Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Thursday, September 21, 2017

Setahun aku menunggumu

Duduk dibangku usia
takala jenuh meratap rasa
mentak galau secebis pernah bertanya
pada kejora
pada sekuntum kemboja

Laut merah akan kurenangi
merentasi jambatan pelangi
dari bucu ke bucu bumi
seluas persada dunia, aku masih disini

Jeda dijendela hati
ku terlihat kelibat indah menghampiri
pada senyuman laksana wali
pada langkah sopan lagi berseri
perjalanannya seakan masih jauh 
namun tiba dijendela ini 
dia terhenti

Tidak bertanya
pasti dia tahu arah tuju
Tidak bertegur sapa
pasti dia tahu akan geranganku

Lisan disimpan, dilaci berkunci
jambangan bunga disematkan didada
sinar matanya, laksana jingga mentari
redup namun bisa menerangi kegelapan suasana 

Dihulurkan tangan, bagai menjemputku
sekali pandang, aku kini sudah tahu
ini dia, yang pernah melafazkan cinta dalam mimpiku
ku sambut tanganmu
dalam senyuman itu
dikau mahu daku tahu

Setahun aku menunggumu ...

Salam 1 Muharram 1439H

Credit photo : Google

What if ..


Jika aku ini air
tadahlah aku dengan segenap jiwamu

Jika aku ini pasir
tatanglah aku dengan kesungguhan kesetiaanmu

Jika aku ini bayu
dakaplah aku dengan keseluruhan kemahuanmu

Jika aku ini ilusi
kecapilah aku dengan sedetik kerealitianmu

29 Zulhijjah 1438H
***

Credit Photo : Google

Sunday, September 17, 2017

The broken mirror

I saw you looking at me while I was looking at you, looking at me
funny ea?

Not really ...
It felt just right
the moment was meant to be
for you and me

I saw you smiling while looking into the skyline
you had the most beautiful smile, I love your smile
you should smile even tho' I wasn't looking, even I had become blind

I saw you crying in the rain
I know you were trying to hide the pain
you denied crying
instead you blame the rain

I watch you while you're sleeping
in the darkness I could still see your sadness
that brings me to my knees
praying that The Lord shall keep you happy
even I am no longer near you
for some kisses I had to blew

Through the broken mirror
I can see better
images became clearer
when I thought I saw you
but instead
what I really see
was the real me

27 Zulhijjah 1438H
***




Photo credit : Google

Nota Untuk Tuhan

Ya Labbaika,

Sakitnya kepalaku tika ini
Sudah 4malam aku tidak bisa tidur lena
Siangku panjang dan malamku sangat singkat
Apabila tiba peluang, aku akan mencari MU
Aku nak ngadu
Aku nak KAU lihat sebagaimana sakitnya 
akan kiriman ujian ini.

Aku tahu
Sakit kepala ini tidak sehebat dengan sakit dihatiku
Yang selama ini aku tanggung hanpir separuh mati

Dah hampir tiba ke Ya Labbaika masa aku habis didunia? ... Sehingga KAU berikan kesemuanya serentak padaku ?

Aku ikhlas menunggu mati. Hidup dan matiku hanya untuk MU, Ya Allah.

Ya Labbaika
Kasihanilah aku  ... tika dan saat ini.

Aku hamba MU
Aku redha dengan MU
Redhalah dengan aku wahai Tuhan yang SATU.

25 Zulhijjah 1438H
***


Credit Photo : Google

Monday, September 11, 2017

Dengarkanlah ... Tuhan

Kiriman ujian daripada MU

Aku terima seadanya
kerana aku hanya hamba NYA

***


Thursday, September 7, 2017

Kisah Abi dan Mena

Pernah dengan kisah ini suatu masa dulu, siapa yang menceritakan tak berapa nak ingat tapi kisahnya sangat menarik. 

Abi dan Mena adalah kawan baik sejak dibangku sekolah lagi. Walaupun mereka ada kawan-kawan lain namun, mereka berdua tetap rapat. Masa berlalu dan sehinggalah mereka sama-sama menamatkan sekolah menengah. Abi mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara dalam mengejar cita-citanya, manakala Mena pula tidak berpeluang begitu. Menjadikan kisah ini sedih dengan tiba-tiba kan? 

So, selalu, apabila seorang pergi tinggalkan seorang lagi , salah seorang akan kecundang lalu meninggalkan yang lagi satu kan? Cliche la tu 

Sambung kisahnya ...

5 tahun kemudian, Abi pulang dengan kejayaan yang membanggakan. Abi bukan saja pulang membawa segulung ijazah akan tetapi dia bawa pulang seorang isteri yang dia nikahi semasa berada dinegara orang. Kedua ibu dan ayah Abi sudah lama redha dengan keputusan Abi. Akan tetapi bagaimana dengan Mena? Sudah kah Mena tahu akan perkara ini ? 

Selama 5 tahun, Mena dan Abi berkomunikasi melalui emel seperti selalu lah. Dan belum pernah sekali, Abi menceritakan pada Mena akan statusnya yang kini suami orang. Kerana Abi masih ingat dia berjanji akan menikahi Mena apabila dia pulang nanti dan kini Abi terpaksa memungkiri janji. Kerana tidak mahu melukakan hati Mena dia membuat keputusan untuk bertemu dengan Mena dan menceritkan kisah sebenar.

Setelah seminggu, Abi pulang ke tanahair, barulah dia mencari Mena. 

Satu hari, hari minggu ...

Abi muncul dirumah Mena. Mena terkejut melihat kepulangan Abi. Meyangkakan Abi akan sampai lagi seminggu tetapi dengan sengaja Abi mahu merahsiakannya dan memberi kejutan pada Mena. Mena sambut kepulangan Abi dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan.

Sejak berdepan dengan Mena setengah yang lalu, Abi merasakan kesukaran itu dengan mendadak datang. Bagaimana cara untuk dia mengatakan bahawa dia sudah memungkiri janji mereka dan tidak mungkin dapat mereka bersama kini. Abi kasihankan Mena kerana membiarkan dia menunggu terlalu lama - 5 tahun tu !.

Mena sedari Abi sedang berusaha untuk mengatakan sesuatu, sehinggalah Mena lebih dulu menyatakannya.

Mena : "Abi, Mena nak cakap sikit. Mena nak mintak maaf banyak-banyak dengan Abi."
Abi ; " Ada apa Mena ?"

Mena mengambil masanya sehinggalah dia kembali tenang lalu ini dikatakan pada Abi.

Mena : "Abi, Mena tak dapat nak menunaikan janji kita. Mena dah musnahkan janji dan harapan kita. Maafkan Mena, Abi." Mena menjelaskannya.
Abi : " Mena cakap apa ni?" 
Mena ; " Mena dah menikah selama Abi berada diluar negara. Maafkan Mena, Abi." Sekali lagi Mena meminta maaf dan kali ini dengan linangan air mata yang deras mengalir.

Abi dengan wajahnya yang benar-benar terkejut. Samasekali dia tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku, Antara mereka berdua, Abi meyangkakan - dirinya yang selalu membuat Mena sedih dan patah hati .

Abi ;" Tak apa Mena, Abi faham. Ini semua urusan Tuhan. Dah jodoh Mena kan."

Habis perbualan mereka ringkas dan canggung sekali. Mereka sudah tidak boleh berbicara  tentang rindu apatah lagi mengenai cinta. Kerana pada hakikatnya mereka sudah tidak boleh bermimiliki.

