namun, aku yakin
himpunan doa yang ku lafazkan tanpa pengetahuanmu
bakal menjadi realiti
dalam semanis, sewangi kasturi

pinta ku satu
bersabarlah dengan Allah SWT
DIA sangat sayang pada hambaNYA yang bersabar dengan DIA
dan dikaulah insan yang paling penyabar pernah kutemui

Sanah Helwa Ya Habibi Imamku
Semoga Allah sentiasa ada untukmu
***


Saturday, July 25, 2015

Karya ... pinjaman Tuhan

Malam ini aku berkarya lagi
menghasilkan karya bukan ikut sesuka hati
terlalu banyak yang mahu aku luahkan
lalu kujadikan barisan ayat-ayat yang menunjukkan kerapuhan jiwa
terlalu banyak yang mahu aku lukiskan
sehingga ke garisan yang paling halus mahu aku garisi
tapi tidak mampu seorang aku

Luahan hati ku bakal melukakan para hati dan para jiwa
mereka tidak mengenali siapa diri mereka sehingga mereka membaca
apa yang tertera
secara spontan mereka akan terluka
dan menuduh aku pembunuh cinta

Setiap malam aku akan berkarya lagi
cuba menghabiskan apa yang telah aku mulakan
walaupun sukar
dan meyukarkan
namun kesukaran itu hanya aku dan aku saja yang tahu

Membaca hasil karya ku
siapa ?

Sangat jelas dan amat ketara .. tiada sesiapa.

Aku berkarya melalui isi hati
dan menerusi isian hati
aku akui
aku masih sendiri.

Malam ini aku berkarya lagi ...
***






Friday, July 24, 2015

Datang dan Pergi ...

Ramadan datang, Ramadan pergi ...
Syawal datang, Syawal pergi ...
Aku tetap disini
dengan menggengam memori-memori
ada yang luka
ada yang suka
namun tetap dalam genggaman

Teringin nyali ini untuk duduk seketika dan bertanya
apakah, tiada rindu antara kita?
bukan sekadar sepurnama
tetapi sudah setahun lamanya

Tidakkah terasa berdosa?
apabila kejauhan ini hanyalah satu alasan

Tidakkah terasa terseksa?
apabila berjauhan begini bukan satu ketentuan

Bagaimana lagi untuk aku ungkapkan
barisan kata-kata yang sudah lama ku ludah dan kujilatkan
robek, ketandusan jiwa telah ku lemparkan
menggambarkan kesungguhan aku insan yang paling hina
diatas dunia

Maruah apa lagi dapat aku miliki
sedangkan aku tidak berpunyai hati
masa depan apa yang menanti
apabila dosa-dosa semalam belum mahu pergi

Tidakkah terasa rindu?
untuk bertanya khabar, mendengar suara merdu

Tidakkah terasa ingin tahu?
apakah aku masih hidup atau sudah mati sejak setahun lalu??
***


Sunday, July 5, 2015

Ya Labbaika ...

Rindu tiada kesudahan
masa semakin suntuk
bekalku belum mencukupi
ragaku kontang
apakah aku meraih simpati?


Sesungguhnya KAU telah menentukannya ...

Saturday, July 4, 2015

Allah mengajar aku nikmat KEKECEWAAN & KEGAGALAN !!

I learned something new yesterday - there's nothing great about me!

Saturday, June 27, 2015

Ujian dibulan Ramadan

Sepanjang perjalanan hidup ini
aku lalui
yang berliku, yang berduri
aku tetap mampu untuk berdiri sendiri
walaupun dalam nyali aku hampir-hampir mati

Pada wajah, ku selitkan senyuman
pada mereka mudah terpedaya tanpa halangan
berkaca mataku, ku katup tanpa pengetahuan mereka
kerana pada duka hanya aku yang merasa sengsara

Jelas, ujian in untuk aku
merasai, memahami dan menjalani
tiada ruang untuk menunggu
hanya peluang tanpa diberitahu
aku dan ujianku, sama-sama keliru

