Gerimis Hati Asyikin

Gerimis Hati Asyikin

TV3@ 2016

TV3@ 2016
#gerimishatiasyikin #alhidayahproductions #tv3

Bila Ajal Menanti

Bila Ajal Menanti
#bilaajalmenanti #tsarasiasdnbhd #tvalhijrah

Karyaku ...

Telemovie BILA AJAL MENANTI di TV ALHIJRAH. 3 JULAI, 2015 @ 10pm. Karya / Konsep / Skrip / SHAHRIZAD SHAFIAN. Arahan : Tn AIDIL FITRI MY @TSAR ASIA SDN BHD.

بسم الله الرحمن الرحيم

Junjungan Baginda Rasulullah SAW bersabda :

" La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'anaa."

- Don't be afraid and don't be sad, indeed Allah is always being with you.-

*... ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM ALLADZILA ILAHA ILAHUWAL HAYYUL QAYYUMU WA ATUßU ILAIH...*

AL WAHID

"so remember me, I will remember you. And be grateful to me and do not deny me."

(Al Bakarah 2:152)

Selamat Datang Ke Blog

Shahrizad Shafian

(penulis)

"Telah ku sediakan hamparan doa,pautan wasiat,selaut rindu dan cinta seluas langit biru buat kalian. Andai daku dijemput dulu, sudilah kiranya di sedekahkan surah Al Fatihah buatku. Itu saja hadiah yang ku mahu. Kerana ku tahu, amalan yang ada padaku tidak cukup walaupun pada sujud doa malam-malamku. Ya Labbaika, kasihanilah insan-insan yang mengasihani aku."


JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014

JANJI ADAM di DRAMA FESTIVAL KL 2014
Lets vote for JANJI ADAM for all categories at Drama Festival KL 2014

JANJI ADAM

JANJI ADAM
Bermula 24 Sept, 2013 di Slot Azalea (4pm-5pm) TV3. Selama 20 Ep. JOM tonton karya kita yang kedua selepas LEBARAN KASIH. Your feedback are more than welcome.

JANJI ADAM PROMO

Monday, July 31, 2017

Berpijak dibumi nyata

Ujian datang silih berganti

Aku ?

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***


Berpeganglah pada janji kita

Sayu kiriman rindumu
menghampiriku tika sunyi pada malam-malamku
memaksa aku untuk merinduimu
mencarimu tika perih yang kurasakan ketika itu

Damialah dikau disana
seketika cuma sehingga bertemu kembali kita
yakinlah pada kebenaran realiti nyata
berpeganglah pada janji yang sedia ada
selepas kehidupan ini
disatukan itu pasti
disana
kembali bersua
kau dan aku - bersama

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***

Saturday, July 29, 2017

Kenanglah aku sepanjang hidupmu

Pijamkan padaku laramu
agar dapat aku melihat dikau senyum padaku

Letakkan saja bebanmu dibahuku
mudah bagiku mengimbang dukamu

Serahkan saja deritamu kepadaku
dapat aku menggantikan dengan bahagia hanya untukmu

Lepaskan saja kepayahan itu
usah disimpan walau seketika cuma

Pautlah dikau pada kesetiaanku
tidak akan bertali kaca dikau, aku tempatkan
yakinlah
selagi ada nafas-nafas cinta
kudratku tidak berpaling arah
kerana kejujuranmu, rapuhku tidak akan patah

#hanyatuhansajayangtau
#shahrizadshafian
#ngajad
***

Thursday, July 27, 2017

Terendap Laraku - Naff

Tidak seperti yang dikau fikirkan
seharusnya dikau melihat aku disni
sebagaimana sukar dan perih dalam kepayahan ini 
waktu tidak bisa membetulkannya
keresahan ini kian mendalam
laksana kerinduan ini tiada penghujungnya

Aku lelah dipinggir hati
cubalah untuk dikau mengerti 

Ku masih mendamba mu
***

Ilham pinjaman ILAHI
datang dan perginya ide dalam sekelip mata
apa yang mampu ku luahkan, akan ku kongsikan
adakalanya ia berbunyi merdu
dan ada masa ia terasa pahit, sehingga terasa akan kelatnya
akan tetapi yang payau itu selalunya merupakan penawar yang berkesan

Tika ini sedang berkarya 
faktor masa merupakan satu yang sangat berharga
begitu juga dengan kondisi kesihatan
bermohon dengan yang Maha ESA
agar dengan keizinan NYA, segala impian dan harapan 
dikurniakan rahmat NYA

#hanyatuhansajayangtau
***


Wednesday, July 26, 2017

Throwback 1985

Namun kau takkan tahu
luka dihati ini 
betapa pedih dan pilu
setelah dikau pergi
segala derita 
ku tanggung semua
demi cinta aku yang setia 

Selepas tonton filem  SUARA KEKASIH
chorus original sound track tapi yang ini direka sendiri  - tujuan untuk hiburan semata-mata.