Abi pulang pada hari itu dengan rasa yang tidak pernah dirasakan sebelum in. Dia meyangkakan dia akan melukakan hati Mena tetapi sebaliknya hati dia yang terlaku. Entah kenapa dia terasa kecewa dan sangat luka yang paling dalam.

Abi pulang ke kampung semata mata untuk bertemu dengan Mena dan selepas bertemu Mena dia kini menetap di Kuala Lumpur bersama keluarganya.

9 bulan kemudian
Sebaik saja Abi pulang melangkah masuk ke rumahnya, isterinya mengatakan bahawa ibu Abi mencarinya sejak dua jam yang lalu. Jelas telefon bimbit Abi, selalunya akan mati begitu saja - kekeringan bateri.

Segera, Abi menghubungi ibu, Ibu hanya kata pulang segera, Mena tenat.

Tanpa berfikir dua, Abi bergegas pualang ke kampung. Sebut saja nama Mena, Abi akan sampai macam kilat. Bukankah begitu adatnya sahabat? Apabila mendapat tahu, sahabat, didalam kesusahan, dengan segera sahabat itu akan tiba. 

Tiba Abi dikampung. Terus ke rumah Mena. Sempat jumpa Mena. Mena tinggalkan wasiat pada Abi pada saat-saat akhir, tika nyawa tinggal nyawa-nyawa ikan.

Mena " Berbahagialah, itu saja mampu Mena izinkan. Doa Mena, hanya untuk Abi.  Kita sahabat. Seorang sahabat tidak akan membiarkan sahabatnya kecewa. "

Abi tidak mengerti namun dia telan jua. Mena meninggal dunia ketika Abi ada disisnya. Mata mereka betentangan sehinggalah mata Mena terpejam dengan sendirinya.

Tika pengurusan jenazah, puas Abi mencari yang mana satu suami Mena. Kariah masjid tidak dapat memberikan jawapan yang dicari oleh Abi, sehinggalah tiba saat mereka untuk menunaikan solat jenazah, imam masjid menjemput Abi untuk mengimamkan.

Abi : " Eh, tuan imam, bukan kah lebih afdal suaminya arwah yang mengimamkan solat jenazah ni?" 
Imam masjid : "Eh, Abi ni, mana arwah ada suami, Dia tak pernah nikah. Dia dah wasiatkan pada saya agar meminta Abi yang mengimamkannya sebab dia dah tak ada sesiapa lagi selain Abi saja."

Abi tak faham pada yang sudah belaku.
Mengapa Mena mengakui dia sudah bernikah sedangkan dia belum. Kenapa dia menipu, untuk apa ?

9bulan yang lalu - semasa Abi ke rumah Mena untuk menjelaskan akan pekara yang sebenar, mengenai dia yang sudah menikah, ketika Abi masih terfikir dan terkial-kial, Mena terlihat cincin nikahnya dijari Abi. Abi tidak pernah memiliki cincin dan Abi pernah menyatakan pada Mena suatu masa dulu, bahawa dia hanya akan menyarungkan cincin apabila dia menikah nanti. Apabila Mena melihat cincin dijari Abi, dia sudah dapat meneka Abi sudah pun mendirikan rumah tangga selama ini. Kerana mahu memudahkan bagi Abi pada hari itu dan seterusnya, Mena lebih dulu memudahkan bagi Abi agar dia tidak terasa aib dengan tindakannya. 

Pada hari itu, juga - Mena mahu melafazkan pada Abi untuk melupakannya kerana Mena mengidap kanser pada tahap 2. Dan apabila melihat Abi kini sudah menikah dan bahagia, bagi Mena kesulitan untuk melepaskan Abi kini sudah berubah menjadi mudah.

Sebaik saja , Abi pulang pada hari itu, Mena melaksanakan sujud syukur kerana dalam kesusahan Allah tetap berikan nikmat baginya. 

Begitulah kisahnya. Kisah dua sahabat yang berpegang pada janji dan sanggup berkorban demi kebahagian sahabat.

Dan hari ini, setelah mendapat tahu akan perkara yang sebenar, sungguh Abi terkejut dengan pengorbanan Mena. Setiap bulan, Abi akan menziarah pusara Mena dan setiap malam, Abi akan mendoakan Mena. Siapa lagi yang akan mendoakan kebahagian sahabatnya melainkan sahabat sejati itu sendiri.

***
Macamana, bagaimana tekaan anda, sama ke ? Mungkin sama - baguslah. Begitulah kisah sahabat. Yang sanggup berkorban demi kebahagiaan sahabatnya. Mungkin di Syurga Firdausi, Abi dan Mena akan ditemukan semula. Waallaualam.

*
Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Nama dan watak adalah rekaan semata-mata. Tiada kenan mengena pada sesiapa yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia, Ini hanyalah latihan penulisan bercerita oleh penulis.

*

16 Zulhijjah 1438H

Photo credit : Google


Wednesday, September 6, 2017

Cuba tanya

pada hujan
apa rasa tika melimpah dan membasahi bumi yang gersang
akan jawab hujan
PUAS !

seperti melepaskan segala yang selama ini disimpan dan dipendam
dan akhirnya ia berpisah juga
begitulah jawab hujan

Cuba tanya pada si pengemis cinta
apa rasanya tika bermain didalam hujan
akan jawab si pengemis cinta
PUAS !

kerana hanya diwaktu hujan turun
si pengemis cinta menangis didalam hujan
air matanya sebati dengan titisan hujan
menjadikan ia satu muslihat
tiada sesiapa dapat melihat apatah lagi meneka
tika itu si pengemis cinta menangis

Cuba tanya pada si pengemis cinta
mengapa dia menangis didalam hujan
pasti jawabnya

Aku pengemis cinta
hidupnya aku pada saki baki dan sisa sisa cinta yang terlarang
aku tidak selayak untuk memiliki cinta
bukan kerana aku tidak mahu dicintai
mahupun mencintai
sudah begitu ketentuan nasib diri
aku hidup dibumi
sebagai si pengemis yang mengemis apa ada pada cinta
dan tidak lebih dari itu
mungkin kerana aku ... diletakkan disini, untuk memberi erti bahagia hanya untuk dia.


15 Zulhijjah1438H

***


Photo credit : Google

Tuesday, September 5, 2017

Foot note for my dad

It has been a while since we bumped into each other. I know you were looking for me when I was far from you ... for that please forgive me.
I didn't have any intention to leave you it was part of Allah's plan.
Hope you understand.

Even tho' we didn't get the chance to meet up but we met in my dream, remember ?

You hugged me and I was in your arms. I felt your warmth heart. For a long time I had not felt that.
I'm blessed.

I know we'll see each other again, soon. Have faith, InsyaAllah.

I have forgiven you for the past. That too hurt me but it was also Lord's plan. I'm understand it now.

Rest peacefully. I'll see you soon.

Yours truly
Neng Ngajad

p/s :: Neng sayang papa. I never had a chance to say that to you when we were together. I have no regrets.

14 Zulhijjah 1438H
***

Photo credit : Google 

Cried the Ant

"Oh Lord The AlMighty
Please dear Lord
take me to a better place
I can't be here any longer!"

As the rain pour hard on the poor ant. There was nothing the ant can do but only to doa and hope that this sorrowfulness ends now.

