Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Friday, December 30, 2016

Happy Birthday Bear !!

A day to remember 30122004
I will remember you, will you remember me ?

Aku kenang dikau didalam kenanganku
Didalam kenanganku, dikau kukenang selalu
Anugerah pilihan ILAHI hadiah kami
Amanah bersimpul kasih ciptaan abadi
Bianglala doa sentuhan misteri
Kehadiranmu lambang cinta sejati

Dewasalah dengan limpahan RahmatNYA
Jadilah pemimpin yang SOLEH didalam keredhaanNYA
Kami tidak akan selalu ada
Namun kami akan terus tetap 'bersama'

Ameer Adam Hayzen Azizan
Sanggup nyawaku, ku serahkan
***


Monday, December 19, 2016

Melihat cermin tika cermin melihatku ...

Pepatah acapkali mengatakan ... cerminkanlah diri sendiri sebelum lisan itu mudah mengata perihal orang lain. Betul lah tu. 

Hanya cermin bisa menyatakan apa yang benar tanpa rasa bersalah mahupun segan silu. Hanya cermin berani untuk berkata benar tanpa sedikit pun kekurangan. Malah kebenaran itu amatlah yang perit untuk diterima akan tetapi begitulah hakikatnya. Yang pahit ditelan menjadi satu kesulitan untuk diri sendiri.

Hanya cermin menggambarkan apa yang kita jarang lihat. Mahupun kita belum bersedia untuk terima. Hakiki milik peribadi adalah muktamad. Namun begitu, perubahan mampu mengubah yang buruk kepada kebaikan.

Justeru, lihatkan ke dalam cermin sekerap yang mampu untuk 'melihat' diri sendiri sebelum orang lain 'melihat' ke dalam diri kita. Tanpa cermin kita tidak mungkin mampu tahu apa yang kurang dan apa yang lebih. Kan ?

Cermin disini menggantikan ayat Muhasabah. 

Muhasabah dalam erti bahasa kasar - menilai diri sendiri. Islam mengalakkan umatnya bermuhasabah dari semasa ke semasa. Untuk kebaikan & untuk kejayaan. Apa salahnya ... memperbetulkan penilaian didalam diri sebelum kita mempersembahkan kepada Yang ESA. 

Lazimnya, manusia dijadikan dengan serba kekurangan semata-mata agar kita tanpa segan silu meminta &  memohon dengan Tuhan dalam melengkapi diri. 

Hatta, janganlah rasa janggal, pelik, akward, weird, out of place apabila kita memerlukan bantuan Allah SWT dalam setiap perkara yang mahu kita tunaikan. Qalam Al Quran sudah tersedia menyatakan -

"Minta saja akan AKU berikan." Firman Allah SWT.

Allah SWT sudah ada ... menunggu kita. Pada setiap panggilan, setiap jeritan, setiap tangisan, setiap rintihan, setiap hembusan, setiap bisikkan dan setiap lafazan. Sekali kita sebut nama Allah SWT, sebelum helaan nafas seterusnya Allah SWT sudah 'tiba' dekat dengan kita. YAKINLAH !! Allah SWT tidak pernah jauh.

Bagaimana dengan kita? Hanya 5 kali sehari Allah SWT titip mahu bertemu namun kita lagi lengah. Pelik kan ???

Jom ... sama-sama kita bermuhasabah demi manfaat & kejayaan. Lakukan perkara yang Allah SWT suka pasti kehidupan selepas kematian akan menjadi indah.
***

May The Al Mighty have mercy on you & me.






Friday, December 16, 2016

Katakanlah ...

Orang bijak-bijak suka berpesan

"Bersabarlah dengan Allah Azza Wa Jalla
sesungguhnya disisi NYA tempat
orang-orang yang bersabar dengan DIA."



Tiada ujian tanpa hikmahNYA
Tiada susah tanpa nikmatNYA
Tiada sakit tanpa RahmatNYA

Thursday, December 15, 2016

Tiada "Secara Kebetulan" sesungguhnya semuanya sudah suratan takdir.

