Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Friday, February 5, 2016

Maafkan kami ...

Deraian airmata tiada dapat ku tanggung lagi
mengalir membasahi dataran-dataran dosa
yang menutupi segenap lapisan bumi
jejaki mimpi
kini tinggal dusta belaka
janji-janji manis
ungkapan gairah sudah terbiasa
mencalar lalu kesan parut semakin sinis

Jeritan batin sejak dulu sehingga kini
serba murahan terasa
mana yang asli mengaku sanggup mati
mana yang benar, sehingga belingkar didepan mata
hilang mereka
bagai ghaib didada dunia

Satu per satu dicampakkan ke gaung fitnah
dalam tujuan untuk mempersendakan
ilham dan impian dibolak balikkan
arah tujuan disimpan didalam tangan

Ini bukan lagi di era akhir zaman
jelas terbukti, kita sudah tiba dipenghujung jalan
hanya menunggu tiba saatnya
berkecai bumi
hancur langit NYA
kelihatan perut dunia terbuka luas
lihatlah sepuas-puas

Sekali dalam seumur hidup ini
tidak mahu aku menjadi saksi
pada janji ILAHI
hari Kiamat munculkan diri
aku sudah pasti mahu mati
sebelum segalanya terjadi

Dahsyatnya nanti
tiada insan mahu melafazkannya
tiada yang bernyawa mahu menceritakannya
kuasa Tuhan, kita hanyalah hamba
sedar tak sedar
esok, lusa pasti tiba harinya jua.
***



No comments:

Post a Comment