Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Monday, October 26, 2015

Tercium derita cinta

Mentak dicintuh raga membeluh
seakan kaki-kaki langit hampir runtuh
merekah lantai hati
membelah serpihan sisa-sisa
deraian tiada
linangan sengsara
penginsafan ini, terlewat tiba
berhari-hari
sang penanti - sudah lama mati

Diasah deruan guruh
belikat malam, hilang membilang
untaian bertanya
siapa celaka
pada esok
entahkan ada
entahkan tiada

Rapatkanlah doa-doa rindu
usai di susun ditepian jiwa-jiwa
berkatilah yang tertinggal ini
takala meratap diusung sakit memanggil

Sungguh tercium derita cinta
disaat yang sukar itu menjadi nyata
keperitan terkubur lama
mungkin disitu lebih bermakna
puas bertanya, bosan merasa
intai pasrah
hayat diserah
dalam waktu
membelai rindu
***









Thursday, October 22, 2015

Aku bukan Tuhan

Lumrahnya insan
mencari alasan pada jawapan yang sudah terang lagi bersuluh
seperti si buta berjalan siang
pada perbezaan sangat ketara, tiada bezanya

Sudah sebati sikap insan dengan situasi didunia
memudahkan yang sukar
menyulitkan yang sangat enteng
melihat keadaan dipentas ini seperti esok masih ada lagi

Saling sakit meyakiti
ikut kehendak naluri
sedangkan kaedah menangani alam ini
sudah disediakan panduan didalam kitabNYA
siapa yang merujuk
siapa yang suka ajuk

Mengambil kesempatan pada kedudukan posisi
menjadikan diri megah setinggi tinggi
kesombongan mengajar diri untuk membongkak lebih lagi
keegoaan kuasa disalah guna
dihina, dimaki, sengaja dilupakan darah daging sendiri
pura-pura setahun kemudian untuk "kembali"
sedangkan selama ini kemana pergi?

Salah insan sekeliling ditanamkan dilubuk hati
kononnya merajuk membawa diri
kononnya yang lebih muda harus beralah dan memujuk buat sejuta kali

Mana pergi maruah diri
mana pergi, "aku jadi contoh, harus kau contohi"
maka alasan, "aku yang lebih tua, harus kau hormati"

Peperangan maruah dan harga kehormatan
kini dimedan peperangan
dibiarkan bercerai berai kekeluargaan ini
kerana hatinya terluka lagi?
bagaimana dengan hati insan sekeliling?
tidakkah turut merasa kesengsaraan selama menanggung dan menampung keaibannya

Aku bukan Tuhan
untuk dikau jadikan tempat bertanya
mengapa, kenapa dan bagaimana

Aku bukan Tuhan
untuk kau mengadu dengan suara mu yang menengking-menengking , menjerit-jerit dan menghentak-hentak

Aku bukan Tuhan
untuk menyediakan kelengkapan serba serbi

Aku bukan Tuhan
untuk siap siaga sepanjang waktu hanya untuk mu
lalu mempedulikan hati dan perasaan ku

Aku bukan Tuhan
untuk menelan segala kesilapan dunia
untuk mengakui kekuranganku pada perkara yang tidak mengikut kehendakmu

Aku bukan Tuhan
untuk melaksanakan permintaanmu didalam satu petikan jari

Aku bukan Tuhan
untuk menukarkan malam kepada siang didalam satu tiupan pernafasan

Aku bukan Tuhan
untuk dikau jadikan tempat melepaskan kemarahanmu
untuk dikau meletakkan segala dosa-dosa mu
untuk aku menanggung kesilapan masa silammu

Aku bukan Tuhan ... dan itulah sebenarnya

Apa jua yang kemahuan mu
carilah sang pencipta yang telah menciptamu
andai kau marah dan menyesal pada kejadianmu
maka dikau tidak redha dengan sang penciptamu dan dikau tidak beriman kepada NYA

Selama mana dikau melaksanakan tanggungjawab sebagai pengikut agama ISLAM, seandainya hatimu tidak ikhlas dan tidak sudi menerima Qada' & Qadar, tidak ubah seperti dirimu tidak beriman dengan Allah Azza Wa Jalla. Segala kebaikan dan amalam bagaikan sia-sia belaka.