Sudah menjadi lumrah apabila lisan itu lebih selesa berbicara mengenai apa yang ada didepan mata. Meluahkan ayat-ayat seperti "Secara Kebetulan" selalu dijadikan gambaran alasan mahupun sebuah kisah yang ada sangkut pautnya dengan kebenaran.

Sesungguhnya tiada yang berlaku atas bumi ini secara kebetulan. Segala sesuatu yang berlaku sudah pun ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Kuasa lagi Maha Agung. Sejak azali lagi semuanya sudah pun tersedia untuk kita - hamba NYA.

Samada yang berlaku mahupun tidak berlaku dan belum berlaku adalah kehendak DIA semata-mata. DIA yang Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati kita. Selalunya kita leka untuk ambil tahu apa yang kita tahu. Fitrah manusia - memang begitu.

Tersuratnya takdir yang tersirat itulah susunan Qada' & Qadar. Dalam masa yang diizinkan oleh Azza Wa Jalla maka kun fa ya kun lah ia. Sebagai hamba yang akui Allah SWT itu SATU & Allah SWT itu wujud haruslah kita mempercayai akan Kebesaran NYA. 

Secara kebetulan tidak pernah berlaku didalam realiti kehidupan ini - percayalah ! Akal kita yang belum cukup ilmunya akan berfikir sebegitu. Sesungguhnya kecerdikan akal tidak berlaku serentak pada semua manusia. Hanya manusia tertentu saja yang mampu untuk berfikir diluar kotak pemahaman. Itu pun didalam keizinan DIA. 

Secara kebetulan 
dikau tidak pernah melukai aku 
dikau tidak pernah tinggalkan cinta kita di kaki pintu

Secara kebetulan 
kita tidak pernah berjauhan

Semua ini sudah tertulis - pada yang sudah berlaku, aku redha dengan ketentuan Tuhan
kerana aku sedari aku hamba NYA yang akan terus diuji sehingga aku mati.

Secara kebetulan kita bertemu dan kemudian kita berpisah
tiada yang berlaku secara kebetulan 
kerana sesungguhnya kita ditakdirkan untuk bertemu dan kemudian berpisah tika hati kita patah dua
tika pandangan mu sangat hina padaku
kesakitan yang kita rasa
kutanggung semuanya

Bukan kerana aku tidak pandai bermain madah memujuk 
tetapi kerana aku sudah mulai mengerti hikmah disebalik kesemuanya ini
Tuhan mahu aku rasa sakit 
agar untuk esok aku bisa membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu permata

Dalam doa kudusku 
aku memohon kredhaan NYA
***


Sunday, November 20, 2016

Anugerah Yang Terindah

Eja nak tau tak?

Betapa susahnya bagi Jad nak ilhamkan satu puisi untuk Eja. Memandangkan hari ini b'day Eja. Rasa-rasanya dah nak masuk 21 kali, Jad type pastu Jad detele. Jad type pastu Jad delete.

Selalunya tak lah susah. Type je, dengan mudah ilham tu bertali arus melahirkan apa yang tersimpan didalam hati tetapi kali ini entah kenapa amat sukarnya...

Mungkin isian hati terhadap Eja terlalu mendalam dan sangat halus sehingga tiada kata-kata dan madah dapat dicipta lalu dirangkaikan menjadi satu karya. Mungkin kut ??

Ketika ini, tiada lain yang bermain didalam ruang minda, hanyalah kenangan antara kita. Buat Jad tersenyum sorang-sorang. Kenangan silam kita Eja banyak mengajar Jad dan sekaligus mendewasakan kita. Dengan tiba-tiba terasa rindu pada zaman silam kita Eja ... 

Tanpa kenangan, tiada kita hari ini Eja.