14 Zulhijjah 1438H

***

Photo credit : Google

Monday, September 4, 2017

Khabarkan pada dia

bahawa esok
akan datang khabar bahagia
bukan untuk seketika
namun akan setia buat selamanya

Khabarkan pada dia
bahawa semalam hapus sudah
tiada duka akan
kekal semalanya

Khabarkan pada dia
aku akan selalu ada
jarak bukan halangan
bejauhan bukan perpisahan
sesungguhnya
doa dan  harapan
adalah satu permulaan pada satu impian.

13 Zulhijjah 1438H
***


Sunday, September 3, 2017

Jentayu menangis malam

Khabarkan padaku
kisah harimu
kisah sukamu
agar bisa aku
kembali tersenyum
sepertimana aku
melihat senyumanmu
dipenuhi dengan keindahan
aku juga ingin itu
hidup hanya untuk seketika
aku rela
dan kemudian selepas itu
berkembali daku
nestapa
tidur pada malam yang ditemani sengsara

12 Zulhijjah 1438H




Saturday, September 2, 2017

Kaka & Zizan - Bawaku Pergi [OFFICIAL VIDEO]

Bawa Aku Pergi

Buku merah jangan lupa bawa
moga moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh

Bawa aku pergi
pacu laju laju
kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
pacu laju lagi mana kita tak perlu kembali

**

Bawa Aku Pergi
Kaka / Zizan Razak

Tuesday, August 29, 2017

Dia tak marah tapi dia merajuk ...

Teringat saya pada alkisah yang pernah diceritakan pada saya suatu masa dulu. Hari ini macam ingat tak ingat tapi elok sungguh untuk dijadikan iktibar. Garis panduan agar kita sesama manusia tidak 'take things for granted'. 

Ada sebuah famili. Sepasang suami isteri yang sudah pun mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. (Semasa cerita ini disampaikan pada saya, ia 10 tahun dan hari ini, kisah itu sudah saya simpan selama 10 tahun sudah)

Mereka dikurniakan sepasang cahayamata. Masing masing berusia 6 dan 5 tahun. Pada awal perkahwinan semua saling sayang menyanyangi dan saling hormat menghormati. Seperti rumah tangga yang lain juga. Namun begitu akan tetap timbul masalah yang biasa - biasa juga, seperti pasangan lain.

Nak dijadikan cerita, sejak mereka mendirikan rumah tangga 10 tahun, keadaan kini berubah. Masing-masing sibuk dengan kerja dan mengejar kejayaan dalam bidang kerjaya masing-masing. Namun begitu, si isteri sanggup korbankan kerjayanya kerana dia menyedari anak-anak tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Suami tidak membantah apabila isteri sanggup berhenti dari kerja dan kini menjadi ibu sepenuh masa. Lalu hanya dengan seorang saja yang bakal membekalkan seluruh rumah, suami menyarankan agar pembantu rumah dihentikan. Kerana gajinya yang tidak mampu dibayar seandainya, hanya berharap dengan pendapatan suami. Isteri turut setuju.

Masa berganti. Selepas isteri menjadi ibu sepenuh masa, segala urusan rumah tangga, menguruskan anak-anak dan perihal sekolah juga isteri yang menanganinya. Tidak pernah sekali dia merunggut pada kesibukannya malah sebaliknya dia senang dengan dia kini mampu melihat anak-anaknya membesar didepan mata. Isteri, malah memberikan didikan agama dan bimbingan berperikemanusian pada anak - anak demi masa depan mereka.

Sebagai keputusan, anak -anak berjaya dengan cemerlang disekolah. Jika dibandingkan sebelum ini. Puas dan rasa sungguh bangga dengan pencapaian anak-anak. Isteri merasakan berbaloi dia korbankan masa depannya demi masa depan anak-anak. 

Dengan suami pula lain kisahnya. Setiap kali, isteri kongsikan perkembangan terbaru mengenai anak-anak, suami mulai bosan. Suami menekan kan bahawa dia kini stres dengan kerja yang tidak pernah habis. Setiap hari, suami akan berikan alasan yang sama apabila tiba dirumah dan dia menolak untuk beriadah bersama kelaurganya. Secara tidak langsung suami kini semakin berjauhan dengan ahli keluarganya. Menjadikan mereka semakin renggang. 

Puas isteri memujuk dan beralah dalam hal begini. Tidak diganggu suami itu apabila dia mahu bersendirian dengan bersangka baik semata-mata selama ini. Selama suami mahu dibiarkan dirinya dengan dunianya, isteri terasa akan kesunyian itu. Apabila disuarakan pada suami, suami tidak ambil peduli. Baginya isteri hanya beremosi. 

Keadaan begini berpanjangan. Saban hari isteri yang pada dulunya seorang yang ceria, mudah ketawa, mudah diajak bergurau senda dan suka membuat insan lain turut ketawa tetapi hari ini, dia lebih murung dan selalu sunggul. Sukar untuk temui senyuman diwajahnya. Melainkan dipaksa untuk disenyum barulah akan timbul senyuman itu pun tidak lengkap pada senyuman itu. Bukan isteri tidak mahu tersenyum kembali tetapi didalam hatinya kini sudah tawar dan hambar disebabkan sikap suami yang sudah lama membiarkan dia 'sendirian'.

Suatu hari, hari ahad. Sudah berkali-kali suami memungkiri janji untuk mereka satu famili makan angin walaupun hanya sekitar kawasan berhampiran. Apabila isteri menuntut janji tersebut adalah semata-mata kerana anak - anak yang sudah lama inginkan masa untuk bersantai.

Alasan isteri tidak dipedulikan sebaliknya suami menuduh isteri mengada-adakan cerita sedangkan yang mahu sungguh bersantai adalah iseri dan dijadikan anak-anak sebagai alasan. Sungguh isteri tidak meyangka tuduhan seperti itu dilemparkan padanya. Sedangkan apa jua alasan yang diberikan adalah untuk kebaikan mereka sekeluarga.

Melihat respon suami, isteri membuat keputusan untuk dia sendiri bawa anak-anak mereka sekadar menghirup udara segar diluar rumah.

Suami izinkan. Sebelum isteri dan anak-anak melangkah keluar ...

Suami :Awak marahkan saya ke ? Sebab tak bawak awak dan anak-anak jalan-jalan?
Isteri : Saya tak marah, Saya tak pernah marah abang. 
Suami : Habis tu kenapa muka awak pucat semacam je?
Isteri : Tak ada apa apa la abang. Dah macam ni saya selama setahun ni pun kan
Suami : Awak merajuk ke?

Isteri tidak menjawab. Mereka keluar setelah izin diberikan dengan cara baik.

Isteri yang berjanji akan pulang sebelum maghrib, sehingga isya belum pulang. Apabila suami telefon telefonnya tidak berjawab. Dia jadi baran. Pelbagai tuduhan dilemparkan pada isteri dalam bersangka buruk terhadapnya.

Malam tu, lewat malam, dia terima panggilan daripada hospital dan diminta untuk ke hospital dengan segera.

Seperti kilat suami ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital, dia sudah berspekulasi, anak-anak dan isterinya ditimba kemalangan. Sekali lagi dia bersangka buruk dengan isterinaya yang tidak berhati hati ketika memandu. Malah lebih dari itu, dia masih memikirkan kekurangan dan keburukan sang isteri. 

Tiba dihospital, suami disatukan dengan anak-anaknya. Anak-anaknya semua sihat sejahtera dan tidak sedikit pun cedera dimana-aman. Suami menjadi hairan lalu bertanya.

