Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Wednesday, January 18, 2017

Aku tidak selalu ada

Sahabatku
Seringkali mengadu padaku perihal dunia
suka dan duka direncana kehidupan
kesukaran dan kepayahan didalam menangani apa jua cubaan didalam menjalani perjalanan ini
mengeluh pada segenap waktu
mencari pada yang belum mungkin akan memiliki
dan terlupa untuk mensyukuri pada yang sudah ada didepan mata

Sahabatku
Setiap kali itu jua aku tidak pernah menolak dikau ke tepi
apatah lagi meminggirkan dirimu
selalu aku menarik nalurimu, kejiwaanmu, perasaamu dan semangatmu
agar selalu dekat dengan ALLAH SWT
bukan dekat padaku
kerana
harus ingat sahabatku
aku tidak akan selalu ada

Akan tiba masa aku akan tiada
carilah semahumu
sepuasmu
dikau pasti tidak akan ketemu aku
bukan aku bersembunyi daripadamu
malah bukan aku jua mahu berjauahan darimu
akan tetapi
sedarilah duhai sahabatku
apabila aku sudah tiada
bererti aku sudah kembali ke rahmatullah - ke hadrat ILAHI
aku sudah mati !

Oleh kerana itu, haruslah dikau
bijak menjaga dirimu, mencari kebahagiaanmu, kesenanganmu, ketaubatanmu dan carilah Tuhan mu yang SATU.
kerana sesungguhnya DIA, Allah SWT Yang Maha Esa akan selalu ada!

Percayalah dan yakinlah dengan Allah SWT yang telah menciptamu
dan kelak
dikau jua akan ketemu dengan Tuhan yang SATU.

Jangan dikau gusar dan gentar untuk bertemu dengan Tuhan nan SATU
kerana sesungguhnya DIA Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Sudah bersedih duhai sahabatku
tiada kedukaan yang berkekalan
andai masa itu tidak mengizinkan kita bertemu lagi diwaktu dunia
InsyaAllah selepas kematian ini kita pasti bertemu sekali lagi ...
***
Disaat ini teringat pada Tun, sahabatku. Semalam wartanya dia tidak sihat. Demam & batuk. Jad mendoakan Tun segera sihat & sentiasa dilindungi Allah SWT. Senyumlah aduhai Tun, hentikan keluhanmu, janganlah kita melakukan sesuatu tanpa kita sendiri sedari lalu 'melukakan hati' Allah SWT. Betul lah Allah SWT tidak punyai hati macam kita namun, kalau kita kerap sangat menunjukkan ketidakpuashatian, nescaya Allah SWT tahu jua. Kalau kita tidak redha dengan Allah SWT bagaiaman Allah SWT nak redha dengan kita nanti? Jad sayang Tun sebagaimana sungai yang mengalirkan susu didalam Jannahtul Firdausi NYA. 

Bahagia lah Tun didalam doa-doaku selalu. 

No comments:

Post a Comment