Tak pernah sekali Jad merasa kesal apatah lagi membebankan apa jua yang bersangkut paut dengan Eja. Sebaliknya Jad rasa beruntung sebab kita ditemukan. Terlalu banyak kemanisan didalam persahabatan kita. Sehinggakan tiada pernah terasa kepahitan yang pernah hadir sekali sekala. Allah Maha Kaya Eja ... DIA tahu kita layak bersama, layak menjamah bahagia tika kita duka nestapa dalam ujian NYA.

Kita pernah terpisah Eja tetapi itu hanya sementara. Dan selepas tu kita berjumpa sekali lagi. Semua tu dalam ketentuan Tuhan. Dan lepas ni, kita harus berpisah lagi ... doakanlah perpisahan kali ini juga untuk sementara sahaja - sehingga kita bertemu lagi selepas kematian ini.

Sayangnya Jad kat Eja macam ... bukan macam tapi melebihi adik beradik. Dah seperti darah daging sendiri. Sekiranya dicubit paha kiri maka paha kanan akan terasa - begitulah kita Eja. Hebatkan kuasa Allah SWT ni ??

Jad tau, Eja tau yang Jad sayangkan Eja sampai ke hujung nyawa. Dan Eja tau yang Jad tau, Eja sayangkan Jad sampai ke Syurga. 

Dah tak ada tempat cinta kita kat dunia ni Eja melainkan Syurga NYA. Sabarlah menanti, akan tiba masa itu. Dimana kita akan kekal bersama selama-lamanya bersama pilihan doa-doa kita selama ini. Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah tidak mendengar.

Berbahagialah Eja dengan ketentuan Tuhan kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Eja dulu, kini dan selamanya. Jad hanya menumpang mendoakan yang terbaik buat Eja sesungguhnya bahagia Eja maka bahagialah Jad.

Sahabat sejatiku  duniaku, akhiratku
dikau ku sayang selalu

Anugerah yang terindah ... ku sahut cintamu!

NORHASLIZA MANAP  aka EJA








Saturday, November 12, 2016

Musafir lalu

Qiam aku dengan ketentuan yang ini 
robek terlerai jantung serta nyali
meraba siang gulita ku sepi
hayatku berlangsung sendiri lagi

Pautan kasih rapuh melata
gugur harapan hilang didepan mata
khabarkan sekadar segera
cintuh galau nyawa tiada

Gugusan mimpi dibuang tepi
luatan amarah sengsara begini
hadapilah jua pemberian ILAHI
seungguhnya itu nikmat sebelum mati
***


Tuesday, November 1, 2016

توجه

Tawajjuh
ertinya menghadap.

(Ta-wa-jjah)

Maksudnya menghadapkan diri dan membulatkan hati kepada Allah SWT semata-mata, sebagai kesan daripada pengakuan iman & syahadahnya.

Kamus Pengetahuan Islam/ms 186/Haji Dasuki Haji Ahmad/ISBN 978 967 61 2595 8 

Monday, October 31, 2016

Thank you Allah Azza Wa Jalla

She makes me happy
... and that is all that matters to me.

My baby girl.



Wednesday, October 26, 2016

It's about time ...

Letting you go
is letting you grow

What makes you happy
makes me happy

Knowing you're doing okay
i knew it's gonna be okay

Have faith in what you believe
as I always have faith in whatever you believe

Stand for your rights
as I shall stand by your side

Aim for the stars
i'll reach them in regardless how far

Looking at you smiling at me
i'll be smiling at you, even tho you're not looking at me
***





Wednesday, September 7, 2016

Aku Cemburu Padamu ...

Dada malam menyahut sepi
kepiluan hati menangis sendiri
mengenang siang jauh pergi
bayangan kabur dinihari

Laungan muazzin didengarmu
setiap halwa memiliki padu
langkah memuja syahdu
diaku berada ditempat nan SATU

Bakal sejarah dikau simpan
dalam hitung dikau genggamkan
Senah Halwa wahai pujaan
DIA memilih dikau antara jutaan

Langitku basah usah ditanya
kemungkinan guruh berlaga raga
hayatku singkat usia semasa
hanya cinta aku yang ada

Cemburu aku padamu
bukan untuk seketika waktu
mungkin sehingga akhir hayatku
sebagaimana kesetiaanku padamu ... sehingga ke hujung nyawaku.