Suami : Tadi kemalangan ke?  Anak-anak abah tak sakit mana-mana ke?
Anak Bongsu : Tak.
Anak Sulung : Siapa kata kita kemalangan abah? Kita tak kemalangan la. Kita kat sini je. 
Suami : Buat apa kat sini?
Anak Sulung : Setiap hari Ahad, Rabu dan kadang -kadang Sabtu kita ikut mama ke hospital.
Suami : Untuk apa ?
Anak Sulung : Laa abah ni. Macam tak tau. Kat sini lah mama ambik ubat.
Suami : Mama sakit ?
Anak Sulung : Ya la mama sakit.
Suami : Mama sakit apa ?
Anak Bongsu : Mama sakit kat sini. (Sambil ditunjukkan pada bahagian perutnya sendiri)
Suami : Mama sakit perut ?

Kedua-duanya anggukkan kepala serentak. Suami melepaskan nafas kelegaannya kerana isteri nya hanya sakit perut.

Datang djururawat dan menghampiri mereka tiga beranak.

Misi : Encik suami nya ke ?
Suami : Ya saya.
Misi : Sila isi borang ya.
Suami : Boleh isteri saya balik Nurse?
Misi : Kalau semua okay. Boleh lah.
Suami : Baiklah
Misi : Encik nak jumpa dulu isteri encik ke? Sebab anak-anak dah jumpa tadi.
Suami : Eh, tak apa lah. Nanti kat rumah jumpalah. 

Wajah jururawat tidak memberikan espresi yang banyak.

Suami : Nurse kenapa banyak sangat dokumen nak kena isi ni?
Misi : Prosuder

Suami anggukkan kepalanya.

Misi : Urhmm, nanti staf pengurusan jenazah tiba saya bawak mereka terus untuk jumpa dengan encik ya. Boleh lah nanti encik bincang dengan mereka untuk pengurusan selanjutnya. Termasuklah dengan van jenazah, itu pun akan mereka uruskan.

Suami : Maaf saya tak paham nurse? Tadi nurse kata isteri saya sakit perut. Nurse mesti dah salah pesakit ni. 
Misi : Bila masa saya kata isteri encik sakit perut? 
Anak Sulung : Abah. Abah. Mama bukan sakit perut la. Mama sakit diperut. Bukan sakit perut.
Suami : Apa ni? Abah tak faham?!
Misi : Betul lah tu sakit dibahagian perut, Pesakit barah kolon memang akan merasa sakit dibahagian perut.
Suami : Barah? Isteri saya mana ada barah? Dia tak ada barah. Kalau dia ada barah, mesti saya tahu! Mesti dia baru dapat kan barah tu? Baru .. macam minggu lepas ke kan?
Misi : Encik salah. Isteri encik disahkan barah sejak setahun yang lalu. Doktor dihospital ini yang mengesahkannya dan juga mewaratkannya. Tapi sejak 3 bulan yang lalu, isteri encik tidak lagi mahu menerima sebarang rawatan dan perjumpaan dengan doktor juga dihentikan.

Dunianya dengan tiba-tiba sudah berhenti dari berpusing, Dia dapat merasakan bagai dihumban kedalam perut bumi, sedalam-dalamnya. Sesak pernafasannya kini diluar kawalannya. Belum pernah dia merasakan sebegini rupa. Dia tewas.

Anak Sulung : Mama kata, abah jangan risau, along dan adik pandai bawak diri mama dah ajar kami. Ni, mama dah siapkan wasiat untuk kami supaya kami tidak akan menyusahkan abah esok nanti. Kami berjanji tidak akan menyusahkan abah. Kami dah berjanji dengan mama akan jadi anak-anak yang baik. Abah boleh tak sudi jaga kami sekarang, sebab sekarang mama dah tak ada.

***
Begitulah kisahnya. Kesampaiannya kisahnya mudah akan tetapi mesej disebaliknya itu sungguh menyayat hati. 

Apa yang boleh diambil dari kisah ini, harus ada imbangan antara kehidupan dan kematian.  Tika hidup dalam kehidupan, akan berlaku kekerapan pekara yang akan mengalihkan perhatian seseorang akan tetapi harus juga lah membuat persediaan pada kematian. Apabila seseorang itu membuat persediaan hal kematian, dia akan lebih dekat dengan Allah, dekat dengan Allah akan mendekatkan lagi dirinya dengan insan yang dikasihi sekelilingnya. 

Tidak semua sedia maklum dengan kebenaran ini. Pada yang mempercayai kewujudan Allah dan kebenaran KuasanNYA akan memahaminya dengan sepenuh jiwa dan raga. Berususan dibumi tanpa mendahulukan Allah, bukan begitu caranya. Kerana itu, ambil masa untuk muhasabah, cari dimana titik permulaan dan sehingga ke hari ini, sudah pasti ada kekhilafan. Pasti ada, kerana kita ini dijadikan penuh dengan kekurangan dan sesungguhnya DIA akan melengkapkan. 

Atas nota lain : Semasa insan masih hidup, jangan ditangguhkan untuk melihat, menyayangi, mengasihi, bersama dan sekurang-kurangnya ambil peduli. Kerana selepas dia tiada lagi dibumi, sudah tiada guna untuk meratap dalam tangisan kerana si mati dan perihal dunia sudah putus sama sekali. 

***

Nota Kaki ::
Ini hanya perkongsian dalam latihan memperbaiki penulisan dan penyampaian plot. Tiada kena mengena dengan siapa yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. 




Monday, August 28, 2017

Bodoh Si Permaisuri

Usah cepat patah hati
usah segera menunding jari
yang buruk, yang peduli ini
sudah lama mati
kekalutan ini
bukan niat semulajadi
arahan dari atas
dikirim untuk diuji
jangan dinilai, jangan dicaci
ujian baginya - hampir meragut nyawa sendiri

Bukan meminta ehsan simpati
cukup hari saling mengerti
pada penghujung, timbul benci
nyata, realiti ini
yang bodoh si permaisuri

***

Sunday, August 27, 2017

Mana lebih sakit

Luka dijari
atau
Luka dihati

***

Saturday, August 26, 2017

Tinggalkan saja disini

Saat itu akan tiba
aku pasti
tidak aku mengharapakan
akan tetapi
ia kini sudah jelas sekali
getarannya lantang menusuk naluri
imbasannya seakan nyata
dikau tidak peduli
akan kesannya

Lalu biar daku mempermudahkan untukmu
tinggalkan saja semua disini
tiada bawa duka bersama
apatah lagi luka tiada berganda-ganda
lupakan semua yang pernah memberi erti bahagia
usah menoleh kembali
untuk melihat lekuk yang bersudut ini
apa jua natijah ini
tinggalkan saja disini
tingglkan daku dengan sengsara ini
bukan lagi untuk dikau bertanya lagi

Tinggalkan saja disini
aku dan memori
bukan lagi urusanmu untuk mempeduli



#hanyatuhansajatyangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

***


Maafkan daku

Satu barisan ayat yang mudah melepasi
garisan bibir
tetapi amat sukar dilafazkan

Telah aku maafkan dikau
Saru barisan ayat yang mudah melepasi
garisan bibir
akan tetapi melafazkannya
bagai dihunus belati pada nyalinya 

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

***


Friday, August 25, 2017

Hanya Tuhan saja yang tahu

Kesulitan ini banyak mengajar aku nikmat sakit.
Yang belum permah aku rasakan sebelum ini,
Hatta, aku bersyukur pada NYA kerana memberi aku peluang untuk melafazkan Kebesaran NYA.