Hari ini
dibulan yang mulia
DIA kirimkan 'rindu'
dalam bentuk ujian disampaikan 'kerinduan' itu
sungguh aku terpaku
sesak nafasku
semput himpunan doaku
buntu seorang aku

Namun, sebaiknya aku akur
dengan pemberian 'hadiah' ini 
adalah benar hanya yang terpilih saja akan merasai 
ujian di bulan yang mulia ini
dan lihatlah kini sudah tiba giliran aku 
dengan rasa penuh kesyukuran
dan beruntung kerana aku masih KAU ingatkan
biarlah sukar
biarlah susah
kerana aku yakin KAU selalu ada
KAU tidak pernah jauh
nikmat yang KAU sediakan selalu ada didepan mata
hanya aku yang tidak bijak menilaikannya

Ya Labbaika,
ujian dibukan Ramadan
KAU sengaja tentukan
aku hanya hamba, aku redha
sesungguhnya KAU akan selalu berlaku adil

Ya Labbaika,
Sudilah kiranya KAU ringankanlah ujian sahabat baik ku EJA disaat ini.
kudratnya tiada tiada
semangatnya hampir terlena
berikanlah, limpahkanlah kasih sayang MU agar yang sukar ini segeralah berlalu ...

EJA,
bersabarlah ... tiada duka / ujian untuk selamanya. Bersangka baiklah dengan Allah SWT.

Ejad sayangkan EJA, bagai langit biru dihujung telunjuk hatimu.
***







Thursday, June 25, 2015

Look away ... I am crying

I miss my father ...





Ada rindu yang masih menunggu ..

Seperti berbicara pada bulan
tika langit malam membisu biru
persada dunia bagai hampir terlena
pada penghujung malam yang bersimpuh dibucu mata
Jauh sudah pergimu
tidak beribu batu
tetapi lebih tetap
terpisah kita antara waktu

Teringin didalam hati
untuk duduk semeja bersamamu
tika meyaksikan mentari jingga berlalu sepi
tika merenung ke arahmu
Raut wajahmu tidak pernah tua
ketawa suaramu tidak ku lupa

Seperti ditemani bintang
seluruh alam turut terdiam
renungan hati, lisanku sendiri

Apa yang mampu ku berikan
sedangkan erti kebahagian
adalah satu permintaan

Mereka yang bijak-bijak bilang
hanya doa daripada anak-anak yang soleh & solehah saja diterima 
lalu disampaikan kepada simati
semampu aku lakukan
sedaya mungkin aku tunaikan
himpunan doa telah ku sampaikan
namun menjamin aku anak yang solehah - bukan kedudukan ku untuk menentukan
oleh itu, setiap hela nafas ku tiada jemu mendoakan kebahagiaan & kesejahteraanmu

Allah yang Maha Pemurah ... sungguh mengerti maksud ku ini.
Allah yang Maha Pengampun ... ampunilah dia
Allah yang Maha Adil ... kasihanilah dia
Allah yang Maha Kaya ... bahagiakanlah dia
Allah yang Maha Pengasih ... kasihilah dia
Allah yang Maha Penyayang ... lindungilah dia

Dia ... Papaku.
Disni masih ada rindu yang sedang menunggu ...
(25/6/2005) Al Fatihah
***



Tuesday, June 16, 2015

Its gonna be soon

Right now ... its empty.

Not a single day that goes by without me not thinking about what went wrong. Every little things I took into consideration, wondering where did I do you wrong. Had I hurt you? Broke you? Or abandon you in anyway? Those shattered memories kept haunting me, day by day. It is hard at the end of the day, when I kept losing myself and I knew I kept losing you too. 

Unanswerable  questions kept coming back, over and over again. Where am I to find these untold stories for me to explain further for the future sake. When I have is not enough to take.

Its coming to a year. The guiltiness inside of is killing me. I haven't prepared to face My Creator in order to explain to HIM for what happened. The missing pieces of our puzzled relationship is never meant to be found, for that ... I am doomed. (May Allah SWT have mercy on me)

I have gave my all through out my life. I even made so much sacrifices-es. Nothing I would expect in return for I fully understand that The AlMighty has taught me so. Couldn't you at least look back into the past. And see how much we made it through. Those hustle and bustle. Worries and glories. Sadness and madness, we were always together. 