Ayu & Taufik seharusnya disatukan pada penghujung kisah ini. Perpisahan ini telah menghancurkan bukan saja cerita & plot akan tetapi para penonton yang tegar yang menonton dengan segenap jiwa dan raga. 

Kalau peluang itu tiba bagiku bertemu dengan Taufik, akan kukhabarkan bagaimana sengsaranya Ayu apabila ditinggalkan. Telah banyak yang Ayu korbankan demi cinta mereka. Dan Taufik hanya bangkit dan pergi. Come lah Taufik, like you dont know, Like you cant read Ayu's mind ??!

Its not the end  ! i'll make sure Taufik & Ayu akan disatukan. 
***


Monday, July 24, 2017

24/7

I am here for you 24/7

Tuesday, July 18, 2017

Hampa - Ari Lasoo

Membisu didalam diam
bukan mahuku

Berjauhan bukan pilihan
Seribu daya mahu kembali
pungut segala saki baki kisah suka dan duka

Perih sungguh terasa
Tenggelamkanku didalam luka yang terdalam
tidak pernah kau, kutinggalkan
tiada salahmu

Jangan dikau berani untuk melupakan aku
tidak sedetik aku tidak mengingatimu

Jadilah seperti elang
terbang mencari jejak jejak dahulu
disini aku
masih menanti
kenanglah aku
tika terendap laraku disini
***


Dunia hampir ke penghujung

Saja nak lepaskan apa yang tersimpan didalam dada semenjak dua menjak ni. Rasanya dah lama tak ke sini. Kerana waktu yang mengisi sebahagian besar ruang seharian kerana itu, tidak berkesempatan untuk menyimpan perasaan dikoleksi catatan.

Dunia semakin hampir ke pnghujung. Erti kata lain, dunia semakin tua. Usia yang semakin usai. Macam manusia juga lah, semakin hari semakin lanjut usianya. Setiap tahun, manusia tidak lupa untuk meraikannya. Suka sungguh manusia apabila usia mereka meningkat. Disambut dengan keramaian, dengan suasana yang meriah. Penuh dengan ketawa. Sahabat handai adalah para tetamu yang hadir dan mereka semua mengucapkan selamat hari lahir !! Wow !! usia semakin meningkat. Setahun demi setahun. Jelas lagi nyata - tak esok, lusa la akan mati !!

Tapi tu la, seronok sungguhkan mereka. Nampak macam tak sabar-sabar nak tua. Macam dah bersiap siaga untuk bertemu dengan hati kematian. Hebat betul lah mereka ni. Kena beri tabik spring !! Ada kemungkinan mereka ini sudah pun bersedia daripada semua elemen. Erti kata lain, mereka sudah pun memenuhikan dada mereka dengan keimanan, ketaqwaan dan ilmu akhirat. Sure punya !! 

Mesti mereka sudah pun katam alQuran every bulan ramadan. Dan tidak pernah tinggal puasa dan lebih-lebih lagi rajin berpuasa sunat setiap minggu. Hebat sungguh la mereka ni. Gaya mereka tidak menunjukkan mereka ni 'kaki' masjid tapi tu la ... mungkin mereka tidak mahu berlaku riak so, segala kebaikan dan ilmu yang mereka ada tu, mereka simpan dalam diam. Wah !! Sangat baiklah macam tu. 

Patutlah, mereka beria-ia menantikan birthday bash setiap tahun, sebab dia sudah pun membuat persiapan untuk hari akhirat. MasyaAllah. Allah SWT saja yang tau akan kesungguhan para hamba NYA. 

Tak macam aku ?!! 

Birthday tak celebrate pun. Sebab tak sedia lagi untuk menjawab Q&A dengan malaikat Mungkar & Nakir. Amalan jangan cakaplah - kumpul punya kumpul belum cukup 100 halaman pun.. Kalau nak dibukukan - satu muka surat, still pada garisan yang pertama. Macamana nak berdepan dengan Tuhan esok ni?? !! Allahukabar. 

Rasa segan ada. Rasa berdosa ada. Rasa bersalah ada. Rasa tak bertempat ada. Rasa kerdil ada. Rasa serba kekurangan ada. Rasa tak berapa nak bijak pun ada. Semua adalah.

Pikir punya pikir  - tak taulah, solat yang aku laksanakana selama ini, perfect tak ? Bacaan surah - surah al quran - betul tak ?

Betul la dunia dah semakin tua. Semua ini dalam izin NYA. Segala kekurangan dan kelemahan aku akan aku perbaiki selagi hayat dikandung badan dan aku akan mintak sedaya upaya keizinan daripada DIA yang Maha ESA sesungguhnya DIA Maha Pemurah lagi Maha Kaya.

Ya Khafi
Ya Ghanny
Ya Fatah
Ya Razzak
Ya Labbaika

Please have mercy on me !
**