***

Sungguh cantik ciptaan ILAHI
padaku diberikan hidayah ini
berkat doa dan harapan ini
daku sungkan untuk akui
pada kebenaran yang kini jelas didalam hati
kehadiran pada malam yang sunyi
kini berganti tiada lagi sepi

Ya Rabb
tidak mampu untuk aku menafikannya
apatah lagi untuk mendustakannya
realiti bukan lagi mengigit jari
akan tetapi aku tiada lagi sangsi
namun kebinbangkan itu sering hadirkan diri
bagaimanakah mungkin aku hadapi
esok, sekiranya apa yang permah aku miliki
kini hilang dan tiada lagi

**
#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

***



Thursday, August 24, 2017

Kerna dikau sahabatku

Banyak sudah liku liku kita hadapi bersama
segala onak dan duri kita lalui
sukar dan kepayahan
kedukaan dan kesengsaraan
tetap teguh bersama

Apa lagi yang belum kita redahi
pengalaman pahit banyak mengajar
erti nikmat sakit
erti nikmat yang tidak mungkin lain merasakannya
namun kau dan aku berulangkali merasakannya

Itulah nilai persahabatan ini
kasih sayang yang tiada akhirnya
kerinduan yang berhujung nyawa
sudah pasti selepas ini
kita mahu bertemu lagi
itu telah kita membuat janji

Pautlah dikau dengan tali kesetiaanku
dakaplah pada kejujuranku
peganglah erat tangan kiriku
kerna tangan kananku mahu memikul kebenaran persahabatan ini
ingatkanlah selalu lukisan ditanganku
itulah lakaran keihklasan antara kau dan aku

Akan tetapi
buat sementara waktu
haruslah kita berpisah untuk seketika
kerana ajal itu tidak berkata dua

Yakin lah
akan kembali bertemu disana
dimana nanti
kita mampu kembali sambung menyulam erti persahabatan
buat selama-lamanya

Aku tidak akan selalu ada
andai aku dipanggil terlebih dahulu
bahagialah dikau didalam doa-doa rindu

Moga tidak dengan mudah dikau melupakan aku.

Moga cinta antara sahabat sahabat ini sampai ke Syurga NYA.

Wallahualam

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshadian
#ngajad

***





Trust HIM

It's almost over
try to hang on ... a little longer
pretty much
very soon
what was our shall be declare
able to claim
able to redeem

It is just a matter of time
until we meet again

But before the end comes to the beginning

Trust HIM
and no one else

Only HIM
we shall return

One day .. that one day shall be true
the new beginning
the new life

awaits ! for those whom believe in HIM

(44 : 1-59)

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

**

Saturday, August 19, 2017

Sampai Disini ...

Selesai badai
membantai senja
yang tinggal kini aku
dan harapan serapuh kaca
dmilik apa lagi
kepunyaanku
ragaku sudah tidak benyawa

Hanyut malam dibiarkan sengsara
kala guguran mimpi berpisah tiada
ku kaut intan dan permata
siapa sangka rambang mata
tewas aku sebatang kara

Selesai badai
anggaran nestapa
lopak cintuh kujual kesemuanya
payau halwa, dugaan ku semata-mata
luka lama berdarah ku rasa

Hanyut malam dibiarkan merana
tiada sudi bintang dan pelangi
sudah tiba masa, berani tiada
nescaya perih berulang saat pagi senja berganti

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad
***




Lukisan Duka

Redup senja ku amati
jingga jiwa jelaga aku disaat ini 
berguguaran dedaunan kering layu, bersepah diatas bumi
tika aku melihat dikau yang sedang melihat lautan api

Jauh sungguh renunganmu
mendalami lautan yang bukan milikmu
jelas dimata, jua nyata dihati 
dikau laksana mahu turutkan kata hati

Sukar bagimu
seribu kali sukar bagiku
payah untukmu
seribu kali payah buat
patah hatimu
lalu, daku bagaimana, tidak kah kau ingin tahu

Badai semalam ku lewati 
membolosi ruang dimensi
kau dan aku sama
mengingkan impian yang serasi 
akan tetapi harapan tidak serupa
menjadikan kita insan yang saling tidak mengenali 

Hampa 
Kecewa dan terasa bagai didusta

Lewat senja begini, aku masih sendiri 
untuk ku mengenangkan kembali 
disini, kau dan aku pernah berjanji 
untuk tidak melukisan lukisan duka - ditinta nyali


#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad
 

Friday, August 18, 2017

Laksana Jentayu Menantikan Hujan

Jauh sungguh lara hatiku dibawa pergi
meratap duka kian nestapa
mencari penawar merata
tiada balutan yang sesuai untuk pembalut luka

Sengaja aku tidak menceritakan padamu
tentang kesengsaraanku
bukan aku bertujuan untuk menipu 
tetapi dikau lebih dulu mahu menebar ketidakdayaanmu 
dikau berbicara tentang rindu

Aku memberikan dikau ruang 
agar mudah untuk dikau melepaskan 
kisah rindumu
kisah sepimu

Kesetiaanku terus menunggu
menjiwai barisan ayat-ayat sepi 
keterlanjuranmu menghanrungi dunia ini
aku turut bersimpati

Sampai kapan pun aku tetap sudi 
terus menemanimu, menjadikan aku pendengar rindu yang tega
sebagaimana dikau melihat aku takala ku sendiri
mana mungkin akan dikau ketahui 
segala rahsia yang ku simpan sendiri

Tidak perlu aku menceritakan padamu
tentang kedukaanku
sesungguhnya tika aku melakarkan puisi 
tika itu aku sedang merawat luka dihati
namun tidak dikau ketahui 
kerana aku bijak menyembunyi
kerana aku tidak mahu 
dikau dibebani 
pada silam yang sudah lama memakan diri

Selayaknya dikau bertemu bahagia
dalam seloka berirama cinta
tiada duka harus kekal selamanya

Berbahagialah dikau 
sesungguhnya daku tidak akan selalu  - ada. 

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad
***



Thursday, August 17, 2017

If only I knew

Made the moments went by 
feeling awkward
I can't really guess why
he kept it for not being forward

We never before we said goodbye
we were too afraid to be apart
but as time flies
I began to realized it is so hard

His silent was killing me
not telling was that easy
how could I've ask instantly
when he went missing virtualy

You should have said something
for at least for me
but now I knew, after much thinking 
us was never meant to be

and now ... we had to
It was our first and last goodbye

I'll miss my 'moment' ...

#hanyatuhansajayangtahu
#shahrizadshafian
#ngajad

Masih berkarya dalam kesusahan ini. Mencari ilham kesana dan kemari. Bukan senang mencari rezqi. Apatah lagi sesuap nasi. Sukar bagaimana sekalipun, kehidupan ini harus diteruskan. Tiada yang mudah dipandangan mata malah lebih berat sangatlah nyata. Kudrat mudah lelah. Namun jiwa tetap mencari keredaaNYA.

Hanya pada Tuhan yang satu, aku rasa segan untuk meminta. Pada siangku yang panjang dan malamku yang kelam. Serba serbi aku tidak punya apa. Kekurangan diri, aku berani mengaku saja, sesungguhnya aku antara para hamba yang tidak sempurna. 

Mudah-mudahan sempatlah aku mencari ilmu. Melengkapkan diri sebelum 'bertemu'. Kepercayaan kepada ILAHI aku akui - mungkin sebentar lagi aku akan mati.
***



Wednesday, August 16, 2017

His last words

It was a beautiful warm day. The sun was bright smiling like the children at play. Sitting by the sea, you and me, this is the place we would like to be. His face was calm while his eyes was staring at me. He tried to smile, I knew. But he can't, so a kiss to him I blew. My hands were in his. He knew. Forever shall it be, his hands shall belong to me.