Are you really gonna throw it all away, as simple as that. Had I not ever mean anything to you. 
I have always been there for you. Hadn't I not ?

Keeping your distance, holding your silence is not Islam - per say. It does not require in proper order or even category to make things better. As long there's a mutual respect or even a bonding, it could it possible. 

I am trying my best to move forward but at every steps I take, it hurt me too deep. 

I fully know that you haven't forgive and forget, for you're a person, you don't do changes for others but then again once in a while, if that changes is for a good cause, why not ... but to you, why should  I?

Then again, I am really hoping that I am so wrong. And you have become a better person over the year, its just me being me. For that matter, I am sorry.

I don't and had never took you for granted as you should had not taken granted towards me too.

For once, I was imaging that you would be looking for me. Irregardless, via the phone, email or even in person. But sad to say, that never happened and by the looking at it, it might shall never happen. I am conceived. I shall be alright.

I'd really would like for us to be a whole again. Cherish every moment for what's left. And not having disgusting feeling towards one another. Wouldn't that be fun?
Is that too much to ask?

Can you, will you ever forgive me, for all these time it was me being me. Altho' I have changed but I made changes to suit the surrounding and for those are closes to me. I have others to think for, for now. And for that you can't punish me ...

Right now ... it's still empty - the space in my heart. All this time, it wasn't your heart that broke but rather it was mine. 

I hope ... its gonna be soon.

*** As Ramadan fast approaching, my doas are always meant for you. May The AlMighty protects you, always.***





Friday, June 5, 2015

Sehingga Kita Bertemu Lagi ...

Malam ini, sesi  makan malam yang sungguh sayu dan kekok. Kerana malam ini merupakan malam terakhir kita duduk semeja. Nanti datang Ramadhan, kita bersahur & berbuka puasa hanya melalui talian telefon. Untuk bertemu lagi, antara waktu & melepaskan rindu, hanyalah temujanji jadi penentu. Walaupun jarak lokasi hanya antara dua buah negeri namun kejauhan ini seperti ujian yang menguji keutuhan hati.

Sudah tiba masa, esok ke dewan kuliah lagi. Mencari ilmu demi masa depanmu. Benarlah pada yang tidak palsu, suatu hari itu pasti kita akan berpisah, sebaik tiba ajal - kita mati. Tika itu, segala ilmu & ilmi'ah jadikanlah panduan. Dan sebelum malam ini berganti, kutinggalkan wasiat padamu, sepertimana wasiat-wasiat yang pernah kutinggalkan dulu. Tiada yang ubah, semuanya tetap sama sepertimana erti kasih sayang kupadamu.

Segeralah malam ini berlalu, agar dengan lekas saat untuk kita kembali bertemu.

Kepada Tuhan kuserahkan kebahagiaan mu agar kedamaian dan kejayaan menjadi milikmu, selalu.

Dikaulah langit biru yang membiru dihatiku ...

#momlovesyousomuchasha
***





Wednesday, June 3, 2015

See You Again

Its been a long day
without you, my friend
And I'll tell you all about it
When I see you again ...

We're come a long way
from where we began
And I'll tell you all about it
When I see you again

#furious7soundtrack
#ihopeyou'llremembermewheniamgone
**


Sunday, May 31, 2015

Dosa tertangguh ...

