Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Friday, January 8, 2016

Kalaulah Papa masih ada lagi ... disaat ini.

Izinkan kuluahkan isian hati disini, sesungguhnya keberatan ini tiada tertanggung. Kerinduan ini memaksa aku untuk melepaskan perangkap rindu padamu ... Papaku.

Papa,
Kalau Papa nak tahu, sudah banyak perkara yang berlaku sejak Papa pergi. Memanglah lumrahnya alam, dunia itu berputar tanpa henti dan perasaan para insan turut terusik dengan permergian Papa. Satu langkah yang amat sukar untuk diambil namun pilihan itu sangat terhad menjadikan kami yang tertinggal kini harus akur dengan apa yang sudah ada untuk kami. Lain kata, kami redha dengan ketentuan Allah SWT. Kelihatan kami tersenyum manis namun kemanisan apa yang kami rasai kalau Papa tiada didepan mata. Begitulah hakikatnya pada yang ditinggalkan sehingga kita bertemu kembali. Masa itu akan tiba, kami sangat yakin dengan janji Aza Wa Jalla.

Kami sangka luka yang terguris dihati sekadar gurisan cuma tetapi kekayaan Allah itu amatlah luas. Allah SWT berikan kami merasa nikmat sakit didunia mungkin untuk kami menghargai kepertian dunia yang pernah Papa lalui. Maafkan kami Papa sebab kami tidak bisa menelan racun yang pernah suatu ketika dulu Papa rasai.

Hari ini, kami adik beradik membuat rancangan untuk bertemu dan mengeratkan siratulrahim yang selama ini tidak pernah kami ketahui yang kami miliki. Indah sungguh pengertian kasih sayang Allah SWT yang Allah SWT pinjamkan untuk kami.

Kami dari ketiga-tiga keluarga saling menghubungi dan sedaya upaya untuk menjejak kasih. Berliku perjalanan kami dengan bekalan kenangan yang tidak banyak jauh larinya. Pada hujung cerita, kami kembali ke titik noktah - Papa kami.

Besar sungguh ujian Allah SWT kali ini. Hanya yang sudi untuk menerima pemberian Allah SWT akan sanggup dan membiarkan hatinya dilukai berkali-kali. Kami sedari, hati ini bukan milik kami, segala yang ada pada kami adalah kepunyaan Allah SWT , justeru kami tidak marah dengan Papa. Apa yang sudah berlaku, sudah sepatutnya ia berlaku. Itulah kedudukan qada' dan qadar kami.

Papa,
Kami sudah maafkan Papa. 

Jangan Papa ragui atau Papa khuatiri. Tiada parut mahupun kesan calar yang tertinggal didalam hati kami. Kami tidak menyimpan apa-apa yang buruk kecuali yang baik-baik saja mengenai Papa.  Kami tak mahu susahkan Papa disaat ini tak mengira dimana jua Papa berada. Kami mahu Papa berada didalam kesenangan dan kedamaian sepertimana yang telah Allah SWT janjikan.

Damailah Papa disana. Kami tidak jauh dengan doa-doa yang kami Aamiinkan. Getaran suara anak-anak Papa tidak akan luntur walaupun disaat bumi terasar dari paksinya. Kami yakin dengan takdir kami. Tiada yang berlaku tanpa keizinan NYA.

Kalaulah Papa masih ada disaat ini, pasti Papa dapat meyaksikan kami, anak-anak Papa duduk berkumpul mengelilingi Papa. Sekadar melihat senyuman diwajah Papa sudah memadai, lebih-lebih lagi untuk diri ini yang tidak berpeluang untuk bersalam, mengucup tangan Papa, menatap sepasang mata Papa, menghidu keharuman Papa disaat-saat akhir.

Tiada kesalan diahti ini, duhai Papa cuma sehingga ke hari ini, diri ini tidak pernah merasakan kasih sayang dari seorang insan yang berkedudukan seperti Papa. Membesar tanpa mengerti dan mengenal kewujudan Papa. Namun diri ini cukup memahami itulah rezeki yang sudah disediakan. Allah SWT itu Maha Adil, sudah pasti ada hikmah yang jauh lebih baik selepas ini.
***
Al Fatihah buat Papa ... maafkan kami, disaat ini, kami amat merindukan Papa. Sambutlah kerinduan kami dalam helaan nafas surah Al Fatihah kami.

Moga bunga-bunga Yassin dapat menghiasi taman puspa Papa nanti. 





No comments:

Post a Comment