Jad
5 Zulhijjah 1437 H
Puchong
Langitku Menangis disaat ini

Senah Helwa MAZLINA ALIAS

***


Friday, September 2, 2016

Doa menanti Dhuha


Gugusan doa kuhimpunkan
Latif harapan kugenggamkan
Separuh nyawa kukorbankan
Gugup laksana aku diqiamkan
Mentak dijentik nyali berapi
Sungguhpun aku setengah mati

Ratapan siang singgah berkata
Siulan hamba hambar belaka
Ibarat perca buruk dicela
Mengaut untung seakan hina
Bayangan senja jingga jelaga
Kudrat payah sebelum tua

***


Wednesday, August 24, 2016

Pergilah ...


Aku menangis bukan kerana aku tidak merelakan
aku menangis kerana aku sanggup melepaskan
pergilah


Sunday, August 14, 2016

Sebuah Penghargaan

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza' ...
Ya Habibiku
Ya Imamku
Ya Khalifahku 
atas keizinanmu, berkat doa-doamu, tazkirah ilmiahmu, tips-tips siku-liku kehidupan, kesabaranmu, kepercayaanmu dan keprihatianmu pada usaha sekecil ini. Moga ibadah ini memberi manfaat untuk kita bersama nikmati didunia & akhiratNYA nanti.





Saturday, August 13, 2016

Gerimis Hati Asyikin * Cerekarama * 13Ogos * 9mlm * TV3


Al Hidayah Productions Sdn Bhd
Pengarah :: BahriUmararif
Pembantu Pengarah :: Nurlina Syafiqah
Penerbit :: Ashraf Muslim
Penerbit Eksekutif :: Azmirulhisham Abu Bakar
Penulis Skrip :: Shahrizad Shafian
Pengarah Fotografi :: Filus Ghazal
Pengurusan Produksi :: One Chinoiz Studio
Pengurusan Kewangan :: Mahathir Hadi
Pengurusan Dokumentasi :: Wan Khairol Naim
Editor :: Sabilillah
Pengurusan Kreatif :: Ezzwan Mardzi * Masduqi Mohamadin



#gerimishatiasyikin
http://www.facebook.com/shahrizadshafian

Thursday, August 11, 2016

Tuesday, August 9, 2016

Alhamdulillah ... Thank You Allah !!



Allah SWT tak pernah tak dengar.
DIA tak bagi lain sebab DIA nak bagi lain.

Puteri kami ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran. 
Itulah yang kami harapkan dan itulah yang kami doakan.
Siang dan malam kami tak henti berdoa. 
Kami bersangka baik dengan Allah SWT.
Kami berharap hanya pada Allah SWT.
Kami meletakkan harapan hanya pada Allah SWT.
Segala impian dan hasrat kami 
kami serahkan pada Allah SWT.
Kami juga mohon agar Allah SWT 
sudi berlembut dengan kami
kerana sesungguhnya kami
tidak pandai menerima ketentuan 
yang DIA sediakan untuk kami.

Ya Labbaika
peliharalah puteri kami
sesungguhnya sudah terlalu banyak kesukaran
kepayahan, kesakitan yang dia lalui. 
Puteri kami dia sanggup lalui segala onak & duri
kerana kepercayaan & kesetiaannya terhadap MU

Ya Rabb
Redhalah dengan kami


Ameerah Asha
Hayzen, Abah & Mom
We are so proud of you
Thank you for being you !

Thursday, August 4, 2016

Dua puluh dua tahun yang lampau ...