Sungguh lekas masa itu berlari tika hati ini masih rebah, masih sunyi
lelah jiwa apabila mengenangkan kembali disaat aku dilayan seperti anak tiri
kini hampir setahun aku pura-pura tinggalkan, cuba melupakan
detik yang hiba, bagai telah meragut nyawa
namun kesan kelukaan tetap berparut sangat nyata

Bagaiman mampu seorang aku
untuk bangkit dan seolah-olah kuat untuk bertemu waktu
sedangkan tangisan selama setahun ini masih belum reda didalam hati
teriakkan ini masih berderai, selantang libasan kilat dipanggil Maghrib
panggilan rindu ... amat sepi sekali

Apabila ku hitung himpunan dosa-dosa
terlalu berat kudrat aku untuk memikulnya
apabila ku hitung himpunan luka duka
terlalu sarat hati untuk memilikinya

Kini, bakal datang Ramadhan sekali lagi
andai masih ada usia aku diatas bumi
akan bertemulah aku dengan Ramadhan nanti
namun bagaimana nanti dengan dosa-dosa yang tertangguh ??

Belum ku temui jawapan
belum ku ketahui akan kesudahan
bagaimana dengan luka lama ini
haruskah dirawat atau harus kubiarkan saja ia melarat
selagi aku dipinggirkan seperti anak tiri
selagi itu
aku menanggung kesengsaraan ini
cukuplah, sudahlah ...
sudah terlalu banyak aku merana dalam memberikan bahagia
sudah terlalu kerap aku terluka dalam beralah menutup mata

Dosa tertangguh - dosa aku semata-mata
hinanya aku tika dianak tirikan

Ya Labbaika,
aku sedari akan kesalahan aku
aku memahami kedudukan aku
aku redha dengan pemberian MU
maka dengan itu, KAU kasihanilah aku sebagaimana aku selama ini mengasihani dia
acapkali aku menangis kerana dia
aku disakiti kerana dia
aku bersangka baik dengan dia
kemungkinan dia juga pernah merasa derita
oleh kerana itu, KAU kasihanilah dia sebagaimana dia pernah mengasihani aku, suatu masa dulu.
Aamiin YRA.
***






Wednesday, May 27, 2015

Tiada senja hiba tiba

Kerap menatap kegersangan tanah
hampir terlupa mendonggak ke langit biru
dirayu jauh, pulang melatah
dakapan senja hiba tanpa mu
lenyap carian dipusara hati
melantun hajat, sumpah ikut sehingga mati

Tiada senja hiba tiba
kala jelaga hilang dimata
***



Tuesday, May 26, 2015

Lama menunggu digarisan rindu ...

Oleh Ngajad

Bagai pergi menghadap ILAHI - tidak berkembali
kiriman lisan tiada
wasiat atikah juga hampa belaka
menjadikan ketinggalan ini sunyi serba sepi
dalam dakapan mimpi

Parut luka semalam, berdarah terasa
membasahi kepingan hati sengsara
rentapan bijaksana tiada terlaksana
kiambang bertaut rugi padanya
bekas kedukaan berselimut raga
pada siang yang pergi, malam yang tiada

Sudah lama menunggu digarisan rindu
laksana Jentayu berpaling sayu
dilangit biru, pilihan waktu
andai bukan esok, mungkin lusa agaknya
yang menunggu bakal bertemu rindu
***
Terima kasih Ya Labbaika,
atas pemberian peluang ini
hamba akan melakukan yang terbaik, sebaik-baiknya
andai ada kecacatan, ku mohon agar KAU sudi memperbetulkan
tutupkanlah segala keaiban ku dimata dunia
agar aku mampu membilang rindu.
***



Friday, February 6, 2015

JD6271

Its just another day ...

Wednesday, January 14, 2015

Segenggam Rindu diLangit Biru


Apa yang berdetik dihati
yang retak menunggu mati

Apa yang terjentik dijiwa ini
yang rebah tersungkur ke bumi

Apa yang remuk dengan sendiri
yang menjeling tanda sudah tidak lagi sudi

Apa yang angkuh dan memungkiri
yang sakit menanggung bahangnya api

Apa yang pecah berderai tetapi tetap berdiri
yang mengaku mampu sebaliknya tewas berkali-kali

Apa yang kehulur tetapi terlupa untuk ke hilir lagi
yang sindiran dijadikan hiburan sehingga dinihari

Apa yang benar dijadikan mimpi
yang palsu dipuja tidak dikeji

Apa yang dusta bermain ketuk ketampi
yang didustai menikam nyali sendiri