A minute longer he ask for, stay by the shore and nothing more. I felt what he meant, as this is not the first time also let it not be the end. As the sun began to sat, he holds me closer, asking me not forget. As this moment is moment to kept.

On my cheek, I felt tears. Cold as ice. Then I realized those aren't mine, those tears was his trying to remind.

Slowly, he look at me and say ...  

"Oh The AlMighty
please take away this pain
I can't ... bear it again ! "

He said that while he lay rest close to my head
If only I knew those were his last words
I would maybe
have said
HIS mercy is never too far
HE will be there
no matter where you are

For the last time, I held him ... I know, its time to let him go.

May The AlMighty grand him Paradise.
***

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad



Tuesday, August 15, 2017

My Flower

Kept in me
close to my heart
it shall be
making me happy
knowing you, knew it was me

My flower
everyday you bring me
everyday  I am happy !

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***


Monday, August 14, 2017

Ilham datang dan pergi, bukan untukku bermiliki.


#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad


Sunday, August 13, 2017

Hujan

I saw the rain
I felt the pain

Wanted to cry
For somethings that I can't deny
 
Felt it hurt
Burden my words

Kept it in me
Hoping for tomorrow, maybe

Shall it rain again
And i shall see
What life shall bring me.

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***



Janji Adam OST Hati Ini, Ayu OIAM



THROWBACK

Drama  Episod - JANJI ADAM  2013
Production - Creative Skill Solution
Penerbit Eksekutif - Azlina Sanimin
Penerbit - Suriyati Sidek
Arahan - Aidilfitri MY
Ide Asal - Shahrizad Shafian
Skrip - Shahrizad Shafian & Nieza Nahar
Pelakon - Zul Ariffin / El Faeza  / Zoey Rahman / Fify Natasya / Dato Jalaludin Hassan / Zarina Zainudin
OST - Hati Ini  - Ayu OIAM

#shahrizadshafian
#ngajad

Friday, August 11, 2017

Kangen

Ucapan yang tidak asing lagi bagiku
siang dan malam saling berganti
namun rindu tetap kekal terasa didalam hati
rindu yang kubawa sehingga ke penghujung garisan ini

Namun sayang sekali
amatlah sukar bagiku
untuk membuktikannya
segenap ragaku, telah ku persembahkan padamu
seluruh jiwaku, telah ku tujukan padamu
janjiku hanya tinggal janji

Aku kesal dan malu dengan kekurangan sendiri
kemana lagi harus aku bawa pergi
apa yang tinggal kini

Dalam ketandusan harga diri
kekontangan bicara dunia
aku amat merinduimu

Ya Rasulullah SAW
Junjungan Bagindaku
Rasulku

Kau mengertikan nilai kasih dan sayang
Kau adalah anugerah paling bernilai kiriman Tuhan
Kami amat memerlukan Sya'faat mu
sudilah kiranya kami, kau panggil nanti
untuk sama-sama meniti titian siralmustaqim

Kami memohon rahmat dari NYA.

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***


Thursday, August 10, 2017

Tell me when

I saw you looking at me while Iam looking at you
for a moment I knew it was you wanting to look at me
deep inside it felt right
knowing it was you 
whom looking at me
at that time

Tell me when - I shall no longer depend

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***
Trying my best to complete my manuscript before the month's end - InsyaAllah. May The AlMighty have mercy on me. 


Pengorbanan

Telah banyak aku korbankan
bukan semata-mata mahu membuktikan padamu
tetapi untuk aku
merasa nikmat memilikimu

Pengorbanan apa lagi mahumu
andai luka semalam masih segar melukai hatimu
pembalut janjiku tidak mampu melenyapkannya
aku buntu

Telah kehabisan garisan-garisan ketelusuan aku persembahkan
segala sukarmu, ku amati
telah aku genggam bara sakitmu
agar dikau bisa melihat dunia sekali lagi

Tetapi masih belum pulih isian hatimu
apakah aku tidak bisa mengubati luka lamamu
mungkin saja bukan aku seharusnya merawatmu
mungkin segala pengorbananku hanyalah hampa dan menipu

Pengorbanan apa lagi ?
aku buntu
***


Tuesday, August 8, 2017

Aku

Aku tidak mudah lupa
cuma aku tidak ingat

Aku tidak mudah melupakanmu
cuma aku tidak sengaja tidak ingat padamu

Aku tidak mudah mahu melupakannya
cuma aku tidak mudah mahu melupakannya

Aku sedaya semahuku
tidak mahu menjadi aku
tika disaat ini
akan tetapi
aku tetaplah aku
dan selamanya aku akan tetap menjadi aku
sehinggalah aku mahu aku tidak mahu lagi menjadi aku
***


Monday, August 7, 2017

HE listens

When i miss you
I don't call you
I pray
because
HE hears me better

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***




Friday, August 4, 2017

040817

Hari ini, dua puluh tiga tahun yang lalu - memori indah menjadi sebahagian daripada hidupku. Kenangan yang sama sekali belum pernah aku lalui dan mimpikan ia. Ia terlalu berharga untuk ku terus mendambakan disudut hatiku. Aku bersyukur padaMU, Ya Khafi atas limpahan Rahmat yang KAU berikan ini. Hanya padaMU, aku akui. 
**

Redup sinar matamu
membisikkan kalimah kalimah rindu
lirik senyuman manismu 
menyampaikan harapan kalbu
Kehadiranmu
sudah lama kunantikan
Hadirnya dirimu
laksana langitku didalam dakapan syahdu

Dikau adalah anugerah paling berharga, paling bermakna
Dikau lambang cinta suci
Dikau jua kejujuran terbukti

Dikau lah pengertian kebahagiaan yang hakiki
sejak azali lagi
degupan jantungku - melafakan namamu

Hadirnya bidadari untuk kami
hilang segala gundah gelana duka nestapa
berganti bahagia sejak dari dulu lagi
semoga bertemu sekali lagi - disana

Alhamdulillah
terima kasih Ya ILAHI
kerana sudi dengan kami
walaupun kerap kami terlupa setiap hari 
namun KAU tetap berlembut dengan kami 

KAU yang Maha Agung
KAU yang Maha Penyayang
KAU yang Maha Pengasih

Kasihanilah kami selepas ini ...

#happybirthdayameerahasha
#weloveyoutilljannah
#shahrizadshafian
#ngajad
***



Thursday, August 3, 2017

Aku

Bukan marah
Bukan benci
Bukan dengki
Bukan iri hati

Bukan aku sengaja menyukarkan lagi situasi
Bukan aku buat-buat tidak mengerti

Bukan aku tidak peduli
Bukan aku sengaja mahu meyakiti

Cubalah kau memahami
Aku hanya manusia, tidak ubah seperti dirimu

Beban yang aku bawa kesana dan kesini
Kesakitan yang aku simpan selama ini
mampukah lagi aku untuk berterusan menjalani
sedangkan kau - sedikit pun tidak sudi

Aku tidak marah
Aku tidak benci

Aku kesal - dengan kesabaranku, kau berterusan membiarkan aku sengsara sendiri.
***

Monday, July 31, 2017

Berpijak dibumi nyata

Ujian datang silih berganti

Aku ?