Mencintaimu seumur hidupku
mengasihimu sepanjang nyawaku
menyayangimu segenap ragaku
pengorbananku hanya untukmu

Dikaulah kekasihku nan abadi
dulu, kini dan setelah aku mati
cintaku bukti sejati
kehadiranmu, anugerah kumiliki
***






Thursday, July 28, 2016

Hanya Padamu

Berkali ku ungkapkan bingkisan rindu
buat dijadikan sandaran untukmu
setiap lisan tertunai janji
bagai mimpi digubah realiti
jentikan hati meraih belaian jiwa
agar dikau mengerti isiannya

Rindu berpagar dinyali sepi
laksana bulan mendambarkan sunyi
raut keindahan berwajah sayu
melintasi ruang bicaramu
kudus doa dalam harapan
biarkan semalam tinggal kenangan

Hanya padamu
telah kuserahkan jiwa dan ragaku
bersulam rindu, santapan syahdu
bianglala umpama bunga diraja
mewahnya cinta dikau empunya
menjadi Syurga milik kita sepenuhnya

Buat Imamku Azizan Hassan
Moga perjalananmu seterusnya mudah dan indah
milikilah kejayaan selepas kematian
moga pertemuan kita selepas ini dipermudahkan
menjadikan kita pasangan syurga idaman
***


Friday, July 22, 2016

Kisah nukilan jiwa penulis tika langit bakal sama-sama menangis

Sebelum langit runtuh disenja ini
sempatlah aku menjelaskan nukilan jiwa
yang sudah sekian lama memamah luka didada

Payah seorang aku 
untuk melangkah maju
pada setiap kali kenangan semalam datang menghantui
bagai menuntut kerugian
pada silam yang menyakitkan
Sukar untuk aku
melepaskan yang berat ini
apabila kesan luka semalam masih ada dihati
sudah ku akui kekuranganku
apa lagi mahu mu?

Langit bakal menangis pada bila-bila masa
tanpa menghiraukan aku samada sudah ada tempat berteduh
atau bakal basah kuyup dengan limpahan ini
namun sudah terlalu lama aku dibiarkan, dibawah langit biru
ada sekali dikau mencari aku?

Perit seorang aku
menatap kisah siangku
pada malam aku kesal mengenangkanmu
jangan terlalu lama membiarkan aku
aku bimbang, andai tiba waktu itu
tika kau mencari aku
aku sudah tiada - untuk menyahut panggilanmu, seperti selalu.

Hayatku separuh mati merinduimu
jiwaku separuh nyawa menunggumu
maafkan aku
sekiranya aku pergi lebih dulu darimu.
***

Junjungan Baginda SAW

Aku bagaikan musafir lalu ... menyusulmu sudahlah tentu


Saturday, June 25, 2016

10 Malam Terakhir

Cepat sungguh masa itu berlalu
belum sempat ku gurindam nada syahdu
kini sudah tiba waktu
perpisahan dihujung rindu

Kehadiran bagaikan tetamu
hadir sekali setelah setahun menunggu
belum puas menggecap nikmatmu
10 malam terakhir ... akan tiba saat itu

Ya Labbaika
izinkanlah aku
menjadi sebahagian daripada pilihanMU
untuk sama-sama bertemu
cinta abadi milikMU
sebelum aku dipanggil pulang
selagi hayatku diberi pelaung
***
Malam Laillatul Qada ... aku ingin bertemu 'mu'.


Saturday, June 18, 2016

#Gerimis Hati Asyikin

Bermain dijiwa ini
kesungguhan yang didustai mimpi
perih bersilih ganti
dimana akhirnya satu tragedi?

Ruwat digejala persembahan diri
meraih apa lagi kalau bukan satu simpati
jauh sebelum mati
Gerimis Hati Asyikin ... laksana aral datang sendiri
***
Akan datang di TV3

Thursday, June 16, 2016

Quote of the day

"Everything is not everything ..." - Ngajad

http://www.facebook.com/shahrizadshafian
***

Tuesday, June 14, 2016

ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA



"Hanya padaMU, ku berserah
Berikanlah aku kesabaran didalam menghadapi
dugaan dariMU
KAU ringankanlah dugaanku
didalam menguji kesabaranku.
Amiin Ya Rabbal Alamin"

Monday, June 13, 2016

Terkilan seorang aku ...

