Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah #2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Al Fatihah

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
#tv3 #azalea #2013 #20ep

JANJI ADAM PROMO

Thursday, May 4, 2017

Its me !

Asyik-asyik pos puisi yang patah hati kan?! 

Tak boleh ke sekali sekala kongsi puisi yang ceria yang menggambarkan suka dan bahagia?? AHH ! Begitulah luahan suara-suara yang tak kenal erti malu. Tidak langsung ada rasa aib dalam naluri mereka. Dengan lantang mereka menyuarakan apa yang tertimbul disudut hati mereka tanpa mereka mahu memikirkan sejenak. Apakah dengan berkata begitu akan memudahkan si penerima atau si tukang buat puisi. Mereka bahaikan tiada perasaan. Pelik kan? ! 

Mereka??! Mereka peduli apa kan ??!

Relik ! Chill !

Itu sudah menjadi lumrah. Ini lah yang dinamakan kehidupan. Apa yang kekal indah itu tidak lah disini tempatkanya. Apa yang kekal indah itu adalah ditenmpat yang lebih nyata. 

Betul la ... kenapa selalu sangat karya-karyaku hampir 98% semuanya mengenai luka, duka, kehampaan, kedukaan, kesengsaraan dan segala yang menyakitkan. Tidak kah aku bosan dengan hasil air tangan sebegini?

Tak tau nak jawab macamana. Mungkin apa yang ku tulis, karyaku adalah apa yang terasa dijiwa, dihati dan juga dihujung jemari. Perasaan tidak mampu untuk menipu sepanjang masa. Mungkin sudah aku mencuba untuk menyembunyikan apa yang kurasa. Ku kuburkan segala kesengsaraan agar tidak kelihatan tapi sekuat mana mencubanya sehebat begitulah ia mengalir keluar lalu menjadi sebuah puisi. 

Nak salahkan siapa?

Sudah tidak boleh dinafikan lagi ... sememangnya aku begini. Kehidupanku dipenuhi dengan kesedihan dan kelukaan. Tak salah sesiapa pun. Dan aku sendiri tidak menunding jari. Aku terima ini sebahagian daripada rezqi ku. Sudah ia menjadi sebahagian daripada perjalanan kehidupan ini, aku harus begini - Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Allah SWT masih sudi denganku.

Jadi kasi pendek ini cerita - selagi hayat dikandung badan, selagi itulah hasil tulisanku beginilah jadinya. Kun Fa Ya Kun.  #akuredha

Aku yakin akan datang saat itu, bahagia akan menjemputku. 

Terimalah puisiku seadanya. Ia serba kekurangan & menyakitkan. Tetapi yakinlah ... itulah diriku yang sebenar-benarnya.

Ngajad tetap Ngajad !
**



No comments:

Post a Comment