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***


Berpeganglah pada janji kita

Sayu kiriman rindumu
menghampiriku tika sunyi pada malam-malamku
memaksa aku untuk merinduimu
mencarimu tika perih yang kurasakan ketika itu

Damialah dikau disana
seketika cuma sehingga bertemu kembali kita
yakinlah pada kebenaran realiti nyata
berpeganglah pada janji yang sedia ada
selepas kehidupan ini
disatukan itu pasti
disana
kembali bersua
kau dan aku - bersama

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***

Saturday, July 29, 2017

Kenanglah aku sepanjang hidupmu

Pijamkan padaku laramu
agar dapat aku melihat dikau senyum padaku

Letakkan saja bebanmu dibahuku
mudah bagiku mengimbang dukamu

Serahkan saja deritamu kepadaku
dapat aku menggantikan dengan bahagia hanya untukmu

Lepaskan saja kepayahan itu
usah disimpan walau seketika cuma

Pautlah dikau pada kesetiaanku
tidak akan bertali kaca dikau, aku tempatkan
yakinlah
selagi ada nafas-nafas cinta
kudratku tidak berpaling arah
kerana kejujuranmu, rapuhku tidak akan patah

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***

Thursday, July 27, 2017

Terendap Laraku - Naff

Tidak seperti yang dikau fikirkan
seharusnya dikau melihat aku disni
sebagaimana sukar dan perih dalam kepayahan ini 
waktu tidak bisa membetulkannya
keresahan ini kian mendalam
laksana kerinduan ini tiada penghujungnya

Aku lelah dipinggir hati
cubalah untuk dikau mengerti 

Ku masih mendamba mu
***

Ilham pinjaman ILAHI
datang dan perginya ide dalam sekelip mata
apa yang mampu ku luahkan, akan ku kongsikan
adakalanya ia berbunyi merdu
dan ada masa ia terasa pahit, sehingga terasa akan kelatnya
akan tetapi yang payau itu selalunya merupakan penawar yang berkesan

Tika ini sedang berkarya 
faktor masa merupakan satu yang sangat berharga
begitu juga dengan kondisi kesihatan
bermohon dengan yang Maha ESA
agar dengan keizinan NYA, segala impian dan harapan 
dikurniakan rahmat NYA

#hanyatuhansajayangtau
***


Wednesday, July 26, 2017

Throwback 1985

Namun kau takkan tahu
luka dihati ini 
betapa pedih dan pilu
setelah dikau pergi
segala derita 
ku tanggung semua
demi cinta aku yang setia 

Selepas tonton filem  SUARA KEKASIH
chorus original sound track tapi yang ini direka sendiri  - tujuan untuk hiburan semata-mata.

Ayu & Taufik seharusnya disatukan pada penghujung kisah ini. Perpisahan ini telah menghancurkan bukan saja cerita & plot akan tetapi para penonton yang tegar yang menonton dengan segenap jiwa dan raga. 

Kalau peluang itu tiba bagiku bertemu dengan Taufik, akan kukhabarkan bagaimana sengsaranya Ayu apabila ditinggalkan. Telah banyak yang Ayu korbankan demi cinta mereka. Dan Taufik hanya bangkit dan pergi. Come lah Taufik, like you dont know, Like you cant read Ayu's mind ??!

Its not the end  ! i'll make sure Taufik & Ayu akan disatukan. 
***


Monday, July 24, 2017

24/7

I am here for you 24/7

Tuesday, July 18, 2017

Hampa - Ari Lasoo

Membisu didalam diam
bukan mahuku

Berjauhan bukan pilihan
Seribu daya mahu kembali
pungut segala saki baki kisah suka dan duka

Perih sungguh terasa
Tenggelamkanku didalam luka yang terdalam
tidak pernah kau, kutinggalkan
tiada salahmu

Jangan dikau berani untuk melupakan aku
tidak sedetik aku tidak mengingatimu

Jadilah seperti elang
terbang mencari jejak jejak dahulu
disini aku
masih menanti
kenanglah aku
tika terendap laraku disini
***


Dunia hampir ke penghujung

Saja nak lepaskan apa yang tersimpan didalam dada semenjak dua menjak ni. Rasanya dah lama tak ke sini. Kerana waktu yang mengisi sebahagian besar ruang seharian kerana itu, tidak berkesempatan untuk menyimpan perasaan dikoleksi catatan.

Dunia semakin hampir ke pnghujung. Erti kata lain, dunia semakin tua. Usia yang semakin usai. Macam manusia juga lah, semakin hari semakin lanjut usianya. Setiap tahun, manusia tidak lupa untuk meraikannya. Suka sungguh manusia apabila usia mereka meningkat. Disambut dengan keramaian, dengan suasana yang meriah. Penuh dengan ketawa. Sahabat handai adalah para tetamu yang hadir dan mereka semua mengucapkan selamat hari lahir !! Wow !! usia semakin meningkat. Setahun demi setahun. Jelas lagi nyata - tak esok, lusa la akan mati !!

Tapi tu la, seronok sungguhkan mereka. Nampak macam tak sabar-sabar nak tua. Macam dah bersiap siaga untuk bertemu dengan hati kematian. Hebat betul lah mereka ni. Kena beri tabik spring !! Ada kemungkinan mereka ini sudah pun bersedia daripada semua elemen. Erti kata lain, mereka sudah pun memenuhikan dada mereka dengan keimanan, ketaqwaan dan ilmu akhirat. Sure punya !! 

Mesti mereka sudah pun katam alQuran every bulan ramadan. Dan tidak pernah tinggal puasa dan lebih-lebih lagi rajin berpuasa sunat setiap minggu. Hebat sungguh la mereka ni. Gaya mereka tidak menunjukkan mereka ni 'kaki' masjid tapi tu la ... mungkin mereka tidak mahu berlaku riak so, segala kebaikan dan ilmu yang mereka ada tu, mereka simpan dalam diam. Wah !! Sangat baiklah macam tu. 

Patutlah, mereka beria-ia menantikan birthday bash setiap tahun, sebab dia sudah pun membuat persiapan untuk hari akhirat. MasyaAllah. Allah SWT saja yang tau akan kesungguhan para hamba NYA. 

Tak macam aku ?!! 

Birthday tak celebrate pun. Sebab tak sedia lagi untuk menjawab Q&A dengan malaikat Mungkar & Nakir. Amalan jangan cakaplah - kumpul punya kumpul belum cukup 100 halaman pun.. Kalau nak dibukukan - satu muka surat, still pada garisan yang pertama. Macamana nak berdepan dengan Tuhan esok ni?? !! Allahukabar. 

Rasa segan ada. Rasa berdosa ada. Rasa bersalah ada. Rasa tak bertempat ada. Rasa kerdil ada. Rasa serba kekurangan ada. Rasa tak berapa nak bijak pun ada. Semua adalah.

Pikir punya pikir  - tak taulah, solat yang aku laksanakana selama ini, perfect tak ? Bacaan surah - surah al quran - betul tak ?

Betul la dunia dah semakin tua. Semua ini dalam izin NYA. Segala kekurangan dan kelemahan aku akan aku perbaiki selagi hayat dikandung badan dan aku akan mintak sedaya upaya keizinan daripada DIA yang Maha ESA sesungguhnya DIA Maha Pemurah lagi Maha Kaya.

Ya Khafi
Ya Ghanny
Ya Fatah
Ya Razzak
Ya Labbaika

Please have mercy on me !
**


Friday, June 30, 2017

Perempuan Sial

Ingat kau sorang boleh maki hamun aku
aku pun boleh melakukan perkara yang sama

Akulah perempuan sial yang kau maksudkan !