Seseorang yang pandai agama Islam tidak menjamin bahawa dia seseorang yang berjaya didalam agamanya sehinggalah dia menyebarkan kepandaiannya kepada insan yang lain. Kejayaan seseorang muslimin terletak kepada perkongsiannya, contohi teladannya, penyampaiaan dan keikhlasannya. Tidak tiada alasan mengapa Allah SWT berikan ilmu kepada individual melainkan mahu melihat individual tersebut menyebarkan agama NYA - sepanjang hayatnya didunia.

Aku bukan Tuhan. Aku jua insan seperti mu mencari keredhaan Allah SWT. Hindarilah aku seandainya aku penyebab dikau menjauhkan diri dengan sang pencipta MU. Pinggirkan aku sekiranya aku membuat dikau saling melupkai kewujudanmu.

Tidak pernah sekali ... aku mendoakan yang tidak baik buat mu. Mungkin, doa ku belum dimakbulkan namun aku yakin dan percaya pada DIA, Allah SWT bakal membimbing mu dan membawa mu lantas tempatkan dikau di Jannah NYA tanpa hisab. Belum tertunai doa-doa ku untuk mu tidak bererti aku tidak mendoakan untuk mu. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang selalu tersirat didalam hati, walaupun tika hati ku dilukai oleh mu.

Aku bukan Tuhan ... aku hanya insan.
Aku hamba kepada sang pencipta.

9 & 10 Muharram 1437@ puasa Tasu'a / sunnah
***




Thursday, October 15, 2015

The Myth

Show me the same different
when I am blind

Tell me the truth
when I am lying

Hate me
when I am in love with you

Ask me again
when i have forgotten your nick name

As it unfold
I began to see, feel and understand
where it all shall ended
***

Monday, October 5, 2015

Aku tiada bezanya

Aku dan langit tiada bezanya
dimana hujan tika awan mendung
kemurungan ini melarat jauh
semakin menggigit
keyakinan diri

Aku dan mentari tiada bezanya
membakar tiada berapi
kebahangan hanyalah ilusi
berpenjara keutuhan nyali

Aku dan bintang tiada bezanya
pada sinaran ertinya tiada
kepudaran gerhana lenyap semua
apa yang tinggal, sisa-sisa hidup meminta
***

Friday, October 2, 2015

Hanya tinggal 24 jam, sebelum aku mati.

Cuma pejamkan mata dan bayangkan untuk seketika ...

Bayangkan andai tinggal saki baki kehidupan ini
hanyalah 24 jam cuma
bagaimana agaknya reaksi kita?

Adakah kita akan dengan segera dalam keadaan yang kelam kabut bertaubat ataupun dengan lintang pukang mencari tukang pandai untuk memanjangkan usia kita atau kita akan berdiam diri saja?

24 jam satu masa yang sangat singkat hanya pada sesetengah pihak manakala untuk para insan yang lain pula beranggapan masa itu terlalu lama untuk ditunggu menjadikan mereka insan yang kesian dungu.

Saya pernah berada disituasi yang hampir-hampir sedemikian rupa.

Ia berlaku pada bulan yang mulia - bulan Ramadhan.  Saya yang berjaga semalaman dan berterusan selepas sahur sehinggalah selepas Subuh terasa letih kerana berkarya yang tiada hentinya. Saya membuat keputusan untuk rehatkan mata hanya untuk sekejap saja. 

Saya dikejutkan dengan mimpi yang sungguh luar biasa. Bangkit saya dengan perasaan cemas dan pernafasan yang tercunggap-cunggap. Serta merta, debaran jantung saya terlalu laju sehingga ia diluar kawalan. Saya kejutkan Imam lalu saya katakan ini ..

"Tadi saya mimpi ngeri. Kalau jadi apa-apa pada saya, Imam maafkan saya. Dan Imam harus biarkan saya pergi"

Saya menangis sekuat-kuatnya dalam dakapan Imam saya.

Sepanjang pagi saya tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup. Saya sudah dapat rasakan bahawa ajal saya akan tiba pada bila-bila masa saja lagi. Saya duduk mendiamkan diri dalam keadaan takut dan menggeletar. Paling sedih saya tidak tahu apa yang seharusnya saya lakukan sebelum ajal menjemput saya.

