Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, December 31, 2015

Syair sebelum semalam

Patah tumbuh
hilang berganti
sakitkan sembuh
yang hilang belum tentu mati

311215


Wednesday, December 30, 2015

HAPPY BIRTHDAY

Ameer Adam Hayzen

20jam ... 11tahun yang lalu.

Episod 1

29 Dis 2004 @ 3am
Puchong
Selangor

Kami dikejutkan dengan 'tumpah air'. Bergegas kami ke SJMC - Subang Jaya, tika 3 pagi. Jalanraya lenggang selenggangnya. Tiada kenderaan mahupun para malaikat yang lalu lintas akan tetapi Imam membawa kereta seperti F1 di Sepang. Mungkin Imam bimbang dan kemungkinan juga Imam juga sudah panik.

29 Dis 2004 @ hampir 4am
Tingkat 3
Hospital SJMC

15 minit kemudian, kami tiba di pintu utama SJMC dengan selamatnya. Kereta yang dipandu oleh Imam berhenti betul-betul di pintu bangunan yang buka dan tutup dengan sendirinya. Sebaik saja brek tangan di tarik, pengawal yang berjaga malam dengan lekas menghampiri dan membukakan pintu kereta. Dengan pantas mereka menyediakan kerusi roda untuk saya. Dengan langkah yang berhati-hati salah seorang pengawal malam itu menolak saya ke tingkat tiga. Manakala Imam diarahkan untuk meletakan kereta di kawasan parkir. Sayangnya ...syif malam tiada perkidmatan 'valet'.

Malam yang sunyi dan semakin dingin terasa ke tulang- tulang. Belum pernah merasa suasana hospital sesunyi sebegini. Sebaik saja ditolak keluar dari lif, barulah kelihatan suasana yang ada sibuk sedikit. Di kaunter jururawat, ada jururawat yang sedang menunggu dan terus memberikan arahan agar saya ditempatkan di 'labour room' yang sudah tersedia.

Alhamdulillah, sudah selamat sampai di hospital. Mana Imamku?

Tak sempat duduk nak check it out sekeliling bilik ini, Imam tiba. Wajah Imam pucat belum hilang. Agaknya Imam sangka saya mungkin sudah separuh jalan dalam proses melahirkan anakandanya. Siapa sangka bukan masa yang terdekat untuk saya melahirkan anak kedua kami tetapi sudah ditentukan oleh Allah SWT adalah 20 jam kemudian. Satu masa yang sangat panjang dan amat meyakitkan.

Doktor sakit puan hadir bagai dipetik jari jemari, Dr Delaila hadir dengan senyuman. Saya senyum kembali. Dengan ringkas selepas diperiksa keseluruhan, kemungkinan besar bukan malam ni, bilang Dr Delaila sebab pembukaan belum memadai. Rehatlah ... pesan doktor. Sudah semesatinya tenaga dan semangat amat diperlukan apabila tiba masanya nanti.

Maka rehatkan kami. Tidurlah kami. Berguraulah kami di bilik Labour itu. Masih belum ada tanda-tanda kesakitan. Namun tidak disarankan untuk bangkit mahupun untuk meninggalkan perkarangan hospital. Apabila terdengar jeritan dari bilik sebelah kerana didalam proses melahirkan zuriat, saya mampu untuk bergurau. Jururawat yang kerap memeriksa saya mengingatkan, hati-hati Puan, mungkin giliran puan kejap lagi. Lalu saya menjawab dengan suara yang sikit, InsyaAllah, saya akan tanggung segala kesakitan dan simpan segala jeritan. Bukan saya berlagak macho tetapi pengalaman di hopsital kerajaan telah banyak mengajar insiden pahit-pahit belaka.

29 Dis 2004 @ 8 am
Tingkat 3
Hospital SJMC

Masih dibilik yang sama. Masih terbaring seperti awal pagi tadi dan masih belum terasa sakit yang kerap. Contraction sangat minor.

Masuk jururawat yang sangat prihatin lalu bertanya, apakah saya tidak lapar? Sudah tentu jawapannya saya, kalau dikutkan hati nak sangat makan roti canai 4 keping & Nasi lemak lauk ayam berempah. Tetapi saya menolak idea untuk makan pada hari ini sebab  pengalaman berada di hospital kerajaan telah banyak meninggalkan parut yang memilukan. Akan tetapi hajatnya tidak berpanjangan, apabila jururawat tadi menjelaskan, bagaimana mungkin Puan dapat menolak bayi dalam kandungan andai Puan tidak makan terlebih dahulu?  

