Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Friday, October 2, 2015

Hanya tinggal 24 jam, sebelum aku mati.

Cuma pejamkan mata dan bayangkan untuk seketika ...

Bayangkan andai tinggal saki baki kehidupan ini
hanyalah 24 jam cuma
bagaimana agaknya reaksi kita?

Adakah kita akan dengan segera dalam keadaan yang kelam kabut bertaubat ataupun dengan lintang pukang mencari tukang pandai untuk memanjangkan usia kita atau kita akan berdiam diri saja?

24 jam satu masa yang sangat singkat hanya pada sesetengah pihak manakala untuk para insan yang lain pula beranggapan masa itu terlalu lama untuk ditunggu menjadikan mereka insan yang kesian dungu.

Saya pernah berada disituasi yang hampir-hampir sedemikian rupa.

Ia berlaku pada bulan yang mulia - bulan Ramadhan.  Saya yang berjaga semalaman dan berterusan selepas sahur sehinggalah selepas Subuh terasa letih kerana berkarya yang tiada hentinya. Saya membuat keputusan untuk rehatkan mata hanya untuk sekejap saja. 

Saya dikejutkan dengan mimpi yang sungguh luar biasa. Bangkit saya dengan perasaan cemas dan pernafasan yang tercunggap-cunggap. Serta merta, debaran jantung saya terlalu laju sehingga ia diluar kawalan. Saya kejutkan Imam lalu saya katakan ini ..

"Tadi saya mimpi ngeri. Kalau jadi apa-apa pada saya, Imam maafkan saya. Dan Imam harus biarkan saya pergi"

Saya menangis sekuat-kuatnya dalam dakapan Imam saya.

Sepanjang pagi saya tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup. Saya sudah dapat rasakan bahawa ajal saya akan tiba pada bila-bila masa saja lagi. Saya duduk mendiamkan diri dalam keadaan takut dan menggeletar. Paling sedih saya tidak tahu apa yang seharusnya saya lakukan sebelum ajal menjemput saya.

Melihat keadaan saya, Imam menjadi keruan. Dengan segera Imam hubungi para sahabat. Mereka pula menasihatkan agar saya ditemukan dengan segera dengan mereka yang bijak ilmu agama.

Saya setuju dengan cadangan itu dan mahu bertemu dengan para Ustaz mahupun Ustazah secepat mungkin. Sebab saya dapat rasakan, tak esok, mungkin lusa saya akan mati.

Untuk berjumpa, saya tiada daya untuk bangkit lagi. Seluruh anggota tubuh menjadi lumpuh sejak saya dikejutkan dengan mimpi tadi. Alternatif lain, melalui telefon. Saya dapat menghubungi seorang ustazah, lalu saya menceritakan pada kisah mimpi yang baru saja saya alami.

Dengan tenang Ustazah menasihatkan saya seletah saya usai dengan kisah saya.

"Tak apa lah. Kalau dah ajal kita, maka mati lah kita. Dah mungkin masanya dah tiba untuk awak."

Apabila kata-kata Ustazah melepasi bibirnya, saya semakin sesak. Betapa saya lupa bahawa setiap yang hidup akan merasa mati. Lantas saya bertanya lagi ...

"Jadi Ustazah, apa yang harus saya lalukan sebelum saya mati?"

Ustazah pun menjawab seperti sudah biasa diajukan persoalan sedemikian.

"Dengan segera lakukanlah solat taubat, sebanyak yang mungkin sehingga terasa berat di bahu menjadi ringan. Sehingga dosa-dosa besar hampir luput dari ingatan. Dengan segera pergi memohon maaf dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Andai ada kesalahan dimasa lampau yang kita tidak sengaja terlupakan. Tidak perlu disebut apakah kesalahan itu, bimbang akan timbul perkara yang lebih buruk dari itu.  Dan yang terakhir sekali, baca surrah Al Mulk, setiap malam, selagi mampu, mudah-mudahan kebaikan surrah itu dapat melindungi kita semasa di alam Barzakh."

Saya tidak tunggu untuk Zuhur masuk, dengan segera yang lalukan. 
Ketika menunaikan solat Taubat, saya menangis teresak-esak dalam bacaan. Hampir terputus-putus ayat-ayat suci al Quran saya tidak sengaja lakukan. Sebak hati saya menggenangkan dosa-dosa yang tertangguh minta di ampun dan kesalahan-kesalahan yang saling bertindih sehingga ke hari ini.

Dengan segera juga, saya telefon sahabat handai lalu saya memohon maaf. Mereka menjadi hairan namun saya kiaskan bahawa saya rindu pada mereka lalu sekaligus bermaafan. Mereka terima seadanya dan memaafkan saya.

Dan lewat petang itu, saya mulai belajar untuk membaca surah Al Mulk. 

Allahukabar !

Apa yang berlaku pada saya adalah kehendak Allah SWT semata-mata. Apakah tujuan DIA untuk lakukan itu Wallah'alam ... cuma yang dapat saya rasakan adalah Allah SWT mahu saya membetulkan diri saya dengan cara yang betul dan dengan panduan yang betul.

Mimpi itu datang lagi 3 hari kemudian dan saya rujuk kembali dengan Ustazah, ternyata DIA mahukan yang terbaik untuk para hamba NYA.

Mengenali surah Al Mulk dengan cara begitu, tidak ubah seperti dilanggar dengan keretapi expres. Namun ia satu kejadian yang sungguh berkesan yang kini melekat didalam hati.

Hari ini, saya sedari kematian itu pasti. 
Akan menjadi rugi kalau membuat persiapan disaat-saat akhir. Kalau betullah saya mati dalam masa 24 jam, dengan amalan, solat taubat dan bacaan Al Mulk sungguh TIDAK memeadai untuk menampung dan membantu saya semasa berada didalam alam Barzakh. 

Saya membuat keputusan untuk membuat persiapan awal, persiapan awal untuk hari-hari selepas dibangkitkan semula selepas mati. 

Bila hari kematian kita? Wallahu'alam ... itu rahsia Allah Azza Wa Jalla yang tidak seharusnya kita masuk campur.

Mudah-mudahan Allah SWT kesiankan kita sebelum kita mati dan selepas kita mati. Aamiin YRA.
***



No comments:

Post a Comment