Tuesday, June 20, 2017

Doa doa Rindu

Berderai airmata kasih membasahi luka-luka lama
terasa sakitnya seluruh jiwa
segenap raga meragut nyawa
bagai derita semalam belum mahu reda
pada kejauhan malam
sesepi langit tika membisikkan ayat-ayat cinta
tika itulah
lisan mu meyebutkan doa doa rindu
gemersik nadi meyampaikan nukilan
sesungguhnya dikau terluka juga

Berat sudah mataku melihat kesengsaraanmu
sudah semestinya bebannya dikau semakin terasa
bukan semalam dua, derita duduk bersama
sekian kalinya, penderitaan ini bagai tiada akhirnya

Akan tiba masa
yang sukar menjadi mudah
yang perit tiada lagi payah
tiada dusta semua benar belaka
sudah semestinya ada hikmah disebalik ujian NYA
yakinlah
akan datang hari itu
dimana dikau tidak perlu lagi membawa duka dan nestapa
kemana bakal pergimu
nescaya hari itu akan tiba
apabila Tuhan akan mengangkatkan apa jua yang telah menyusahkanmu lalu, hari mu akan berganti bahagia - yang kekal buat selama-lamanya

Kerana itu - bertahanlah lagi untuk sehari dua
hayat dunia hanyalah sementara
begitu juga dengan rencana hidupmu
esok, lusa dikau pasti bertemu
yang sebelum ini sudah lama mneunggumu
***


Thursday, June 15, 2017

Bertemu untuk berpisah

Pertemuan ini adalah satu perpisahan
usah dinafikan lagi
sesungguhnya begitulah kehendak takdir
akurlah dengan ketentuan NYA
jadilah hamba yang tidak pernah lupa pada kelemahan diri
jadilah hamba yang selalu ingat pada kematian
jadilah hamba yang setia pada yang ESA

Pertemuan yang sekadar sekadar ini
tidak pernah cukup apatah lagi memadai
singkat masa terasa sungguh rugi
namun begitu peluang sudah diberi
memanfaatkannya sebaik mungkin semua itu adalah didalam izin NYA

Cukup waktu dikau akan pergi
dalam sekelip mata dikau pernah ada
seperti bayu bakal dikau menghilangkan diri
hidup didalam mimpi umpama

Sukar dan berat untukku melepaskanmu
30 hari bagaikan 30 saat
belum puas aku menadah tangan pada dada langit malam
belum cukup sebaldi linangan airmata menjadi saksi
dan kini dikau harus berangkat pergi

Tidak pernah sesaat aku ragui
akan kebenaran Tuhan yang SATU
sesungguhnya DIA tidak pernah tidak mendengar
jeritan batin, tangisan malam dan sendu kesalan
telah ku lafazkan
melalui ayat-ayat penyesalanku
berbisik doa - aku memohon
Allah SWT sedia maklum
akan kekuranganku
kelemahanku
dan dosa-dosaku

Aku akur
pertemuan ini akan berakhir juga
masih aku berharap bakal bertemu antara kita
bila DIA izinkan

Ramadan
pembawa penawar
pemberi rahmat
***




Wednesday, May 24, 2017

Bertemu dihujung rindu

Redup dalam penantian ini
menunggu pada setiap kali waktu itu berlalu
berdetup degupan hati
masih berharapkan belasan ehsan ILAHI

Berteka teki seribu kali
pada jawapan tanpa persoalan
riwayat ini bakal bertemu mati
apakah masih ada Ramadan dalam genggaman

Terasa kehadiran semakin menghampiri
saban waktu tika berdetik itu terhenti
setiap senyuman ku simpan tersembunyi
tersipu malu pada nikmat Ramadan kali ini

Persiapan apa ada padaku
secubit raga dan sehelai mimpi
pasti kita bertemu dihujung rindu
semua itu dalam izin ILAHI

Ahlan Wa Sahlan
Ramadan al Mubarak

Kasihanilah Kami Ya Labbaika
Kami berharapkan limpahan Rahmat MU ... selalu.
**



Monday, May 22, 2017

Pertama Kali

Kali pertama aku melihatmu tika dikau sedang memerhatikan aku
redup sepasang matamu
merenung jauh kedalam dunia yang baru
kau cuba membaca kalimah-kalimah hati melalui imbasan kenangan silam
yang jelas tertera disegenap pandanganku

Kau menilaikan pada yang ada dan bertanyakan pada yang tiada
aku tidak kagum dengan kebijaksanaanmu sebaliknya aku
bimbang seandainya dikau mampu turut jua
merasakan pada apa yang susah payah aku sembunyikan

Semakin aku lindungi, semakin hampir dikau mahu hampiri
dikau mampu membelah buka lapisan lapisan hirisan jantungku
kau mampu dengan sedikit usahamu

Itulah kali pertama kita bertentang mata
saat yang mahu aku bekukan antara jarak dan masa
bukan aku mahu jadikan ia sebagai kenangan tetapi lebih aku mahu
ia kekal selama hayat ini ku miliki

Kali pertama aku melihatmu tika dikau sedang melihatku
aku tahu
itu bukanlah kali pertama kita bertentang mata
kau dan aku sudah ditakdirkan untuk bersama
sejak azali lagi
dan sehingga salah seorang antara kita lebih dahulu pergi

Aku yakin
disini kita hanyalah sementara
pasti disana kau dan aku akan dipertemukan sekali lagi
didalam situasi yang jauh lebih baik

Aku yakin
doa-doa ku akan selalu ada untukmu.
***

Missing my precious baby girl
everyday without her it felt empty
many times i have fought these feelings
i am trying to be tough
but deep inside i am fragile like a piece of glass
i know
i have to let her go
so she can grow
and when the day comes
when i am no longer around
well, at least it wont be so awkward for her
living her life without me

I would like it very much to be reunite with her
after this ... once this is all done !

Nothing else matter, Oh Allah SWT
YOU can turn back the hands of time but don't take my daughter away from me
she's the best thing that can happen to me - dunia & akhirat !

May Allah have mercy on me !
**

Saturday, May 20, 2017

Mungkin

Perjalanan ini masih jauh kurasakan 
namun setiap malam perasaan bakal bertemu mati
sangat kuat mengatakan

Kerapuhan naluri lantang menjerti segenap sanubari
aku mudah tewas didalam genggamanku sendiri
qiam sendiri aku tidak mampu 
apatah lagi aku dan impianku

Galau jiwaku
kacau bisikkan sarat lagi menyukarkan
tiada awan yang sudi menampung kesulitan nyali
malah dahan nan rapuh bagai kekapas mematah sepi

Mungkin ada benarnya kebenaran ini
hakikat dan realiti bukan untuk miliki 
ianya hanya sekadar gimmik didalam melancarkan arus talian ini
takdir telah menentukan kehidupan dan kematianku
entah malam ini 
ataupun esok aku akan pergi

Sayang sekali, walaupun diberi seribu tahun lagi 
aku pasti masih belum bersedia untuk berdepan dengan ILAHI
kekuranganku
kebodohanku
kesilapanku
kedosaanku

semua itu aku
mungkin aku yang suka lupa
bahawa DIA sudahpun memaafkan aku !
***

Sabarlah dengan ujian ini
sesngguhnya Allah SWT amat memahami dihatimu dimana yang telah dilukai.