Jadi makan sebelum melahirkan anak bukanlah satu mitos sebenarnya, baru kini saya ketahui. Ia adalah satu kenyataan yang sungguh elok sekali. Jadi, tunggu apa lagi, saya sungguh berselera untuk bersarapan pada pagi ini. Siapa tidak?? Manakala makanan untuk Imam tidak disediakan, kesian Imam membeli makanannya di kafetia ditingkat bawah... Alhamdulillah, Allah SWT itu Maha Kaya.

29 Dis 2004 @ 10am
Tingkat 3
Hospital SJMC

Kebosanan dalam penantian kini berakhir sudah. Sesungguhnya Allah SWT sudah sediakan nikmat sakit yang tiada kata-kata dapat mengambarkan. Sakit yang tiada kesudahannya. Sakit yang datang dan seperti tidak mahu pergi.

Contraction kini kerap dan semakin lama.  Imam setia disisi. Diserahkan tangannya untuk dijadikan penyampaian sakit, namun sayang sekali tidak sama rasanya.

Tika inilah, saat-saat pernafasan lamez amat membantu. Jururawat tadi yang memberi ingatan kini sangat kagum sebab saya memilik untuk melakukan pernafasan lamez. Namun kesakitan itu adalah ketentuan kesemuanya. Allahuakbar !!! Mungkin para Malaikat dapat merasakan kesakitan yang tiada tertanggung.

29 Dis 2004 3 petang
Tingkat 3
Hospital SJMC

Tiada ubat penahan sakit diberikan sebab saya tidak mahu. Bukan sebab berlagak sombong sebab sayan bimbang kesan-kesan yang bakal saya tanggung kelak. Lalu diberikan laughing gas untuk saya. Itulah antara yang dapat membantu namun sayang sekali, kesannya tidak dapat menghilangkan apatah lagi megurangkan sakit pemberian Allah SWT ini. Saya mencari kekuatan dan ketabahan dengan keyakinan hanya pada Allah SWT. 

Hanya pada Allah SWT saya serahkan nyawa ini dan hanya kepada NYA saya berharapkan sedikit belas kasihan - peliharalah dan permudahkanlah yang sukar ini.


29 Dis 2004 8 malam
Tingkat 3
Hospital SJMC

Kini sakit sudah sampai ke tahap maximum. Saya didatangi demam panas dengan tiba-tiba. Tekanan darah & tekanan gula jatuh dengan medadak. Saya diberikan ubat demam dengan serta merta. Disaat ini, sudah tidak mampu lagi untuk makan, apatah lagi untuk minum. Namun jiwa dan lidah ini tidak putus-putus mencari ILAHI.

Jam didinding bilik tidak lekang daripada pandangan saya, saya tahu masa berlalu tetapi tidak tahu hari apakah ini dan sudah berapa lama saya sakit. 

30 Dis 2004 12 tengahmalam
Tingkat 3
Hospital SJMC

Sudah kehilangan air dari badan, Sudah tiada lagi energi. Suara saya sudah hilang. Longlai seluruh tubuh. Imam masih setia disisi. Wajah muram & panik Imam  - kesian saya melihatnya. Untuk saya memujuknya sudah tiada daya lagi, sakit ini sudah tiada mampu untuk ditanggung lagi.

Berkali-kali, Imam tanyakan apakah saya mahu, mendengar bacaan surah Yasin di headphone. Saya gilingkan kepala & katakan Its ok, I am fine ... InsyaAllah.

Tanpa jemu saya merayu pada Allah SWT, janganlah diebrikan kesemua sakit ini, simpankanlah sedikit, sesungguhny saya sudah tidak tertanggung lagi.

Dr Delaila kini sudah berdiri pacak didepan saya & berkali-kali mengingatkan saya untuk melakukan pernafasan. Bergilir-gilir jururawat dengan tugas masing-masing berganti syif dan melihat kondisi saya. Mereka sendiri tidak meyangka saya masih dapat bertahan tahan tanpa ubat penahan sakit sehingga ke tahap ini. Jururawat cuba sedaya upaya membantu untuk meringankan kesakitan dengan cara mereka memberikan senyuman, memastikan keselesaan saya & juga cuba menghiburkan hati yang semakin bercelaru. Alhamdulillah, merekalah penawar disaat itu.

30 Dis 2004 2 pagi
Tingkat 3
Hospital SJMC

Melihat kondisi saya yang sudah tiada bermaya. Dr Delaila menyatakan jika boleh mungkin sudah tiba masanya. Jangan ditangguhkan lagi walaupun bayi ini masih belum mahu bertemu ibunya. Dr Delaila sudah standby dengan Plan B, sekiranya bayi  ini degil jugak. 