Gusar tika menunggu waktu
berpijak-pijak jarum dan paku, aku nyilu
keliru semakin buntu
jarak antara kita - itulah penentu

Hancur hatiku
warta kuterima sungguh pilu
janji ingin bertemu
pada esok jadualku
sayang sekali - itu bukan lagi bahagianku

Terkilan seorang aku
untuk menatap buat terakhir kalinya akan wajahmu
tidak kesampaian akan hajatku

Dalam kenangan kusimpan perbualan terakhir kita
senda tawamu, masih jelas dihalwa deria
ramah mesramu, kujadikan penawar duka
tiada jodoh kita
untuk berjumpa, bersua dan mengatakan 'Ini semua sudah ketentuan NYA'

Kenangan silam telah ku sampaikan pesan
telah ku selitan sekuntum kasih senyuman
barangkali itulah yang terbaik buat dikau, lalu yang terbaik sudah dikau pendamkan

Disaat ini, linangan masih belum mahu henti
aku sedang belajar untuk meredhai
amatlah sukar, amatlah payah tika hati ini dijentik berkali-kali
akan tetapi naluri berbisik dalam sepi
tiada Tuhan melainkan ILAHI

pergi ... pergilah aduhai kekasih hati
kalau ini sudah sebahagian daripada janji
tiada jemu dalam mendoakan
agar dikau senang dan dipermudahkan
nanti kapan tiba masa
pasti kita akan kembali bersua
usahlah dikau dengan mudah melupai pada cinta

Buat Kekanda Nor Lela bt Ismail
Jun 11, 2016@ 11:33pm
6 Ramadhan 1437H
Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
***



Saturday, June 11, 2016

Apa mampuku ...?

Mendapat warta dirimu ditimpa kecelakaan
hatiku gundah, keruan sudah tidak menentu
kejauhan ini amat meyakitkan
langkahku terbatas
impianku menjadi ringkas

Apa mampuku
pada doa-doa dan harapan
tika jiwa ini masih ada hajat tersimpan
bertakung duka simata berkaca
aduhai kekandaku Nor Lela nyawamu rapuh laksana

Ya Labbaika
ringankanlah yang berat ini
mudahkanlah yang sukar ini
terangkanlah yang gelap ini
lekaskanlah yang payah ini

Ya Labbaika
please have mercy.
***



Wednesday, June 8, 2016

Hati Berbisik ...

Tadi pagi sebelum sahur
aku mengadu semuanya pada DIA
apa jua yang melukakan hatiku
apa jua yang membebaniku
apa jua yang menghalangku
ungkapan demi ucapan
aku luahkan
bagaikan ada 
garisan rindu bergaris dihati
tidak kusedari airmata membasahi pipi

Selesai sahur
sebelum azan Subuh
langit menangis - membasahi bumi
aku bagaikan sudah mengerti
aku tidak lagi menangis sendiri
benarlah ...
DIA tidak pernah tidak mendengar!
***
Photo Credit to Google

Tuesday, June 7, 2016

Realiti

Aku menulis atas nama cinta NYA
mudahkanlah apa yang sudah aku mulakan ini
berkatilah segala patah ilham yang KAU pinjamkan padaku
aku redha dengan apa yang aku karyakan setakat ini
jadikanlah ini kejadian ibadah bagiku
sesungguhnya KAU lebih mengetahui pada penghujung manuskrip ini
adalah semua realiti
***


Photo Credit to google

Monday, June 6, 2016

Hati bertanya ...

Ya Labbaika,

Bagaimana akan jadinya amalanku pada Ramadhan kali ini?
Butiran dosa-dosaku masih bertaburan bak pasir-pasir digurun sahara.
***



RAMADHAN KAREEM - Maaf Zahir & Batin

1 RAMADHAN 1437H / 6 JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu".
(HR Bukhari No: 37.)
*Pengajaran:*
1.  Berpuasa  atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa  dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.

