Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Monday, April 3, 2017

Say something ... Iam giving up on you

Kelakar !!

Ada perbezaan apabila insan itu mendalami ilmu yang mementingkan mertabat dan kedudukan. Perihal dunia dipersar-besarkan bagaikan dunia ini akan hidup buat selama-lamanya. Kedudukan dan mertabat adalah satu rekaan semata-mata. Untuk mengenali dan memperbezakan antara yang lain - tu je. Tiada perkara lain yang relevan yang boleh dipergunakan. Namun begitu, seperti biasa, manusia itu dilahirkan dengan sifar-sifat kelemahan. Maka dengan kelemahan itulah, manusia mudah terpengaruh dengan kepentingan yang bersifat sementara. Walaupun akal yang sedia ada tidak mampu untuk diguna pada waktu-waktu tertentu.

Kerana itu, ada suara yang selalu mengingatkan selalulah cari ILMU. Tidak kisahlah ilmu yang sebagaimana dan however rupanya. Asalkan ilmu itu bakal memberi manfaat pada kemudian hari. Dengan bantuan ilmu dan dengan adanya ilmu walaupun tak banyak, memadailah dengan 10% sekalipun pada ilmu yang baru saja dikutip dan disimpan, nescaya - ilmu itu akan membantu. Tanpa ilmu, manusia itu BODOH!

Jangan jadi manusia yang bodoh sejak dari lahir sampailan usia yang senja  - sedih. Jangan bersikap 'tak apa' dan mempersalahkan sekeliling melainkan diri sendiri apabila cacian dan penghinaan itu melekat dimuka sendiri. Mencari ilmu haruslah sebab ilmu tidak akan mencari tuanya. Inilah masalah menggunakan logik. Sebaik mungkin - carilah ilmu saban hari, setiap hari. Terlalu banyak ilmu yang masih belum dipelajari dan masih harus dipelajari. Akan tetapi, sayang sekali - manusia hari ini dengan mudah mengaku kalah dan melepaskan batuk ditangga. Hah, ni lagi satu - melepaskan batuk ditangga - tanpa ilmu, manusia itu for sure akan meneka bahawa batuk itu ada cough ... kan??! Jangan buat lawak - ini bukan rancangan lawak. Pepatah melayu belum tentu lulus tetapi dah ada hati nak mengata dulang paku  serpih.

Berbalik pada kedudukan dan mertabat - ini semua kepalsuan dunia. Antara manusia seISLAM tiada bezanya kita. Yes, menghormati sesama insan itu adalah harus. Menghormati tanpa menggira usia dan warna kulit. Dan menghormati juga tidak menggira samada kita muda mahupun jauh lebih tua. Lebih-lebih lagi, yang mementingkan kedudukan dan mertabak memandang cara menghormatkan diri mereka itu satu gah. 

Orang dibawahan harus menghormatkan mereka, hanyalah disebabkan mereka itu berkedudukan tinggi, berpelajaran tinggi, bergaji tinggi - yeah right ??! 

So, mereka yang hidup semewah ini, ada gerentikan tempatnya di negeri akhirat? 

Mereka yang bersangkakan diri mereka hebat, kebanyakkannya menunjukkan contoh yang kurang sihat. Tidak menghormati tetapi mahu orang menghormati mereka. Tidak reti nak maafkan tetapi berharap mereka akan dimaafkan. Tidak beralah tetapi mahu mereka diutamakan. Kelakar kan?!

Jangan jadi manusia sebegitu. ISLAM tak ajar macam tu. Islam ajar kita agar saling menghormati, menyayangi, mengasihi dan membantu. Walaupun kita berusia 150 tahun sekalipun, kalau kita tersilap kata, sampai menyebabkan insan lain terluka hatinya - seharusmya kita minta maaf. Walaupun insan itu usia hanyalah 40 tahun cuma. Jangan jadi manusia yang gemar follow perangai Syaitan. 

Dah bertahun lamanya kita tak berbual untuk melepaskan rindu, awak tak rindu kat kita ke? Dalam hati awak tu tak ada rasa ingin tahu ke? Bagaimanakah keadaan kita ni? Sihat ke? Masih bernyawa ke? Entah-entah dah takde ke? Awak langsung tak kisahkan? Jangan lah awak jawab "Kita dah serahkan semuanya pada Tuhan, kalau ada jodoh kita jumpa kat akhirat kelak." Awak macam dah tak sudi dengan kita. Macam benci sangat. Teruk nah, kita ni kat awak kan. Sampai awak takde nak cari kita. Oh by the way, incase you are wondering, kita dah lama maafkan awak. Kita maafkan awak demi Tuhan. Kita maafkan awak sebab kita mempraktikkan Islam. Dan sebab kita nak Allah SWT maafkan kita pulak lepas ni. Dont worry - not in a million - I will not become a person like you. We are two different people - mungkin disebabkan itu, awak benci sungguh dengan kita. Tak mengapalah awak, kita redha dengan ketentuan Tuhan. Kalau kita tak redha dengan Allah SWT, bagaimana mungkin Allah SWT akan redha dengan kita.

Hari - hari kita teringat kat awak. Dah tak tau nak cakap macamana dah. Tiada barisan kata-kata dapat mengungkapkan lafazan kita terhadap awak. Hari-hari kita mendoakan segala kebaikan untuk awak. Hanya pada Allah SWT kita serahkan segala-galanya. Whats beyond my reach - I gave it back to Allah SWT. 

Esok insyaAllah esok, hari jadi awak kan. Kita dah pernah mengucapkan kesejahteraan kat awak sebelum ini, tapi hambar belaka, Awak jawab pun tak. Kita tetap bersangka baik. Dont worry - I am OKAY.

Kelakar kan ...
Jauh disudut hati ini, kuat mengatakan - awak dah lupakan kita. Tapi tak mungkin kan??! Atau sememangnya betul.
Ataupun awak segan dengan kita sebab kita tak berkelulusan setinggi awak. Yup, rasanya itu. Sebab kita SPM pun tak lepas. Alhamdulillah at least Allah SWT bagi pinjam anggota badan yang complete. Dibuatnya Allah SWT tak bagi penglihatan - bagaimana nasib kita ek? Takut awak buang kita sejak dari awal lagi. Ish tak baik sangka burukan. That's not healthy. That's not Islam.


Say something 
I can't give up on you
I have forgiven you
let's move on
this time, come and look for me
I'll be here  - when you are ready
don't take too long
my time is almost up
I have no regrets
***



No comments:

Post a Comment