Melihat keadaan saya, Imam menjadi keruan. Dengan segera Imam hubungi para sahabat. Mereka pula menasihatkan agar saya ditemukan dengan segera dengan mereka yang bijak ilmu agama.

Saya setuju dengan cadangan itu dan mahu bertemu dengan para Ustaz mahupun Ustazah secepat mungkin. Sebab saya dapat rasakan, tak esok, mungkin lusa saya akan mati.

Untuk berjumpa, saya tiada daya untuk bangkit lagi. Seluruh anggota tubuh menjadi lumpuh sejak saya dikejutkan dengan mimpi tadi. Alternatif lain, melalui telefon. Saya dapat menghubungi seorang ustazah, lalu saya menceritakan pada kisah mimpi yang baru saja saya alami.

Dengan tenang Ustazah menasihatkan saya seletah saya usai dengan kisah saya.

"Tak apa lah. Kalau dah ajal kita, maka mati lah kita. Dah mungkin masanya dah tiba untuk awak."

Apabila kata-kata Ustazah melepasi bibirnya, saya semakin sesak. Betapa saya lupa bahawa setiap yang hidup akan merasa mati. Lantas saya bertanya lagi ...

"Jadi Ustazah, apa yang harus saya lalukan sebelum saya mati?"

Ustazah pun menjawab seperti sudah biasa diajukan persoalan sedemikian.

"Dengan segera lakukanlah solat taubat, sebanyak yang mungkin sehingga terasa berat di bahu menjadi ringan. Sehingga dosa-dosa besar hampir luput dari ingatan. Dengan segera pergi memohon maaf dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Andai ada kesalahan dimasa lampau yang kita tidak sengaja terlupakan. Tidak perlu disebut apakah kesalahan itu, bimbang akan timbul perkara yang lebih buruk dari itu.  Dan yang terakhir sekali, baca surrah Al Mulk, setiap malam, selagi mampu, mudah-mudahan kebaikan surrah itu dapat melindungi kita semasa di alam Barzakh."

Saya tidak tunggu untuk Zuhur masuk, dengan segera yang lalukan. 
Ketika menunaikan solat Taubat, saya menangis teresak-esak dalam bacaan. Hampir terputus-putus ayat-ayat suci al Quran saya tidak sengaja lakukan. Sebak hati saya menggenangkan dosa-dosa yang tertangguh minta di ampun dan kesalahan-kesalahan yang saling bertindih sehingga ke hari ini.

Dengan segera juga, saya telefon sahabat handai lalu saya memohon maaf. Mereka menjadi hairan namun saya kiaskan bahawa saya rindu pada mereka lalu sekaligus bermaafan. Mereka terima seadanya dan memaafkan saya.

Dan lewat petang itu, saya mulai belajar untuk membaca surah Al Mulk. 

Allahukabar !

Apa yang berlaku pada saya adalah kehendak Allah SWT semata-mata. Apakah tujuan DIA untuk lakukan itu Wallah'alam ... cuma yang dapat saya rasakan adalah Allah SWT mahu saya membetulkan diri saya dengan cara yang betul dan dengan panduan yang betul.

Mimpi itu datang lagi 3 hari kemudian dan saya rujuk kembali dengan Ustazah, ternyata DIA mahukan yang terbaik untuk para hamba NYA.

Mengenali surah Al Mulk dengan cara begitu, tidak ubah seperti dilanggar dengan keretapi expres. Namun ia satu kejadian yang sungguh berkesan yang kini melekat didalam hati.

Hari ini, saya sedari kematian itu pasti. 
Akan menjadi rugi kalau membuat persiapan disaat-saat akhir. Kalau betullah saya mati dalam masa 24 jam, dengan amalan, solat taubat dan bacaan Al Mulk sungguh TIDAK memeadai untuk menampung dan membantu saya semasa berada didalam alam Barzakh. 

Saya membuat keputusan untuk membuat persiapan awal, persiapan awal untuk hari-hari selepas dibangkitkan semula selepas mati. 

Bila hari kematian kita? Wallahu'alam ... itu rahsia Allah Azza Wa Jalla yang tidak seharusnya kita masuk campur.

Mudah-mudahan Allah SWT kesiankan kita sebelum kita mati dan selepas kita mati. Aamiin YRA.
***