2.  Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3.  Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil).
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانِ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اِجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar".( H.R. Muslim )
Semoga ibadat Puasa yang dilaksanakan  menjadi instrumen menghapuskan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua


Jazzakallah Khairan Katsiran Tn Imam Azizan Hassan
***



Thursday, May 26, 2016

Mendengar langit menangis

Tika mendengar langit menangis
aku ikut menangis
bahasa hujan seribu satu
aku tau
Tika guruh berlaga kasih
aku gundah rasa tersisih
entah melatah aku rasakan
bimbang satu hari nanti aku akan ditinggalkan

Mendengar langit menangis 
hatiku hancur
mengenang nasibku
jiwaku lebur
***

Tuesday, May 17, 2016

Piece by Piece

"I made something out of myself ...
back then I didn't have anything
you need ... so I was worthless"


'Piece by Piece' by Kelly Clarkson
***


Friday, April 29, 2016

Purple Rain

I never meant to cause you any trouble
I never meant to cause you any pain
I only want time to see you laughing
I only want to see you laughing in the Purple Rain

(Prince  1959 - 2016)
***


Monday, April 25, 2016

Time After Time

If you're lost, you can look
and you will find me
time after time

If you fall i will catch you
i'll be waiting
time after time

After my picture fades and darkness turned to grey
Watching through windows you're wondering if i'am OK?
Time after time

*Cyndi Lauper*
***


Monday, March 28, 2016

It was 23 years ago and today ...

I told Allah a lot about you
then i cried
I am sorry because I should have told you
I know that Allah already knew
but I just had too
And I know HE knows how much you meant to me
if only you could see
Nothing in this world really matter to me
but only you have made it easy.

I am telling you what I told Allah what I told about you ...

Dear Allah
Let him be happy
Till Jannahtual Firdausi
Even had he hurt me
He must have mistakenly
I have forgiven him
As I have always begged for YOUR mercy
Oh Allah
Kindly blessed us ...
My Imam and Me.

Happy 23rd Anniversary Ade.
***




Monday, February 29, 2016

Selamat Tinggal

Selamat tinggal sehingga kita bertemu kembali
waktu yang kutunggu
sungguh cepat berlalu
belum sempat seorang aku
melepaskan segala gumpalan rindu
belum pasti terlerai segala tanda ingatan syahdu

Selamat tinggal sehingga kita kembali bertemu
mungkin tika aku menunggu dihujung rindu
atau kemungkinan tika aku membilang saat berganti sayu
takala jamuan kenangan menusuk kalbu
aku tetap akan terus menunggu

Selamat tinggal sehingga kita bertemu kembali
usai menyingkap berbalang mimpi
sekian lama meniti warna pelangi
penantian bernyawa lama ku pasti

Aku akan terus menjadi penunggu
selagi usia bertatah masa
dalam raga aku terus merasa
hadirlah untuk sekali lagi
pada mu si bulan Februari ...

***


Sunday, February 14, 2016

Ujian dalam ujian #gerimishatiasyikin

Lenyapkanlah yang sukar ini
mengaburi pemandangan naluri
kusut masai langkah longlai ini
mengaut esakan hati

Debaran si pengemis tika menyusuri lorong-lorong kematian
membilang hari
kesuntukan menanti hari mati
perih perjalanan tanpa arah
pada jasad yang sudah lama tidak pandai mentafsir mimpi
riak jeritan si pendusta
memukul-mukul gerhana dusta
umpama masih ada esok untuk dijaja

Pengemis tua memggengam kesalan
agar apabila tiba ditebing usia
mahu saja dilontarkan sesalan semalam
biar tidak terikut ke sana bersama
derita tiada tertanggung
pada ujian demi ujian
mungkinkah beban dosa belum terampun