Dr Delaila, berikan arahan kepada 7 jururawat yang sudah tersedia disekeliling katil saya. Masing-masing dengan tugas tersendiri. Manakala jururawat untuk menguruskan bayi sudah menunggu disudut yang berasingan. Kain bungkusan yang mengrangkumi alat-alat pemedahan hopsital kini sudah terbuka dengan luas. Dr Delaila dengan baju jubah nya. Ikatan rambut saya minta dilepaskan 0 untuk apa, saya sendiri tidak tahu sehingga ke hari ini. Imam diarahkan berdiri setempat disisi bahagian kepala saya & jangan tinggalkan posisi walau apa pun terjadi pada saya mahupun pada bayi, Imam ikut arahan seperti anak usia 4 tahun.

Sakit yang paling kuat yang saya nantikan selepas bertahan selama 20 jam kini akhirnya datang jua. Saya menarik nafas panjang dan dengan nama Allah SWT ...

sambung ke episod 2 ... esok





Monday, December 28, 2015

Laksana Jentayu Menantikan Hujan ...


Jauh aku dtinggalkan
bagai dibelah-belah kedindingan rindu
meratap bukan kerana kasihan 
luluh jeritan laksana Jentayu

Rindu dendamku abadikan
kujadikan selimut malamku
deraian manik bertaburan
kusembunyikan kelukaanku

Laut Merah kujadikan saksi
janji berparut kutinggalkan didalam hati
tibalah masa, ku menunggu hari
pasti kesana untuk ku ziarah kekasih ILAHI

Aduhai junjunganku baginda kekasih ILAHI
selawat dan salam daku kirimkan
kesejahteraan buat ahli keluarga juga para sahabat Nabi
bahagialah dibawah limpahan Rahmat yang dikurnikan
sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla , kasih NYA tidak pernah berbelah bagi.





Lir Llir ...

Lir llir, lir llir
tandune wis sumilir
tak ijo royo-royo, tak sengguh tementen enyar
cah anggon-cah anggon penekno blimbing kuwi
lunyu-lunyu penekno kenggo basuh dodorito
dodorito-dodorito kumitir badhah ing pinggir
domono jlu matono kanggo seba mengko sore
mumpang padhang rembulance
mumpang jembar kalengare
ya surak o
surak horeee ...
***
(Opick / Lir llir)

Thursday, December 24, 2015

Bukan marah tetapi ...

Sakitnya hati melihat sikapmu begitu ... manusia didepan mataku !!!

Rata-rata berani bersuara pada hari yang kononnya amat bersejarah buat mereka. Adakah ini sikap menunjukkan tanda hormat ataupun sekadar melepaskan batok ditangga? 

Pertunjukkan dengan berlisan, seakan lantang niatnya mereka. Adakah mereka sendiri mengetahui apa yang sedang mereka menyuarakan ?

Bukankah sepatutnya diri yang dilahirkan beragama ISLAM mempratikkan cara kehidupan secara Islam samada siang mahupun malam. Beriman kepada Allah Azza Wa Jalla bukan satu pilihan. Mengikuti sunah Baginda Rasulullah SAW bukan lagi satu mainan.

Menjadikan Al Quran sebagai landasan  & petunjuk selama bernyawa diatas dunia NYA.  Amalan seharian merupakan dedikasi & komited kita kepada Sang Pencipta.

Tetapi sayang sekali, hanya setahun sekali, tersebar luas dimuka bumi menyaran agar kita berselawat keatas Nabi SAW. Bukankah seharusnya kita berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW pada setiap hela nafas dan memuja Allah SWT pada setiap detik nadi ???

Dimana kejujuran & kesetiaan kita sebagai hamba NYA dan umatnya Baginda Muhammad SAW??

Tidakkah kita merasa MALU  dengan kekurangan yang sungguh ketara? 
Kita para hamba dilahirkan ke dunia dengan tiada punya apa-apa. Amat memerlukan Syafa'at Baginda Rasulullah SAW. 

Jangan berlagak sombong, sedangkan kita akan mati pada bila-bila masa saja lagi.
Tanpa belas kasihan, amalan kebaikan & Syafa'at ... kita hanyalah sampah yang menunggu masa untuk dibakar buat selama-lamanya.
***





Wednesday, December 23, 2015

Ada hujan disini ...

Hujan pagi menitis lagi
tanpa hadirnya guruh
tanpa bermendungkan langit pagi
suram-suram siang berubah wajah
turunnya hujan
bagai ada yang memanggil datang
usai doa sebaris dua
hujan tiba-tiba henti
seperti langit sudah habis urusannya disini
muncul si mentari
seolah baru bangkit dari mimpi
hadir tanpa bertanya
untuk apa ke sini

Hujan pagi
singgah menyapa sang hati
apakah masih ada rindu disebalik nyali
kapan untuk bertemu kembali
hujan pagi
datang untuk pergi
***
Thank you Ya Allah for the Rahmat & YOUR Blessing. Nothing gets better than this, for YOU'LL all I've got.



