Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Sunday, April 23, 2017

Kejinggaan Senja

Raut senja menyimbah laksana
bagaikan mempertikaikan masa yang amat singkat
aku terharu
bukankah baru tadi senja berlalu?

Payau mentak berkidung sepi
serasi alam umpama mengata
bukankah baru tadi senja duduk ditepi?

Aral menyintuh galau mengacau
perih menusuk dibucu hati
harakat kasih terputus sini
bukankah baru tadi senja menanti?

Apa lagi yang senja sorokkan
pada kelam sekuntum hati
bukankah esok sudah pasti
akan mati
***

Adakalanya aku sendiri hairan, bagaimana nasib Sham dan Jad selepas kematian Said. Kepayahan mengharungi masa tanpa Said disisi telah banyak membuka luka-luka baru. Namun begitu, Sham dan Jad tetap meneruskan kesengsraan didalam hati disimpan erat seolah tiada pernah airmata rindu menitis walaupun sekali. Menafikan pada yang pernah singgah walaupun untuk seketika amatlah payah akan tetapi hakikat itu adalah nyata. 

Perasaan hati masih rindu dikuburkan ditepian hati sungguh sayu. 

Sham dan Jad tidak mampu untuk mengaku pada takdir yang sudah menjadi penentu. Sham akur dengan perjanjian bersama Said. Tiada ikatan yang putus ditengah jalan. Persahabatan itu adalah selama-lamanya. Walaupun tanpa Said disisi.

Jad belum mengaku kalah namun disebalik kerapuhan hatinya dia masih meletakkan harapan agar suatu hari nanti, mereka bertiga akan disatukan semula. Samada didunia mahupun diakhirat sana.

Kisah persahabatan yang meletakkan pengertian nilai kasih sayang - tiada penghujungnya, walaupun pengakhiran usia tiba tepat masanya.

JD6271 ... kisah kita bertiga !!



No comments:

Post a Comment