Pilihan dibuat sudah
payah untuk tidak merasa bersalah
***




Saturday, February 6, 2016

6271

Setahun nan lalu
tika aku mengasingkan diri mengutip sisa-sisa kerinduan yang dengan sengaja aku tinggalkan
dilembah kesengsaraan ini
luka jari jemariku
mengalirkan darah membasahi tangan tuaku
tidak aku keringkan
tidak aku ambil pedulikan
sebaliknya aku biarkan
aku melihat merah darahku
semerah degupan jantungku
bagaikan menyentak
menyebut kalimah rindu
sakit degupan itu
aku harungi, ku rasai
begitu jua sehingga ke saat ini

Hari ini
aku meyingkap kembali
kenangan yang menjentik ruang memori
terharu seorang aku
apabila melihat bagaimana putaran dunia telah mengubah takdirku
aku kini bisa untuk mengukirkan senyuman
walaupaun tika berada didalam kegelapan
tidak perlu cahaya untuk melihat
senyuman indahku

Hari ini
aku mempelajari
harga dan nilai-nilai murni
talian hubungan yang bertalis arus akan kasihnya sehingga mati aku berharap
kita tidak akan terpisah lagi
kenangan silam banyak menjemput untuk duduk semeja dan berkongsi bangku
kenangan silam banyak mengajar aku
tiada perkara yang berlaku secara semulajadi
tiada yang berlaku tanpa keizinan ILAHI

Kita menjadi sahabat sudah sekian lama
meyimpan rasa
meyimpan cinta
setiap hari tidak jemu mendoakan kebahagiaan antara satu sama lain
kerap mengharapkan kebahagiaan sesama kita
kerap menjalin ketulusan cinta

Kalau dunia akan hidup seribu tahun lagi
mahu saja kita hidup untuk seribu tahun nanti
hakikatnya ...
setiap yang bermula akan berakhir, itu pasti
namun jauh didalam hati ini
berharap kita akan bertemu kembali selepas kita mati
di Syurga NYA, Jannahtul Firdausi

Mereka tak lain tak bukan
merekalah sahabat-sahabat ku, dipisah jangan
segala kemanisan tika bercanda kami kekalkan
segala kepahitan kita senyapkan
merekalah teman sejati
luhur lagi suci
jiwa mereka jujur tidak pernah membenci
hati mereka ikhlas, seikhlas bidadari
raut wajah mereka jelita, secantik permaisuri badinga diraja

Dimana akan ku cari ganti
andai salah seorang dari kita tiada lagi
tak mungkin ada yang kedua diatas dunia
hanya di sana tempat pembalasannya

Aduhai sahabat sejatiku,
andai esok bukan milik kita
usah dikau bermuram durja
cukup ranum segala kenangan ku punya
kujadikan kenangan sehingga ke habis nyawa
simpanlah saat-saat tika kita bersama
sebagai penawar
merawat kelukaan rindumu
yakinlah satu hari nanti
kita pasti akan kembali bertemu
terima kasih atas limpahan kasih dan sayang yang selama ini sahabat berikan
memadai dengan nyawa dan usia yang Allah SWT tetapkan

Moga akan tiba setahun lagi dan berikutnya
untuk kita sama-sama duduk berkongsi cerita sebangku dan semeja
sesiapa antara kita yang hidup paling lama
sudilah kiranya menceritakan kisah kita
pada cucu dan cicitnya

Sahabat-sahabat dunia dan akhiratku
pada kekhilafanku maafkan aku.

9 kita ... itulah takdir Allah SWT untuk kita yang tidak mampu kita dustakan. Takdir yang sangat indah. JAD halalkan hubungan persahabatan ini.

Hari ini, sudah tiada rindu
tidak lagi laksana Jentayu menantikan hujan
sudah cukup bagiku
memiliki para sahabat sebaik dirimu
***

Untuk EJA ..

Untuk TUN ...

Untuk ASU ...

Untuk AZA ...

Untuk MISAH ...

Untuk SHA ...

Untuk SHIELA ...

Untuk MINAH ...







KITA !!!