Friday, December 18, 2015

Kidungku ...

Kidungku gemalai tiada
rentak sumbang
indah entah kemana
lenggok berlari sonsang dimata
kidungku berpuisi hilang suara

Gugusan mentak dicintuh raga
bunga diraja sekadar pameran sahaja
haus kelibat sasa dijiwa
bagaimana kisah kesudahannya?

Berkaca dimata kah?
luka lama berdarah kembali kah?
episod cinta bertalam bertanya
apakah esok ada kesudahannya?
***

181215
Ya Rabb, pinjamkanlah aku ilhamMU
agar apa yang telah ku mulakan dapatku selesaikan
setiap yang bermula temukanlah aku dengan pengakhirannya.



Tuesday, December 15, 2015

Tuhan tak pernah tak dengar doa-doa kita ...

Aduhai Habibi
pujaan hati
diwajahmu sudah kehilangan seri
ku cari, ku tatap setiap inci
namun pertemuanku, hampa sekali

Kepayahan kali ini, sungguh mencengkam jiwa
menguji kami sekeluarga
mana hidangan kami berselera
kami menjamah sekadar kesihatan untuk dijaga

Keperitan ini, kemana mahu dibawa pergi
masih adakah sahabat handai disisi
masih adakah sanak saudara tidak segan dengan kami
semakin hari, semakin tidak bermiliki

Hanya berbisik mampu dilafazkan
bukan ayat-ayat cinta, indahnya bahasa bukan
berselang seli doa dan hafazan
kami merintih, mohon diampunkan

Tiada malam tidur tidak menangis sekali
sehingga dada bantal lencun kami tak peduli
bengkak mata tidak kami kesali
senyuman diwajah sudah hilang kini

Doa demi doa kami suarakan
harapan demi harapan kami luahkan
hanya padaMU Tuhan
kasihanilah kami, jiwa dan raga kami serahkan

Aduhai Habibi
Yakinlah dengan nasihat Nabi
Tuhan tak pernah, tak mendengar doa-doa kami
belum waktu, belum masanya lagi
bukan rezeki kita untuk hari ini

Yakinlah pada Allah
sebagaimana keyakinan ku padamu ... selalu.
***


Saturday, December 12, 2015

Aku dan dia ...

Aku dengan karya-karyaku
terpisah tiada
dalam izin janji akan terlaksana
mohon Allah memberi hidayahNYA

121215

Saturday, December 5, 2015

Dengarkanlah ...

Anakanda hamba ...

Hampir berderai airmatamu
tika ku nyatakan satu per satu
tika pagi menjelang waktu
tika kita duduk semeja dan sebangku

Tidak akan aku berdusta
apatah lagi berselindung disebalik cerita
yang benar harus ku kongsikan bersama
kerana yang benar tidak mungkin akan berdusta
Pertemuan kita didunia adalah sifat sementara
dalam izin NYA kita menjadi sebuah keluarga
tiba esok mungkin lusa
kematian pasti tiba

Berpisahlah kita, tiada lagi bersama, tidak dibumi
namun akan kekal simpan didalam hati
antara kenangan dan kemesraan yang kita pernah lalui
itulah tanda cinta kita sudah bersemi

DIA menjanjikan Syurga pada yang setia
DIA menyediakan Neraka pada yang murka
jangan sesekali melanggar perintah NYA
walaupun tika nyawa berada dihujung pedang musuh derhaka

Anakanda hamba ...

Kasih sayang jalinan antara kita
adalah limpahan Rahmat dari yang Maha Berkuasa
tidak mungkin dapat bertukar ganti
walaupun hidup tidak bertemu mati

Tabahlah semasa bertarung ujian didunia
percayalah ada ganjaran menanti disebalik semuanya
kehidupan selepas mati akan kekal buat selama-lamanya
bukankah lebih baik kita disatukan kembali disana saja?

Anakanda hamba ...

Hapuskanlah air matamu
jangan dibiarkan aku melihat dikau begitu
tidak sehari berlalu tanpa ku berdoa untukmu
ku yakin Allah SWT sangat meyayangimu
akan melindungimu tika daku tiada disitu
dan akan mentempatkan para solihin sertaimu
kerana ku yakin ...
dikaulah anak yang setia sehingga ke hujung nyawaku
***
Dear Hayzen,
Believes in Allah SWT and Allah SWT shall guide to Jannah.
I fell in love with you from the day you were just a thumb size in my womb. And each day, I am grateful to Allah SWT for HIS blessing having you as my son. No other love can replace the way I love you.