Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Wednesday, January 18, 2017

Aku tidak selalu ada

Sahabatku
Seringkali mengadu padaku perihal dunia
suka dan duka direncana kehidupan
kesukaran dan kepayahan didalam menangani apa jua cubaan didalam menjalani perjalanan ini
mengeluh pada segenap waktu
mencari pada yang belum mungkin akan memiliki
dan terlupa untuk mensyukuri pada yang sudah ada didepan mata

Sahabatku
Setiap kali itu jua aku tidak pernah menolak dikau ke tepi
apatah lagi meminggirkan dirimu
selalu aku menarik nalurimu, kejiwaanmu, perasaamu dan semangatmu
agar selalu dekat dengan ALLAH SWT
bukan dekat padaku
kerana
harus ingat sahabatku
aku tidak akan selalu ada

Akan tiba masa aku akan tiada
carilah semahumu
sepuasmu
dikau pasti tidak akan ketemu aku
bukan aku bersembunyi daripadamu
malah bukan aku jua mahu berjauahan darimu
akan tetapi
sedarilah duhai sahabatku
apabila aku sudah tiada
bererti aku sudah kembali ke rahmatullah - ke hadrat ILAHI
aku sudah mati !

Oleh kerana itu, haruslah dikau
bijak menjaga dirimu, mencari kebahagiaanmu, kesenanganmu, ketaubatanmu dan carilah Tuhan mu yang SATU.
kerana sesungguhnya DIA, Allah SWT Yang Maha Esa akan selalu ada!

Percayalah dan yakinlah dengan Allah SWT yang telah menciptamu
dan kelak
dikau jua akan ketemu dengan Tuhan yang SATU.

Jangan dikau gusar dan gentar untuk bertemu dengan Tuhan nan SATU
kerana sesungguhnya DIA Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Sudah bersedih duhai sahabatku
tiada kedukaan yang berkekalan
andai masa itu tidak mengizinkan kita bertemu lagi diwaktu dunia
InsyaAllah selepas kematian ini kita pasti bertemu sekali lagi ...
***
Disaat ini teringat pada Tun, sahabatku. Semalam wartanya dia tidak sihat. Demam & batuk. Jad mendoakan Tun segera sihat & sentiasa dilindungi Allah SWT. Senyumlah aduhai Tun, hentikan keluhanmu, janganlah kita melakukan sesuatu tanpa kita sendiri sedari lalu 'melukakan hati' Allah SWT. Betul lah Allah SWT tidak punyai hati macam kita namun, kalau kita kerap sangat menunjukkan ketidakpuashatian, nescaya Allah SWT tahu jua. Kalau kita tidak redha dengan Allah SWT bagaiaman Allah SWT nak redha dengan kita nanti? Jad sayang Tun sebagaimana sungai yang mengalirkan susu didalam Jannahtul Firdausi NYA. 

Bahagia lah Tun didalam doa-doaku selalu. 

Tuesday, January 17, 2017

Kasihanilah Aku !

Kasihan melihat insan lain tika berada didalam kesusahan
Kasihan melihat anak-anak kecil yang selalu menangis kerana kelaparan
Kasihan melihat anak-anak remaja yang kekurangan kain pada busananya
Kasihan melihat penjaja yang terpaksa menanggung kerugian setiap hari 
Kasihan melihat pesakit-pesakit yang sudah tau kapan tiba ajal mereka
Kasihan melihat para ibu bapa yang saban hari bertungkus lumus dengan tulang empat kerat mencari sesuap nasi dan secawan susu untuk anak-anak yang belum bersekolah
Kasihan melihat mangsa kemalangan jalanraya yang kini menyesali kecuaian sendiri
Kasihan melihat penganut agama bukan Islam yang kini masih lagi bernafas dimuka bumi seolah sudah tahu bagaimana kesudahan mereka nanti
Tetapi paling kasihan melihat diri sendiri yang selalu lupa dan leka dengan kemewahan dunia sehingga tidak ingat untuk berzikir dan menyebut nama Allah Azza Wa Jalla
Teramat kasihan pada diri sini sebab suka lupa memohon keampunan dan segan untuk mengaku dimana salah dan silap yang diperlakukan setiap minit
Kasihan
Kasihan
Kasihan

Ya Labbaika
Kasihanilah aku!
Kerana sesungguhnya aku sangat takut dengan janji-janji MU
***


Tuesday, January 10, 2017

I said

Love is free
but it's more expensive than a piece of bread
***

Monday, January 9, 2017

Bila rindu datang duduk sebangku

Berat untuk meluahkannya
apatah lagi luahan ini tidak mungkin akan kesampaian
tidak sejauh manapun jarak pemisahan ini namun
perpisahan itu sudah pun berlaku

Terlalu banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan
sebaliknya barisan memori semakin kuat mengarisi pada baki yang tertinggal

Tipu - kalau sedaya upaya menafikannya akan perasaan ini
kerana ia amat ketara diwajah dan jua dilisan

Ku akui
hati pedih tika mengenangkannya
merenung waktu silam dan kesudahannya

Aku berpaut pada himpunan doa-doa yang semakin hari semakin uzur
aku semakin lelah
kerana memendamkan seluruh yang kumiliki

Kebarangkalian beginilah rupa ujianku, kelemahanku, kekuranganku

Bila rindu datang duduk sebangku
duduk bersebelahan denganku
berkongsi meja, sepiring duka
secangkir kecewa
rindu juga tidak bisa
melafazkannya
kapan lagi akan hadir rindu
pada kesudian untuk duduk sebelum aku dijemput waktu
**

MA,
Not a day that went by I do not think of you
honestly, I cannot not think of you
for that, it has become part of my istiqamah doas
chin up - it was you whom taught me
don't worry, credits shall become yours when the time comes - InsyaAllah

MA,
May The Al Mighty grand you Paradise
I am redha with whatever has happened between us
it was all within Allah's will since Azali
sincerely I don't know whats the hidden Hikmah
but nevertheless I believe it was meant to be
from the bottom of my heart PLEASE FORGIVE ME
for all the wrongs I have done towards you

May you have a blessing life long journey ahead of you
to all the happiness will it be yours till eternity
The Al Mighty has always been there for you - I believe that
sometimes it was hard to look through a broken mirror
I understand, totally.

So
be happy, be merry
take it easy
no doubt you are the BEST MA, any daughter could ask for - trust me!

I'll see you if not here maybe in the life after  - InsyaAllah
***



Thursday, January 5, 2017

Pesan untuk diri sendiri

'Jadilah seperti musafir pada kehidupanmu. Menggembara dari satu daerah ke satu daerah hanya berbekalkan apa yang mampu dibawa bersama. Membawa hanya apa yang perlu semata-mata didalam kehidupan ini."

Miskin tika hidup dibumi ini tidak bererti miskin untuk selama-lamanya.  Yakin dengan Allah SWT seandainya diri sendiri keyakinan itu sudah tiada.
**